Saturday, August 23, 2008

Abi, UmMi DaN kAsUt BaRu...

Salam sahabat blog...


Minggu ni adalah minggu cuti persekolahan. Erm macam biasa rutin cuti persekolahan adalah balik kampong. Mula-mula balik kampong sebelah ummi. Hari jumaat petang tu juga kami terus balik maklumlah ada jemputan kawin anak saudara pada ummi. Anak pada abang sulung ummi. Nak tahu dimana kampong ummi??? Hehe dekat je Di Taman Seri Malulana Pekan Pahang Darul Makmur. Pernah dengar??? Kalau sahabat ke Pekan betul-betul sebelum jambatan Pekan. Di situlah letaknya taman perumahan tersebut. Alhamdulillah Abang Azy dahpun bermenantu... Abi dan ummi bila yek??? Masih terlalu jauh, umarpun baru je menjengah ke tahun satu persekolahan. Congak punya congak mungkin dalam 20 tahun lagi kot hehe. Itupun kalau sempat. Amin. Erm itu cerita pertama kami pada cuti kali ini.

Gubahan hantaran

Bilik pengantin

Pasangan pengantin di pelamin...

Tak lama di Pekan sekitar tiga hari sahaja. Terpaksa balik ke Bera, ada tuntutan kerja. Erm... Sempena JUJ daerah Bera abi dikehendaki menjadi imam untuk solat maghrib dan subuh bagi pelajar-pelajar-yang terlibat dalam program JUJ tersebut. Erm... baliklah kami isnin pagi. Terus sahaja lepak di rumah Bera sehingga hari khamis pagi... tak boleh kemana-mana disebabkan pagi khamis tersebut abi dan ummi terpaksa menjalani peperiksaan PTK. Penilaian tahap kecekapan. Nampaknya abi dan ummi masih tidak cekap-cekap. Masih lagi belum berjaya mencapai target yang dikehendaki untuk entah ke berapa kalinya. Abi tinggal satu kertas khusus dan ummi pula kertas umum. Terbalik. Mujur juga camtu, bolehlah bergilir tunggu umar.


... dan selepas siap baik PTK kamipun terus bersiap untuk pulang ke Temerloh pula. Kebetulan pula hari khamis tu adalah hari penting buat ummi. Hari lahir ummi. Sampai ke Temerloh entah camne jalan sana jalan sini ummi terpikir nak bagi hadiah kat abi. Abi on jelah bila dapat hadiah kan kan kan. Terbalik kot betul sepatutnya abi yang belikan hadiah buat ummi, ini ummi pula yang belikan hadiah untuk abi. Takpelah mi terima kasih banyak-banyak, dan hadiah itu memang yang abi impikan selama ini. Pandai ummi memilih. Terima kasih sekali lagi... Insya Allah di hari lahir abi nanti, abi akan belikan hadiah istimewa buat ummi. Dah lama sangat rasanya abi tak belikan apa-apa buat ummi. Maaf ye mi sayang... Nak tahu apa ummi belikan untuk abi. Hehe tengoklah...

Kasut kanggaroo. RM180 hadiah dari ummi. Mekasih sayang...

Nilah hadiah pemberian dari ummi. Erm... bertahun rasanya abi menyebut untuk mendapatkan kasut kanggaro ni hehe. Alhamdulillah hajat tercapai. Mekasih mekasih mekasih. Umarpun berminat dengan kasut abi hehe. Siap dicubanya beberapa kali. Geramlah tu... huhu. Ok Umar raya ni abi belikan untuk Umar... Ok???

Semangat umar dengan kasut abi hehe.

Oklah... itu sahaja yang menarik sepanjang percutian sekolah kali ini. Erm pada sahabat yang bercuti selamat bercuti dan selamat kembali bertugas. Semoga kembali dengan semangat baru. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran ramadhan yang tak berapa hari lagi. Moga Ramadhan kali ini memberikan suntikan semangat dan daya juang yang semakin tinggi untuk beribadah kerana Allah. Amin.

3 comments:

kakakmu dato keramat said...

kak ingat tn mod nak belikan kek 3 tgkat utk roha??? tapi terbalik lak yer...bagus lah roha....

armorphism said...

heehhehehe!.. lawanya kasut rayaa..
Harap2 raya ni tak hujan memanjang, kang takleh nak pi jalan ngan kasut baru..gegegegege!

jiwa kacau said...

comey la kasut raya abi...smart