Thursday, April 27, 2006

TENTANG UMAR

Hari ni abi nak citer tentang Umar je.... Anak abi yang seorang ni. Nilah satu-satu nya Anugerah Ilahi untuk abi dan ummi buat masa ni. Abi harap sangat-sangat anugerah Allah untuk abi lagi selepas Umar ni. Bukan abi je... Ummi lebih-lebih lagi... Umarpun macam tu selalu tanya... Naper Umar seorang je Abi... Kadang-kadang Abi tak tahu nak jawab bila selalu sangat pertanyaan tu keluar dari mulut si comel seorang ni...

Buat masa ni bagi abi dan ummi, Umarlah segala-galanya....... Umarlah kaca Umarlah permata... Harap-harap Umar akan jadi permata yang menyinar hidup abi dan ummi, bukan sehaja menyinarkan hidup abi di dunia ni, tetapi yang lebih penting akan mencerahkan kehidupan abi di Sana nanti.

Tentang Umar... Yer Insya Allah Umar akan masuk 5 tahun pada bulan Julai ni. Pada 24 hb Julai genaplah 5 tahun anak kelahiran Sandakan Sabah ni...

Umar sekarang dah pandai merungut tau... dulu takdelah pandai merungut... Nak tahu macamana Umar merungut... Kelakar bila dia merungut.

Bila abi mintak tolong sesuatu, contoh suruh pasang TV ke (maklumlah remote TV rosak sekarang)apa Umar kata, " Umar, Umar, Umar... Semua Umar. Umar penatlah "... Tulah, dah pandai menjawab, dulu ok je rajin. Abi pun cakaplah. " Nak mintak tolong siapa lagikan " Umar satu je anak abi, tak lama pastu mesti dia buat. Umar, Umar.

Yang paling seronok tentang Umar... Umar pandai memuji. Bila tengok Ummi ke, abi ke berpakaian lawa sikit, Umar akan cakap... "Cantiknya Ummi," Handsomelah Abi ni, " kadang tu dia tanya tentang diri dia... " Handsome tak Umar" hehe tulah Umar. Pandai ambik hati... moga ciri ni kekal sampai bila-bila.



Yang ni lagi best... Bila Abi tanya sayang Umar tak ??? Umar cakap apa... " Sayang sangat, banyak sangat... tak boleh bilang " abi main-mainkan dia sejuta ke ??? tak, tak boleh bilanglah abi... Sejuta tu tak banyak sebab boleh bilang... Hai dari manalah agaknya dia dapat jawapan macam tu.

Atau yang ini... Yang ini memang sejukkan hati abi dan ummi. Umar dah agak kenal huruf Iqrak dan dah boleh baca dengan lancar Iqrak 3. Mungkin bagi sesetengah orang apalah sangat Iqrak 3... maybe anak mereka 5 tahun dah habis baca Iqrak. Bagi abi,seronok sangat bila dia dah lancar Iqrak 3 ni dan Insya Allah malam ni dia boleh tukar Iqrak 4.

Tahu kenapa abi seronok sangat ??? Camne ceritanya, lebih kurang sebulan lepas, Umar malas betul baca Iqrak ni... Bila pegang je Iqrak... Umar penatlah abi, Umar letihlah abi, Umar ngantuk lah abi dan suatu hari tu... Abi betul-betul hilang sabar... Kenapa ??? Umar pegang Iqrak dan dia hempas kuat-kuat. Abi apa lagi... ambik rotan, dan terkenalah si anak kecil tu rotan... dan buat pertama kali abi hilang sabar dengan Umar... sedar tak sedar menitis airmata abi... kenapalah aku ni ??? Anak sekecil tu apalah yang dia tahu

Cuma abi cukup syukur selepas kejadian tu, esoknya Umar mintak maaf dengan abi... Seronok betul abi anak sekecil tu selalu mengamalkan mintak maaf. Umar ni kalau silap sikit mesti mintak maaf punya... tu yang bestnya. Apa Umar cakap... " Umar mintak maaf abi, Umar janji Umar tak akan buat lagi. Abi senyum, peluk dengan kasih sayang... dan cakap " Abi juga mintak maaf, abi salah sayang "... Umar balas ... " Abi janji tak rotan lagi tahu ". Abi angguk dan dalam hati terdetik... Insya Allah kali pertama dan terakhir.

