Saturday, August 23, 2008

Abi, UmMi DaN kAsUt BaRu...

Salam sahabat blog...


Minggu ni adalah minggu cuti persekolahan. Erm macam biasa rutin cuti persekolahan adalah balik kampong. Mula-mula balik kampong sebelah ummi. Hari jumaat petang tu juga kami terus balik maklumlah ada jemputan kawin anak saudara pada ummi. Anak pada abang sulung ummi. Nak tahu dimana kampong ummi??? Hehe dekat je Di Taman Seri Malulana Pekan Pahang Darul Makmur. Pernah dengar??? Kalau sahabat ke Pekan betul-betul sebelum jambatan Pekan. Di situlah letaknya taman perumahan tersebut. Alhamdulillah Abang Azy dahpun bermenantu... Abi dan ummi bila yek??? Masih terlalu jauh, umarpun baru je menjengah ke tahun satu persekolahan. Congak punya congak mungkin dalam 20 tahun lagi kot hehe. Itupun kalau sempat. Amin. Erm itu cerita pertama kami pada cuti kali ini.

Gubahan hantaran

Bilik pengantin

Pasangan pengantin di pelamin...

Tak lama di Pekan sekitar tiga hari sahaja. Terpaksa balik ke Bera, ada tuntutan kerja. Erm... Sempena JUJ daerah Bera abi dikehendaki menjadi imam untuk solat maghrib dan subuh bagi pelajar-pelajar-yang terlibat dalam program JUJ tersebut. Erm... baliklah kami isnin pagi. Terus sahaja lepak di rumah Bera sehingga hari khamis pagi... tak boleh kemana-mana disebabkan pagi khamis tersebut abi dan ummi terpaksa menjalani peperiksaan PTK. Penilaian tahap kecekapan. Nampaknya abi dan ummi masih tidak cekap-cekap. Masih lagi belum berjaya mencapai target yang dikehendaki untuk entah ke berapa kalinya. Abi tinggal satu kertas khusus dan ummi pula kertas umum. Terbalik. Mujur juga camtu, bolehlah bergilir tunggu umar.


... dan selepas siap baik PTK kamipun terus bersiap untuk pulang ke Temerloh pula. Kebetulan pula hari khamis tu adalah hari penting buat ummi. Hari lahir ummi. Sampai ke Temerloh entah camne jalan sana jalan sini ummi terpikir nak bagi hadiah kat abi. Abi on jelah bila dapat hadiah kan kan kan. Terbalik kot betul sepatutnya abi yang belikan hadiah buat ummi, ini ummi pula yang belikan hadiah untuk abi. Takpelah mi terima kasih banyak-banyak, dan hadiah itu memang yang abi impikan selama ini. Pandai ummi memilih. Terima kasih sekali lagi... Insya Allah di hari lahir abi nanti, abi akan belikan hadiah istimewa buat ummi. Dah lama sangat rasanya abi tak belikan apa-apa buat ummi. Maaf ye mi sayang... Nak tahu apa ummi belikan untuk abi. Hehe tengoklah...

Kasut kanggaroo. RM180 hadiah dari ummi. Mekasih sayang...

Nilah hadiah pemberian dari ummi. Erm... bertahun rasanya abi menyebut untuk mendapatkan kasut kanggaro ni hehe. Alhamdulillah hajat tercapai. Mekasih mekasih mekasih. Umarpun berminat dengan kasut abi hehe. Siap dicubanya beberapa kali. Geramlah tu... huhu. Ok Umar raya ni abi belikan untuk Umar... Ok???

Semangat umar dengan kasut abi hehe.

Oklah... itu sahaja yang menarik sepanjang percutian sekolah kali ini. Erm pada sahabat yang bercuti selamat bercuti dan selamat kembali bertugas. Semoga kembali dengan semangat baru. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran ramadhan yang tak berapa hari lagi. Moga Ramadhan kali ini memberikan suntikan semangat dan daya juang yang semakin tinggi untuk beribadah kerana Allah. Amin.

