Thursday, August 18, 2005

BUDAYA MELAYU VS BUDAYA BARAT = BUDAYA ISLAM ???

Semasa Abi membuka e.mail Abi baru-baru ni Abi dapati satu e.mail photo tentang Liya dan kawan lelakinya……… rasanya elok Abi katakan kawan lelaki sahajalah…….. sebab Abipun tak tahu siapa dia tu………… dan apa hubungan meraka. Sebenarnya Abi takdelah sangat nak komen apa……….. tapi oleh kerana mlam tadi Abi terbaca akhbar sisipan Berita Minggu yang menyentuh tentang komen Ibu Liya tentang gambar anaknya tersebut……………. Dan kebetulan pula Abi menerima gambar tu dalam kotak e.mail Abi tanpa Abi kenal siapa pengirimnya……….. rasanya elok juga Abi komen sedikit…. Tapi sebelum tu elok juga rasanya Abi salin semula petikan kata-kata ibu si Liya tersebut :

“ AKSI-AKSI MESRA YANG ZUBIR LIHAT DALAM E. MAIL TU, BAGI KAK FATI PERKARA REMEH….. KALAU KITA PELUK DENGAN NIAT SEBAGAI KAWAN, MAK DAN ANAK, INILAH YANG KAK FATI NAMAKAN SEBAGAI BUDAYA KASIH SAYANG, BAGI KAK FATI MEREKA YANG MENYEBARKAN GAMBAR INI NAKAL. SEBENARNYA GAMBAR ITU DIAMBIL DARI LAMAN WEB FRIENDSTER YANG JUGA GAMBAR PERIBADI MEREKA. GAMBAR ITU KALAU DIAMBIL DAN DISIARKAN DALAM KONTEKS JAHAT AKAN JADI JAHAT. TERPULANG PADA NIAT, BAIK JADI BAIK. KAK FATI TAHU DENGAN SIAPA ANAK KAK FATI BERKAWAN. APA SAHAJA MEREKALAKUKAN SEMUA KAK FATI TAHU. KAK FATI DAH ANGGAP ASHRAF MACAM ANAK SENDIRI. CUMA KAK FATI KESIANDENGAN ORANG YANG BUAT PERKARA INI (MENYEBARKAN GAMBAR) KERANA MEREKA TAK ADA OTAK ”


Bagi Abi sesiapa yang membaca komen ibu si Liya ni mungkin pelbagai tanggapan yang akan di keluarkan………… Abi sendiri pun ada tanggapan sendiri……… Bagi Abi kita serkarang ni terutama masyarakat Melayu di negara kita ni dah terbahagi kepada 2…………. Pertama masyarakat muslim yang dahpun menerima sikap dan pergaulan serta budaya hidup orang barat……………… dan satu lagi kumpulan yang masih setia tetap dan kukuh dengan ciri pegangan budaya melayu………… dan adab Islamnya…………. Maksud Abi begini ……….. mudah je…….. kita sekarang di Malaysia hari ini samada kita akui atau tidak kita mempunyai 2 persepsi budaya………. Budaya yang menerima apa saja yang datang dari Barat terutama yang berkaitan dengan pergaulan dan batasan cara hidup…… dna sebagainya……… meraka menerima sebulatnya………. Tanpa meliahat kepada kesesuaian dengan adab dan budaya Melayu dan Islam itu sendiri………. Satu lagu kumpulan yang msih mengekal dan cuba mempertahankan segala asas Islam dan adab-adabnya dalam kehidupan………….. samada pergaulan percakapan dan pertuturan harian………. Pertembungan budaya inilah yang membawa kepada persepsi yang berbeza………… Mungkin keluarga si A akan mengatakan perkara tersebut amat bertentangan dengan tatacara kehidupan melayu dan islam itu sendiri…….. manakala keluarga si B menganggap perkara tersebut……… adalah perkara biasa bagi melambangkan kemesraan dan kasih sayang sesama insan ……………

Di manakah kita >>>>>>> Bagi Abi nak tak nak…….. apa sekalipun yang datang Abi mesti melihat dangan kacamata Islam………. Budaya Islam……. Bukan Melayu dan bukan juga Budaya Barat……. Apa yang sesuai dalam budaya Melayu Abi ambik….. apa yang elok dalam budaya Barat Abi pegang…….. apa yang bertentangan Abi buang. Biarlah apa orang kat pada Abi,………… Jumud ke ketinggalan zaman ke…….. apa ke……….. yang penting Abi sayang pada agama yang Abi anuti hari ini………… Abi mohon Abi, Ummi dan Umar tetap terpelihara terus di atas jalannya hingga ke penghujung nafas Abi……… Abi juga mohon maaf kepda Liya dan ibunya kerana mungkin tulisan Abi menyentuh hati Liya dan ibunya……… ( mana tahu mereka terbaca satu hari nanti tulisan Abi ni………) Abi tidak berniat apapun……….. nipun terlintas Abi menulis di sebabkan Abi terbaca tulisan Ibu Liya dan juga di sebabkan kotak e.mail Abi dipenuhi dengan gambar liya……… Maafkan Abi………………………..

No comments: