Monday, May 01, 2006

TENTANG AKHBAR

EPISOD I : GERUN

Kenapa pula abi ni, tetiba je menulis ada episod-episod pula. Macam cerita Star Wars je bunyinya. Entah, abipun tak dapat memberikan jawapan tetapi banyak perkara terlintas di kepala abi lebih-lebih lagi bila abi menatap akhbar-akhbar utama pada hujung minggu lepas. Lihat saja dibawah :



Biasalah abi ni, kalau hari minggu memang kaut habis akhbar utama, lagipun hari tu je biasanya abi baca akhbar. Oklah abi teruskan, sebenarnya bila menatap tajuk-tajuk akhbar di atas, abi gerun, betul abi gerun, cemas, marah, geram dan kadang kasihanpun ada… tapi tak tahu kepada siapa… hehe.

Takutpun ada, abi takut sebenarnya, bila membayangkan anak-anak abinanti. Mampukah anak-anak abi menghadapi suasana hidup di zamannya… dan yang penting tidak lari dari landasan Islam yang suci ini… Kalau zaman sekarang dah macam ni, akan datang mungkin lebih hebat lagi, jika masalah ini tidak dibendung. Ya, tugas abi mendidik, menjalankan amanah. Alhamdulillah, abi dah cuba sedaya upaya berikan yang terbaik untuk Umar… abi doakan Umar mampu menjaga dirinya…



Tak perlu rasanya abi ulas panjang lebar, melihat kepada tajuk-tajuk akhbar yang abi paparkan rasanya sahabat-sahabat semua sudahpun paham. Cuma satu yang abi nak juga cakap… tentang petikan " Pelajar Mati tergantung "...... Tertanya abi “ Bagaimana kanak-kanak 14 tahun boleh menggantung diri hanya kerana perselisihan faham dengan bapanya sahaja ”. Tak paham, abi betul-betul tak paham, dari mana kanak-kanak 14 ni mendapat ilham??? Abi buntu memikirkannya…

EPISOD II : JAWI


Apa ni jawi-jawi... Jangan ingat Jabatan Agama Wilayah dah lah... Atau ingat zaman bebudak dulu berjawi. Hehehe Takde kaitanpun

Alhamdulillah, syukur abi akhirnya akhbar jawi keluar semula walaupun hanya sebagai sisipan sahaja. Abi harap keluarnya kali ini biarlah keluar berterusan. Bukan seperti biskut sekejap ada sekejap takde. Apapun, untuk memastikan akhbar jawi ini berterusan adalah tanggungjawab kita bersama. Kalau selama ini mungkin kita lebih selesa dengan Akhbar Inggeris, atau Akhbar Berbahasa Melayu… sekarang perlulah kita berjinak-jinak dengan tulisan jawi… Siapa lagi yang akan membacanya kalau tidak kita…

Pastikan kita tidak ketinggalan membeli akhbar Utusan Malaysia pada setiap hari Isnin… sekiranya kita betul-betul sayangkan warisan bangsa kita yang satu ini… Tepuk dada Tanya selera…


Atau kita ingin membiarkan masyarakat seperti ini yang membaca Jawi.. dan menyelamatkannya... Tidak Malukah Kita...

EPISOD III : EKSPEDISI BERAKIT SUNGAI PAHANG


Kebetulan minggu lepas abi balik ke Pekan, dan hari sabtu tu ekspedisi berakit sampai ke Pekan Pahang… Ekspedisi berakit yang bermula di Jerantut dan berakhir di Pekan Pahang dapatlah abi tengok mereka dengan rakit-rakitnya.…

Insya Allah esok abi akan masukkan gambar-gambarnya esok. Dah banyak sangat gambar abi paparkan hari ni... esok pula yer... dan kebetulan juga abi bawa kamera masa tu…

P/s : Teringat kenagan berjawi masa budak-budak dulu...

7 comments:

Anonymous said...

A'kum., itulah lumrah dunia sekarang. Jika kita tak mampu melawan nafsu atau pun kehendak hati, maka akan terjadilah perkara seperti ini. Kita manusia kadang tak mampu melawan kata hati...ini bukan perkara asing, cuma terpulang pada kita menangani nye.

fieyda said...

akhbar jawi...sekarang keluarannya di tanggung oleh kementerian kebudayaan kesenian dan warisan...perpustakaan negara terlibat secara langsung..tu tak lama lagi semua letterheas jabatan kerajaan akan dijawikan juga nama2 jalan...nama2 jabatan...dan itu perancangan yg akan dilaksanakan sikit masa lagi insya Allah la...tp di sini dah dipraktikkan

Zareda Norman said...

mase berita di tv3 umumkan tentang akhbar jawi ni, pembaca berita tu asiklah cakap bahasa jawi, bahasa jawi. Mana ada bahasa jawi.. yang ada hanya tulisan jawi..

Anonymous said...

memang menggerunkan bila kita ngk dunia remaja sekarang, rasanya mmg tak sanggup nak bayangkan apa akan jadi 10 thn lagi kan?
*kadang2 didikan ibu bapa dah sempurna dalam bila dalam diri sendiri yg tak tahu mengawal, ini la jadinya..:D

zino said...

wah dah macam reporter pulak abi ni.. hehe siap lapuran bergambar lagi.. bagus bagus hehe..

dunia semakin mencabar.. macam macam benda berlaku yg kita tak terfikir sebelum ni..

Kaklong Syikin said...

abi, saya pernah wat attachment kat JAWI bhgian penguatkuasa..mmg menakutkan bila fikirkan akhlak muda mudi sekarang. na'uzubillah.

tgjwb parent ni berat, sejak kecil kena bgi input pada dia ilmu2 yg bermanfaat n didikan agama yg kuat.

alhamdulillah tulisan jawi ada semula.

seronoknya berakit. saya tak reti2 lagi.

Abah Mui'zz said...

Abi, memang betul agaknya ini udah akhir. Banyak tanda2 yang menggerunkan, tapi kita tetap alpa macam itu juga.

Jawi... bila nak start baca Jawi semula nih?? Abah belum start lagi abi. Harap2 boleh asah balik.

Berakit! Teringat pengalaman mengiringi orang2 berakit tahun 2001 kat Sungai Pahang. Masa tu abah ngan student2 abah berkayak. Seronok gak la main air Sungai Pahang ni.