Tuesday, December 20, 2005

JAWAPAN PENGHARAMAN BABI SECARA SAINTIFIK

Hari ni Abi takde apa nak dikongsikan dengan semua….. Cuma Abi tertarik dengan satu e.mail yang Abi terima semalam dari groups gamatemas. Rasanya elok untuk Abi kongsikan dengan pembaca….. ( tupun kalau ada yang baca blog Abi ni hehe )

Ok Abi pastekan tanpa mengubah satu ayatpun………. Mujur juga ada terjemahan kalau tak melopong Abi baca yang Inggeris tu. Maklum ajelah Abi ni bekas sekolah atap je…..

From: Hayati

Di sini sy ingin berkongsi sesuatu yg informatif dengan korang sumer. As Muslim, kita diharamkan memakan khinzir dan apa jua yg berkaitan ngan menatang tuh. Nak tau kenapa?

Bob: Tell me why is it that a Muslim is very particular about the words Halaal and Haraam; what do they mean?

(Terangkan kepada saya kenapa orang Islam ni sangat mementingkan dan begitu teliti dengan istilah 'Halal dan juga Haram'; apa sebenarnya maksud perkataan-pekataan tersebut)

Yunus: That which is permissible is termed Halaal and that which is not permissible is termed Haraam and it is the Quran which draws the distinction between the two.

(Halal bermaksud perkara yang dibenarkan dalam Islam manakala haram pula bermaksud perkara yang tidak dibenarkan dalam Islam dan al Quranlah yang telah menggariskan perbezaan diantara keduanya.)

Bob: Can you give me an example?

(Boleh awak beri saya contoh?)

Yunus: Yes, Islam has prohibited blood of any type. You will agree that achemical analysis of blood shows that it contains an abundance of uric acid, a chemical substance which can be injurious to human health.

(Ya. Islam telah melarang memakan apa jua jenis darah kecuali darah ikan dan belalang kalau tak silap saya. Kamu tentu akan setuju bahawa satu analisis kimia terhadap darah menunjukkan ia mengandungi banyak asid urik,iaitu satu bahan kimia yang merbahaya pada kesihatan manusia.)

Bob: You're right about the toxic nature of uric acid, in the human being it is excreted as a waste product and in fact we are told that 98% of the body's uric acid is extracted from the blood by the kidneys and removed through urination.

(Kamu benar berkaitan dengan toksid semulajadi yang terkandung dalam asid urik ini. Di dalam badan manusia, ia digolongkan sebagai bahan kumuh/buangan, malahan kami diberitahu bahawa 98% dari asid urik ini diekstrak/ditapis daripada darah oleh buah pinggang dan dibuang melalui sistem perkumuhan)

Yunus: Now I think that you'll appreciate the special prescribed method ofanimal slaughter in Islam.

( Sekarang saya rasa kamu akan dapat merasai betapa beruntungnya satu cara istimewa dalam Islam berkenaan penyembelihan binatang )

Bob: What do you mean?

(Apa maksud kamu)

Yunus: You see, the wielder of the knife, whilst taking the name of the 'Almighty', makes an incision through the jugular
veins, leaving all other veins and organs intact.

(Maksudnya, ketajaman pisau, menyembelih dengan menggunakan nama Allah yang Maha Besar, menyembelih pada urat leher, ini semua akan menyebabkan organ-organ penting lain pada haiwan tidak rosak)

Bob: I see, this causes the death of the animal by total loss of blood from the body, rather than an injury to any vital organ.

(Jadi kematian pada haiwan adalah melalui cara hilangnya darah secara keseluruhan daripada tubuh haiwan tersebut dan bukannya dengan mencederakan pada organ-organ penting yang lain)

Yunus: Yes, were the organs, example the heart, the liver, or the brain crippled or damaged, the animal could die immediately and its blood would congeal in its veins and would eventually permeate the flesh. This implies that the animal flesh would be permeated and contaminated with uric acid and therefore very poisonous; only today did our dieticians realize such a thing.

(Ya, sebagai contoh, sekiranya organ jantung, hati, atau otak retak atau rosak, binatang itu akan mati dengan cepat dan darahnya akan menjadi kental dalam salur darah dan ini secara perlahan lahan akan menyebabkan ia meresap ke dalam daging. Ini akan menyebabkan daging diresapi dan tercemar dengan asid urik menyebabkan ia menjadi amat beracun dan baru sekarang pakar-pakar diet menyedari akan hal ini.)

Bob: Again, while on the topic of food; Why do Muslims condemn the eating of pork or ham or any foods related to pigs or swine.

(Bercakap mengenai makanan ni,kenapa orang Islam menolak untuk memakan daging khinzir atau sebarang makanan yang berkaitan dengannya)

Yunus: Actually, apart from the Quran prohibiting the consumption of pork,bacon(pig flesh); in fact the Bible too in Leviticus chapter 11,verse 8, regarding swine it says, "of their flesh (of the swine, another name for pig) shall you not eat, and of their carcass you shall not touch;they are unclean to you. Further, did you know that a pig cannot be slaughtered at the neck for it does not have a neck; that is according to its natural anatomy.A Muslim reasons that if the pig was to be slaughtered and fit for human consumption the Creator would have provided it with a neck. Nonetheless, all that aside, I am sure you are well informed about the harmful effects of the consumption of pork, in any form, be it pork chops,ham, bacon.

(Sebenarnya , ada bahagian daripada Al-Quran melarang penggunaan daging khinzir ini. Malah dalam Bible sendiri dalam Leviticus, chapter 11,verse 8, berkaitan dengan daging khinzir ini, kata Bible " Pada daging khinzir itu, janganlah kamu makan, dan bangkainya jangan lah kamui sentuh , ia adalah tidak bersih untukkamu. Tahukah juga kamu bahawa seekor khinzir tidak boleh disembelih pada lehernya kerana ia sendiri sebenarnya tidak mempunyai leher jika kita tengok dari anatomi semulajadinya. Bagi orang Muslim sekiranya khinzir itu boleh disembelih dan sesuai untuk keperluan manusia, maka Tuhan tentunya akan menjadikan khinzir itu mempunyai leher. Apapun, tanpa melihat pada semua itu, saya yakin bahawa kamu tentu tahu betapa daging khinzir ini, walau dalam apa jua bentuk pun akan memberikan kesan yang merbahaya.)

Bob: The medical science finds that there is a risk for various diseases the pig is found to be a host for many parasites and potential diseases.

(Sains perubatan mendapati bahawa khinzir ini mrerupakan hos/perumah bagi pelbagai jenis parasit dan berisiko terhadap pelbagai jenis penyakit)

Yunus: Yes, even apart from that, as we talked about uric acid content in the blood, it is important to note that the pig's biochemistry excretes only 2% of its total uric acid content, the remaining 98% remains as an integral part of the body.

(Ya, malah selain daripada itu sebagaimana kita berbincang mengenai kandungan asid urik dalam darah tadi, didapati khinzir hanya membuang 2% daripada kandungan asid uriknya sebagai bahan kumuhan dan baki 98% lagi akan kekal sebagai sebahagian dari tubuhnya.)

Tuesday, November 15, 2005

MALAM JUMAAT

Tetiba je ari ni Abi nak cakap pasal malam jumaat. Maklum ajelah malam tadi kan malam jumaat. Bila cakap pasal malam jumaat ni mesti masing-masing punya persepsi tersendirikan ??? Tapi jangan plak faham lain pasal malam jumaat ni. Abi terasa nak bercakap tentang malam jumaat ni bila malam tadi Abi pergi masjid baca Yasiin.

Entah kenapa malam tadi Abi terkenang malam jumaat masa Abi kecik-kecik dulu. Rasanya malam jumaat macam yang Abi lalui masa kanak-kanak dulu tak mungkin akan berulang lagi……………… hanya tinggal nostalgia. Kalau masa kecik-kecik dulu kat kampong Abi ni, kira macam malam rayalah………….. Semua memakai baju melayu. Makpun petang-petang lagi buat kuih…….. tak kiralah lepat pisang ke, jemput pisang ke, lepat ubi ke, peranan talam ke……. ( ni favourate Abi……… rasanya takde siapa boleh lawan kesedapan peranan talam mak Abi buat …. Sayang Mak) Semua orang biasanya akan membawa juadah memasing.

Petang-petang lagi mak ayah kerah anak-anak mandi awal dan ke masjid untuk membaca Yasiin………. Mandi plak masa tu mana ada lagi air paip………. Sungai Pahang tu lah yang jadi tempat berendam dan cuci badan………. Hampir semua orang ada perahu masa tu……….. semua orang ada jamban, ( tahu ke jamban ????? ) Abi rasa seingat Abi hari ni hanya tinggal sebutir jamban je kat kampong Abi sekarang ni. Insya Allah nanti Abi balik sabtu atau ahad ni Abi nak ambik gambar jamban yang ada satu-satunya kat kampong Abi tu…………. Buat kenangan. …………. Kepada kaki pancing kalau berminat nak memancing kat kampong Abi jemputlah datang…………… Sungai Pahang lagi tu.

Semuanya datang ke masjid dengan bawa pelita masing-masing……… maklum ajelah dalam tahun 70an dulu mana ada letrik lagi kat kampong. Ada juga yang bawa daun kelapa yang diikat buat macam lampulah……….. ( Abi pun dah tak ingat apa ke namanya ) sampai kemasjid plak hanya pakai lampu gaslin……….. ( Tak tahu betul tak ejaan tu ) tapi seronok……..seronok sangat bila berkumpul ramai-ramai ni. Bila baca Yasiin riuh sekampong…………. Kuatnya sampai bingit. Lebih-lebih lagi bila time tahlil……… Ya Allah rasa nak runtuh surau kampong………. Bergegar rasa surau tu Almaklum ajelah surau papan je……… tua plak tu……….

Habis je tahlil ni time paling seronok bagi budak-budak masa tu………. Time jamuan…… Macam-macam juadah ada………. Ada bubur kacang, ada lepat pisang, ada peranan talam……….. tak boleh nak ingat kan……….. sedapnya………. Agaknya sekarang ni entah-entah ada yang tak pandaipun buat peranan talam………. buat lepat ubi kot hehehe….. Habis je tahlil balik plak beramai-ramai masa tu terasa sangat seronoknya……… semua pasang pelita masing-masing………. Yang bestnya yang pasang daun kelapa tu……… wow habis cerah seluruh kawasan orang lain tak yah pasang pelita lah jawabnya.

