Thursday, May 18, 2006

PROTAZ...

Apa benda ni plak ni abi??? Bunyi macam nama planet je… hehe tak pun resipi baru abi ke… takdelah. Hari ahad lepas, masa abi beli akhbar MM dan BM, ( biasalah abi ni seminggu sekali je beli akhbar ) ex-student abi nipun turun sama, belek-belek akhbar dan majalah yang ada kat kedai tu dan akhirnya dia ambik majalah i… abi bukan tak tahu majalah ni… tahu dan pernah baca dulu-dulu tapi takdelah peminat setia… tapi bila ex- student abi ni, beli abipun tumpang semangkuk baca… seronok juga isinya banyak perbincangan ilmiah… minat plak nak baca selalu… Nantilah abi fikirkan mungkin abi akan langgan kot… hehe

Satu artikel yang abi nak kongsikan dengan sahabat blog abi, ( perasan macamlah abi ni ada peminat blog abi hehe ) pasal PROTAZ. Masa tengok tajuk tu, abi tak paham sangat apa ke bendanya PROTAZ, tapi bila abi baca lebih lanjut tahulah abi, kata singkatan dari PROFESIONAL dan USTAZ maka jadilah PROTAZ Agaknya apalah gelaran kalau PROFESIONAL dan USTAZAH … Mungkin PROTAZAH kot...tak pula dibincangkan dalam majalah tu bab ni…

Isu yang diutarakan, sekarang ni ramai golongan professional yang terlibat secara langsung dalam bidang dakwah… tak kiralah siapa mereka engineer ke doktor ke peguam ke… itulah asas kepada topik perbincangan. Di sertakan juga beberapa perbincangan dengan beberapa orang golongan Profesional yang terlibat secara langsung dalam dunia dakwah ni… antaranya pengasas Al-Ahkam, seorang pilot Hafiz Firdaus dan seorang Doktor iaitu Dr Danial.. . serta beberapa orang lagi yang abipun tak ingat sangat nak sebutkan namanya satu persatu.

Bagi abi, ikhlas abi cakap abi rasa seronok sangat dengan perkembangan yang berlaku ni, Islam ni bukan hak elit golongan agama semata-mata. Tetapi hak kita semua dan menjadi kewajipan kepada kita menyampaikannya walau sepatah ayat sekalipun… Bukan juga Islam ni hanya duduk di mimbar masjid… biarlah Islam ini berada dimana-manapun, mungkin dibawa terbang ke udara oleh seorang pilot atau berada di klinik dan hospital ditangan seorang doktor dan mungkin juga di kamar-kamar mahkamah oleh seorang peguam… kalau boleh di padang bolapun kita bawa Islam dan di dunia pentas hiburanpun kita bawa Islam dan inilah yang dikatakan kesyumulan Islam… Cuma yang membawa Islam tu kenalah jaga Islam tu dengan baik agak tidak tercemar.

Abi seronok sebenarnya bila baca tentang Hafiz Firdaus ni… banyak buku-buku karangan beliau. Beliau juga menguasai bahasa arab dengan baik. Moga akan lebih ramai lagi lahir ilmuan-ilmuan yang hebat seperti ini. Abi, abi sendiri sampai saat ini masih belum mampu melahirkan sebuah bukupun… melainkan sekadar merepek diblog-blog aje. hehe

Kalau kita tengok pada zaman sahabat dulu, mereka bukan sahaja seorang Ustaz… tetapi mereka juga seorang PROTAZ… dah lama dahpun PROTAZ ni bukan zaman sekaran ni jer… Lihat kepada Imam Ibnu Sina beliau bukan sahaja seorang Ulamak dalam bidang agama tetapi merupakan tokoh perubatan yang sangat terkenal, begitu juga denan Al-Khawarizmi yang memerperkenalkan Al-Gebra… juga seorang agamawan yang ulung…. Hatta Rasulallah SAW sendiripun merupakan seorang PROTAZ yang terunggul. Cuma mungkin istilah sahaja berbeza, istilah PROTAZ belum wujud pada masa tersebut… Rasulallah SAW seorang strategis perang yang hebat, seorang Imam di masjid ahli politik bahkan motivator yang cemerlang…

Mungkin kerana sistem pendidikan kita kini, yang memisahkan antara ilmu agama dan ilmu-ilmu yang lain menyebabkan kita jadi begini… Kalau seseorang yang berada dibidang agama… mereka hanya tahu agama sahaja… begitu juga bidang-bidang lain. Mungkin juga ini adalah agenda penjajah yang lama bertapak di Tanah Melayu dan hampir semua negara Islam yang dijajah.
Sepatutnya tidak ada pemisahan seperti ini, barulah akan lahir seorang intelektual Muslim yang hebat dalam segenap segi… abi rasa sahabat blog abi yang seorang ni ABAH boleh abi anggap sebagai PROTAZ kot … maaf abah jangan marah ye bah… Amin Ya Rabbal Alamin

11 comments:

abiumar said...

