Oleh kerana abi ni bekas pelajar sekolah agama, tak dapat tidak ramai diantara sahabat lama abi ni bekerja dalam bidang agama di premis kerajaan… Ada beberapa cerita yang abi nak kongsikan dengan sahabat blog, dan bagi abi cerita tersebut perlu difikir dan direnungkan sedalamnya…
Cerita pertama :
Kawan abi seorang ni mengeluh betapa pelajarnya sekarang ni runtuh betul dispilin dan pegangan agama mereka. Pernah kawan abi ni buat satu kaji selidik berkaitan dengan minum arak disekolahnya. Hampir 95% perlajar Islam disekolah tersebut mengaku pernah meneguk arak… itu disekolah beliau yang letaknya di kawasan felda yang hampir 100% penduduk sekitarnya beragama Islam.
Sekolah abi??? Maaf !!! abi belum pernah buat kaji selidik secara khusus, tetapi semasa abi mengajar di Sabah dulu pernah abi buat kaji selidik tak rasmi dalam kelas… tentang solat… Hanya 2 orang sahaja yang kedua ibubapanya tidak pernah tinggal solat lima waktu… pelajar lain ada yang ibubapanya solat 4 waktu sehari, 3 waktu sehari dan ada juga yang hanya solat jumaat…. Itu apa yang abi dapat. Pelajar!!! Hanya 2 orang pelajar yang ibubapanya solat sahaja yang menunaikan solat 5 waktu, yang lain ada yang solat dan ada yang tidak…
Abi tak nak panjangkan dan komen panjang-panjang abi rasa elok teruskan kepada cerita kedua…
Cerita kedua :
Masih cerita yang sama dan ada kaitan… dan mungkin bagi sahabat blog semua, ini adalah cerita biasa dan tak ada apa yang nak dikisahkan. Kawan abi seorang Ajk masjid dan kakitangan kerajaan… Ajk masjid tempat beliau risau dengan sebuah kedai yang baru dibuka… kedai biasa kita dengar kedai tujuh sebelas ( seven eleven ). Apa kena plak dengan kedai ni… besar sangat ke salahnya… bagi sahabat yang berada di KL memanglah biasa dengan kedai ni… lagipun senang berurusan dengan kedai ni. Buka 24 jam kan ??? Kenapa kawan abi ni marah sangat yer…
Memang kedai ni sekarang tengah ligat membuka francais diserata ceruk di negara kita ni…
Abi pun terperasan dekat Temerloh dah dua tiga tempat. Sebelum ni abi tak perasanpun. Panjang plak abi melalut… balik pada kawan tu tadi, dia bengang sebab kedai tujuh sebelas ni buka kat kawasan 99% Melayu dan menjual kondom dan arak terpampang kat kaunter utama. Itu kata dialah, abi sendiripun tak pernah masuk lagi betul ke benda tu dijual terpampang, Cuma abi jenguk-jenguk dari luar tujuh sebelas kat Temerloh tu pekerjanya perempuan Islam… Abi tahulah sebab dia memakai tudung. Pernah Ajk masjid jumpa dengan pihak pengurusan kedai tersebut, pihak kedai mohon agar Ajk masjid membuat satu memorandum kepada pihak pengurusan. Pihak masjid akur, dan buat satu memorandum kepada pengurusan tujuh sebelas namun tak ada kesanpun. Masih juga menjual produk tersebut.
Kemudian pihak masjid bawa kepada Majlid Perbandaran… Alamdulillah Majlis Perbandaran membuat beberapa tindakan… dan tindakan akhir Majlis Perbandaran ialah merampas barangan tersebut, tetapi apa yang menyedihkan selang sehari kemudian Majlis Perbandaran mendapat panggilan dari wakil rakyat kawasan tersebut… ( untuk makluman wakil rakyat bukan Islam – maaf abi tak boleh nyatakan kawasan mana … bimbang juga abi kang tak pasai-pasai kena ISA… hehe ) marah-marah dan sumpah seranah sambil bertanya “ tindakan diambil dari akta mana??? Peraturan no berapa ??? Main rampas-rampas mudah-mudah… tolong pulangkan kembali kalau tidak Majlis Perbandaran akan di saman..” begitulah bunyi panggilan dari wakil rakyat terbut… Abi sampaikan ni apa yang di perkatakan oleh kawan abi tadi… Terpaksalah Majlis Perbndaran dengan maruahnya yang tercalar mengembalikan semula…
Abi bila dengar cerita kawan ni rasa sedih… marah… geram dan macam-macam lagi… tapi hanya itulah sahaja yang abi boleh buat. Betul!!! Abi tak tahu macamana nak bantu… Abipun tak paham kenapa pihak pengurusan tak boleh bertolak ansur padahal perniagaan mereka di kawasan Islam. Abi masih boleh menerima dengan berat hati, kalau mereka hanya menjual kondom tapi ini ditambah dengan arak di kawasan 99% Umat Islam ni… apa hal… Abi rasa kita di