Tapi bila Abi banding-bandingkan zaman ni………. Zaman Abi dah dewasa ni terasa betul bezanya………….. masjid kosong………. Walaupun besar dan binaan batu lagi……… budak-budak tak ada sangat…… boleh dikira dengan jari je. Mungkin budak-budak lebih selesa dengan rancangan TV yang pelbagai macam lagi……………. Yang ada ASTRO lagilah hebat rancangan tanpa henti……….. Bukan sahaja budak-budak mak dan bapak budakpun takde sangat. Sunyi surau…………….sepi.

Kalau dulu malam-malampun tak de apa sangat yang boleh dibuat di kampong-kampong. Apa yang Abi ingat bila balik dari masjid mak Abi akan menganyam tikar mengkuang……… sampailah larut malam. Barulah tidur. Kadang-kadang meraka menganyam beramai-ramai berkumpul Mak Jah datang, Mak De datang, Mak Andak datang bawa mengkuang masing-masing... Balik ni terasa nak buka semula tikar mengkuang Mak yang dah koyak rabak tu……………

Tak delah hiburan macam zaman sekarang. Tak delah TV ……… yang ada hanya radio tupun yang berada je…….. mampu beli radio. Abi rasa Abi tak mungkin lagi akan merasainya kembali…………… keindahan berjalan kaki ramai-ramai ke masjid……… keindahan mandi sungai beramai-ramai, keindahan bertahlil sampai bergegar masjid………. keindahan berebut juadah malam jumaat. Indahnya nostalgia masa lalu.

Mungkinkah ini harga sebuah kemodenan ?????? Inilah sedikit nostalgia Abi malam jumaat. Anda plak bagaimana dengan nostalgia semasa kecik…………..

Monday, October 10, 2005

GAMBAR ABI



Sesiapa nak kenal Abi tu bolehlah tengok gambar di atas hehehe. Abi semasa kecil.

Tuesday, September 20, 2005

BACA, FIKIR DAN BERTINDAK...

Kenapa anak kita sanggup berkata begini…

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang tertulis sesuatu. Si ibu segera mengesat tangan di apron, menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak, lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu :

Tolong pergi ke kedai RM 4.00
Tolong jaga adik RM 4.00
Tolong kemas bilik RM 1.00
Tolong buang sampah RM 2.00
Tolong siram bunga RM 3.00
Tolong sapu sampah RM 3.00
Jumlah RM17.00

Mungkinkah kerana kita tidak pernah, atau leka untuk berbuat begini……

• Mulakanlah hidup anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. ( Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik amat digalakkan )

• Berikan anak anda pelukan setiap hari. ( Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk ).

• Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang. ( pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran )

• Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan. ( Berilah pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukan ).

• Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itumelakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

• Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga. ( Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa it uterus berlalu dan tak akan kembali ).

• Di dalam membesarkan anak-anak, janganlah mengeluh. Keluhan akan membuatklan anak-anak merasakan diri mereka beban.

• Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. ( Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap ).

• Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

• Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenagkan diri. Mereka akan menirunya.

• Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut hari lahirnya. Sediakan hadiah hari lahirnya yang unik walaupun harganya murah. Keunikan membuatkan anak anda belajar menghargai. ( Anak-anak yang datang daripada persekitara yang menghargai akan belajar menghargai orang lain ).

• Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

• Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasai kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

• Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

• Hargailah permainan kesayangananak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barnag kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Jika perlu, mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

• Janganlah membiarkan anak anda tidur tanpa senyuman selamat malam.

• Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibubapa.

• Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat lebih penting daripada keluarga.

• Anak menangis untuk melegakan keresahan. Kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka. Dua puluh tahun lagi anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

• Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.

Diubahsuai dari Akhbar :
SIDANG 32 / MARCH


Sudahkah kita melakukan perkara yang terbaik untuk anak kita ??? Kalau belum nah!!! apalagi, mulakan dari sekarang. Insya Allah kita akan dapat lihat perubahan anak-anak kita.

Esok kalau free insya allah abi nak cerita tentang Umar anak abi yang seorang ni…. Dialah intan dialah kaca. Dialah segalanya bagi abi dan ummi… Semoga Umar akan menjadi anak yang soleh yang akan mendoakan abi sewaktu abi keseorangan di dalam kubur suatu masa nanti. Amin Ya Rabbil Alamin.

Saturday, September 10, 2005

CINTA SEORANG PEMUDA

• Saya suka sangat tengok jari-jemari teman wanita saya, cantik betul. Sungguh !!!! (Tengok perkataan sungguh ni Abi teringatkan seorang sahabat Abi yang biasa sangat menggunakan perkataan ini bila memperkata sesuatu secara serius ) Sampai saya takut nak pegang. Bukan takut jari-jemarinya patah, tapi takut nanti jari-jemari kami tidak boleh saling bantu membantu di satu hari yang amat dahsyat di hadapan Yang Maha Esa.

• Saya suka sangat tengok rambutnya. Cantik betul……. Sungguh !!!! Sebab itu saya belikan dia tudung. Bukan sebab cemburu orang lain tengok, bukan! Tapi sebab saya mahu rambutnya sentiasa ditutup macam dalam iklan dot.dot.dot itu sampai bila-bila……. Takut nanti dibakar dek api neraka, di satu hari yang amat dahsyat dihadapan Yang Maha Pencipta.

• Saya suka tengok body teman wanita saya… solid betul. Sungguh !!!! Sebab itu saya belikan dia telekung supaya masa “ dating ” dengan Kekasih dia yang Maha Utama, dia jaaaaaauh lebih cantik dan berseri menghadapNya. Sayapun tumpang dapat pahala…. Syoknya !

• Saya sedih sangat bila teman wanita saya tidak tidur , tidak makan sebab rindukan saya. Sayapun macam itu juga. Si dia tanya, “ apa ubatnya, bang ?” Sayapun bagi dia Al-Quran sebagai penenang jiwa… semoga dia cintakanNya lebih daripada saya.

• Saya sedih tengok dia selalu pesan macam-macam , “ makan, minum, jaga diri, pandu kereta elok-elok………. Nanti awak sakit saya juga yang susah hati…. Bla blab la bla.” Tapi bila tengok wayang sama-sama, terlepas asar dan maghrib begitu saja dia tidak kata apapun, Aduuuuh …. Berdosanya saya !.

• Saya memang sayang sangat pada dia. Saya mahu jumpa dia, bersama dia. Cinta secinta cintanya. Cinta yang abadi di dunia dan berkasih saying di akhirat, ber ‘dating’ di syurga kerana disitulah tempat yang kekal selama-lamanya.

• Doakan kami saling ingat mengingati, insaf-menginsafi. Ya Allah, Ampunkanlah kami.. …. Semoga kami dapat kekal bersama selama-lamanya. Di syurga nanti. Amin…

Petikan dari : MASTIKA JUN 2005 HALAMAN 111

Wednesday, August 24, 2005

IPT DAN GEJALA SOSIAL

Semalam Abi sempat juga jenguk kat blog Abah, Abi tertarik dengan komen Abah berkaitan masalah sosial yang terlalu hebat melanda sekarang. Kebetulan juga masa kat Pekan ni tak banyak kerja yang boleh dibuat Abipun tak de kerja lain beleklah majalah-majalah yang ada kat rumah ni. Rumah mak mertua ni memang minat beli majalah-majalah antaranya Mastika, Bicara, Variasi…. Banyak lagilah malas Abi nak tulis semua tu.

Apa yang Abi nak sampaikan hampir semua majalah tu mendedahkan tentang masalah sosial masa kini ……….. seperti apa yang Abah katakan dari Zina, Liwat, Rogol, Homosex, Lesbian…… hinggalah ke penagihan dadah…….. dan yang paling Abi cukup kagum semuanya melibatkan remaja Melayu………. Kita memang juara lah bab ni.

Rasanya tak perlu Abi komen panjang lebar, dah cukup dengan apa yang Abah komen di blognya…….. pembaca boleh melayari blog Abah. Cuma di sini Abi ingin memetik beberapa teks pengakuan seorang pelajar IPT yang Abi petik dari Mastika keluaran JUN 2005……… Kenapa Abi memilih IPT??????? Sedangkan gejala macam ni bukan sahaja di IPT bahkan di merata tempat hatta di kampung-kampung sampailah ke tanah rancangan FELDA.……. Tak de niat Abi ingin merendah dan memalukan pelajar IPT……….. Tak lain dan tak bukan Abi nak menggambarkan betapa mereka yang terpelajar sendiri boleh terjebak dengan gejala seperti ini……. Apa lagi yang nak kita harapkan ………………….

Oklah dah panjang juga melalut…….. Abi petik teruslah :

Mastika JUN 2005 Halaman 108 - 109

Nabila berasa terpanggil membuat pendedahan ini bagi membuktikan gejala maksiat di kalangan penuntut pengajian tingi ( IPT ) seperti yang di dedahkan dalam mastika April dan Mei, memang perlu di tangani segera.

Malah dia yang masih dalam pantang tidak ragu-ragu memberitahu apa yang di paparkan dalam mastika hanyalah secebis daripada kerosakan sosial yang berlaku dalam dunia kampus. Walaupun tidak melibatkan semua penuntut, tapi ia perlu dipandang berat.

Sambil meluahkan rasa mual dan benci terhadap segala yang pernah berlaku pada dirinya, Nabila ( bukan nama sebenar ) bercerita: “ Saya penuntut tahun akhir universiti tempatan. Lepas habis pantang ni saya sambung balik belajar. Saya tahu gejala sosial dan maksiat pun hebat di IPT. Yang dah terlanjur lahirkan anak macam saya bukan lima enam orang bilangannya. Saya pernah dengar satu cerita ada yang lebih kejam sanggup gugur anak.

Cerita tentang mahasiswa jual anak adalah benar, tak perlu di sorok lagi. Saya percaya yang hidup bersekedudukanpun ada. Cuma ia didedahkan atau tidak itu saja,” cerita Nabila.