Assalamualaikum...

Abi, memohon maaf kerana kesilapan teknikal abi terdelete tajuk ini... abi terpaksa masukkan semula... dan kepada yang dah buat komen dulu sekali lagi abi mohon maaf.. Kalau rajin tulis sekali lagi hehehe

Kesilapan teknikal yang TIDAK DISENGAJAKAN.

Wassalam.

Anonymous said...

PROTAZ ISTILAH YANG BID'AH! Tapi bukanlah dholalah, tetap hasanah...

MOKCIK AZWA said...

Pertama kali dengar istilah PROTAZ..kalau tak baca kat entry Abi nie, tak tahu pun apa maknya PROTAZ tu...terima kasih Abi atas info ini.

Anonymous said...

ok apa, banyak cabang ilmu dia tau

zino said...

ingat tadi nama kereta proton yg terkini hehe

Sri Diah said...

Assalamualaikum Abi; terima kasih banyak-banyak kerana tolong mempromote majalah kelolaan saya. Salam juga drp seluruh warga Majalah i dan Karangkraf.

Daripada saya: sridiah2u.blogspot.com

aNIe said...

Macam2 istilah sekarang ye...kak lady yang lama hidup ni pun baru dengar istilah baru ni...

Betul kata abi...disebabkan mereka memisahkan ahli agama dan ahli professional maka ujudlah istilah tu....

abiumar said...

Terima kasih kepada semua....

Untuk Sridiah boleh ke abi nak hantar artikel ke Majalah Sri Diah... Bagaimana caranya...

Terima kasih.

Anonymous said...

mmg patut gol.2 profesional mcm ni didedahkan dlm akhbar2 dan majalah, bagi buka pandangan org terhadap Islam terutama kalangan non Muslim bahkan muslim juga.

Sebab ramai, tak kira Muslim or non Muslim anggap Islamu tu hanya utk fardhu ain aje macam ibadah2 dlm rukun islam,tahlil kat masjid, baca doa pembukaan n penutupan majlis, itu aje. sedangkan Islam tu syumul.

Pada mrk, kalau dah time waktu kerja tu, atau politik atau sukan atau hiburan tak kira sbhgn drp agama dan lain2 yg macam abi cakap tu..itu pndangan salah.sedangkan itu pun dikira dosa pahala juga. tp pandangan ini terjadi sbb cara pendidikan yg dberi.

jd peranan kitalah menyedarkan mrk ni...saya suka entri ni. ni kira satu bentuk dakwah juga :)

salam utk ummi

oh ya abi, anak saya 4 org: 3 perempuan & 1 lelaki (teringat soalan abi di ruangan komen blog saya tempohrai :)

Anonymous said...

Abi..abi. Jangan tinggi sangat pandangan pada abah tu. Hahaha, abah ni jangan kata protaz, pro pun jauh lagi. Apatah lagi taz. Tapi abah sedang cuba membentuk diri abah untuk jadi hamba Allah yang disayangiNya, walaupun sungguh banyak kelemahan diri yang masih perlu diperbaiki.

Abi kurang-kurang dah ada taz, kan? Hehe.

Anonymous said...

makin bagus kupasan2 di blog najim tuh...abg tak mahu nak komen kat situ sebab abg takde blog...abg suka sgt atikel PROTAZ tu... sebenarnya udah ramai golongan2 tersebut sekarang nih hanya mereka2 tu kita tidak kenal secara lansung or tidak masuk paper utk dikenali umum...

rasanya byk lepasan2 sek agama esp. sek. agama berasrama yg sudah berprofessional skrg nih...anak sedara abg ada 2 org lepasan sek agama & skrg memegang jawatan di syarikat2 besar...harap mereka menjadi Protaz ...adik abg yg dentist tu pun boleh dikatakan protaz gak sebab selalu cakap pasal agama dlm klinik dia...

Najim, harap2 dlm dunia yg dah nak jadik mcm2 nih ada gak golongan2 yg berusaha utk menjadik baik termasuk abg & najim smestinya...amin!!