Thursday, August 31, 2006

MERDEKA SANA SINI...

Lama juga abi tak update blog abi ni… Amboi sibuknya abi hehe. Hari ni tepat 31 ogos hari kemerderkaan negara kita.... sedar- tak sedar dah 49 tahun penjajah keluar dari Negara kita dengan rasminya… tapi benarkah kita telah benar-benar merdeka… atau masih melekatkah saki baki pemikiran penjajah dinegara kita??? di kepala kita??? di budaya kita??? Tak perlu abi cakap panjang lihat kiri, lihat kanan kita … abi pasti sahabat akan ada jawapannya.

Oklah tak nak cakap banyak cuma nak kongsikan suasana sambutan merdeka tempat abi….

Sambutan merdeka di sekolah :

TAK CUKUP KERUSI KAT DEWAN HEHE


SUASANA DALAM DEWAN BESAR


PERSEMBAHAN TARIAN YOYO DARI PELAJAR CINA...
AGAK MENARIK JUGA... YOYONYA BESAR WOW



Sambutan peringkat daerah BERA…

Abi mewakili sekolah, carilah yang mana satu abi…
BIG BOS MENGETUAI KONTIJEN SEKOLAH ABI... YES BOS... SEMANGAT.

CEK MEK MOLEK DARI KELATE PEMEGANG PANJI KEMERDEKAAN

JEJAKA-JEJAKA HANDSOME SMK BANDAR KERAYONG...

PENGANTIN-PENGANTIN YANG PEMALU... HEHE

SUASANA DI PADANG... MAAF AMBIK DARI JAUH...

Dan semalam abi terima satu sms dari seorang sahabat yang besar maknanya… “ Merdekalah dengan kehambaan ” Abipun tak tahu nak terangkan. Sahabat sendiri faham-fahamlah yer…

Monday, August 21, 2006

SELAMAT HARI LAHIR UNTUK UMMI...

Erm.. dah lama juga abi tak menulis... Alhamdulillah hari ni abi rasa nak menulis sikit... dan kebetulan hari ni juga hari jadi ummi... Hari jadi yang ke berapa yer ??? Ermm, abi rasa lebih elok "biarlah rahsia" kan mi. Kita ni bukan selebriti... macam Siti... Blogpun rasanya tak adapun yang ambik tahu. Hehe. sebelum abi panjangkan tulisan abi, abi nak hadiahkan buat ummi tersayang lagu ni... Lagu yang abi memang tengah minat sangat-sangat buat masa ni... Pesona Zulaikha... Moga ummi akan setabah Zulaikha dalam mengharungi hidup walaupun abi sendiri tidak setampan dan segagah Yusuf... hehe

PESONA ZULAIKHA ( Suhaimi Saad )

indah wajahnya gamit pesona
pedih jemari terluka tidak terasa
anggun tingkahnya runtun jiwamu
adakah malaikat menjelma manusia

saat kau turutkan perintah nafsumu
enggan dia tunduk pada godaanmu
dihasut amarah kau lontarkan fitnah
terpenjara Yusof pertahan imannya

begitu cinta si Zulaikha
tega mendamba kekasihnya
hingga tenggelam dalam amukan rindunya
namun tika datang cahaya
dari Cinta segala cinta
seluruh jiwa kini hanyalah Khaliqnya

berganti rayu pada yang Satu
basah bibirmu meratib asma' yang Esa
hati yang tulus rindu yang Qudus
inilah cinta yang sebenarnya cinta

dalam kehilangan kau temui iman
tidak dibiarkan engkau kehancuran
Yusofmu di sisi Tuhanmu di hati
hanya pengabdian bukti kesyukuran

oh Zulaikha, engkau alihkan cinta
dari cinta hamba ke Penciptanya
rindumu bukanlah pemusnah diri
tetapi penemu Cinta Hakiki
oh Zulaikha, kisahmu mempesona
kisah cinta yang akhirnya bertemu cintanya

Dan sentuh tentang Siti tu, elok jugalah kita sama-sama doakan agar Siti bahagia dengan pilihan hatinya... tak payahlah kita plak yang berlebih-lebih. Kebetulan plak sama tarikh perkahwinan Siti dengan hari lahir ummi... Tahniah mi.

