Tuesday, May 09, 2006

HATI SEORANG IBU...

Sedar tak sedar kita dahpun masuk bulan Mei… rasanya baru je lagi berlalunya awal tahun 2006. ... dah nak masuk setengah tahun. Dua minggu lagi insya allah akan cuti antara semester persekolahan. Abi perasaan, dalam bulan Mei ni banyak cuti dan banyak sempena… walaupun sempena tesebut tidak diberikan cuti. Dalam bulan Mei ni juga kita akan menyambut Hari Ibu… walaupun pada hakikatnya abi sendiripun tak pernah menyambut hari Ibu… kerana bagi abi, ibu adalah segalanya. Tidak ada hari tertentu untuk ibu… setiap hari kalau boleh nak je menempel dekat ibu… hehehe jangan marah ummi… Rasanya ummi paham abi ngan ibukan ??? Maafkan abi mi… Mungkin inilah kelemahan abi.

Bersempena dengan hari ibu ni,, abi nak ucapkan kepada semua yang bergelar ibu, berusahalah menjadi IBU YANG TERBAIK… agar syurga itu terus kekal berada di bawah telapak kaki setiap ibu… kepada ummi terima kasih kerana menjadi seorang ibu yang mithali buat anak kita, Umar tersayang… Insyaallah segala pengorbanan ummi akan dibalas syurga oleh Allah SWT. Maafkan abi sekali lagi, kerana tidak bijak menyusun kata yang indah untuk menggambarkan perasan abi, betapa berterima kasihnya abi terhadap ummi. Maafkan abi sayang…

Bersempena hari ibu ini juga, abi nak paparkan satu kisah, ya abi tahu, kisah ni memang dah biasa sangat dengan kita apabila kita memperkatakan tentang ketaatan kepada ibubapa… tentang penderhakaan kepada ibubapa… tentang kemuliaan kepada ibubapa. Pasti cerita ini akan mucul. Abi harap cerita ini bukan sekadar cerita, biarlah dia menusuk di hati kita… dan andainya sebelum ini kita pernah beruat silap kepada mereka… pulanglah memohon kemaafan kepada mereka….. Bumi mana tak ditimpa hujan…

Ok, sama-sama kita hayati ceritanya….

Diriwayatkan daripada Abban daripda Anas bin Malik ra. Katanya : “ Semasa hidup Rasulallah saw ada seorang pemuda yang bernama Al-Qamah. Dia sangat tekun beribadah, suka bersedekah. Tiba-tiba dia ditimpa sakit yang sangat berat dan tenat, lalu isterinya pergi menyampaikan berita kepada Rasulallah saw bahawa suaminya berada dalam keadaan nazak. Kemudian Rasulallah saw memerintahkan sahabatnya iaitu Bilal, Ali, Salman, dan Umar dengan katanya : “ Pergilah kamu kepada Al-Qamah dan lihatlah keadaannya.” Lalu keempat-empat sahabat baginda itupun pergi kerumah Al-Qamah Apabila sampai sahaja kepadanya, mereka meminta supaya Al-Qamah melafazkan kata Lailahaillallah. Ternyata lidah Al-Qamah tidak terdaya mengucapkannya.

Dengan itu mereka percaya bahawa, keadaan Al-Qamah benar-benar diambang bahaya. Lalu mereka tugaskan Saidina Bilal untuk menyampaikan berita itu kepada Rasulallah saw, baginda lalu bertanya: Adakah ibu dan bapanya masih hidup ? Kemudian baginda diberitahu bahawa bapanya sudah lama meninggal dunia, yang ada hanyalah ibunya yang sudah tua. Lantas baginda bersabda : “ Hai Bilal, pergilah kamu kepada ibu Al-Qamah serta sampaikan salamku kepadanya, kemudian katakan kepadanya: “ Puan dipersilakan datang menemui Rasulallah saw kalau tidak puan akan didatangi oleh Rasulallah SAW!!!”

Setelah ibu Al-Qamah mendengar permintaan Rasulallah saw tadi dia berkata: “ Akulah yang sepatutnya datang kepadanya. Kemudian ia mengambil tongkatnya dan berjalan sehingga sampai kepada Rasulallah saw. Apabila salamnya dijawab oleh Rasulallah saw ia terus duduk dihadapan baginda. Lantas baginda bersabda : “ Berkata benarlah kepadaku, seandainya kamu membohongi daku, sudah tentu wahyu akan datang daripada Allah SWT. Bagaimanakah keadaan anakmu Al-Qamah ?” Ibu Al-Qamah menjawab, Ya Rasulallah saw! Dia seorang yang suka bersedekah hingga tidak terhitung banyaknya. Baginda bertanya : Bagaimana hubungan antaramu dengan dia ? Dia menjawab, Ya Rasulallah! Sebenarnya aku marah kepadanya, baginda bertanya lagi, kenapa demikian ? Jawabnya, kerana dia terlalu mengutamakan isterinya dalam beberapa perkara dan menderhakaiku.”

