Saturday, September 10, 2005

CINTA SEORANG PEMUDA

• Saya suka sangat tengok jari-jemari teman wanita saya, cantik betul. Sungguh !!!! (Tengok perkataan sungguh ni Abi teringatkan seorang sahabat Abi yang biasa sangat menggunakan perkataan ini bila memperkata sesuatu secara serius ) Sampai saya takut nak pegang. Bukan takut jari-jemarinya patah, tapi takut nanti jari-jemari kami tidak boleh saling bantu membantu di satu hari yang amat dahsyat di hadapan Yang Maha Esa.

• Saya suka sangat tengok rambutnya. Cantik betul……. Sungguh !!!! Sebab itu saya belikan dia tudung. Bukan sebab cemburu orang lain tengok, bukan! Tapi sebab saya mahu rambutnya sentiasa ditutup macam dalam iklan dot.dot.dot itu sampai bila-bila……. Takut nanti dibakar dek api neraka, di satu hari yang amat dahsyat dihadapan Yang Maha Pencipta.

• Saya suka tengok body teman wanita saya… solid betul. Sungguh !!!! Sebab itu saya belikan dia telekung supaya masa “ dating ” dengan Kekasih dia yang Maha Utama, dia jaaaaaauh lebih cantik dan berseri menghadapNya. Sayapun tumpang dapat pahala…. Syoknya !

• Saya sedih sangat bila teman wanita saya tidak tidur , tidak makan sebab rindukan saya. Sayapun macam itu juga. Si dia tanya, “ apa ubatnya, bang ?” Sayapun bagi dia Al-Quran sebagai penenang jiwa… semoga dia cintakanNya lebih daripada saya.

• Saya sedih tengok dia selalu pesan macam-macam , “ makan, minum, jaga diri, pandu kereta elok-elok………. Nanti awak sakit saya juga yang susah hati…. Bla blab la bla.” Tapi bila tengok wayang sama-sama, terlepas asar dan maghrib begitu saja dia tidak kata apapun, Aduuuuh …. Berdosanya saya !.

• Saya memang sayang sangat pada dia. Saya mahu jumpa dia, bersama dia. Cinta secinta cintanya. Cinta yang abadi di dunia dan berkasih saying di akhirat, ber ‘dating’ di syurga kerana disitulah tempat yang kekal selama-lamanya.

• Doakan kami saling ingat mengingati, insaf-menginsafi. Ya Allah, Ampunkanlah kami.. …. Semoga kami dapat kekal bersama selama-lamanya. Di syurga nanti. Amin…

Petikan dari : MASTIKA JUN 2005 HALAMAN 111

5 comments:

irman_rahs said...

knp tak ada publish post baru....ker dah tutup post ni...
bagi menjawab soalan d blog saya ari tu...ya saya org sandakan....

abiumar said...

tak cuma sekarang ni sibuk sikit...... nantilah sambung plak,,,,,,
Terima kasih baca....

crimsonskye said...

Assalamu'alaikum Abi

Ni first time jumpa blog someone yg guna gelaran yg sama mcm mana saya panggil ayah saya =)

Berckp soal couple ni, banyak sangat pandangan sekarang ni. Cuma berdoa kepada Allah supaya Dia pelihara saya agar tak terjebak dalam perkara ni. Apa yang saya yakin, tak ada istilah couple dalam Islam.

abiumar said...

Terima kaish CRIM kerana sudi menjenguk. Abi sednag menghangatkannya semula ni.

Terima kasih dan salam perkenalan

~comei~ said...

:-)