Hari ni juga, ada peristiwa besar bagi Umat Islam... Rasanya kalau tarikh perkahwinan Siti semua orang tahu... tapi mungkin ada yang tak tahupun atau mungkin terlupa, hari ini juga adalah hari Nabi Besar kita Muhammad SAW diIsrak dan diMikrajkan oleh Allah Taala ke langit dalam masa satu malam. Mukjizat paling besar yang dialami oleh baginda. Kalau hari ini kita berduyun-duyun ke masjid untuk melihat upacara akad nikah Siti dan Datok K... alangkah eloknya hari ini, atau bila-bila saja bila diadakan program memperingati Israk Mikraj, kita juga berduyun-duyun untuk mendengar dan mengambil peringatan.

Kalau hari ini kita melangak didepan TV semata-mata untuk melihat upacara akad nikah Siti... Bagaimana kalau minggu-minggu berikutnya kita juga melangak depan TV mendengar dan mengambil pengajaran dari peristiwa Istrak dan Mikraj... Alangkah eloknya, andai TV3 membuat siaran langsung setiap program Israk dan Mikraj yang diadakan... Alangkah manisnya... tapi rasanya tak mungkin... Apalah sangat nilai sebuah program Israk Mikraj berbanding dengan uapacara akad nikah Siti yang berjuta-juta RM nilainya... tiada nilai ekonomi... tiada stesen TV yang berebut-rebut untuk menayangkan...

Apapun untuk akhirnya... Abi mendoakan agar Siti terus kekal bertudung litup setelah menjadi isteri, dan semoga menjadi isteri solehah yang membahagiakan suami dunia dan di akhirat... dan untuk ummi... terima kasih tidak terhingga abi ucapkan di atas kesabaran dan ketabahan ummi dalam melayani karenah abi... semoga Syurga menjadi milik ummi di sana nanti... tiada hadiah yang dapat abi berikan dan tidak ternilai rasannya kewujudan ummi di sisi abi... dengan nilaian dunia...

Sunday, August 13, 2006

AKHIRNYA SETAN MENJADI MALAIKAT... HEHE

Hari minggu ni banyak abi angkut akhbar… yang kanannya mahupun yang kirinya yang kerajaannya mahupun yang propembangkangnya… Sekurangnya abi dapat tahu perkembangan semasa, samada dari perspketif pembangkang ataupun kerajaan… Yang baik abi ambik yang buruk abi bakul sampahkan jer… hehe

Abi tertarik dengan komen Situ Jarum di Mingguan Malaysia ( ruangan abi mesti baca ni… ) seronok baca usik-usik Situ Jarum di pagi minggu ni… Minggu ni dia usik Si Faizal pemenang AF4, abipun tak tahu dan tak ambik tahu sangat siapa si Faizal ni… tapi abi tertarik bila Siti Jarum komen dan tertanya, kenapalah agaknya Kerajaan Negeri Terengganu ambik Si Faizal ni sebagai Duta Belia Kerajaan Kerajaan Negeri… tak ada ornag lain ke… dan Siti Jarum menambah : Jangan plak hairan nanti seandainya belia-belia Terengganu berebut nak jadi penyanyi… Jawab orang Ganu jawab… hehe. Abi, tabik Siti Jarum walaupun berada dalam dunia hiburan!!!.

Antara yang menarik juga dalam Mingguan Malaysia, kisah bagaimana Penyanyi Tersohor tanah air Jamal Abdillah menghabiskan masa dan wang ringgit berjuta-juta kerana dadah… Agak menarik bila Jamal mengatakan masalah dahah berpunca dari kelurga… bukan sangat masalah pengaruh kawan… Anda plak bagaimana. Mungkin anda ada jawapan tersendiri

Dan dari akhbar Harakah… banyak juga isu yang manariknya antaranya Gambar Gereja Casa de Fatima yang terletak di Brickfields… dimana gereja inilah yang telah berjaya membaptiskan Si Lina ni pada tahun 1998… Nama gereja tu Fatima lagi… hampeh betul. Abi tak nak ulas panjang sebab dah terlau ramai pengulas bab ni… Cuma abi tabik pada seornag rakyat Malaysia yang membuat laporan polis berkaitan gereja ini dan kebabtisan Si Lina… Anda nak tahu lanjut sila dapatkan Harakah… dan dalam akhbar Harakah tak kurang hebat cerita tentang artis… kali ni Aisyah penyanyi yang popular dengan lagu : Janji Manismu” satu ketika dulu… dijemput merasmikan “Nisa” penjenamaan semula… Moga “ Nisa ” akan terus berkembang dan berjaya memikat remaja kini…