Dekat akhir perbualan abi, kawan tu menambah mungkin mereka Ajk masjid dan penduduk sekitar akan mengadakan demonstrasi di hadapan kedai tersebut suatu masa nanti sekiranya tiada jalan secara damai dilakukan… abi tak nak komen sangat pasal demonstrasi ni, walaupun kadang abi taklah setuju sangat… tapi abi rasa dalam keadaan tertentu kita perlu menunjukkan sikap kita agar didengari oleh orang luar… Bagi abi, semua ni kembali kepada sikap kita juga… Kenapa kedai orang bukan Islam boleh hidup di kawasan Islam… ini kerana sikap kita juga. Kita lebih agungkan apa yang datang dari luar…
Bila abi cek-cek, abi dapat maklumat kedai tujuh sebelas ni merupakan kedai rangkaian antarabangsa dibawah Yahudi Laknatullah… Jadi abi tak hairanlah, memang benarlah Firman ALLAH :
Jelas!!! Memang jelas dalam ayat ni orang Yahudi dan Kristian, mereka tidak akan redha dengan kita Umat Islam sehinggalah kita mengikuti segala jejak langkah meraka… Dah memang kerja mereka Yahudi dan Kristian ni… Cuma kita je yang masih belum paham-paham dan mengerti… Mereka memang bekerja siang malam untuk menjauhkan kita dari Islam yang suci ini… Cuma kita masih dalam Lena Yang Maha Panjang…
Abi pun ada cerita abi tentang pelajar abi sebenarnya… dan abipun cerita juga kat kawan-kawan abi tu dalam sembang kami… Cuma cerita hanya tinggal cerita… abi akui abi tak leh menunding jari kepada sesiapapun… semuanya kelemahan abi, abi masih lemah dalam perjuangan menegakkan kalimah mu Ya Allah. Ampunkan abi… dengan pelajar sendiripun kadang abi masih belum mampu. Mesti sahabat blog nak tahukan cerita abi… tapi nanti dululah dah panjang sangat abi melalut ni… mesti ada kalangan sahabat blog yang dah boringkan ??? Abi paham tu, oklah. Cuma renung-renungkan lah cerita di atas… kita selalu menjaga sensitiviti mereka tapi mereka….
8 comments:
Salam perkenalan...
terima kasih sebab mengunjungi blog saya..
bercakap pasal arak ni la kan...doa doakan la bumi malaysia ni tak akan menjadi mcm bumi di mana saya tinggal ni...arak tu diaorang minum mcm minum air aja..ada pulak tu setengah orang... sembahyang 5 waktu..tapi arak teguk jugak tiap hari...dunia dah nak qiamat dah la ni..
by the way..saya tertarik dgn moving feature yg kat side bar tu..boleh tak cerita mcm mana u buat? ingat nak letak something like that dekat my own side bar..
abi..itulah cabaran kita di neg. yg dikatakan islam hadhari.
kedai tujuh sebelas ni mmg ada jual arak n kondom kat semua outletnya...
Abi, kenapa guna Tujuh sebelas, guna ajelah 7-Eleven, sebab gambar abi tu jelas tunjuk kedai 7-E. hehehhe.
Tak payah takut la abi. Kita bercakap benda betul. Kita bukan burukkan atau apa, kita bercerita tentang hak kita yang dipenyek2 oleh orang2 yang tidak sensitif dengan kita.
"Islam datangnya dagang dan akan kembali dagang" & "Orang Islam itu ramai bagaikan buih di muara". Begitulah sebahagian daripada hadith yang ep ingat. Sila rujuk kepada hadith berkenaan untuk keterangan lanjut.
Buatlah apa yang patut dan yang penting senantiasa berada di dalam kumpulan yang benar-benar berpegang pada ajaran Islam yakni berpandukan AlQuran & Hadith.
teringat dulu2 kami menghantar bantahan penjualan arak & kondom di premis 7-11 ni di Taman Pekaka, di hadapan kampus kami. Alhamdulillah, premis itu tidak menjual arak dan kondom.
Terima kasih kepada semua dan untuk abah... bukan takut... cuma sajer letak tajuk dalam bahasa melayu.. sebagai daya penarik.. org tentu tertanya2 kan... kalau seven eleven semua orang dah tahu...
Tq
Assalamu'alaikum Sdr Abiumar,
Terima kasih kerana mengunjungi blog saya.
Sebenarnya saya guru tuisyen Matematik sepenuh masa. Saya mengendalikan kelas2 tuisyen saya sendiri utk pelajar2 UPSR, PMR dan SPM serta ada kalanya pelajar2 kolej.
Saya dari Negeri di Bawah Bayu.
Semoga kita dpt terus bertukar2 pandangan.
Sebab tu lah agak MAS dibebani hutang...kerana membenarkan arak dihidang dan penghidangnya orang2 Islam la yang ramainya.
seven eleven..dah berzaman tak masuk sana dah sejak zaman student dulu. Barang2 dalam tu mahal la...potostet pong 20 sen sekeping.
Post a Comment