Sambungnya lagi……… macamana Mastika dedahkan macam itulah gelagat kami. Cari tempat-tempat sunyi nak lepaskan rindu,” cerita Nabila lagi. Sambungnya lagi,“ Tapi Bang ! Saya bernasib baik berbanding kawan-kawan saya. Sebaik mengandung dua tiga bulan, saya cepat-cepat beritahu keluarga. Mak dan ayah cari jalan, apa yang perlu dibuat. Bila kandungannya dah tujuh bulan, perutpun dah besar mak dan ayah sembunyikan saya di tempat rahsia ni sampai saya bersalin.”

“ Jadi tak ada siapa tahu apa yang dah saya bua tkecuali ibu angkat saya dan keluarga di kampung. Di sini, ada seorang lagi kawan saya yang baru melahirkan anak luar nikah, dua hari selepas saya bersalin. Terlanjur macam saya,” beritahu Nabila.

Nabila masih lemah, tenaganya masih belum kuat, tetapi kerana Mastika dia gagahkan dirinya untuk berjumpa dan bercerita. Airmatanya mengalir setiap kali teringatkan kekasihnya Remy dan Adam anaknya.

Selepas bercukur rambut, bayi tersayang itu diserahkan ayahnya kepada seorang rakan yang Nabila tidak tahu nama dan alamatnya. Pasangan itu tidak mempunyai zuriat, namun Nabila sempat menyusukan Adam.

“ Saya tetap sayangkan Remy……… Dialah lelaki pertama saya jatuh cinta tapi apa nak buat, mak dan ayah tak setuju.” Beritahu Nabila sebak.


Apalah daya Nabila, dia hanya seorang perempuan yang lemah – Sahidan Jaafar.

Mastika JUN 2005 Halaman 108 - 109

Komen Abi :

- Abi rasa tak sepatutnya anak tersebut dipisahkan langsung dari ibunya. Nabila perlu tahu di mana anaknya, siapa penjaganya…….. ini kerana anak tersebut adalah darah dagingnya yang sah………… manalah tahu satu ketika nanti bila Nabila berkahwin dan mempunyai anak yang sah bersama suaminya…………….. dan kedua anaknya bertemu dan bercinta dan ingin berkahwin……………… pada masa tu siapa yang dipersalahkan ??????? Sesungguhnya perkahwinan itu sekiranya terjadi adalah perkahwinan yang tak sah………….. walaupun Adam adalah anak luar nikah tetapi meraka adalah adik beradik kandng dari ibu yang sama……….. Adam sendiri perlu tahu siapa ibunya…………….. sesungguhnya Adam adalah anak yang suci yang tidak bersalah…………

- Berbalik pada kes Nabila ni………. Abi nak juga berpesan pada mak bapak sekarang…………. Janganlah terlalu memilih pasangan anak kita. Kita tak tahu apa anak kita buat di luar sana………… di belakang kita, kita tak nampak…….. relakah kita melihat anak kita bersekedudukan berzina dari mereka berkahwin secara sah dan menjadi manusia yang bertanggungjawab ????? Relakah kita ???? Rasanya zaman sekarang bukan lagi zaman kita menentukan pilihan hati anak kita… bersikap terbukalah ……. Terimalah seadanya siapa pilihan mereka……… Cukuplah apa yang berlaku kepada Mak Dara dengan menantunya Kasim sebagai pengajaran ????? Ala Kasimmmmm cukuplah……… jangan kita ulangi kesilapan itu……. Pastinya sesal tak sudah. Satu pesanan buat buah hati Abi Umar “ nanti nak bila ko dah besar dah ada yang berkenan jangan dilengahkan………. Insya Allah Abi akan terima seadanya………. Jadilah manusia bertanggunjawab…….. Abi tak rela anak Abi tersungkur di pintu syurga…………… anakku….

- Bagi Abi masalah-masalah begini berlaku terlalu banyak faktor yang mendorong remaja bahkan orang dewasa ke arah itu…….. kita tengok sahajalah majalah-majalah di pasaran sekarang……… Kalau tak percaya pergi ruangkan masa ke kedai-kedi buku di kaki lima………. Cuba perhatikan betul-betul……… Abi boleh rumuskan hampir 95% majalah yang ada semuanya menghidangkan kepuasan nafsu syahwat. Sebagai lelaki Abi maklum sangat kalau benda dah terhidang apa lagi ngap sajalah hehehe…. Dari gambar artis separuh bogel sampailah hampir-hampir berbogel ditayangkan…………. Kadang tu yang tinggal hanya puting sahaja yang ditutup………. ( maaflah Abi terkasar ). Kalau tak percaya tak payah susah payah tengok ajalah Mingguan Malaysia hari minggu……….. sisipan pancaindera. Gambar muka depan amboi……….. terdedah sana sini……. Habis segala lurah………. Gi check balik Pancaindera minggu lepas……. Kadang Abi hairan juga dengan Kementerian Dalam Negeri kalau bab-bab ajaran sesat ke……… politik ke laju je ditutup premis mereka………. Akhbar-akhbar macam ni tak sesat ke ???? Tak menyimpang ke dari ajaran Islam bergambar separuh bogel?????? Tak menyalahi adab Islam ke berpelukan lelaki perempuan bukan mahram ???? Bila Abi bercakap macam ni mungkin ada yang cop Abi ni terlalu kolot, jumud, ekstreme macam-macam lagilah. Tapi ikhlas Abi katakan kalau kita benar nak cegah maksiat kita perlu bermula dengan membuat tapisan ketat ke atas majalah yang berlambak di pasaran hari ini yang hampir semuanya menghidangkan nafsu syahwat. Bukan majalah akhbar saja malah media elektronikpun perlu pemantauan ketat…………. Terus terang Abi katakana Abi takut, gerun dengan suasana sekarang………. Betapa Abi risaunya dengan Umar nanti…….. Abi didik dengan baik dengan sempurna di rumah…….tetapi mampukah Umar melawan arus sekeliling yang dipenuhi dengan material kebendaan …… nafsu dan syahwat yang melampau……… Abi berserah pada Allah. Moga Abi Ummi dan Umar diberi kekuatan olehNya……

BEBERAPA CERITA

Erm dah lama juga rasanya Abi tak menulis. Bukan tak de idea…….. tapi dek kesibukan masa terpaksalah Abi stop sekejap hajat Abi nak menulis ni. Kebetulan plak, ni balik Pekan dan kebetulan juga adik ipar balik sekali dan bawa laptop, apa lagi Abi pun tak beri peluang terus pimjam nak menaip je. Laju je Abi menulis tapi tak tahu apa yang Abi tulis sebenarnya. Abi nak mula dari manapun tak tahu terlalu banyak hendak dibicarakan dalam kepala ni.

Tapi tak le elok juga rasanya Abi pecah-pecahkan kepada episode-episode tertentu…….. hehehe macam Star Wars plak ada episode………. Oklah Abi dah nak mula ni ………

EPISODE PERTAMA : FELCRA

Cerita tentang Felcra ni bukan apa…….. baru ni Felcra buat seminar untuk anak-anak staf dan pesertanya yang ambik PMR. Buat plak kat sekolah Abi kebetulan dahlah Abi ni jadi warden …….. kena plak jadi urusetia pendaftaran pelajar anjuran Felcra ni. Tak pelah abi tak kisah sangat…………. Lagipun pendaftaran sehari je semalam dahpun selesai dan Abi dah boleh bercuti………..

Apa yang Abi nak kongsikan ni tentang peserta Felcra ni………. Ialah kalau dulu Abi hanya mendengar je …… Abi tak pasti sangat kebenarannya tapi malam tadi semasa minum malam bersama pegawai Felcra Abi berbuallah ……… sedang rancak berbual seorang pegawai Felcra tu tetiba tunjuk pada seseorang dan bercakap dengan Abi ……antara lain “ Cikgu , cikgu tahu tak, tu pelajar yang bertudung putih dan berkacamata tu, ayah dia Pengurus Hotel Seri Malaysia Temerloh” …….. Abipun ye kan je tersengih je………. Maaflah Abipun tak kenal siapa Pengurus Hotel Seri Malaysia tu. Cuma dalam hati Abi tak sangka juga Pengurus Hotel Seri Malaysiapun boleh jadi peserta Felcra……….. yang Abi terkilan bukan apa ialah Abi dah biasa sangat dengar kadang tu cikgu pencen, kira orang pencen-pencen dan berpangkat jugalah yang dapat Felcra ni…… bahkan pernah Abi dengan wakil rakyat pencenpun ada yang dapat Felcra………. Tak tahulah benar atau tak tapi memang ada dengar ceritanya. Tapi tak pelah dah nasib dia orang………Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu kan ????

Abi terkedu ni pasal Abang Abi ada mohon peserta Felcra………. Tapi tak dapat. Abang Abi ni dah lah ada penyakit…….terlantar dan pernah jadi buruh Felcra………. Bila ayah Abi tanya penghulu kenapa tak dapat ……….. tahu apa jawapannya……….. sebab abang Abi tak berKAHWIN….. oh rupanya syarat berkahwin pahamlah Abi duduk keadaan………… agaknya orang-orang yang berduit tu lebih penting dari orang sakit yang tidak berkahwin ni agaknya………….. alkisahnya begitulah terdetik dalam hati Abi………. Kepada yang belum berkahwin tu cepat-cepatlah berkawan……… banyak keistimewaan orang yang berkahwin ni …….. antaranya DAPAT FELCRA.

Kadang Abi hairan juga dengan orang-orang yang berduit dan ada pencen ni ………. Lainlah kalau pencen tukang kebun ke……. Pencen tukang sapu ke……. Abi bukan nak kutuk kerja tu maaf yer………. Yang Abi maksudkan berapa sangatlah pencen mereka. Ni pencen yang hebat-hebat dengan kereta yang hebat hebat menjalar ke sana ke mari………. Kenapalah duk berebut juga dengan orang kampong yang tak ada apa-apa untuk dapat saham Felcra yang entah berapa sen sangat lah bagi mereka. Kesian kat penoreh getah… anak 4 orang yang kat kampong tu tak dapat Felcra…… rasanya mereka lebih perlukan. Abi harap dan berdoa semoga bila dah tua dan pencen nanti Abi di jauhkan dari merebut hak-hak ornag lain. Moga Abi mampu bersifat “Qanaah” dengan apa yang ada. Berpadalah dengan apa yang ada………. Takut juga Abi terambil hak orang lain.