Dan satu lagi Artis yang agak popular satu ketika dulu… “ Ali Setan ” siapa tak kenal kalau di sebut nama tersebut ??? Mungkin ramai yang lebih tahu gelaran tersebut daripada nama beliau sendiri. Itulah dia Azmil Datok Mustapha. Satu muka penuh harakah menemubual beliau… dari detik pertama penghijrahan beliau hinggalah apa yang dibuatnya masa kini… Abi rasa terpanggil untuk menyalin semula, moga apa yang diperkatakan oleh beliau akan mengingatkan diri kita insan yang mudah alpa dengan hukum Allah… Abi taknak komen, sahabat boleh baca apa yang tertulis satu persatu… andai ada kebaikan jadikan sebagai tauladan dan yang tak elok jadikan sempadan dalam meneruskan hidup di bumi Allah yang tercinta ini…

AKHIRNYA “ ALI SETAN ” TEMUI HIDAYAH :

Harakah : Bila mula berubah dan berhenti berlakon
Azmil : Saya berhenti berlakon tahun 1998, tapi baru0baru ini saya berlakon filem Puteri Gunung Ledang, kerana ditawarkam oleh Tiara, lagipun watak yang diberikan sebagai seorang pendakwah. Itupun saya berat nak terima. Saya bagi 10 syarat yang remeh supaya saya tidak berkata tidak. Nak dijadikan cerita mereka terima syarat saya, jadi saya tiada pilihan. Sedangkan saya rasa orang lain tidak akan setuju syarat-syarat saya itu. Saya buat kajian tentang watak itu. Memang dia pendakwah serta banyak mengIslamkan orang di Nusantara.

Harakah : Apa pendorong kepada perubahan ?
Azmil : Semuanya kerana Alalh ia jadi sekelip mata. Saya suka buat perbandingan macam main bola sepak. Main bola sepak ni 90 minit. Tapi dalam seminit ketika masa tambahan itu, macam-macam boleh jadi. Keputusan boleh berubah daripada 0-0 kepada 1-0. Saya juga macam tu dalam sekelip mata berubah. Saya bermula dengan memuji Allah.

Saya puji dengan ikhlas walaupun masa itu saya jahil, saya masih ingat tahun 1979, kebetulan masa itu saya amsih jahil. Perkara pertama yang saya lakukan apabila sampai rumah, buka TV. Waktu itu saya baru balik dari pub, jadi apabila buka TV ada siaran terjemahan Al-Quran dan doa tutup siaran.

Masa tu saya perhati terjemahan tersebut dan saya rasa Allah hebat. Saya terus memuji Allah. tapi cakap Inggerislah ( ketawa ) Wow! Allah is great! macam-macamlah keluar dari mulut saya. Akhirnya! ia menjadi amalan saya. Setiap malam saya mesti tengok. Kalau keluar malampun saya bergegas balik.

Harakah : Apa reaksi kawan-kawan ?
Azmil : Terkejut! tapi waktu itu saya masih belum berubah sepenuhnya. Jadi kawan-kawan selalu peril saya, macam-macam mereka kata… kepala senget, nak tengok Quran ( ketawa ). Lepas tu, saya jumpa seorang ustaz dan diajar cara untuk bertaubat, saya buat taubat nasuha. Saya dalami agama, belajar sembahyang.

Saya memang tak tahu langsung sembahyang ni. Baca Quran merangkak-rangkak. Baca Fatihahpun buka buku lagi, itupun tulisan rumi. Tapi saya Istiqamah. lama-lama ia makin meningkat. Saya ingat lagi dulu saya baca Surah Yasin ambil masa dua jam. Lepas solat subuh saya mula baca. Apabila habis sedar-sedar dah pukul 8.30 pagi, gara-gara baca merangkak. Umur dekat 30 tahun baru saya hafal Fatihah. Alhamdulillah sekarang dah ok.

Harakah : Masih membaca ?
Azmil : Ya, saya penuhi masa dengan membaca Al-Quran. Saya dah tinggalkan dunia seronok-seronok ni. Saya dah banyak buang masa waktu muda dulu.

Harakah : Berubah secara “drastik” atau “slowly” ?
Azmil : Dulu saya belajar di negara orang kafir. Hidup mengikut budaya kafir. Apabila saya mendekati Allah baru saya tahu apa yang saya buat selama ini salah. Sebab itu saya tinggal terus, bukan “slowly”, saya tak boleh “slowly”, kalau “slowly” saya tak tahu saya terlambat atau tidak. Kita tak tahu bila kita mati. Apabila dah timbul kesedaran, buang terus zaman lampau kita, jangan ada rasa cinta pada kehidupan lama yang sesat ( Abi : Peringatan untuk diri abi yang lemah. )

Harakah : Hubungan dengan rakan-rakan hiburan ?
Azmil : Saya berhenti terus, tak keluar langsung. Putus hubungan dengan mereka. Kawan baikpun saya tak jumpa atau hubungi. Kalau jumpa setahun sekali waktu rayapun dah cukup baik. Kadang-kadang tak jumpapun sebab bagi saya, kalau saya masih etrus bersama dengan mereka tak mustahil saya akan kembali semula.