Friday, August 15, 2008

KeMbAr YaNg CoMeL...

Salam sahabat blog...


Erm... hari ni abi menerima beberapa keping gambar kirimin dari anak saudara abi dari Keningau Sabah. Keluarga baru kami. Tahniah pada anak saudara Abi Lin dan Azhari... di atas hadiah dan anugerah dari Allah kembar Amsyar dan Amzar. Moga dilipatgandakan kurniaan rezeki dariNya.

Amsyar

Amzar

Amsyar dan amzar...

Ini juga bermakna dah semakin tualah umar dan abi hehe. Abi bergelar atok@aki. Aki Andak. dan umar bergelar Pak Long. Tuakan??? Untuk pengetahuan sahabat, Lin juga merupakan ahli yahoogroups respeks.

Comelnya dia sedang tidur lena...


Semoga semuanya selamat dan berjalan lancar di sana. Insya Allah akan bertemu pada cuti sekolah bulan Disember nanti, andai masih dipimjamkan usia olehNya. Hati-hati dan jagainlah anak itu dengan penuh kasih sayang. Abipun teringinkan anak kembar tapi apakan daya... Amin.

Sunday, August 03, 2008

HaRi KeLuArGa 2008...

Salam sahabat blog...


Minggu ni, abi umar dan ummi berkesempatan mengikuti program hari keluarga di anjuran sekolah abi. Di mana??? Oh... hanya ke Port Dickson je dan kami lepak di Bayu Beach Resort... Dua minggu lepas kami ke Melaka hari keluarga sekolah ummi. Lepak kat Seri Malaysia Ayer Keroh. Minggu ni plak hari keluarga sekolah abi, kira sakan jugalah berjalan dalam bulan ni. Rabak abi hehe. Erm lebih kurang 20 keluarga dari sekolah abi yang mengikuti program hari keluarga ni. Seronok sangatlah Umar bila dapat berendam di kolam hotel tersebut hehe. Sampai tak nak naik ke bilik. Adoisssss. Penat camni. Dok menunggu dia je. Hehe.


Banyak juga acara yang diadakan, namun satu yang kureng, hehe semua acara hanya diadakan dalam dewan je kerana cuaca tak mengizinkan untuk diadakan di luar. Takpelah semuanya adalah kerja Yang Maha Esa. Kita merancang dan dia yang menentukan. Banyak program berubah terpaksa beralih ke plan B. Huhu. Berikut beberapa keping gambar yang sempat ummi snap guna hp dia hehe. Maaflah kalau tak clear.

Acara rebut kerusi kanak-kanak.
Sian umar peserta pertama terkeluar. Hehe.


Acara rebut kerusi dewasa...

Gaya peserta akhir acara rebut kerusi. Abilah tu. hehe.

Acara tiup belon kanak-kanak 12 tahun ke bawah...

Tiup umar tiup!!! sian umar tak pecah-pecah.

Malam tu juga abi termasuk mereka yang bertuah bila no plat kereta abi mendapat cabutan. Dapatlah hamper... Puaslah Umar makan nanti.

Umar wakil abi ambik cabutan bertuah...

Sebelum balik sempat lagi umar berendam di pantai. Dalam hujan plak tu. Erm... terpaksalah abi hanya duk tengok je. Abi ni tak tahan hujan huhu, maaf ye umar. Tak dapat nak temankan...

Wah seronoknya dia berendam...

Cari apa tu sayang...

Dahlah sayang... lain kali plak yer!!!

Abi setia menanti di sini...

Sebelum bertolak balik ke Pahang sempat pusing ke Nilai 3. Ummi capai empat lima kuntum bunga dan frame gambo... Abi!!! Ermmmm hanya capai kain pasang untuk abi, ummi dan umar beraya nanti. Sedondong merah hati. Lawa ke??? Entah. Tengok jelah nanti bila raya tiba. Ok???