EPISODE KEDUA : BOMOH

Ni satu lagi……….. Abi nak berceloteh tabiat orang Melayu kita………. Yelah tabiat terlalu percaya pada bomoh……… citernya macam ni. Jumaat petang selepas solat jumaat Abi terima satu sms dari abang Abi……….. bunyinya begini “ Tolong bawa abang berubat malam ni jam 9 malam, Abang tak dapat ” Abipun balaslah tanya semula………… “ kat mana …… mak dah tahu ke tempatnya” ………. 2 minit terus balas……. “ Kerdau. Dah tahu dan sebelum pergi singgah kat rumah ambik dulu peralatan berubat”…………. pelik juga bunyinya sms dari abang ke tiga Abi ni, Pelik sebabnya setahu Abi abang masih berubat dengan Pusat Perubatan Elektronik………. Dan belumpun habis tempoh berubat. Alhamdulillah adalah nampak perubahan walaupun tak mendadak dari terbaring 24 jam sekarang dah boleh duduk perlahan-lahan.

Jam 7 Abi bertolaklah dari rumah dan singgahlah kat rumah abang tu ambik peralatan berubat…… ingatkan apa ………. Rupanya seekor burung merpati…….. hidup lagi tu. Merpati putih ……….. Apa lagi si Umar…….. suka sangatlah dia bila tengok burung merpati….. jadi mainan dialah pula. Tersengih-sengihlah si Umar.

Sampai je kat rumah makpun tanya “ ada bawa burung merpati…………… Abi sengih-sengih kata ada dalam kereta tu”…………. Sambil tu Abipun tanyalah nak berubat kat mana plak mak …………….. panjanglah mak bercerita…………. Nilah ceritanya yang nak sangat Abi kongsikan………

Jam 9.30 malam Abi sampailah kat tempat berubat tu. Rupanya tempat berubat tu terbuka orang luar katanya anjuran PUSAT PERUBATAN TRADISIONAL MALAYSIA……… orangpun dah ramai berkerumun dengan pelbagai penyakit. Sampai je ayah Abi terus beritahu pihak penganjur datanglah anak buahnya 3- 4 orang mengangkat abang Abi……. Rupanya dah malam ke dua abang Abi di bawa berubat kat sini. Pihak penganjur hanya akan buat selama 3 malam sahaja………… Kononnya Pusat perubatan ni berpusat di Kuala Terengganu. Masa awal tu Abi ni rasa juga seronoknya………. Maklumlah ada juga jalankan mengurut percuma. Abipun pergilah urut je kaki kononnya urut dengan lemak burung unta bentuknya likat macam susu berwarna kuning mungkinlah kot betul lemak burung unta. Sambil mengurut sambil dengar penganjur berceloteh…….. dari satu topik ke satu topik lah mereka berceloteh………… sambil tu satu-satu barang dikeluarkan……… ceritalah plak kelebihan tiap barang tu…………… lepas tu mulalah mereka jual………… sampai dekat penutup majlis malam tu rasanya berbelas jenis barang juga yang dijual………… satu barang tu tak tentu dari RM2 .00 sehinggalah RM 10.00.

Abi dah mula rasa boring …….ialah dok tertunggu proses perubatan bermula……. katanya menunggu Tuan Haji Raja………. Tuan Haji Raja nilah yang mengubat. Tengok-tengok jam dah dekat jam 10.30 malam……… barulah muncul Tuan Haji Raja………. Orangnya segak….. rambut masih hitam lebat walaupun dah berumur 50 lebih……. Memakai jubah berwarna putih…………. Masa tu Abi dah terlelap dalam kereta hehehe…….. letih dok menunggu. Tengok pada rupa dan gaya Abi respek jugalah dengan Tuan Haji Raja ni………. Abipun bangunlah …….. rupanya Tuan Haji Rajapun berceloteh………… ada juga lagi barang yang di jual………. Yang ni buat Abi rasa sesal sikit caranya macam jual tangkal plak……… “ RM 2.00 simpanlah Insyaallah akan dapat kebaikan yang kita hendak ”…….. tulah antara butir yang Abi ingat dari mulut Tuan Haji Raja. Bendanya kecil je…….. dibungkus dengan kain………… tak tahu plak apa dalamnya………. Abi nampak ramai orang berkerumun…………….. yang pakai tudung labuhpun beli juga apa lagi yang berketayap. Sekali imbas Abi rasakan lebih kurang dengan orang jual ubat kat pasar malam je………

Kalau diikutkan hati Abi …….. nak balik masa tu juga tapi dek kerana menghormati majlis dan mak serta ayah Abi tenangkan hati tunggu juga. Abi tunggulah sambil melelapkan mata dalam kereta. Tunggu punya tunggu sedar-sedar dah jam 12.30 malam ………. Sedarpun sebab Ummi mintak bukakan kereta sebab abang dahpun siap berubat………… Abipun tak tahu sangatlah camne kaedah perubatanya……… tapi dalam kete tu ummi plaklah berperanan menerangkan …………. Rupanya burung merpati tu di sembelih di atas dada Abang Abi dan seluruh darahnya di lumur di tubuh badan abang Abi………….. dan dari cerita ummi juga semua daging dan tulang dikehendaki buat sop dan di makan ………. Yang lain-lain bulu apa semua tu di tanam setempat dan mesti di balut dnegan kain kuning..

Alkisahnya begitulah perubatan yang berjalan…………….. rupanya belum habis……… malam besoknya Abang Abi kena pergi lagi…………. Tapi apa yang berlaku malam esoknya Abi tak tahu Abi serah pada abang Abi yang lain plak bawa……….

Apa Abi nak sampaikan bagi Abi semua tu tak lebih dari nak jual ubat je……………. Tentang perubatan abang tu setakat ni Abi tak nampak sangat perubahan ketara……….. percuma memanglah percuma perubatan tersebut…….. tapi jualan malam tu dahsyat rasanya banyak ribu juga mereka dapat…………….


EPISODE KETIGA : HAJI

Camne ye Abi nak mula citer Abi kali ni…………takut juga Abi nak bercerita tentang haji ni …….. bimbang tujuan Abi bercerita di salahertikan oleh orang, tapi takpelah yang penting Abi ikhlas bercerita………..

Hari minggu baru ni Abi ada ikuti Kursus Haji sajerlah nak mantapkan ilmu bab haji ni……… sekurangnya bila dah nak pergi nanti senang dah tahu sedikit sebanyak bab haji ni…… tak de le terkakai kapai………. Tak reti hehapa ……. Banyak jugalah maklumat Abi dapat…….. penceramahpun ok……… penyampaian menarik………. Tak sedarpun sampai waktu break……. Hehehe kursus hajipun ada iklan commercial break…….. break tu Abipun pergilah minum……… sambil-sambil minum tu Abi boraklah dengan seseorang kelihatannya agak muda juga mungkin kalau tuapun setahun dua dari Abi je………. Sambil tu tanyalah kerja memasing……… rupanya dia kerja kampong je……… penoreh getah… tapi alhamdulillah insyaallah tahun ni dia naik haji……. Yang buat Abi terkedunya bila dia cakap “ ramai orang kita ni sekarang dah tak ambik berat sangat soal haji ni…….. setengah tu kereta boleh sampai dua tiga buah…….. rumahpun ada yang dua tiga buah……… tapi bila bab haji tak juga mampu kononnya tak de duit ”……..

Dalam hati Abi terkena juga batang hidung aku ni, apa yang abang ni cakap tapi tak pelah….. benda betul…… yelah Abi baru berangan-berangan nak beli rumah sebiji lagi hehehe…….. konon hajat besar betul nak cari banglo lagi. Abi senyum je. Abi tak komen apa-apapun. Balik je rumah Abi citerlah kat ummi…… ummi senyum je tak komen apa-apa……..

Sampai hari ni sebenarnya Abi dok terpikir terngiang-ngiang ada juga betulnya kata-kata abang tu…….. ialah pergi haji tak lepas-lepas tapi kalau bab-bab lain semua ada cukup lengkap rumah tak cukup satu……. Kete tak cukup satu…………… Abi ni tak cakap orang lain…… Abi sendiri padahal bukanlah perlu sangat dua buah kereta…. Abi duk dalam kuarters sekolah sejengkal je……. Satu kereta je dah cukup……… rumahpun dah ada satu….. tapi kalau bincang ngan ummi angannya besar nak cari satu lagi……… banglo lagi …… tulah hebatnya nafsu dan cita-cita Abi………. Agaknya memang dah gitu kejadian manusia tak pernah puas dengan apa yang ada…… dapat satu nak dua……. Dapat dua nak tiga……… tulah nafsu tak pernah cukup. Mujurlah belum ada nafsu nak kawin dua hehehe jangan marah ummi. Gurau je.
Satu lagilah Abi rasa haji ni memang betul-betul pilhan Allah………. Maksud Abi orang yang terpilih je yang dijemput mengadap ke rumahnya…… kenapa Abi cakap macam ni……. Abi dulu masa belajo di Timur Tengah……… kira tak jauh dah dari Mekah tu….. tak juga sampai2 ke sana. Padahal duit dah cukup semua persiapan dah buat segalanya ada……… tapi last-last minit Abi tak dapat pergi………. Alasannya tak dapat Visa…….. frust betul Abi……… tapi Abi pasrah mungkin ada hikmah Allah tak terima Abi sebagai tetamunya………… Abi redho……

