Hari ni abi kontang idea… bukan kering lagi, kontang terus… hehe. Sebenarnya ada idea tapi malas nak memikir sangat idea berat-berat tu… ceh waa… macamlah blog abi ni memberikan idea yang hebat-hebat hahaha…
Jadi, hari ni abi nak kongsikan beberapa sms yang abi terima dari sahabat dan bekas student abi tentang hari guru… Maaf kepada pengirim, abi tak balas sms yang dikirimkan dan abi tak kirim smspun kat sesiapa… maaf yer… minyak naik ni, kena berkira sikit haha … kedekutnya abi…
Justeru, abi hanya ucapkan Selamat Hari Guru di sini jer… dan Ingatlah kerja kita merupakan Ibadah… tu jer… Cuma satu lagi kena ingat bila dikaitkan dengan ibadah, dia ada hukum tertentu… macam solat, macamana nak dapatkan ibadat, kena ikut peraturan, kalau tak mungkin kita terbatal… mula-mula lagi kena betul, kena ada wudhuk dan mesti tahu cara-cara menunaikan solat.
Begitu jugalah dengan apapun kerja kita, bila buat kerana Allah dia ada hukum tertentu… yang membawa kepada sah dan batalnya… Justeru, check kerja kita sah atau batal, ibadat atau tidak!!!… kalau tak rugi dok pejabat 8 – 5 petang tapi tak dapat apa hanya gaji je hujung bulan, tupun tengah bulan dah nak kering semula, tu abilah… haha
Satu persoalan!!!
Sambil bekerja sambil main intenet ni boleh jadi ibadat ke kerja kita yer ??? ( bukan apa… abi rasa 90% dari kita menggunakan harta pejabat termasuklah abi…) kena tanya Abang Duan ni hehe… takpun kot abah boleh jawab.
Panjang plak abi melalut tadi kata nak letak sms yang abi terima ni panjang plak leteran macam mak nenek jer… Ok sebelum tu abi ucapkan ribuan terima kasih kepada yang masih mengingati abi… terima kasih atas ingatan dan sms yang dikirim… sekali lagi abi mohon maaf kerana tidak membalasnya…
SMS 1 :
00.03 00.02 00.01 00.00 … ### Selamat hari Guru ### Buat **********, semoga sentiasa di rahmati Allah. DRPD Pelajarmu Shafiqah
Terima kasih Shafiqah… teruskan usaha dalam SPM 2006
SMS 2 :
Whos’ greater a mother or a teacher ? Ans : A teacher !Bcoz a mother can put only one child to sleep! but, a teacher puts the whole class to sleep…..! Happy teachers days…
Terima kasih Lein nun jauh di Keningau Sabah bah…
SMS 3:
*** “I’m sending a beautiful bird to wish u “ happy teacher’s day!” Dirimu ibarat pelita menerangi hidup orang lain!”, Sygnya orang sekarang guna letrik dah.
Terima kasih Fauzi nun jauh di Kuala Terengganu. Kawan lama.
SMS 4 :
### Doaku untukmu ### ketengangan jiwa, keceriaan minda & kesihatan fizikal semoga beroleh kebahagiaan hidup. Selamat hari Guru.
Terima kasih Nabila… bekas pelajar abi juga ni… Moga cemerlang dalam SPM 2006
SMS 5 :
@@@ HAPPY TEACHER’S DAY @@@ Hope u are the best teacher in the world @@@
Terima kasih rakan seperjuangan Cikgu Sarji. Amin… semoga kerja kita dianggap sebagai ibadah…
SMS 6 :
@@@May the love of Allah shine in your life, as you become alight for others, Happy Teachers day.
Terima kasih sahabat, Yus … belajo betul betul kat UUM tu… hehe bila agaknya nak makan nasi minyak…
SMS 7 :
Selamat Hari Guru Sayang… Moga semangat semakin kuat untuk mendidik ummah.
Erm.. yang ni ucapan paling istimewa bagi abi, dari ummi tersayang… Mekasih mi… moga ummipun akan lebih tabah mendidik anak bangsa tanpa rasa jemu.
Oklah rasanya dah banyak tu… cukuplah dulu nak tulis semuapun rasanya benda yang ditulis hamper sama je… kepada yang abi tertinggal jangan terasa hati plak… hehe terima kasih semua.
Monday, May 22, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
assalammualaikum........
kepada bapa saudaraku,
ni first time tgk web ni, boleh tahan...
xblh nk komen bebanyak tgh kursus ni.......
dah takde keje nih, main internet jek ler. hehhe
Kerja banyak tapi bila kontang idea, tu yang bertenet tu...hehehehe
ber tenet nak cari ilham dan idea.. hehe.. dan menghilang kebosanan..
pandai je cari alasan hehe
Selamat hari guru..harap masih valid lg ucapan nih.. sy busy lama tak updet blog :)
Abi, abah kerja memang selalu guna internet. Tapi biasa la kadang2, bila dah boring buat keja, sesekali balas emel kawan2 atau update blog. Tapi memang pun, kadang terlebih guna juga. Cuma kena pandai la ganti balik masa yg terguna lebih tu. hehehe.
Moga Allah ampunkan kita yang jadi macam itu Abi.
ucapan selamat sempena hari ibu/bapa/guru yg teristimewa drp yg tersayang mmg ditunggu, biar ringkas cuma ayatnya.
hehe..saya duduk kat rmh bertenet.
abiumar, dari pagi sampai ptg duduk depan pc, so sesekali layari gak internet...otherwise mata jadi mata garfield ...slalu stayback tak claim OT pun...ganti guna harta pejabat hehe moga Allah ampunkan kita yg macam tu.. sptmana kata abahmuizz.
Post a Comment