Alhamdulillah, Umar betul-betul menunaikan janjinya... Sejak kes tu Umar rajin baca Iqrak... Sekejap-sekejap nak baca Iqrak. Zohor nak baca, Maghrib nak baca. kadang-kadang duduk saja pun ambik Iqrak, padahal sebelum ni sekali sehari je baca lepas maghrib.



Erm... tulah rasanya cerita tentang Umar buat masa ni... Insya Allah kalau ada yang menarik abi coretkan lagi. Petang ni Insya Allah abi, ummi dan Umar akan balik ke Pekan... dah lama tak jengok Aki dan Wan Umar kat Pekan.

Doakan perjalanan kami selamat. Aminn.

P/s : Satu pertanyaan kepada pakar-pakar komputer... Abi ada gambar Umar bernasyid dan baca Iqrak dalam bentuk video??? Boleh ke abi nak tayangkan kat sini. Kalau boleh tolong ajar yer...

Wednesday, April 26, 2006

SAMPAI BILALAH AGAKNYA



Kenapa sampai begini mereka menghina kita ???...

Selanjutnya : http://www.muslimconsumer.org/ppim/main.php

Tak ada apa-apa idea untuk menulis. Cuma abi paparkan gambar ini. Tak ada apa yang nak abi komen kerana rasanya dah terlalu banyak abi mengomen bab ini...

Sunday, April 23, 2006

POLIGAMI

Dah lama sebenarnya abi nak bercakap hal ni…. tapi tak berkesempatan. Ari ni abi banyak masa free. Abi cubalah menaip tentang ni. Semalam, waktu rehat abi minum-minum di kantin berhampiran sekolah abi. Abi tiga orang semeja …. Memang tempat yang biasa abi ngan kengkawan lepak-lepak. Sedang borak-borak tetiba terdengar beberapa orang yang keluar melalui meja berhampiran abi dan kengkawan bercakap soal poligami sambil ketawa berdekah-dekah. Kawan abi ni apa lagi menyampuklah…. ( tetapi meraka sudah tidak dengar) apa yang dikatakan oleh kawan abi. Abi namakan kawan abi lelaki A, lelaki B dan lelaki C :

Lelaki A : Akupun insyaallah akan kawin satu lagi cuma masa dan keadaan sahaja yang menetukan bila.

Lelaki B : Aku target sebelum umur 35 tahun ( kawan abi ni baru 30 tahun ). Kalau jumpa-jumpalah. Kalau talk maknanya takde lah tu.

Lelaki C : Hanya tersenyum dan tidak memberi sebarang komen. Lelaki C ni adalah abi sendiri.... kan abi bertiga je tadi.

Komen abi :

Setakat ini, abi memang tak pernah terfikirpun untuk berpoligami. Kalau fikirkan keseronokan memanglah abi hendak tetapi apabila fikirkan tanggungjawab yang perlu dipikul rasanya tak mungkin abi akan berpoligami. Mungkin, selagi bernama lelaki memang mereka akan terfikir kearah ini. Bukan lelakilah agaknya, kalau tak berfikir untuk menambah cawangan. Cuma kemampuan dan tanggungjawab sahaja yang menjadi penghalang utama.

Sesuatu yang kadangkala menjadi persoalan kepada abi, perempuan sendiripun ramai yang suka kepada lelaki yang telah berumahtangga. Buktinya abi selalu baca Mingguan Malaysia dalam ruangan di celah-celah kehidupan, ( DCCK ) kalau kita ikuti mingguan Malaysia minggu lepas, terdapat seorang perempuan yang dengan jujurnya mengatakan beliau memang menginginkan lelaki berusia….. Jadi siapa yang diharus dipersalahkan dalam hal ini ??? Tepuk sebelah tangan tak akan berbunyi.

Abi syorkan kepada semua agar selalulah baca ruangan DCCK sekurangnya dapat juga mendalami masalah masyarakat sekarang. Kehendak mereka… luahan hati mereka.