Kali ni plak mudahnya Abi dapat panggilan haji………… ( Cuma tak pastilah Abi dapat pergi tak…… mana tahu umur Abi tak panjang sampai saat terbang Abi dipanggilnya dulu ) Abi tak de pun cita-cita mulanya nak pergi haji……… tak de langsung dalam kepala……. Bulan 4 lepas ummi cakap cam ne kalau kita buat rayuan pergi haji…….. Abi pun ok je senyum dan terus buat surat …… selang 2 bulan Abi dapat surat tawaran standby…….. selang 2 minggu plak Abi dapat surat terpilih……. Ya Allah Alhamdulillah Abi bersyukur dalam hati Abi berkata mudahnya urusan……. Segalanya diluar perancangan…….. sampai hari ni Abi masih rasa tak percaya betul ke ni……. Betul ke ni ………. Kursus hajipun dah 2 bulan baru Abi ikut……… ketinggalan 2 bulan. Kadang Abi tertanya juga…… kenapa kali ini Allah pilih aku…………. Allah nak uji aku ke ???? Allah sayangkan aku ke???? Maklumlah dengan dosa Abi yang melimpah ruah ni gerun juga rasa hati. Apapun yang Abi hadapi andai Allah betul-betul nak uji Abi kali ni…….. Abi mohon tabahkanlah hati Abi menerima ujianmu Ya Allah. Berilah kekuatan pada Abi dan Ummi dalam menghadapi segala rintangan dan ujianmu di sana nanti……… semoga Abi dan ummi termasuk hambanya yang bersyukur…………

Kesimpulannya ginilah yang Abi boleh katakan selain dari duit harta semua tu …………….. penyebab paling utama adalah kita dipanggil oleh Allah……….. Apapun sebab kita dipanggil kita pasrahlah……….. Abi redho samada Abi diuji atau apa sekalipun Abi redho menerimanya di sana nanti……. Mungkin juga entah-entah Allah nak ambik Abi terus di sana nanti hehehehe………. Kalau betulpun Abi pasrah……… Abi sendiri pun dah rasa macam tua sangat………. Badan ni dah macam-macam sakit……….. takpelah semuanya Abi redho dia yang menjadikan kepada dia kita akan kembali. Kepada kengkawan yang mengenali Abi dan membaca cerita Abi ni……… Maafkan segala salah silap Abi dan doakan kebaikan untuk Abi dalam melayari kehidupan ini………. Amin.


EPISODE KEEMPAT : STRESS GURU

Rasanya dah panjang lebar sangat Abi menulis kali ni……….. mesti kalau ada yang membacanya dah boring nak baca……… entah apa apa……… mengarut je Abi ni. Walaupun mungkin banyak mengarut Abi harap juga agar apa yang Abi tulis ni dapat memberi sedikit pengajaran kepada semua………

Cerita tentang stress ni ……….. Abi rasalah dari sudut pandangan Abi sebagai warga pendidik sendiri………. Memang ada kebenarannya……… lebih-lebih lagi yang jadi guru disiplin……… dan yang paling hebat lagi warden asrama………. Abi sendiri warden asrama. Tahulah…………. Abi sendiripun pernah kena marah dengan mak ayah pelajar………. Bertengkar tu dah jadi perkara biasa plak. Hehehehe……. Kalau tak sabar silap haribulan boleh masuk Tampoi………. Anak-anak sekarang ni plak bukannya boleh ditegur……… tegur aje mak bapak datang…………. Ada yang report polis lagi……… Abi ingat lagi masa Abi kecik kecik dulu bila Abi bergaduh ke apa ke belakang Abi dulu kena rotan barulah lepas tu Ayah Abi tanya apa cerita sebenarnya…………. Dah puas belakang Abi kena.

Satu keslah Abi nak citer………. berlaku atas Abi sendiri……… tapi Abi akui memang Abipun bersalah juga……… citernya begini……… Abi menampar 4 orang pelajar perempuan…………. Kesalahan apa ????? Ermmmm mungkin setengah orang kesalahan ni terlalu kecil dan bagi sesetengah orang kesalahan ni besar………… terserahlah pada persepsi memasing. Oklah Abi berterus terang………… kesalahannya memainkan lagu di surau pada jam 11 malam……………. Ala surau tu memang biasa pasang lagu-lagu waktu petang ke sebelum maghrib ke……….. masa gotong royong ke…………… biasalah lagu nasyid…….. tapi paling biasa dimainkan Ayat Suci Al-Quranlah bila dekat-dekat nak masuk waktu solat. Tiba tu satu hari……… jam 11 malam ……… kira baru je habis minum malam Abi terdengar suara yang sangat kuat dari speaker surau…………. Dengar muzik berdentum dentam………. Tahu lagu apa……………. Abipun tak tahu tajuk lagi……. Tapi bila Abi dengar je Abi naik kat surau di dapati ada 4 orang pelajar perempuan sedang berdiri sambil feeling-feeling dengar lagu tu…….. sambil ikut irama………. Nak kata menari tu entahlah…… Apa lagi tahap kesabaran Abi memang tak leh kawal bila rumah Allah di buat cam tu di tengah-tengah malam……. Naiklah tangan Abi………….. pang pang pang kesemua keempat-empat pelajar Abi tampar………….. Tulah sejarah hidup Abi menampar pelajar…………………. Malangnya pelajar perempuan……………….. lepas tu abi pergi kat radio tu Abi ambik tape…………. Tengok tahulah Abu rupanya album dari Indonesia “Peterpan”

Kalau ikutkan, ………… Abi ni bukanlah terlalu ekstreme orangnya………. Abi ok je banyak Abi nampak pelajar-pelajar lain bawa tape radio Abi tak de lah tampar………. Abi tegur je……. Paling-palingpun Abi rampas je………. Itupun kalau yang mendengar masa “PREP” Abi rampas kalau masa free-free tu Abi buat tak tahu je………. Tapi yang ni bagi Abi dah terlalu melampau…………… Abi sedih sangat sebab mereka lakukannya di surau…….

Nak jadikan cerita ………….. kes Abi ni jadilah kes……………… mak bapak datang mengadu………… rasanya tak perlulah Abi perpanjangkan…………………. Cuma Abi terkilan dengan beberapa persoalan dari salah seorang ibu pelajar tersebut antaranya yang berbunyi……… ???? Dimana lagi anak saya nak dengar kaset ???? Dahlah semua alat perakam tak leh bawa???? Saya nak semula tape tu ………….. tape tu saya yang punya saya berikan anak saya pimjam…………….. dan paling malang pipi Abi hampir sahaja di tampar oleh salah seorang penjaga………. Kalaulah ia tidak di kawal oleh cikgu lain.

Tulah antara kata-kata yang tak boleh Abi nak lupakan…………. Betul-betul jadi sejarah dalam hidup Abi………… hampir 5 tahun jadi pendidik baru sajer balik ke negeri sendiri……. Ini yang Abi terima………… masa tu juga Abi rasa nak balik mengajar di Sabah semula…………………. Seronok walaupun kadang berkawan dengan orang tak seagama dengan kita tapi masih menghormati kita…………….

Itulah seadanya cerita Abi kali ini……………… kepada yang membaca terima kasih Abi ucapkan………….. yang baik jadikanlah pengajaran.

Wassalam.

Abiumar
PEKAN 24082005

Thursday, August 18, 2005

BUDAYA MELAYU VS BUDAYA BARAT = BUDAYA ISLAM ???

Semasa Abi membuka e.mail Abi baru-baru ni Abi dapati satu e.mail photo tentang Liya dan kawan lelakinya……… rasanya elok Abi katakan kawan lelaki sahajalah…….. sebab Abipun tak tahu siapa dia tu………… dan apa hubungan meraka. Sebenarnya Abi takdelah sangat nak komen apa……….. tapi oleh kerana mlam tadi Abi terbaca akhbar sisipan Berita Minggu yang menyentuh tentang komen Ibu Liya tentang gambar anaknya tersebut……………. Dan kebetulan pula Abi menerima gambar tu dalam kotak e.mail Abi tanpa Abi kenal siapa pengirimnya……….. rasanya elok juga Abi komen sedikit…. Tapi sebelum tu elok juga rasanya Abi salin semula petikan kata-kata ibu si Liya tersebut :

“ AKSI-AKSI MESRA YANG ZUBIR LIHAT DALAM E. MAIL TU, BAGI KAK FATI PERKARA REMEH….. KALAU KITA PELUK DENGAN NIAT SEBAGAI KAWAN, MAK DAN ANAK, INILAH YANG KAK FATI NAMAKAN SEBAGAI BUDAYA KASIH SAYANG, BAGI KAK FATI MEREKA YANG MENYEBARKAN GAMBAR INI NAKAL. SEBENARNYA GAMBAR ITU DIAMBIL DARI LAMAN WEB FRIENDSTER YANG JUGA GAMBAR PERIBADI MEREKA. GAMBAR ITU KALAU DIAMBIL DAN DISIARKAN DALAM KONTEKS JAHAT AKAN JADI JAHAT. TERPULANG PADA NIAT, BAIK JADI BAIK. KAK FATI TAHU DENGAN SIAPA ANAK KAK FATI BERKAWAN. APA SAHAJA MEREKALAKUKAN SEMUA KAK FATI TAHU. KAK FATI DAH ANGGAP ASHRAF MACAM ANAK SENDIRI. CUMA KAK FATI KESIANDENGAN ORANG YANG BUAT PERKARA INI (MENYEBARKAN GAMBAR) KERANA MEREKA TAK ADA OTAK ”


Bagi Abi sesiapa yang membaca komen ibu si Liya ni mungkin pelbagai tanggapan yang akan di keluarkan………… Abi sendiri pun ada tanggapan sendiri……… Bagi Abi kita serkarang ni terutama masyarakat Melayu di negara kita ni dah terbahagi kepada 2…………. Pertama masyarakat muslim yang dahpun menerima sikap dan pergaulan serta budaya hidup orang barat……………… dan satu lagi kumpulan yang masih setia tetap dan kukuh dengan ciri pegangan budaya melayu………… dan adab Islamnya…………. Maksud Abi begini ……….. mudah je…….. kita sekarang di Malaysia hari ini samada kita akui atau tidak kita mempunyai 2 persepsi budaya………. Budaya yang menerima apa saja yang datang dari Barat terutama yang berkaitan dengan pergaulan dan batasan cara hidup…… dna sebagainya……… meraka menerima sebulatnya………. Tanpa meliahat kepada kesesuaian dengan adab dan budaya Melayu dan Islam itu sendiri………. Satu lagu kumpulan yang msih mengekal dan cuba mempertahankan segala asas Islam dan adab-adabnya dalam kehidupan………….. samada pergaulan percakapan dan pertuturan harian………. Pertembungan budaya inilah yang membawa kepada persepsi yang berbeza………… Mungkin keluarga si A akan mengatakan perkara tersebut amat bertentangan dengan tatacara kehidupan melayu dan islam itu sendiri…….. manakala keluarga si B menganggap perkara tersebut……… adalah perkara biasa bagi melambangkan kemesraan dan kasih sayang sesama insan ……………

Di manakah kita >>>>>>> Bagi Abi nak tak nak…….. apa sekalipun yang datang Abi mesti melihat dangan kacamata Islam………. Budaya Islam……. Bukan Melayu dan bukan juga Budaya Barat……. Apa yang sesuai dalam budaya Melayu Abi ambik….. apa yang elok dalam budaya Barat Abi pegang…….. apa yang bertentangan Abi buang. Biarlah apa orang kat pada Abi,………… Jumud ke ketinggalan zaman ke…….. apa ke……….. yang penting Abi sayang pada agama yang Abi anuti hari ini………… Abi mohon Abi, Ummi dan Umar tetap terpelihara terus di atas jalannya hingga ke penghujung nafas Abi……… Abi juga mohon maaf kepda Liya dan ibunya kerana mungkin tulisan Abi menyentuh hati Liya dan ibunya……… ( mana tahu mereka terbaca satu hari nanti tulisan Abi ni………) Abi tidak berniat apapun……….. nipun terlintas Abi menulis di sebabkan Abi terbaca tulisan Ibu Liya dan juga di sebabkan kotak e.mail Abi dipenuhi dengan gambar liya……… Maafkan Abi………………………..

