Apa ni sajak-sajak plak hari ni… jiwangnya abi… siapa lelaki tu ??? Hebat sangat ke lelaki tu… istimewa sangat ke dia ??? . Entah!!! entah kenapa, tetiba je hati abi nak bersajak… mungkin ada yang terbuku kot nak diluahkan… hehehe sebenarnya bukan tetibapun (tiru ayat abah ) dah lamapun abi buat sajak ni… Cuma hari ni, kuat betul semangat nak letakkan kat blog ni dan terasa juga nak hantar kat Mingguan Malaysia…
Bak kata abang Ridhuan… untung sabut jadik berus...hehe. Terima kasih abang Ridhuan atas dorongan dan semangat yang diberikan pada abi….
Sahabat mesti nak tahu siapa lelaki tu kan ??? Hehe Insya Allah bila sahabat baca sampai habis tahulah siapa lelaki yang tak malu itu… eeiii malunya…
Selamat bercuti Hujung Minggu untuk semua… Cuti tiga hari lagi tu… Best.
LELAKI ITU…
Lelaki itu…
Bertenggek di atas akar jati
Di tebing sebatang sungai
Lesu pandangannnya
Lemah jiwanya
Lelaki itu…
Tajam renungannya
Di dadanya penuh pengharapan
Menganyam maghfirah
Menggulit rahmah
Moga tergapai sebuah mardhiyah
Lelaki itu…
Menoleh ke belakang
Melihat masa silamnya yang kelam
Bagaikan sebatang sungai yang dikotori
Mungkinkah,
Hatinya kembali jernih
Jernih dalam penyaksian
Jernih dalam syahadah
Jernih dalam kaffarah
Arghh
Lelaki itu menjerit
Akan kulempar masa silamku
Akan ku Lontar masa gelapku
Akan ku campak masa kelamku
Biar dibawa arus biar hilang dari pandangan
Dan lelaki itu menapak
Tanpa menoleh ke belakang lagi… bibirnya mengomel “ Lelaki itu aku…”
Wednesday, May 10, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
abi
ada bakat ni.. hantar le ke utusan ke mana ke..
best la abi..hantar la kat maner2 nnti kalo tersiar boleh tumpang gembira...
*sajak penah tersiar di siswa*
Abi..hantarlah kat mana2..sambil2 tu tambah lagi sajak2 baru..
ada bakat nampaknya.
kalau dptkan, abi blh translate in english. pas tu blh email kat poem.com tak salahnya, ada rezeki sajak abi ni blh terpilih ke next level utk pertandingan..hadiahnya besar2 juga..tp, yg best tu, wlwpun tak menang, sajak kita tu akan dimasukkan sekali dlm buku khas sajak2 yg masuk bertanding tu. cuma yg tak bestnya, kita nak dptkan buku tu kena beli pula.ni pengalaman saya sendiri. saya tak beli pun buku tu.
Abi, hehe, sajak abi tu dah ok dah tu. Abah tak perlu sedapkan la ya? Dan macam kata-kata yang lain, abi hantar la ke mana-mana penerbitan, hehehe. Mana tahu kalau tersiar sajak tu nanti, abi akan lebih semangat untuk bersajak lagi.
Abah tunggu sajak kedua abi "Melangkah kemanakah sang lelaki itu..." hehe, boleh ke tajuk panjang2 camni abi.
Post a Comment