Thursday, May 25, 2006

PERGI TAK KEMBALI

Erm... rasanya dah agak lama juga abi tak menulis... dan Insya Allah hari ni abi banyak sikit masa free dan abi cuba menulis apa yang terlintas di kepala abi. Moga-moga apa yang abi tuliskan ni dapat memberi kebaikan kepada semua sahabat. Amin.

Abi nak citer apa yang berlaku pada abi hujung minggu yang lepas... hehe dah nak masuk hujung mingu semula baru abi ada kesempatan nak citer tentang minggu lepas apalah abi ni...

Hujung minggu lepas, biasalah program tetap abi balik ke kampong, cumanya minggu ni ada sedikit berita sedih yang abi terima... hari sabtu pokde abi ( sepupu mak abi ) telah kembali ke rahmatullah. Pagi tu sempat jugalah abi menziarahi jenazah beliau. Sempat jugalah abi bacakan Yasin kepada arwah... keluarga2 pokde ajak abi sama-sama memandikan jenazah beliau, abi bukan keberatan walaupun abi tak pernah lagi memandikan jenazah... tapi hari tu abi betul-betul tak dapat... sebab abi ada temujanji ngan kawan di Temerloh, sebenarnya terkilan juga abi... tapi apa nak buat, Sekurangnya dapat memberi pengalaman kepada abi... Insya Allah lain kali abi tak akan cuba menolak...

Apa yang abi nak ceritalah, dari cakap-cakap sedara mara yang datang menzairahi pokde ni meninggal tanpa apa-apa penyakitpun... memang penyakit maut... sedang borak2 tetiba batuk2 dan meninggal dunia... Begitu senang beliau pergi... semoga beliau juga senang di sana nanti. Amin. Bila teringat cerita ni, abi teringat plak kat nenek ummi lelaki dan perempuanpun macam tu juga... meninggal tanpa apa2 penyakit sedang borak2 tetiba batuk... dah lah tu jarak antara keduanya pun hanya dalam beberapa bulan jer...

Itulah kebesaran Allah, Allah tak tunjuk dan tak jadikan mati ni punya sebab2 tertentu... ada orang sakit sampai bertahun2 tapi tak mati-mati juga... ada orang terlalu mudah menemui mati... sedang seronok tengok bola pun boleh mati... mati mengejut di jalanrayapun ada juga, kiranya ALlah jadikan pelbagai sebab untuk kita menemuinya dan paling seronok bila dengar orang mati ketika sedang sujud kepada ALlah... seronok dengar dan semoga abi dan semua sahabat menemuiNya dalam keadaan sujud kepadaNya...

Sebab itu kita perlu sentiasa beringat... inilah hikmatnya Allah tidak menentukan sebab tertentu kepada kematian, umur tertentu kepada kematian, bentuk tertentu kepada kematian... agar manusia sentiasa beringat sesungguhnya kematian boleh datang bila-bila masa sahaja. Tak kira tua atau muda ada yang hanya sempat bernafas di dunia ni dalam seminggu dua sahaja... ada yang sehingga belasan tahun, ada yang sampai beratus tahun namun ada juga yang Allah ambil semasa dalam kandungan lagi... semuanya sebagai peringatan kepada kita...

Kebetulan plak abi baru je baca satu buku dan terbaca satu hadis tentang kematian, elok abi kongsikan maksud hadis tersebut dengan sahabat semua... " Aku tidak melihat keyakinan yang lebih mirip dangan keraguan dari keyakinan manusia dengan mati ". Rasanya tak perlu abi hurai panjang lebar semua boleh paham maksud hadis ni... Bila cakap tentang mati tiada seorangpun yang tidak percaya akan kematian. Setiap kita pasti akur dengan kematian... setiap kita yakin sangat yang kita akan mati hatta orang komunis yang tidak percayakan tuhan sekalipun mempercayai akan kematian... Cuma bila melihat kepada persediaan kita untuk menemui kematian... seolah-olah kita lupa langsung yang kita akan mati... seolah-olah kita akan hidup menongkat langit selamanya...

Kita lupa yang kita sebenarnya hanya berhenti sekejap didunia ini dalam perjalanan ke destinasi yang tidak berpenghujung... tetapi kita leka di perjalanan... berapa lama sangatlah kita hidup didunia ni... paling2 60 tahun atau 70 tahun dan jarang sangat yang pergi hingga 100 tahun... tetapi kita di sana adalah selama-lamanya... tidak ada perbandingan matematik yang mampu membandingkan kehidupan dunia dengan akhirat... Nak kita bandingkan di dunia yang hanya 60 ke 70 tahun dengan satu tempoh yang tidak berkesudahan... Pasti kita tidak akan dapat satu nisbah... dan andainya kita bahagia di sana pasti kita akan bahagia selamanya... Ya ALlah seronoknya... tempatkanlah kami ... dan andaikan kita derita di sana sesungguhnya selama-lamanya kita akan menderita ... tidak dapat dibayangkan betapa deritanya... di dunia ini, kalau kita susahpun, mungkin dalam beberapa tahun sahaja... janganlah hendaknya kita terus dalam kesusahan bukan sahaja didunia tetapi di sanapun masih dalam penderitaan... Nauzubillah.

Panjang juga yer abi berceloteh bab-bab mati ni... mungkin ada sahabat yang jemu dah kot apa abi ni... tak seronok lah hehe bukan apa sebagai peringatan di hari jumaat yang mulia ni... Mungkin juga ada yang mengatakan apalah sangat ingat mati ni bukan boleh bawa kemajuanpun...