Tuesday, August 16, 2005

Sibuk lagi menyibuk.............

Minggu ni Abi cukup sibuk…………… yer sibuk tapi dengan apa yer………. Kadang tu terasa sibuk sendiri je tanpa buat apa-apapun………… Abi bukan apa sekadar nak cerita je……… minggu ni………….. maksud Abi pagi minggu bari ni Abi banyak betul beli akhbar sampai dekat 5 naskah dari tabloid biasa sampailah akhbar pembangkang semua Abi kaut………. Untung besarlah jawabnya taukeh kedai hari tu…….hehehe Biasanya Abi ni hanya membeli 2 naskah je kalau hari minggu………….. Mesti tak miss punya Mingguan Malaysia dan Berita Minggu………… Tahu apa akhbar Abi beli minggu ni……. Mingguan Malaysia….. Berita Minggu……… Metro ………… Siasah dan Harakah………….. yang bestnya sampai hari ni baru satu akhbar habis baca……….. Mingguan Malaysia……….. tulah nak katakan sibuk ke tak sibuknya ……… dari 5 naskah baru satu terbaca………….. satu lagi Metro baru habis baca muka depan je……

Apa yang Abi nak ceritanya ialah……… muka depan Metro tu buat gerun juga hati Abi………… Abi rasa eloklah juga Abi kongsikan dengan pembaca-pembaca blog Abi ni….. tu pun kalau ada yang sudi baca blog Abi ni…..……….. Sebelum Abi komen apa-apa elok kiranya kita baca dulu apa yang terpapar di Metro ni……… Metro Ahad 14 Ogos 2005……………

HASIL KAJIAN TIGA UNIVERSITI : TREND SERAH TUBUH :

Oleh : FUAD HADINATA YAACOB dan ASMIZAN MOHD SAMIRAN
Metahd@metro.com.my

Kuala Lumpur : Menyerahkn tubuh kepada kekasih atau melakukan hubungan seks luar nikah menjadi trend di kalangan remaja negara ini, malah ada yang melakukannya seawal usia 12 tahun. Fakta itu berdasarkan hasil kajian sekumpulan penyelidik tempatan sepanjang 12 bulan bermula 2003 hingga tahun lalu membabitkan 18, 805 responden yang berusia antara 12 dan 60 tahun, dengan majoritinya berbangsa Melayu.

Ketua Penyelidik, Prof Madya Dr Lekhraj Rmpal dari Universiti Putra Malaysia ( UPM ) berkata hasil kajian juga mendapati golongan berusia di antara 18 – 20 tahun paling aktif melakukn hubungan sex. Bagaimanapun secara purata rakyat negara ini melakukan hubungan sex buat kali pertama pada usia 23 tahun. Katanya yang juga pensyarah di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM.

Beliau berkata, daripada 18. 805 responden 73 % , (13, 691) sudah berkahwin dan daripada jumlah itu 10 % ( 1361 ) pernah melakukan hubungan sex sebelum berkahwin. Katanya jumlah responden yang belum berkahwin pula ialah 5, 114 dengan 448 daripada mereka pernah melakukan hubungan sex. Ini bermakna 1809 ( 9.6 % ) daripada keseluruhan responden pernah melakukan hubungan sex sebelum berkahwin katanya.

Dr. Rampal berkata 38 daripda 448 responden belum berkahwin tetapi sudah melakukan hubungan sex mengaku kali pertama melakukannya pda usia 12 dan 15 tahun manakala 155 lagi berbuat demikian pada usia 16 dan 18 tahun.
Mengulas perkembangan itu Dekan Fakulti Pengajian Islam Univesiti Kebangsaan Malaysia ( UKM ) Prof Datuk Dr Muhammed Yusoff Hussain, berkata ia satu isyarat membimbangkan kepada masyarakat dan perlu di beri perhatian serius terutama oleh ibu bapa. “ perkara ini tidak boleh di serahkan kepada kerajaan semata-mata sebaliknya ibubapa dan seluruh masyarakat perlu beri perhatian serius. Malah kalau perlu hari ini kita perlu jaga tepi kain orang. Katanya………..

Beliau turut mencadangkan supaya undang-undang berkaitan moral diperhalusi supaya betul-betul berkesan bagi memastikan remaja di negara ini tidak sewenang-wenangnya melanggar peraturan agama.

Pakar sakit tuan, Dr Ismail Thamby pula berkata beliau percaya hasil kajian itu relevan kerana berdasarkan pengalamannya kanak-kanak seawal usia 12 tahun dan remaja semakin berani mencuba melakukan hubungan sex. “ di laman web saya banyak soalan dikemukan menunjukkan mereka yang bertanya masih terlalu muda dan bersikap kebudak-budakan. Antaranya bolehkah seseorang mengandung jika melakukan sex di luar tabie ( liwat ) katanya.

Sementara itu Dr Rampal berkata kajian fasa pertama dilakukan itu dibahagikan kepada 2 topik utama iaitu mengkaji pemahaman masyarakat, penyakit dan risiko perlakuan yang boleh membawa kepada jangkitan HIV termasuk sejarah atau kehidupan sexual seseorang.

Katanya, kaum Melayu menjadi responden paling ramai dengan 10, 699 orang, Cina 3,875 dan India 2104, Bumiputra Sabah 1302, Bumiputra Sarawak 692 dan lain-lain 233. Beliau berkata pasukan penyelidik membabitkan 12 pensyarah dari Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, pegawai kementerian kesihatan, 22 graduan pelbagai Universiti dan kira-kira 400 jururawat dari seluruh Negara.

Responden di pilih secara rawak daripada Jabatan Statistik Malaysia. “ Selain sesi soal jawab di jalankan secara bersemuka, responden diberi soalan bertulis mengenai sesuatu topik, terutama soalan sensitif. Katanya.

Dr rampal berkata hasil kajian itu akan dibincangkan lebih lanjut sebelum tindakan susulan di ambil dan selepas 3 tahun penyelidik akan bertemu responden semula untuk melihat samada wujud perubahan.

Kepada yang membaca kajian yang Abi salin ni Abi ucapkan ribuan terima kasih……….. gerun juga Abi bila mengenangkan keadaan masyarakat kita pada masa kini. Walaupun asas kepada kajian yang dijalankn ini tidak berkait dengan agama……… tapi oleh kerana responden yang paling ramai adalah dikalangan Melayu yang sudah tentulah Abi rasakan beragama Islam…….. jadi Abi rasa kita patut mengambil satu tindakan dan memikirkan sama tindakan yang perlu kita lakukan dari sekarang. Bak kata Dekan Fakulti Pengajian Islam …….. bersikap tidak menjaga tepi kain orang tidak lagi relevan di amalkan pada masa kini khususnya dalam kes ini.………… itupun kalau kita ingin melihat generasi kita akan datang terus hidup dalam keadaan berakhlak dan kembali ke jalan yang di redhai Allah.
Kadangkala risau juga hati Abi untuk membesarkan anak Abi yang seorang ni si Umar ni…………. Buat masa ni Alhamdulillahlah masih lagi di depan mata bolehlah dipantau selalu…………. Yelah msih kecil pun baru 4 tahun .. hehehe Untuk masa akan datang tu yang merisaukan Abi. Abi rasa nak salahkan remaja 100 % juga kita tidak boleh ….. kadang tu kalau kita lihat sekeliling kita tgk keadaan orang dewasapun pelnagai ragam. Kitapun sekarang ni rsanya terlalu terbuka………….. kalau dulu tu Abi ingat lagi masa Abi kecik-kecik dulu……. Abi tgk Hindustan pun malu-malu dengan mak dan ayah Abi…………… kalau msuk je dengan menari-nari melampau tu abi lari terus…… tapi sekarang ni anak remaja kita tak segan-segan lagi. Kita dah semakin terbuka kadang tu rasa terlampau terbuka plak……… hari ni kita dah mula terima remaja- remaja yang bersentuhan, bersalaman, berpelukan bahkan kadang kita jug boleh terima remaja yang bercium pipi ….. berlaga pipi bukan remaja saja tpi orang dewasa kadang tu melibatkan suami dan isteri orang……………. ………. Kononnya atas dasar persahabatan………. Jaiuhnya kita dari dasar agama yang kita anuti………..

Buktinya kita tengoklah sendiri rancangan-rancangan TV macam AF………. Malaysian Idol………Mentorlah dan macam-macam lagi…. Abi perasan juga ramai penonton-penonton tu yang memakai tudung lagi………. . Entahlah agaknya kita dah terlampau terbuka…….. bukan setakat yang menonton live tapi kita yng dekat rumah ni pun terlopong terseyum je tanpa rasa bersalah dan malu melihat gelagat mereka…………. Kita boleh tersenyum dan tersengih2 meliht gelagat anak muda yang jauh tersasar ni………….. Kadang Abipun sama ralit menonton hehehehe.

