Thursday, May 04, 2006

TENTANG KOPIAH


Semalam sedang duduk minum-minum ngan umi dan Umar tetiba je timbul pasal blog. Ummi kata ok juga blog abi sekarang ni yer bi… ala bolehlah mi… Umar plak duk main-main kopiah dia yang berlambak tu… terpandang Umar main kopiah tu terlintas plak di hati abi… “ Mi, camne kalau kita cuba komersialkan kopiah yang ummi kait ni, nak tak ” ???

“ Ala seganlah bi, bukannya cantikpun… buat malu ummi jer bi ”. … Ala kita cuba dulu mana tahu ada yang berminat. Bolehlah yer mi… lagipun, dulu ada member-member pejabat mi yang berminat, siap order dua tiga biji lagi untuk anak-anak mereka… ermmm umi tersenyum …. “ ummi ni manalah ada masa sangat bi, tapi kalau nak mencuba apa salahnya kan ??? kot-kotlah ada yang berminat,”… hehe kata ummi.

Oklah ummi dah bagi green light tu apa lagi, abi paparkanlah gambar-gambar kopiah seperti yang sahabat lihat kat atas tu… sebenarnya banyak lagi kopiah yang ummi dah kait tapi yang lain tu entah kemana dah… yang ni je dapat abi paparkan… rasanya kopiah abipun dua tiga biji lagi entah kemana… bukan hilang tapi tak jumpa, biasalah tukan ???

Kopiah-kopiah tu banyak jenis, ada yang satu warna, ada yang gabung dua warna, ada yang “ polos ” dan ada yang bercorak… sahabat boleh pilih nak yang macamana. Sekiranya sahabat-sahabat mempunyai patern tertentu, boleh juga e.maikan kepada ummi patern yang dikehendaki tu… pilihan terserah pada sahabat semua…

Harga ??? Bila tanya ummi nak letak harga macamana, ummipun tak tahu… ummi kata cuba mintak pendapat sahabat-sahabta blog dulu, kalau-kalau ada yang pernah beli… ok, kalau ada yang biasa beli tu bolehlah berikan pandangan anda !!!

Kepada sahabat yang berminat bolehlah menghubungi ummi secara langsung di : rhyaby732002@yahoo.com… moga ummi sukses dengan kerjaya baru hehe… Sebenarnya ada satu lagi barang rekaan ummi, tapi mi kata yang ni biar dululah, lagipun apa kata sahabat blog pula nanti… kang jadi blog bisnes plakkan???

Sedang cakap-cakap pasal kopiah ngan ummi, Umar terus je capai pen dan lukis gambar orang pakai kopiah… dan inilah hasilnya… Cantikkan !!!...

7 comments:

zino said...

menarik juga kopiah tu.. boleh le oder nanti..

dah jumpa ke photobucket tu.. ni alamat dia..

http://photobucket.com/login.php

~comei~ said...

semoga berjaya!!

Anonymous said...

cantik kopiah tu..
budak2 mmg suka melukis kan?

MOKCIK AZWA said...

A'kum...wah...cantekkknye kopiah tu..boleh order gak camni..

Kaklong Syikin said...

bagusnya ummi pandai mengait. kepakaran tu blh jd duit poket sampingan. salam utk ummi ya. eh, ummi takde ke blog sendiri? buatlah. sambil tu blh jual2 barang promosi dlm blog sendiri.apasalahnya...

pandai umar melukis..

muslihah said...

Ada satu website yang cukup menarik kalau mahu guna untuk jualan .Ia juga percuma

www.multiply.com

Semuga berjaya

~comei~ said...

abi, nak kepiah tu satu. nama kat situ letak 'ayub' :)