Bagi abi, sebenarnya ornag yang betul2 ingat matilah orang yang maju dan terkehadapan... dan insya Alalh kalau semua orang ingat akan mati negara kita akan jadi negara termaju di dunia ... kenapa abi cakap macam tu ??? Bila semua orang ingat mati, ingat dosa ... insya allah kita tak perlukan penjaga lain yang memerhatikan kita... kita tidak perlukan polis yang menjaga keamanan... kita akan jadi pekerja yang produktif kerana kita tahu setiap detik yang kita gunakan akan dikira oleh Allah diakhirat nanti...

Insya Allah kita takut untuk menerima atau memberi rasuah... kita takut untuk menggelapkan wang kerajaan atau tempat kerja kita... dan bila kita ingat kematian juga kita akan rasa seronok dengan kerja kita, dan kita merasakan itulah ibadah kita... Inilah sebenarnya kesempurnaan Islam itu sendiri... Kalaulah Islam itu hanya ibadat di tikar sejadah sahaja 24 jam... bermakna Islam itu bukanlah suatu yang sempurna... ibadat itu terlalu luas... cuma nawaitu kita sahaja yang menentukannya... Sesungguhnya amat indah hidup bersama Islam bagi mereka yang mengerti.... oklah rasa dah panjang sangat bab kematian ni... ni ada satu web yang menginsafkan boleh layari... klik : Kematian.

Apa lah abi ni, tadi kata nak cerita tentang hujung minggu... hehe tulah sebenarnya cerita hujung minggu abi... cerita lain takde apa yang menarik sangatpun nak dikongsikan... cuma abi rewang2 naik motor hujung kampung dengan ummi dan umar je... Lihat gambar dibawah ni...

Abi terhenti sekejap dekat sekolah lama abi... Sekolah Kebangsaan Sanggang... nilah sekolah abi yang mengenalkan abi dengan baca tulis... maklumlah dok kampong pedalaman masa tu, mana ada sekolah tadika macam zaman sekarang... masuk sekolah tulah abi kenal huruf dan angka... sekolah yang meninggalkan seribu satu nostalgia dalam hidup abi. Alhamdulillah. Terima kasih guru-guru yang sabar membimbing dan memahami karenah abi...

Oklah tu je cerita abi... panjang kot abi menulis kali ni... bukan apa dalam 2 minggu ni abi jarang dapat update... maklumlah cuti sekolah. Insya Allah cuti ni abi nak ke KL dan jalan-jalan ke Putrajaya dan mungkin juga jalan-jalan ke Melaka... dan semestinya dengan Umar dan Ummi tersayang... Kalau ada sahabat2 blog yang nak kenal abi bolehlah kita berjumpa... hehe. Jumpa di sana...

Ummi plak, biasalah tetap dengan rutinnya sebagai wanita melayu teakhir dalam hidup abi, jangan marah mi, sayang mi... dengan kerja-kerja rumah yang tentu tak berkesudahan hingga ke hujung nyawa... Namun, Insyaallah pastinya, ganjaran dari Allah di sana nanti amat besar, dan semoga ditempatkan di syurgaNya... dan sesuatu yang abi tabik kat ummi, dalam sibuk2 dengan kerja rumahnya tu... Mi tetap berjaya menyiapkan tempahan kopiah Kak Ruzaini dari Pekan... dan alhamdulillah dahpun sampai ke Pekan semalam. Katanya kopiahpun molek-molek dengan sikembarnya Akmal dan Akram. Terima kasih kak... kalau berminat boleh order lagi haha.
Inilah hasil tangan ummi...

Dan kepada meraka yang bergelar pendidik... selamat bercuti walaupun dalam kamus hidup sebenarnya tugas mendidik ummah tidak ada kesudahannya selagi nyawa dikandung badan... selagi mana kita masih bernyawa kita harus mendidik...dan gunakanlah cuti selama 2 minggu ni sebaik mungkin...

Wassalam.

5 comments:

KAMATO said...

untungkan meninggal macam tu, langsung tak menyusahkan orang, semoga rohnya dicucuri rahmat..

Kaklong Syikin said...

salam untuk ummi ya.

teringat arwah maklong saya (kakak ayah), asalnya dia demam tiba2 pada hari sabtu. isnin pagi dia sesak nafas dan masa dia nazak tu, sorang lagi maksedara pegang sblh tangan dia sambil membaca yasin, tak lama tu, arwah ni perlahan2 tarik tangan dia dan letak kedua tangannya elok2 atas dada serupa qiyam dan dia tutup mata perlahan. tak de bunyi keruh langsung. semua ingat dia tidur. tp bila check rupanya dia dah pergi. mudahnya dia pergi.

arwah ni bisu dn pekak, tp saya kagum ngan arwah ni sbb dia jaga solat dia. arwah atuk saya punya sabar ajar dia solat wlwpun dia bisu n pekak, walhal arwah atuk saya ni bapa tiri pada arwah maklong saya, tp tanggungjawab dia sbg bapa tu ttp dijalankan wlwpun ke atas anak tirinya...sekarang ni, blm tentu bapa kandung mampu ajar anak solatkan?

MOKCIK AZWA said...

Takziah atas kepergian pokde Abi tu.

Salam untuk ummi...comel2nyer kopiah tu.

aNIe said...

Al-Fatihah untuk yang pergi moga rohnya dicucuri rahmat...alangkah baiknya jika perginya kita mengadap Illahi nanti semudah itu...tidak perlu menyusahkan anak2....

Anonymous said...

takziah la ustaz atas berita kematian tu.redha sebab kita adalah miliknya.