Monday, July 24, 2006

PESANAN UNTUK ANAKANDA TERCINTA SEMPENA ULANGTAHUN KELAHIRAN KE 5

Di bawah adalah gambar-gambar sempena sambutan hari kelahiran Umar yang ke 5...
Bukan sambutanpun sebenarnya sekadar mengembirakan Umar dan meraikan bersama Abi dan ummi tercinta je... Tak de orang lainpun, dan setakat hari ni memang tak pernah buat sambutan rasmipun... Tak tahulah kot, kalau-kalau akan datang akan diadakan majlis kesyukuran...

Juga majlis keyukuran untuk abi dan ummi mengenang kisah-kisah lalu yang berlaku antara kami. Apapun kisah tersebut merupakan lipatan sejarah kami yang tak perlu dikongsikan dengan sesiapapun... pahit, kelat, masam, manis, tawar, hambar semua telah dihadam sepanjang melayari bahtera kehidupan bersama ummi selama 7 tahun...

Terima kasih ummi kerana masih setia untuk bersama abi... semoga kesetiaan ummi akan dibalas syurga oleh Allah di akhirat nanti... Terima kasih sayang.

Hehe apa plak abi merepek ni... Buat malu ajer...


Mekasih mi, kerana membuat kuih kek yang sedap dan gebu tu, lain kali buat lagi yer sayang... sodap.

Oklah tu aje cerita untuk hari ini, tak banyak cerita yang dapat abi sampaikan... tak de idea. Doakan kebahagiaan kami dan untuk Umar, dibawah abi titipkan beberapa pesanan untuk Umar melangkah melalui ranjau kehidupan :

1) Di manapun anda berada wahai anakku... sesungguhnya anda tetap bergelar " Hamba Allah "
2) Terimalah takdir Allah dengan Redha... Sesungguhnya setiap yang berlaku keatas kita mempunyai hikmatnya tersendiri, yang mungkin kita tidak pernah ambil tahu.
3) Ambillah apa yang baik sahaja dari abi, sesungguhnya abi bukanlah insan sempurna untuk menjadi contoh tauladan yang baik kepada anda... tetapi abi berazam untuk menjadi manusia terbaik untuk Umar dan ummi khususnya, Doakan abi.
4) Ingatlah bahawa " Syurga terletak dibawah telapak kaki ibu "
5) Kemaafan abi pohon andai abi tidak mampu menjadi bapa dan suami terbaik buat anda berdua...

Cukup dulu pesanan abi, dihari ulangtahun kelahiran anakanda yang tercinta, Insya Allah akan ada titipan lanjut di hari lahir anakanda yang ke 6 nanti... Amin.

" Sanah Hilwah Ya Ghamil, Sanah Hilwah Ya Ghamil, Sanah Hilwah Ya Umar Faruqi "

Sunday, July 16, 2006

CUTI-CUTI "JB "

Lama juga rasanya tak update blog abi... Virus malas begitu kuat menggigit diri abi... dan abi layan jelah virus ni... hehehe Hari inipun tak ada apa sangat abi nak cerita cuma nak kongsi gambar-gambar abi ikut program Hari keluarga Sekolah Ummi kat JB... bukan Johor Bharu tau... tapi Janda Baik... sahabat-sahabat boleh tengok gambar-gambar di bawah...


Gambar ni abi ambik semasa di perhentian pertama sebelum sampai ke Janda Baik... Kami singgah di Hutan Lipur Lentang lebih kurang 40 km dari Bandaraya Kuala Lumpur dan 20 km dari pekan Bentong. Tempat yang menarik dan air terjun yang masih belum tercemar... kepada sesiapa yang berminat bolehlah pergi berkelah pada hari cuti... memang best lebih-lebih lagi bersama keluarga... ia tidak jauh masuk kedalam dari Lebuhraya KL - Karak.... dan 1 km je kedalam dan boleh bawa kereta anda...


Dan ini pula gambar-gambar kami di Seri Pengantin Resort di janda Baik... Ermmm tempat ni memang best untuk bercuti... jauh dari kebingitan kota, macamlah abi dudk dalam kota besar hahaha... dan Umar suka sangat mandi air kolam tu... tapi agak penakut... hehehe orang lain semua berendam dia hanya letak-latak kaki jer... Kalau sahabat berminat sila layari : http://www.seripengantin.com ... kalau tak silap itu nama websitenya... dan kalau silap maaflah, boleh search sendiri di Yahoo... kepada mereka yang dah lama tak bercuti dan nak merasakan seolah-olah macam pengantin baru semula, bolehlah datang ke sini... memang ermmm dan rasa betul-betul macam pengantin semula... bagi pasangan pengantin barupun ok... bolehlah kesini untuk bulan madu anda... hehehe tak payahlah sampai bulan madu atas pelangi sinipun dah cukup...

Monday, July 03, 2006

HANYA KERANA SEORANG...

Erm... sejak akhir-akhir ni hebat betul berita tentang keganasan. Di sana sini keganasan. Tengok berita cerita keganasan, tengok akhbar cerita keganasan. Tak de benda lain lagi nak dijadikan berita, semuanya tentang ganas-ganas belaka... tapi yang tak bestnya yang jadi mangsa adalah saudara segama dengan abi juga... Umat Islam... dan yang di momokkan sebagai pengganaspun adalah saudara seagama degan abi juga... yang mana satu betul ni... Kita pengganas ke atau kita diganasi... entah ??? Sendiri fikirlah...

Apapun abi respect kat bangsa Yahudi laknatullah ni... hanya kerana seorang tentera mereka sahaja yang di tawan oleh tentera Palestine... habis mereka mengamuk hingga nak runtuh bumi palestine dibuatnya... erm.. hebat mereka!!!... kita apa yang kita buat... mungkin kita tak terasapun dengan penderitaan saudara segama kita di sana... kita lebih sibuk membicarakan tentang perkahwinan diva polular pujaan kita ... atau lebih tertarik dengan kisah putus tunangnya penyanyi pujaan kita... Ingatlah bahawa nabi bersabda yang bermaksud :

Tidak beriman seorang muslim itu, selagi dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.

Apa yang berlaku bagi abi, menunjukkan betapa kita Umat Islam sekarang terlalu lemah... hingga boleh diperkotak-katikkan oleh bangsa lain yang memang kerjanya ingin memusnahkan kita. Mereka memang tidak pernah redha dnegan kita. Takperlulah kita menunding jari kepada mereka Yahudi laknatullah ini, kerana sememang nya kerja mereka menyesatkan Umat ini hingga ke akhir hayat... Kelemahan kita, berpunca dari tidak bersatunya kita dalam segala urusan... berpecahnya dunia Islam dari negara Arabnya hinggalah ke Alam Melayunya sendiri... kita tidak pernah sependapat walau dalam sekecil perkara sekalipun...Fikirkan.

Justeru!!!! Apakah bantuan yang boleh kita berikan kepada meraka... Berilah apa-apa sumbanganpun... hatta secebis doa dari hati yang tulus suci kerana Allah. Berilah... mereka sangat memerlukan bantuan kita... Sebaiknya mulakanlah dengan solat hajat dirumah kita sendiri bersama ahli keluarga dan kalau kita orang berpengaruh buatlah di kawasan kampong, masjid dan di seluruh negara biar bergema dengan doa dan munajat kepada Alalh... kerana seseungguhnya kita tidak akan mampu untuk melawan mereka dengan senjata...

Amin.