Kita juga seolah dah terima sikap dan pergaulan seperti ini………… kita juga dah terima tanpa rasa jengkel melihat anak-anak muda kita berpakaian menunjukan pusat………. Tu tak campur lagi yang rambutnya mengalahkan Mat Salleh………. Patutkah kita membiarkan sajer dengan hanya memandang dengan sinis…………….. kalau Abi nak sentuh rasanya terlalu banyak………………. Abipun bukanlah sempurna sangat……. Tapi Abi betul-betul rasa takut ……. Takut membayangkan bagaiman Umar membesar nanti di zamannya…….. Abi doakan semoga Umar selamat dan tetap di jalan Allah…...

Andai dibiarkan masalah ini berlarutan……………. Mungkin di tahun 2020 nanti anak muda kita yang baru berusia 8 – 10 tahun sudahpun pandai melakukan perbuatan tidak bermoral ini………… memandangkan pada masa kini kanak-kanak 12 tahun telahpun melakukannya……….. tidak mustahillah di tahun 2020 nanti……………


Sekian……………..

Bera 9.30 PM

Monday, August 15, 2005

Apakah kita perlu mencari cinta ???

Apakah kita perlu mencari cinta ??????
Kisah cinta yang sebenar-benar cinta……………. Dipetik dari e.mail seorang. Moga dapat dijadikan renungan untuk kita bersama……………
Kita sibuk mencari CINTA…apakah kita menghargai CINTA Rasullullah saw kpd kita……… pernahkah kita terfikir………………
Mungkin kita terlupa dgn artikel ini. Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut. Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar adanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku", peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan."Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Khabarkan kepada sahabat-sahabat Muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka….Kita sebagai Muslim mempunyai tanggungjawab untuk ingat-mengingati dan nasihat-menasihati…mungkin kadang-kadang ianya bunyi seperti kutukan dan teguran yg agak keras tetapi ianya perlu apabila kita melihat umat Islam yang ketika ini hidup senang di bumi Malaysia hanyut dalam arus hiburan yang langsung tidak membawa apa-apa kebaikan kepada agama apatah lagi utk generasi muda akan datang. Bangunlah dan sedarlah sebelum malaikat datang mengetuk pintu bertanya adakah sempurna iman kamu utk kamu sembahkah kepada Allah Rabbul Alamin..Wallahualam

Sunday, August 14, 2005

Kampung lagi……….. Musim Buah………..

Erm hari ni Abi nak bercerita pasal kampung lagi…… Bukan apa teringat plak semasa membaca blog Abah dulu tu yang menyentuh tentang ibu dan bapa di kampung…….. Abi adalah cerita sikit nak menyampuk………..

Yalah baru-baru ni musim buah kat kampung. Kampung Abi ni Alhamdulillah jugalah dengan buah-buahan. Pelbagai jenis buah-buahan jugalah yang ada……….. bidara, rambutan, manggis, durian kira sebut jelah buah apapun Insya Allah ada di kampung Abi ni………… tak terkecuali jugalah dengan keluarga Abi tu…………. kira mewah jugalah dengan buah-buahan ni…………..

Apa yang Abi nak cerita ni bukanlah pasal buahan-buah sangat sebenarnya…………… Ok Abi cerita jelah yer………….. suatu petang tu hari minggu Abang Abi ni baliklah kampung dan panjat pokok bidara……….. Abi tabik dengan abang Abi yang sorang ni walaupun dah masuk 40 tapi bab memanjat pokok memang handal………… Abi sendiri ermmmm pokok taugeh bolehlah Abi panjat hehehehe. Pokok bidara ni besar…….. sebenarnya kalau orang kampung Abi dia panggil “ bedara” je…….. Buah dia plak bertangkai macam tu kalau jatuh kat bawah mestilah bercerai dari tangkai dia kan…………. Maka biasanyalah kat kampung Abi ni kalau nak panjat bedara ni ramai lah pengutipnya………. Kadang tu sampai satu kampung datang mengutip…………. Tahu jelah buah bedara ni kecik macam biji guli je…. Dah lah tu jatuh dalam semak samun tu kena merayap kutip satu –satu……… Abi ni dah lah sakit pinggang duk marayap kutip buah ni tapi Abi tak banayk sangat kutip buah yang relai…….. Abi kutip yang bertangkai je ……. Hehehe Abi mengelat.

Tengah sedap-sedap kutip buah bedara riuh rendah tu Abi terdengar perbualan makcik-makcik dengan mak Abi…….. kira ramai jugalah makcik-makcik tu ada yang Abi panggil Mak De, Mak The, Mik Tang……. Terpacullah dari mulut seorang makcik tu satu cerita………. Tak payahlah Abi sebutkan nama mak cik tu……….. cerita tulah yang buat Abi rasa terharu juga………. Mak cik tu cerita ada ada seorang tu dulu orang kampung sebelah tu ramailah anak-anaknya dan kebetulan banyak yang berjaya………. Ada yang duk KL……… kira serata jugalah anak dia kat Malaysia bumi bertuah ni…….. sekali tu mak cik ni teleponlah anak dia konon nak beritahulah musim buah kat kampung sekarang ni…………. Tahu apa anak dia kata …………. Ala kat KL ni ( maaflah Abi tak bermaksud semua orang KL macam tu ) berlambak buah mak……. Beli je pelbagai jenis ada………. Harganya pun murah sangat……… Tahu apa tindakan makcik tu ngan suami dia selepas anak dia cakap camtu…………. Habis di tebangnya semua pokok buah-buahan yang di tanam. Ermm tulah perasaan orang tua………….. hancur …….. luluh………remuk hingga sanggup melakukan sesuatu yang di luar jangkaan……….. dalam keadaan macam ni siapa yang rugi ????????

Mak cik tu sambung lagi……….. katanya untung kakak ………anak kakak selalu balik jenguk…….. Mak pun apa lagi tersengih lah dia hehehehe……… sambil dia menyambung anak-anak saya ni balik juga tapi tak de le sekerap anak kakak………

Yelah bukan apa anak mak sekarang ni semuanya duk dekat memanglah……….. Abang 2 orang duk di Temerloh juga…….. Abi tabik ngan abang Abi 2 orang ni……… Abi tahu memang dia sibuk bukan saja dengan kerjanya yang memang Abi akui sibuk……. Tambah lagi dengan aktiviti politiknya ( tak perlulah Abi beritahu parti apa ) yang memerlukan dia ke sana kemari 24 jam…….. kadang tu kesian juga tgk akak ipar yang selalu ditinggalkan dengan anak-anak yang 6 orang tu ………. sekarang ni plak dah nak masuk 7 ……… tapi abang Abi ni mesti ada ruang untuk mak dan ayah di kampung tu, dalam seminggu pasti paling kurang sekali dia menjenguk walaupun sekejap……… tu yang buat Abi tabik tu. Akak Sulung pula di Raub…….. dan Abi kini di Bera…… bukan jauh sangat pun Bera ke kampung tu dalam 45 km je……… kalau dulu memanglah Abi yang paling jauh ………. Balikpun setahun sekali jer………. Sekaang ni Abi dah tanam dalam diri walau bagaimana sibuk sekalipun Abi akan menjenguk mak di kampung 2 kali seminggu………. Alhamdulillah sejak balik nak masuk 8 bulan dah di semenanjung ni rasanya Abi dapat laksanakan hajat yang Abi tanam dalam diri ni……… Biasanya Abi ni akan balik samada hari selasa @ rabu @ khamis sekali dan sekali lagi….. samada sabtu @ ahad…….. tu lah rutin Abi……….. tak kiralah samada Abi seorang atau Abi dan keluarga………. Tapi kebiasaannya memang Abi akan balik bertiga lah Ummi dan Umar. Bagi Abi orang tua ni tak penting sangat wang ringgit ke apa ke…….. harta ke yang penting sekali anak-anak datang menjenguk………. Lagi kerap lagi bagus………. Tak penting sangat lama ke sekejap………. Dia dapat tengok muka anak cucu tu dah kira ok……… tu pendapat Abilah……….

Abi harap Abi tak delah jadi macam anak yang makcik cerita tadi tu……….. takut juga Abi kalau melukakan hati mak. Abi menyerulah kepada anak-anak yang jarang menjenguk ibu bapa tu kalau sibuk sangatpun janganlah lupa untuk bertanya ibu di kampung tu……… paling-paling telepon bertanya khabar……….. Yalah kalau kita yang tak memberikan kebahagiaan dan keceriaan kepada ibu di kampung kita nak harap siapa lagi…………… Lagipun umur kita ni tak tahu sampai panjang mana…………… entah kan sehari dua lagi di ambil Allah tak kiralah kita sendiri ke atau mak ayah di kampung sana………. Jangan plak ingat kita yang muda ni tak mungkin pergi dulu……… tgklah biji kelapa tu yang putik pun berlambak yang gugur……… kadang tu yang dah tua menghitam dipokok liat plak tu nak gugur di kaitpun payah sampai lenguh2 tangan kita mengait. Macam Abi…… umur Ayah dah 75 dan mak 73 …….. Alhamdulillah dua-dua sihat walafiat. Abi plak berapa yer ???? teka jelah……… belum tentu mak ayah pergi dulu entah-entah esok lusa Abi yang pergi……. Mana kita tahu kan ???? Jadi sebelum apa-apa yang tidak baik pulanglah menjenguk ibu bapa di kampung sana………. Takut nanti kita tak sempat nak berbakti pada ayah ibu di kampung………. menyesal dulu pendapatan menyesal kemudian tak berguna lagi………….. Jangan biarkan Nasi menjadi Bubur………..

P/S : Abi memang anak Emak……………….. hehehehe sayang Mak.

Friday, August 12, 2005

Kampung dulu dan sekarang..........

Kampung…………….. Dulu dan Sekarang….. erm cam tu lah unyi ceritanya........

Erm semalam balik kampong sekejap……………. Sekejap sekejappun bermalam jugalah……….. tidur kat rumah mak……… tahu jelah rumah mak tu yang tinggalnya 3 orang je………. Mak, ayah dan abang yang sedang terlantar sakit………. Erm Abi bukan nak cerita pasal mak dan ayah sangat walaupun memang antara tujuan Abi balik dengan Ummi dan Umar semalam sebab nak jenguk Mak………. Sebenarnya Abi nak cerita keadaan kampong dulu dan sekarang ………..