Harakah : Dah berani keluar berjumpa orang ?
Azmil : Sekarang dah berani. Dulu langsung tak keluar sebab takut terpengaruh. Pengaruh syaitan ni kuat. Pengaruh jahat selalu menang berbanding pengaruh baik. ( betul tu … abi tambah )

Harakah : Perkembangan terkini
Azmil : Sejak setahun lalu, saya banyak menerima jemputan berceramah, dan lebih kerap dua tiga bulan ni. Saya tidak mebuat sebarang pekerjaan lain kerana sudah tidak sempat.

Harakah : Selain berceramah ?
Azmil : Saya merancang ke Syria menuntut ilmu. Sebelum itu saya buat solat Hajat memilih destinasi. Saya diilhamkan ke Syriadan Yaman. Jadi, saya pilih Yaman. Kebetulan saya jumpa ustaz yang menasihatkan saya Istikharah. Selepas Istikharah dapat petunjuk ke Syria. Empat kali Istikharah masih diilhamkan Syria. Jadi, saya buat keputusan ke Syria. Dua tahun lepas saya berpeluang ke Syria, dapat rasa satu ikatan istimewa berada di sana. Bila balik, saya ditawarkan membuat rumah anak yatim. Tapi akhirnya saya tarik diri kerana cara saya dan rakan kongsi berbeza, kerana dia berasal dari England dan tak izinkan saya berceramah.

Harakah : Pernah bisnes sebelum ini ?
Azmil : Macam-macam. Rugi juta-juta. Pertama, mungkin Allah tak izinkan. Saya juga muhasabah diri. Yang saya ingat saya pernah kata … kalau ada duit , saya buat segalanya, aya jual barang keperluan agama, seperti tasbih, sejadah, buku-buku agama, kaligrafi Arab. Tapi saya tak sebuat “kalau Allah izinkan…” Agaknya sebab itulah bisnes tak berjaya. Adalah hikmahnya. Setakat ini saya nampak rezeki pada ceramah.

Harakah : Perasaan setelah meninggalkan dunia hiburan dan berkecimpung dalam dakwah.
Azmil : Ketenangan yang tak dapat diceritakan. Tak boleh nak nilai. Tak boleh nak dibandingkan dengan duit yang dulunya saya pegang juta-juta. Duit boleh habis, tapi ketenangan saya tak mahu jual biarpun orang bayar berjuta-juta. Apabila berceramah , ilmu saya bertambah. Saya membaca, tanya ustaz-ustaz, jadi saya lebih mengenal Allah sejak bercermahah ni.

Alhamdulillah, sambutanpun bagus. Maklumlah “setan” datang ceramah. Kalau ulama ceramah, tak ramai datang. Tarikan “setan” memang kuat ( ketawa )

Harakah : Topik ceramah ?
Azmil : Saya lebih suka mengingatkan diri dan Umat Islam lain supaya membangunkan semula Islam. Islam tiada sempadan, anya orang kafir meletakkan sempadan dan jajahan, dan kemudiannya kita ikut. Orang kafir dah kuasai minda kita, kehidupan kita, hingga orang Islam hari ini melakukan perkara yang menjauhkan diri daripada Allah. Tetapi semuanya dalam keadaan tidak sedar kerana sudah biasa ikut hukum orang kafir hingga tak rasa bersalah ikut langgar perintah Allah. Hukum Allah kena ikut setiap masa, bukan dalam solat sahaja. Kadang tu dalam solat je ikut Allah, lepas solat ikut balik cara kafir.

Harakah : Banyak menerima jemputan selain PAS ?
Azmil : Daripada RTM, buat rakaman dengan Pahang FM. Juga untuk Jabatan Agama Islam. Saya tidak menghadkan kerana saya buat kerana Allah, jadi tiada kompromi tentang itu.

Harakah : Ada tentangan sejak berdakwah ?
Azmil : Apabila saya bercakap agak lantang, ada orang yang labelkan saya ekstrem. Pernah mikrofon masjid ditutup apabila saya bercakap lantang. Ini orang-orang yang taat pada perlembagaan negara berbanding perlembagaan Allah. Saya pegang kukuh, taat pada pemerintah selagi dia tidak melanggar hukum Allah. Kalau dah langgar tak perlu lagi kita taat padanya.