Kebetulan juga dalam waktu yang sama abi terjumpa satu artikel tentang poligami……. Abi buat kesimpulan beberapa keadaan yang membolehkan lelaki berpoligami. Iaitu :

8 Faktor dibolehkan poligami :


• Apabila seorang isteri mengidap penyakit serius seperti lumpuh, gila babi atau penyakit berjangkit

• Apabila isteri dibuktikan melalui pemeriksaan perubatan bahawa dia tidak subur dan tidak boleh hamil

• Jika isteri itu gila

• Jika isteri tua dan menjadi lemah serta tidak berupaya menjaga suami dan hartanya

• Apabila suami mendapati isterinya mempunyai sifat yang buruk dan dia tidak boleh berubah. Ini adalah sebagai pengajaran kepada isteri berkenaan.

• Apabila isteri keluar rumah dan menjadi tidak taat kepada suaminya

• Sewaktu peperangan ramai lelaki terkorban di medan jihad, poligami menjadi penyelesaian terbaik

• Sekiranya suami berasa dia snagat memerlukan isteri kedua untuk keperluan nalurinya yangf kuat dan isterinya tidak mampu melayan kehendaknya.

PROF ABDUL RAHMAN I DOI
SIDANG 32 / MARCH 2006


P/s : Semalam ummi ada cerita tentang rakan sekerja dia yang sedang kearah poligami….. nanti abi cerita.

Wednesday, April 19, 2006

KEWUJUDAN ALLAH VERSI II

Sedang abi melayari internet mencari maklumat berkaitan dengan kelas abi, abi terjumpa satu cerita. Cerita tentang kebesaran Allah. Kewujudan Allah. Abi tertarik dengan cerita ini. Satu kebetulan juga semalam abipun bercerita tentang kewujudan Allah yang abi petik dari perdebatan antara Imam Abu Hanifah dengan golongan athies. Hari ini juga cerita yang hampir sama. Jadi abipun paparkan sajelah di blog abi mana tahu dapat membantu menguatkan iman abi dan pembaca sekalian.

Kadangkala hidayah itu ada yang mendapatinya melalui pembacaan, melalui pertemuan dengan orang alim, ada juga yang memerlukan hujah secara akal logik. Justeru abi rasa cerita ini boleh kita jadikan renungan. Abi pastekan cerita ini yang berasal dari bahasa Indonesia. Mungkin dah adapun yang telah membacanya sebelum ini.

Apa Allah itu ada?

Ada seorang pemuda yang lama sekolah di negeri paman Sam kembali ke tanah air. Sesampainya dirumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang Guru agama, kiai atau siapapun yang bisa menjawab 3 pertanyaannya. Akhirnya Orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut.

Pemuda: Anda siapa? Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Kyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda: Anda yakin? sedang Profesor dan banyak orang pintar saja tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Kyai : Saya akan mencoba sejauh kemampuan saya

Pemuda: Saya punya 3 buah pertanyaan
1. Kalau memang Allah itu ada, tunjukan wujud Allah kepada saya.
2. Apakah yang dinamakan takdir.
3. Kalau syetan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syetan sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba Kyai tersebut menampar pipi si Pemuda dengan keras.

Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa anda marah kepada saya?
Kyai : Saya tidak marah…Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 buah pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda: Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
Kyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit.
Kyai : Jadi anda percaya bahwa sakit itu ada?

Pemuda: Ya.
Kyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu !

Pemuda: Saya tidak bisa.
Kyai : Itulah jawaban pertanyaan pertama: kita semua merasakan keberadaan Allah tanpa mampu melihat wujudnya.

Kyai : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda: Tidak.

Kyai : Apakah pernah terpikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?
Pemuda: Tidak.

Kyai : Itulah yang dinamakan Takdir.
Kyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?

Pemuda: kulit.
Kyai : Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda: kulit.
Kyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: sakit.
Kyai : Walaupun Syeitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, Jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan menjadi tempat menyakitkan untuk syeitan.


Maklumat lanjut boleh layari :

http://www.duriyat.or.id/artikel/allah.htm


Kadangkala kita tidak terasa betapa lemahnya kita sebagai makhluk Allah. Mungkin kerana kita lalai, kita terlalu seronok dengan keindahan dunia. Sebenarnya kita makhluk yang terlalu lemah.......

Kenapa abi cakap begitu... kerana memang begitu kita. Kita terlalu lemah. Buktinya hanya untuk melihat wajah kita sendiripun kita tidak mampu. Kita boleh melihat wajah orang lain tetapi kita tidak mampu melihat wajah sendiri. Kita memerlukan cermin untuk melihat wajah kita. Kalau cermin mengatakan kita cantik maka cantiklah kita. Kalau cermin kata kita hodoh, maka hodohlah kita.... tak gitu ???? Tak kira apa jenis cermin... samada dari kaca.... plastik atau cermin-cermin lain yang boleh menggambarkan wajah kita.....

