Thursday, April 13, 2006

APA LAGI YANG TINGGAL

Membaca akhbar utusan malaysia minggu lepas membuatkan abi cukup rasa gerun. Abipun dah tak ingat akhbar hari apa. Tapi Abi masih ingat tajuk utamanya Restoran mamak telah banyak bertukar tangan kepada bukan Islam. Begitulah bunyinya seingat Abi. Abi cukup rasa sedih. Sedih sangat walaupun abi bukanlah peminat kedai mamak ni, tapi Abi terkilan betapa lemahnya kita Umat Islam di Malaysia pada hari ini…….. tak tahulah apa lagi yang tinggal pada kita orang orang Islam di Malaysia hari ini. Kesemuanya tergadai ke tangan bukan Islam. Walaupun mamak bukanlah sebangsa dengan Abi……… tapi bagi Abi bangsa ni tak delah Abi banggakan sangat apa yang penting bagi Abi adalah Islam itu sendiri. Abi berbangga sebenarnya dengan kejayaan kedai-kedai orang Islam samada Mamak ke, China Muslim ke apa lagi kedai-kedai orang Melayu Islam itu sendiri.

Sudahlah kita hari-hari dihimpit dengan pelbagai penghinaan terhadap Umat Islam dari soal tudung hinggalah soal makanan halal. Bagaimanalah Malaysia nak jadi pengeluar makanan halal terbesar dunia kalaulah makanan kita sendiri masih disediakan oleh bukan Islam ??? Soal restoran dan kedai makan sendiri kita masih belum dapat selesaikan…….. Bila dah jatuh ke tangan bukan Islam……. Maknanya pengurusan boleh berbuat apa sahaja…. kerana pengurusan telah dipegang oleh bukan Islam. Apa mereka paham dengan makanan halal ni…. ???

Mungkin bagi sesetengah orang soal makanan ni soal kecik je ??? Soal remeh temeh. Bagi Abi persoalan ni terlalu besar. Soal halal dan haram nilah yang membentuk jiwa kita. Soal halal dan haram inilah yang membentuk sahsiah kita, soal halal dan haram ialah yang membentuk peribadi kita. Mungkin kita tidak pernah terpikirpun pelbagai masalah yang wujud hari ini ada kaitannya dengan pengambilan makan. Betapa kerasnya hati anak kita untuk dilentur agar menunaikan solat ??? Betapa payahnya anak kita untuk di suruh ke masjid ??? Betapa sukarnya untuk kita menyuruh mereka membelek ayat Al-Quran……. Mungkin kita tidak pernah terpikirpun apa yang kita beri makan hari-hari membentuk hati anak kita……. Mungkin kita merasakan ia sekadar makanan yang tidak memberi kesan apa-apa kepada mereka.

Sebenarnya, semakin banyak perutnya diisi dengan perkara yang syubhah……… yang tidak jelas semakin keraslah hati anak-anak kita menerima kebaikan…… semakin sukarlah anak-anak kita mendekati persoalan keimanan. Justeru, abi rasa kita sebagai ibubapa perlu memerhatikan apa yang dimakan oleh ahli keluarga kita. Bukan setakat kehalalan makanan itu sendiri tapi kita sendiri yang bekerja …….. pastikah kita melakukan dengan yang terbaik……. Tidak menyalahgunakan harta tempat kerja….. dan seterusnya menyebabkan hasil ( gaji ) yang kita dapat terjerumus dalam syubhah. Cubalah hari ini kita buat sebaik mungkin agar kita diberikan rezeki yang betul-betul milik kita dan seterusnya kita akan diredhai Allah. Insyaallah dengan cara ini dapat membentuk hati kita sekeluarga kearah keredhaan Allah.

Maaflah abi dah banyak melalut, berbalik soal restoran mamak ni, sebenarnya Abi sendiri dah lama sangatpun tak masuk restoran mamak ni. Mungkin dah hampir dua tiga tahun juga. Rasanya, kali terakhir masa Abi di Sandakan….. maklumlah di sana banyak sangat restoran mamak ni. Abi bukan apa dari dulu lagi terus terang Abi dah rasa kurang senang dengan restoran mamak, maaf kata, Abi agak ragu dengan status kehalalannya. Melihat kepada pekerjanya sahaja Abi rasakan sesuatu. Tak tahulah kenapa rasa hati Abi macam tu…….. sekarang ni bila abi terbaca akhbar utusan tu lagilah tertutup hati Abi……….. Moga Allah pelihara Abi, Ummi dan Umar dari perkara yang syubhah ini. Amin.

P/s : Insyaallah minggu depan abi kena jadi hakim kokuria ( bahas ala parlimen ) daerah di SMK Triang 3.

5 comments:

zino said...

salam perkenalan... kunjungan balas.. terima kasih kerana sudi datang ke blog zino..

aNIe said...

assalamualaikum abiumar...salam perkenalan...kak lady buat kunjungan balas ni...

Kak lady ni memang dari dulu jarang masuk restoran mamak ni...tapi yang herannya kat selangor ni...terlalu banyak restoran mamak...macam cendawan tumbuh lepas hujan...

Memang dlm bab pemakanan ni kita kene lebih berhati-hati sebab ianya menjadi darah daging...

Wallahualam

Zareda Norman said...

salam..
Zar perhatikan sekarang ni orang Islam memang tak peka siapa tukang masak makanan mereka. Bukan sekadar kedai tu kedai siapa, tapi siapa tukang masaknya.

Sekarang ni kalau nak makan kari kepala ikan, kenalah belajar masak kari nampaknya

Anonymous said...

susah jugak kan ... cara kita, fikir kita, semua berpunca dari makanan

abiumar said...

Buat semua yang sudi bertandang terima kasih abi ucapkan... Ingatlah sepotong hadis nabi yang bermaksud :

" Setiap daging yang tumbuh daripada bahan yang haram, mereka nerakalah yang selayak baginya "

Terima kasih sekali lagi...... belajolah makan dirumah rasanya lebih baik.