Harakah : Bagaimana melihat Umat Islam hari ini ?
Azmil : Saya sedih sebenarnya melihat orang Islam bergaduh, atau berselisih pandnagan sesame Islam. Soal kecik pasal wajib baca Qunut, ada yang kata sunat, tangan perlu letak diperut, wajar letak di dada, Benda-benda macam tu kita sesama Islam pertikai… tetapi dalam masa sama biarkan saja orang kafir buat sesuka hati, sedangkanlah mereka ( kafir ) yang perlu kita musuhi. Kita ni terllau banyak kelemahan. Dari segi kehidupan. Begitu juga bahasa. Dulu kita guna Bahasa Arab sebagai bahasa sandaran seperti ilmu, khabar. akhlak, warta, isnin, selasa, sekarang dah jadi integrasi, dominasi, automobil, uncle… semua ni dari Bahasa Inggeris. Kita jadi makin jauh dengan Allah. Ada orang baca Quran, bertajwid, berlagu, tapi tak tahu makna. Apa semuanya tu ? Kita tak boleh ambil Islam ni secebis sana, secebis sini, kena ambil semuanya.

Harakah : Soal keluarga. Menjadi bapatunggal kisah disebaliknya ?
Azmil : Saya berkahwin dua kali. Pertama, bercerai kerana tak boleh terima saya sebagai hak masyarakat. Jadi artis, kita hak orang ramai. Bertahan 5 tahun sahaja. Ada anak perempuan seorang, dah umur 21 tahun. Saya jarang jumpa anak saya tu, sebab mak dia tak bagi jumpa. Tak apalah, saya redha. Kuasa Allah dia masuk UITM, dekatlah untuk saya jmpa.

Harakah : Dia tak duduk sekali ?
Azmil : Ada sekali nak duduk dengan saya. Saya tak kisah, tapi saya bagi syarat. Suruh pakai tudung, sembahyang. Sehari lepas tu, dia balik semula kerumah mak dia. Tak tahan agaknya ( ketawa ). Ada kawan-kawan kata saya keras. Saya terpaksa, kalau tak keras, boleh merosakkan semua yang saya dah mulakan. Saya tak sanggup nak ambil risiko. Orang sekarang lebih sayang harta daripada keluarga. Tak berani nak tegur anak. Sayang tak bertempat.

Isteri kedua, dia suka saya berlakon. Dia boleh tumpang glamour. Dapat macam-macam keistimewaan. Saya jumpa diapun di kelab malam. Apabila saya berubah, dia tak mahu ikut. Dia dah biasa dunia hiburan. Lepas pantang anak keempat, kami bercerai. Anak-anak semua bawah jagaan saya. Dulu saya bagi anak-anak kerumah mak mereka, tapi anak-anak beritahu ada “uncle” kat rumah. Saya kata tak boleh. Kalau nak juga, kawin. Alhamdulillah dia dah kawin. Tapi masalahnya, bila balik dari rumah mak mereka anak saya dah tak pakai tudung. Tanya pasal sembahyang adalah buat sekali. Saya fakir tak boleh jadi. Sekarang dah tak pergi lagi. Saya izinkan mereka jumpa di “ club house ”. Mujur waktu bercerai duu saya letak syarat supaya jaga syarak kalau nak terus berhubung dengan anak-anak. Jadi saya ada hak untuk menyekat.

Harakah : Perancangan masa depan ?
Azmil : Pertama, Belajar bahasa Arab di Syria. Cadang lepas raya, itupun bergantung kepada kewangan. Mungkin setahun di sana, dan saya akan bawa anak-anak ke sana, Kenapa ? Sebab saya nak bantu mereka mendapat pendidikan yang lebih baik dan lebih awal dari saya ( Abi : sesetangah kita tak pernah terfikir tentang pendidikan agama anak-anak, bahkan meremehkan pendidikan agama dan institusi agama hanya kerana kelemahan dan kesilapan individu – nauzubillah ) Saya nak mudahkan mereka. Tak mahu jadi macam saya.

Harakah : Akhir sekali, mungkin mahu menamatkan zaman duda ?
Azmil : Saya rasa perlu kerana dah tak cukup masa nak tumpu pada keluarga berbanding dulu. Kasihan anak-anak selalu ditinggalkan. Tapi calon tak ada lagi. ( ketawa )