Persoalannya tidak mungkinkah cermin itu membohongi kita ????

Tuesday, April 18, 2006

KEWUJUDAN ALLAH VERSI I

Semalam sedang abi belek-belek buku teks pendidikan Islam Tingkatan 2 abi terbaca satu kisah perdebatan golongan athies dengan Imam Abu Hanifah. Kisahnya agak menarik juga untuk kita renungkan. Maklumlah dengan keadaan zaman sekarang yang makin menjauhkan kita dengan tuhan dan wujudnya pelbagai fahaman……… bak kata majalah Mastika sekarang ni ada golongan yang menamakan kumpulan mereka Jangan Ikut Tuhan… ( JIT ) Elok juga kita jadikan kisah ini sebagai renungan bersama. Moga dapat menambahkan Iman kita kepada Allah.


Imam Abu Hanifah VS Athies


Imam Abu Hanifah dicabar oleh golongan athies berdebat tentang kewujudan Allah. Beliau sengaja datang lewat kemajlis tersebut. Golongan athies mengambil peluang ini untuk mencemuh Imam Abu Hanifah.

Sewaktu beliau muncul, beliau berkata : “ Saya datang dari seberang Sungai Dajlah tadi, saya menunggu lama dipengkalan tetapi tiada kapal yang dapat saya tumpangi sehingga saya bercadang untuk pulang ke rumah. Tiba-tiba saya ternampak sepohon kayu dipermukaan air Sungai Dajlah. Kayu itu terbelah menjadi kepingan-kepingan papan yang tersusun rapi dan menjadi sebuah kapal yang cantik. Saya menaiki kapal tersebut dan sampai ke sini ”.Golongan athies marah apabila mendengar kata-kata Imam Abu Hanifah.

Mereka berkata : “ Janganlah kamu mempermainkan kami ! Adakah logik kayu dan papan boleh tersusun sendiri sehingga menjadi kapal ?

Imam Abu Hanifah menjawab : “ Inilah jawapanku terhadap persoalan yang ingin kamu perdebatkan. Bagaimana kamu berkata dunia yang tersusun indah ini tiada penciptanya, adakah ini logik mengikut pandangan kamu? ”

Golongan athies terpegun mendengar kata-kata Imam Abu Hanifah. Mereka menyedari kesesatan mereka selama ini. Akhirnya mereka memeluk Islam di hadapan Imam Abu Hanifah.


P/S : Semoga kisah di atas dapat mengembalikan keyakinan kita kepada keesaan Allah SWT. Amin Ya Rabbal Alamin.

Monday, April 17, 2006

PANTUN

Letih betul badan abi hari ni……. Mungkin terlalu banyak kerja yang perlu dibuat. Abi masuk kelaspun rasa macam tak de apa sangat yang abi buat hari ni……… mungkin kerana kesibukan dengan pelbagai program sekolah pada minggu ni……. Dari sambutan Majlis Tilawah Al-Quran yang baru sahaja tamat rabu lepas…… dengan kelas tambahannya. Minggu ni plak abi terlibat dengan KOKURIA sebagai hakim Bahas Ala Parlimen.

Jadi hari ni abi masuk kelas abi cuma mengajar pantun je…….. Pantun lama dalam teks Bahasa Melayu Tingkatan 2 di petik dari Antologi Seuntai Kasih Untuk Di Rasa………. Sama- sama hayati pantun tersebut………..

PANTUN PERPISAHAN

Hari ini menugal jagung,
Hari esok menugal jelai,
Hari ini kita berkampung,
Hari esok kita bercerai.


Dari mana hendak kemana,
Tinggi rumput dari padi,
Hari mana bulan yang mana,
Dapat kita bertemu lagi.

Kelip-kelip kusangka api,
Kalau api mana puntungnya,
Hilang ghaib kusangka mati,
Kalau mati mana kuburnya

Batang selasih permainan budak,
Berdaun sehelai dimakan kuda,
Bercerai kasih bertalak tidak,
Seribu tahun kembali juga.