Yer lah malam tadi kan malam jumaat…………….. bila balik tu biasalah Abi pergilah baca Yasin kat Masjid………. Abi ni bukan apa dah rumah dekat masjid pergi jelah sebelah je………. Bukan rajin sangatpun sebenarnya …………..hehehe Apa yang Abi nak citer ni ialah keadaan sekarang ni……… tak sama dah kalau dulu masa abi kecik-kecik dulu Allah masjid kampong tu penuh dengan penduduk kampong membaca Yasin……. Tapi malam tadi tinggallah tunggul-tunggul tua je heheheh yang dah tinggal sebatang 2 gigi je hahaha. Maaflah Abi guna istilah tu orang veteranlah maksudnya……. Tupun dua tiga empat kerat je………. Mujur lah Abi bawa Umar ada jugalah periuh malam tu………. Umar apa lagi suka sangat melompat sana-sini di masjid. Umar ni tak kisah walaupun berkawan denganorang tua dia suka semacam je……. Hehehehe.

Abi bukan apa teringat nostalgia masa kecik-kecik dulu kalau malam jumaat berduyun lah jawabnya ke masjid……… masa tu bawak pelita lagi……… ala pertengahan 70 an dulu mana ada lagi letrik2 ni…….. kat kampung Abi ni. Ada yang siap bawa daun kelapa tu ala nama apa pun Abi dah lupa daun kelapa yang di ikat-ikat lepas tu bila balik lepas baca yasin malam-malam buta tu daun kelapa tu lah yang jadi pelita penyuluh………. Erm tapi ramainya kat masjid tak leh nak kira…………. Riuh rendah masjid meriah……. Dari mak budak ayah budak sampailah ke budak-budak semua datang ke masjid……….. sampaikan bergoyang rasa lantai papan masjid tu………. Kalau masa tahlil tu…….. hebat riuhnya meriah dengar seluruh kampung………. tapi itu dulu…………… yang seronok lagi bila malam jumaat begini bermacam kuih muih di bawa oleh orang kampung….. seronok sangat maklum sajalah masa budak-budak……… siap berebut-rebut lagi makan kuih hehehe……….. Tapi bila Abi kenangkan malam tadi sayu hati Abi……. Mana agaknya pergi anak-anak …………. budak-budak…….. mak-mak budak……. bapak-bapak budak yang tinggal hanyalah yang dah pangkat nenek belaka……… tu lah nasib kampung kini…………….

Sibuk sangat ke kita ???? Nak kata tusyien tak tahulah anak-anak kampung Abi ni mungkin memang dah sibuk sangat dengan tusyien kot……… Atau program di rumah lagi manarik………. Mungkin juga tahu jelah zaman dulu tu ……… kampung Abi awal 70 An bukan ada TV pun. Sekarang ni bukan setakat TV …….. ASTRO VCD macam-macam lagi………. Maka tinggallah Malam Jumaat sebagai nostalgia sahaja…….. Sibuk sangatkah kita ??? Atau ini hanya budaya di kampung Abi sahaja……………… Kadang kadang rasanya duduk di Bandar lagi bagus dari kampuang zaman sekarang ni kot ????

Tu jelah Abi nak cerita. Nostalgia yang tinggal nostalgia MALAM JUMAAT……..

" Woodball oh woodball "

“WOOD BALL” OH “WOOD BALL”

Ni satu lagi Abi nak cerita……….. sajer suka-suka lah………….. tak tahupun siapa yang sudi baca citer Abi ni……….. ni citer Abi main woodball. Sebenarnya Abi ni tak tahupun apa bendenya wood ball ni…………. Masa Abi bertugas di Sabah dulu……… tapi bila balik kat Pahang ni famous plak permainan ni……….. Bila tempat kerja Abi ni buat pertandingan Abi seganlah tak join………….. join jelah.

Ermmmm kepada yang tak tahu main wood ball tu apa Abi jelaskan lah sikit……….. alah ala-ala main golf jugalah tapi bolanya kayu…….. hehehe tiang gol nya ada plak penghalang di tengah-tenga yang bergayut-gayut tapi bila kena bola penghalang tu bergeraklah dan bola masuk le kedalam gol tu hehehe tu wood ball……….. namanya.

Kiraan markah dia siapa yang paling cepat masukkan dalam gol dia menang. Maksudnya macam nilah lebih kurang kiraaan pukulan……………. Berapa pukulan masuk gol tu. Abi ni punyalah teruk nak tahu berapa pukulan erm sampai 163 pukulan ….. hehehe pukulan terbanyak. Mainan ni ada gate gate dia semua sekali game ada 12 gate …….. erm letih jugalah golnya kecik nak kena masuk satu gate tu sampai 12 kali pukul tak masuk2 letih Abi …….. tapi tak pe pengalaman. Nanti Tempat kerja ni nak buat lagi sempena hari merdeka harap kali ni Abi tidak akan keciwa lagi hehehehe….. Sabar abi sabar cuba lagi…………..

Tapikan ada citer lain abi nak selit juga ni sebenarnya……….. tahu apa………… kadang-kadang Abi terpikir juga manusia ni kalau tak menyertai bende bende macam ni mesti org kata kita ni tak sosiallah ……. Payah nak bermasyarakatlah macam-macamlah…….. tapi yerlah memangpun bende-bendi ni memang penarik untuk jadikan kita berkumpul seronok………. Bercerita bergembira……… ini bukan bermakna abi ni anti sukan ke …….. anti hiburan ke ….. silap tu….. cuma Abi nak persoalkan bukan apa……… bila program tu ada sedikit bentuk keagamaan agak susahlah nak ajak semua datang………. Macam majlis membaca yasin ke ??? Ceramah agama ke ??? Usrah ke ??? Tapi tak de pun orang kata org yang tak menyertai bende-bende macam ni tak bermasyarakatkan ??? Tak sosial kan ??? Kadang Abi rasa tak adil juga……… tapi tu pendapat Abilah ……… Anda bagaimana ???????????

Saturday, August 06, 2005

Pagi minggu yang memboringkan.........

Erm pagi minggu yang memboringkan ???? Biasakan orang seronok berhari minggu....... Entah pagi minggu ni Abi cukup rasa boring tak tahu naper...... Sebenarnya Abi tahu sangat kenapa boring ari ni... Boring sesangat nak tunggu petang ni. Kalau boleh di tahan Abi akan tahan agar petang ni tak akan wujud wow.......

Yelah mulai petang ni hingga lah 19 hb Abi akan tinggal ngan Umar je sensorang ........ opps berdua ngan Umar. Mujurlah Umar tu dah boleh berborak macam orang tua tak delah boring sangat. Tahu kenapa Abi tinggal sorang petang ni...... erm UMMI terpaksa pergi kursus walaupun tak jauh di temerloh dalam 30 km tapi kesian jugalah...... nak suruh dia berulang...... lagipun hotel di sediakan. Tak pelah kalau UMMI rasa rindu kat Abi ummi baliklah yer,..... hehehe Abi setia menanti....... lama tu 2 minggu kursus....... Belajo molek-molek UMMI. Dulu Abi kursus sekarang time ummi plak hehehehe.

Tak pe Mi hujung minggu ni kita pergi jalan2 .......... cari kain buat baju raya ok tak ???? Kita pergi Nilai 3....... jom .

Tersedu, Terkedu dan Terpilu....................

Bunyinya macam lagu Ning je Awan Yang Terpilu.......... apapun tak de kaitan ler......... Kenapa pilih tajuk tu yer ???? ermmmmmmm

Sebenarnya lama dah juga nak tulis tajuk ni walaupun tahu mungkin tak de orangpun yang baca hehehe........ sajer suka memuaskan diri dengan menulis....

Yer lah seronok tengok banyak blog sekarang ni dan paling best baca blog2 yang bercerita tentang kehidupan dapat juga kongsi....... Balik pada tajuklah yer........

Ok sebenarnya Abi bukan apa pilih tajuk tu....... Abi ni 2 minggu lepas, Abi kursus 2 minggu jadi lamalah tinggalkan sekolah....... plak tu dah jarang plak solat berjemaah ngan pelajar2 asrama tu.. tahu jelah berulang kursus jauh ulang alik sampai2 rumah dah nak isyak........

Satu hari tu....... Abi pergilah solat plak berjemaah dangan pelajar2 lepas je beri salam Abipun terus turun ke bilik guru. Bilik Guru di Tingkat 1 Surau di Tingkat 2........ kononnya nak kemaskan meja yang dah lama tak tertengok. Tetiba meluru seorang pelajar ...... sebelum tu Abi memang selalu jugalah berborak dengan pelajar ni........ ala bukan pelajar ni sorang je tapi semua pelajar kalau petang2 tak de kerja biasanya Abi keluar borak2 ngan pelajar ........ tahu jelah warden asrama. Untuk makluman pelajar ni agak nakal dan merokok....... dia mengaku sendiri.

Abipun tanyalah dia kenapa yer........ ada apa........ tahu apa dia jawab........ jeng jeng jeng.......... dia cakap lama tak borak ngan Abi....... pastu dia cakap bila Abi tak de kat sekolah rasa cam kehilangan sesuatu plak .... Abi pun senyum jelah........

Tu jelah yang membuat Abi terkedu,,,,,,, tersedu dan terpilu....... juga terharu.

Terima kasih kerana membaca

Friday, July 29, 2005

Hak ......... memberi dan menerimalah seadanya.......

Pagi tadi berbual dengan seseorang........... bercerita tentang hak kat yahoo mesengger.......... seronok juga perbincangan yer tentang hakkkkkk. Betul juga kita ni selalunya menuntut hak masing-masing... ya memang kita punya pelbagai hak...... kalau yang lelaki muslim tu ada hak untuk kawin lebih dari satu............. kadang berebut-rebut nak tunaikan hak tersebut......... nak.

Tersentak juga bila kawan tu kata ............. kalau dah semua nak tuntut hak siapa nak memberi dan menerima hak............... erm betul juga yer........

Jadi redholah dengan ketentuan Allah kepada kita.

Kadang-kadang hak Allah tak tertunai.............. merebut hak yang lain................

Tq.............. buat permulaan.

Friday, July 22, 2005

Baru belajar.....

Tq Ajak baru belajar buat hehehhe