Tuesday, September 20, 2005

BACA, FIKIR DAN BERTINDAK...

Kenapa anak kita sanggup berkata begini…

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang tertulis sesuatu. Si ibu segera mengesat tangan di apron, menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak, lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu :

Tolong pergi ke kedai RM 4.00
Tolong jaga adik RM 4.00
Tolong kemas bilik RM 1.00
Tolong buang sampah RM 2.00
Tolong siram bunga RM 3.00
Tolong sapu sampah RM 3.00
Jumlah RM17.00

Mungkinkah kerana kita tidak pernah, atau leka untuk berbuat begini……

• Mulakanlah hidup anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. ( Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik amat digalakkan )

• Berikan anak anda pelukan setiap hari. ( Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk ).

• Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang. ( pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran )

• Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan. ( Berilah pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukan ).

• Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itumelakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

• Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga. ( Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa it uterus berlalu dan tak akan kembali ).

• Di dalam membesarkan anak-anak, janganlah mengeluh. Keluhan akan membuatklan anak-anak merasakan diri mereka beban.

• Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. ( Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap ).

• Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

• Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenagkan diri. Mereka akan menirunya.

• Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut hari lahirnya. Sediakan hadiah hari lahirnya yang unik walaupun harganya murah. Keunikan membuatkan anak anda belajar menghargai. ( Anak-anak yang datang daripada persekitara yang menghargai akan belajar menghargai orang lain ).

• Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

• Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasai kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

• Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

• Hargailah permainan kesayangananak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barnag kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Jika perlu, mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

• Janganlah membiarkan anak anda tidur tanpa senyuman selamat malam.

• Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibubapa.

• Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat lebih penting daripada keluarga.

• Anak menangis untuk melegakan keresahan. Kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka. Dua puluh tahun lagi anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

• Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.

Diubahsuai dari Akhbar :
SIDANG 32 / MARCH


Sudahkah kita melakukan perkara yang terbaik untuk anak kita ??? Kalau belum nah!!! apalagi, mulakan dari sekarang. Insya Allah kita akan dapat lihat perubahan anak-anak kita.

Esok kalau free insya allah abi nak cerita tentang Umar anak abi yang seorang ni…. Dialah intan dialah kaca. Dialah segalanya bagi abi dan ummi… Semoga Umar akan menjadi anak yang soleh yang akan mendoakan abi sewaktu abi keseorangan di dalam kubur suatu masa nanti. Amin Ya Rabbil Alamin.

Saturday, September 10, 2005

CINTA SEORANG PEMUDA

• Saya suka sangat tengok jari-jemari teman wanita saya, cantik betul. Sungguh !!!! (Tengok perkataan sungguh ni Abi teringatkan seorang sahabat Abi yang biasa sangat menggunakan perkataan ini bila memperkata sesuatu secara serius ) Sampai saya takut nak pegang. Bukan takut jari-jemarinya patah, tapi takut nanti jari-jemari kami tidak boleh saling bantu membantu di satu hari yang amat dahsyat di hadapan Yang Maha Esa.

• Saya suka sangat tengok rambutnya. Cantik betul……. Sungguh !!!! Sebab itu saya belikan dia tudung. Bukan sebab cemburu orang lain tengok, bukan! Tapi sebab saya mahu rambutnya sentiasa ditutup macam dalam iklan dot.dot.dot itu sampai bila-bila……. Takut nanti dibakar dek api neraka, di satu hari yang amat dahsyat dihadapan Yang Maha Pencipta.

• Saya suka tengok body teman wanita saya… solid betul. Sungguh !!!! Sebab itu saya belikan dia telekung supaya masa “ dating ” dengan Kekasih dia yang Maha Utama, dia jaaaaaauh lebih cantik dan berseri menghadapNya. Sayapun tumpang dapat pahala…. Syoknya !

• Saya sedih sangat bila teman wanita saya tidak tidur , tidak makan sebab rindukan saya. Sayapun macam itu juga. Si dia tanya, “ apa ubatnya, bang ?” Sayapun bagi dia Al-Quran sebagai penenang jiwa… semoga dia cintakanNya lebih daripada saya.

• Saya sedih tengok dia selalu pesan macam-macam , “ makan, minum, jaga diri, pandu kereta elok-elok………. Nanti awak sakit saya juga yang susah hati…. Bla blab la bla.” Tapi bila tengok wayang sama-sama, terlepas asar dan maghrib begitu saja dia tidak kata apapun, Aduuuuh …. Berdosanya saya !.

• Saya memang sayang sangat pada dia. Saya mahu jumpa dia, bersama dia. Cinta secinta cintanya. Cinta yang abadi di dunia dan berkasih saying di akhirat, ber ‘dating’ di syurga kerana disitulah tempat yang kekal selama-lamanya.

• Doakan kami saling ingat mengingati, insaf-menginsafi. Ya Allah, Ampunkanlah kami.. …. Semoga kami dapat kekal bersama selama-lamanya. Di syurga nanti. Amin…

Petikan dari : MASTIKA JUN 2005 HALAMAN 111