Orang Aceh sedang sembahyang,
Hari jumaat tengahari,
Pergilah kasih pergilah sayang,
Pandai-pandai menjaga diri.

Mana Manggung mana Periaman,
Mana batu kiliran taji,
Tinggal kampong tinggal halaman,
Tinggal tepian tempat mandi.


Bintang Barat terbit tinggi,
Bintang Timur terbit pagi,
Jika tidak melarat panjang,
Ada umur ketemu lagi.



Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa.
Dewan Bahasa dan Pustaka

P/s : Bila baca pantun ni teringat cerita Gurindam Jiwa ……. Nordin Ahmad berpantun dengan Latifah Omar

Thursday, April 13, 2006

APA LAGI YANG TINGGAL

Membaca akhbar utusan malaysia minggu lepas membuatkan abi cukup rasa gerun. Abipun dah tak ingat akhbar hari apa. Tapi Abi masih ingat tajuk utamanya Restoran mamak telah banyak bertukar tangan kepada bukan Islam. Begitulah bunyinya seingat Abi. Abi cukup rasa sedih. Sedih sangat walaupun abi bukanlah peminat kedai mamak ni, tapi Abi terkilan betapa lemahnya kita Umat Islam di Malaysia pada hari ini…….. tak tahulah apa lagi yang tinggal pada kita orang orang Islam di Malaysia hari ini. Kesemuanya tergadai ke tangan bukan Islam. Walaupun mamak bukanlah sebangsa dengan Abi……… tapi bagi Abi bangsa ni tak delah Abi banggakan sangat apa yang penting bagi Abi adalah Islam itu sendiri. Abi berbangga sebenarnya dengan kejayaan kedai-kedai orang Islam samada Mamak ke, China Muslim ke apa lagi kedai-kedai orang Melayu Islam itu sendiri.

Sudahlah kita hari-hari dihimpit dengan pelbagai penghinaan terhadap Umat Islam dari soal tudung hinggalah soal makanan halal. Bagaimanalah Malaysia nak jadi pengeluar makanan halal terbesar dunia kalaulah makanan kita sendiri masih disediakan oleh bukan Islam ??? Soal restoran dan kedai makan sendiri kita masih belum dapat selesaikan…….. Bila dah jatuh ke tangan bukan Islam……. Maknanya pengurusan boleh berbuat apa sahaja…. kerana pengurusan telah dipegang oleh bukan Islam. Apa mereka paham dengan makanan halal ni…. ???

Mungkin bagi sesetengah orang soal makanan ni soal kecik je ??? Soal remeh temeh. Bagi Abi persoalan ni terlalu besar. Soal halal dan haram nilah yang membentuk jiwa kita. Soal halal dan haram inilah yang membentuk sahsiah kita, soal halal dan haram ialah yang membentuk peribadi kita. Mungkin kita tidak pernah terpikirpun pelbagai masalah yang wujud hari ini ada kaitannya dengan pengambilan makan. Betapa kerasnya hati anak kita untuk dilentur agar menunaikan solat ??? Betapa payahnya anak kita untuk di suruh ke masjid ??? Betapa sukarnya untuk kita menyuruh mereka membelek ayat Al-Quran……. Mungkin kita tidak pernah terpikirpun apa yang kita beri makan hari-hari membentuk hati anak kita……. Mungkin kita merasakan ia sekadar makanan yang tidak memberi kesan apa-apa kepada mereka.

Sebenarnya, semakin banyak perutnya diisi dengan perkara yang syubhah……… yang tidak jelas semakin keraslah hati anak-anak kita menerima kebaikan…… semakin sukarlah anak-anak kita mendekati persoalan keimanan. Justeru, abi rasa kita sebagai ibubapa perlu memerhatikan apa yang dimakan oleh ahli keluarga kita. Bukan setakat kehalalan makanan itu sendiri tapi kita sendiri yang bekerja …….. pastikah kita melakukan dengan yang terbaik……. Tidak menyalahgunakan harta tempat kerja….. dan seterusnya menyebabkan hasil ( gaji ) yang kita dapat terjerumus dalam syubhah. Cubalah hari ini kita buat sebaik mungkin agar kita diberikan rezeki yang betul-betul milik kita dan seterusnya kita akan diredhai Allah. Insyaallah dengan cara ini dapat membentuk hati kita sekeluarga kearah keredhaan Allah.

Maaflah abi dah banyak melalut, berbalik soal restoran mamak ni, sebenarnya Abi sendiri dah lama sangatpun tak masuk restoran mamak ni. Mungkin dah hampir dua tiga tahun juga. Rasanya, kali terakhir masa Abi di Sandakan….. maklumlah di sana banyak sangat restoran mamak ni. Abi bukan apa dari dulu lagi terus terang Abi dah rasa kurang senang dengan restoran mamak, maaf kata, Abi agak ragu dengan status kehalalannya. Melihat kepada pekerjanya sahaja Abi rasakan sesuatu. Tak tahulah kenapa rasa hati Abi macam tu…….. sekarang ni bila abi terbaca akhbar utusan tu lagilah tertutup hati Abi……….. Moga Allah pelihara Abi, Ummi dan Umar dari perkara yang syubhah ini. Amin.

P/s : Insyaallah minggu depan abi kena jadi hakim kokuria ( bahas ala parlimen ) daerah di SMK Triang 3.

Wednesday, April 12, 2006

SALAM MAULIDURRASUL

Dah lama juga abi tak update blog abi ni. Bukan apa, kat tempat kerja abi ni ada problem sikit internet seminggu dua ni. Jadi abi tak dapatlah nak update. Hari ni tak ada apa abi nak tuliskan Cuma abi nak ucapkan SALAM MAULIDURRASUL kepada semua umat Islam walau dimana sahaja berada. Rasanya belum terlambat juga abi mengucapkannya. Moga kecintaan kita kepada nabi kita makin membara di hati.

Maaf, abi pinta kepada sahabat-sahabat yang mengirimkan sms kepada abi sempena maulidurrasul kali ini, kerana tahun ni abi tak balas satupun sms ucapan salam maulidurrasul. Bukan apa, abi rasa nak berjimat sikit bulan ni. ( kedekutnya abi ) Bulan lepas abi dah melebihi kredit limit yang telah ditetapkan…………. Tupun belum bayar lagi. Sikit hari lagi kena potonglah tu. hehehehe

Di sini abi tuliskan antara sms-sms yang abi terima sempena maulidurrasul……… moga dapat menjadi renungan kepada kita :

Dari sahabat Abi di Sibu :
Ajarlah generasimu mencintai nabinya, ahlikeluarga nabinya dan membaca Al-Quran. Selamat menyambut maulidurrasil daripada ust Mohd Isa Sibu Serawak.

Terima kasih ustaz atas ingatan.


Dari sahabat abi di Kuala Lipis Pahang Darul Makmur :
Selamat meraikan MAULID NABI. Sesungguhnya Rasulallah sendiri mengagungkan hari maulidnya, bersyukur ke atas nikmat maulidnya ke alam ini, menghormati maulidnya dengan berpuasa pada hari isnin ( hari baginda dilahirkan ) bergembira dengan maulid nabi dituntut Allah. Rasulallah SAW bersabda : “ Demi zat yang jiwaku berada dalam kekuasaannya, seseorang di antara kamu belum beriman sehinggalah aku lebih dicintai melebihi cintanya kepada ayahnya dan anaknya. Cintailah nabi kita 24 jam!!!

Terima kasih Mi diatas kiriman sms semoga dapat menambahkan keimanan abi terhadap Allah dan rasulnya.


Dari anak saudara abi di Keningau Sabah :
Sunnah perjuangan bukannya mudah, harga syurga bukannya murah,Akhlak nabi jadikan qudwah, tawakkal sabar sebagai hadiah, moga kelak memperoleh husnul khatimah. Selamat menyambut MAULIDURRASUL.

Terima kasih Lein sekeluarga atas ingatan kepada Pak Andak di sini.


Itulah di antara sebahagian sms yang abi terima sempena maulidurrasul kali ini. Tak dapatlah abi nak tuliskan semuanya……. Terlalu banyak. Semoga kita dapat mengambil pengajaran dari sms yang dikirimkan tersebut.

Terima kasih sahabat di atas ingatan kalian semua.

Monday, April 03, 2006

NAK TAK CIKGU ????

Jumaat lepas awal pagi lagi lagi Abi ada kelas. Biasa kalau takde kelas ke kantin lah dulu Abi ni jawabnya. Masuk-masuk je kelas, lepas siap baik pelajar baca doa tetiba datang seorang pelajar dekat Abi. Tahu dia tanya apa kat Abi……….. pastinya tak tahukan ??? hehehe. Dia tanya Abi, “ nak tak cikgu ”??? Kalau nak bagi je RM 25.00 sambungnya lagi. Abi kata apa bendanya nak tak ni ??? RM 25.00 ni ??? Abi tak paham. Dia suruh Abi teka………. Abi tak layan sangat. Abi cakap nanti last, lepas Abi mengajar kita sambung…………….

Abipun mengajarlah dulu…………. Dekat nak bunyi loceng datang lagi pelajar ni……… Nak ke tak cikgu ???? dia tanya lagi. Abi kata apa yang nak tak nak ni……… cakap ajelah terus terang. Last-last dia cakap kancil RM25.00 seekor. Oh! Barulah Abi teringat Abi pernah borak-borak pasal berburu dengan pelajar ni dua tiga hari lepas. Abi layan je dia cerita, dia selalu cakap pasal abang dia kerap pergi berburu. Kadang-kadang bawa balik kancil, kijang kira banyak jugalah binatang-binatang hutan. Abipun cakaplah kalau dapat kancil tolong bawa kat cikgu yer…………… nanti cikgu bayar.

Abi sangka pelajar ni memain je. Tetiba hari ni dia kata kat Abi ada kancil yang Abi cakap nak dulu. Dia janji petang, dia akan hantar kat rumah. Abi takdelah ambik serius sangat………….. sambil tersenyum Abi cakap bawak jelah kerumah. Tengah duk rehat-rehat jam 5.00 petang datanglah pelajar ni dengan basikalnya sambil bimbit beg plastik…… Rupanya memang dia serius bawa kancil. Belum siang lagipun kancil tu, masih berbulu lagi……… Abipun bayar jelah RM 25.00……….. tapi dia pulang semula RM5.00 katanya RM20.00 jelah sebab kecil je. Adalah lebih kurang sekilo. Waha-waha (nama pelajar ni Sauwaha) tak sangka awak ni ambik serius betul dengan cikgu yer.

Alhamdulillah, tak sangka dapat juga Abi makan daging kancil. Dah lama betul Abi tak makan daging kancil. Walaupun Abi hari-hari naik kereta kancil…….. Mungkin dah hampir berbelas tahun lamanya tak makan daging kancil ni. Umar dengan Ummipun bukan main seronok dapat rasa daging kancil. Umar siap usik-usik kancil tu………. Mujur dah mati, kalau tak jawabnya kena gigitlah Umar hehehe. Kalau tak silap Abi last sekali Abi makin daging kancil masa banjir besar tahun 1988 dulu. Masa tu Abi masih belasan tahun ……. Kebetulan kancil tu terlekat dicelah pagar rumah Abi……….. sedang berenang-renang nak selamatkan diri dari banjir, apa lagi ayah Abipun tangkap ajelah. Tulah last makin daging kancil ni……… rasanyapun Abi dah lupa.

Kalau daging payau (rusa ) Abi biasalah makan. Kebetulan masa Abi mengajar di Sandakan dulu……… sana mudah dapat daging payau. RM10.00 je sekilo. Dululah… sekarang ni Abi tak pastilah plak berapa dah harganya………. Sedangkan minyak dah naik, nikan plak daging payaukan ???? Mesti naik juga betul tak ???? Sebut Sandakan teringat tentang abah yang akan ke Sandakan ( masa Abi tulis ni mungkin abah dahpun di Sandakan kot ) bolehlah beli daging payau bawa balik untuk ummi ngan Muizz.

Udangpun murah kat sana. Abah angkutlah banyak-banyak. Cuma satu yang Abi agak terkilan masa kat Sandakan tu……… walaupun selalu sangat makan daging payau ni tapi Abi tak pernah terpikirpun nak tengok payau tu…………. macamana rupanya walaupun Abi tahulah rupa payau tu melalui gambar-gambar, melalui TV, tapi tak pernahpun tengok rupa bentuknya secara live. Entahkan ye entahkan tidak daging payau asli…… entah-entah kena buyuk (bahasa Sabahan tu) je hehehe. Lain dengan kancil ni memang Abi dapat dalam bentuk asli…… Anda tak percaya ???? Boleh tengok gambar di bawah ni……