Daripada keterangan itu lantas baginda bersabda : “ Kemurkaan ibunya itulah yang menyebabkan lidah Al-Qamah terkunci daripada mengucapkan dua kalimah syahadah. Kemudain baginda bersabda kepada saidina Bilal , pergilah hai Bilal kumpulkan kayu api sebanyak mungkin supaya dapat kubakar Al-Qamah dengan api itu.”

Apabila ibu Al-Qamah mendengan kata-kata Rasulallah Saw itu terus dia berkata : Ya Rasulallah, anakku dan buah hatiku hendak kau bakar depan mataku? Bagaimana hatiku sanggup menanggungnya ? Lalu Rasulallah saw bersabda kepadanya : “ Hai ibu Al-Qamah, sesungguhnya azab Allah itu lebih berat dan kekal pula, sekiranya kamu suka kepada Allah mengampuninya, kamu redakanlah kepadanya. Demi yang diriku dalam tangannya, sama sekali tidak berguna solat dan sedekahnya selama kamu masih memarahinya.”

Setelah mendengar itu, ibu Al-Qamah mengangkat kedua-dua belah tangannya kemudian berkata : “ Ya Rasulallah! Aku bersaksi kepada Allah dan engkau Ya Rasulallah dan sesiapa yang ada bersamaku, sesungguhnya aku redakan Al-Qamah. Apabila selesai sahaja ibu Al-Qamah membuat pengakuan itu, kemudian Rasulallah saw bersabda : “ pergilah hai Bilal kepada Al-Qamah dan lihat adakah dia sudah mengucapkan Lailahaillallah. Mudah-mudahan ibunya memperkatakan apa yang ada dalam hatinya, bukan kerana malu kepada Rasulallah.”

Lalu pergilah Bilal kepada Al-Qamah. Apabila sampai sahaja dipintu,terdengar Al-Qamah mengucap Lailahaillallah. Lalu Bilalpun masuk dan berucap kepada hadirin dengan katanya : “ Wahai tuan-tuan! Sesungguhnya kemarahan ibu Al-Qamah itulah yang menyekat lidahnya daripada mengucapkan syahadah itu. Apabila dia reda, terlepaslah lidahnya itu.

Akhirnya Al-Qamahpun meninggal pada hari itu juga. Selepas itu Rasulallah Saw datang, dan disuruhnya orang memandi dan mengapankannya dan baginda sendiri menyembahyangkannya. Semasa baginda bersama-sama rombongan yang menghantar jenazahnya ke tanah perkuburan, baginda bersabda: “ Hai sidang Muhajirin dan Ansar!!! Kerana mengutamakan isteri daripada ibunya sendiri, ia dilaknat oleh Allah SWT, tidak diterima segala amalam fardhui dan sunatnya.”

Sumber :
Siri Kuliyyah
Tafsir Surah Luqman Mendidik Anak Cemerlang
Abdul Rashid Ahmad
Halaman : 212
Terbitan : Utusan Publications & Distributors SDN BHD.



P/S : Elok juga dapatkan buku ini... pendidikan anak-anak melalui surah Luqman.

4 comments:

MOKCIK AZWA said...

Hakikatnya anak lelaki kena mengutamakan ibunya berbanding isterinya. Tapi berapa ramai isteri yang dapat menerima apabila suami melebihkan ibunya...memang sukar. Kebijaksanaan suami lah yang dapat mengimbangi kedua2nya...tapi berapa ramai pula suami yang dapat berlaku seadil2nya agar kedua2 hati tidak terkilan.

Kaklong Syikin said...

betul kata azwa tu...

moga kisah al-Qamah jadi pengajaran utk semua para suami yg terlalu melebihkan isteri mereka dan ini juga pengajaran pada para isteri supaya tidak mengontrol suami hinggakan si suami tak blh berkhidmat pada org tua mereka khususnya ibu

Anonymous said...

baca cerita abi, teringatkan zaman skolah dulu..bila bernasyid..tajuk nastid tu ALQAMAH..sedih kalo dihayati liriknya...

mama&dia said...

sayang ibu..tapi jangan sampai over.. lupa tanggungjawab pada isteri dan anak-anak... biar isteri bekerja menyara makan dan pakaian sendiri dan anak..suami punya gaji bagi kat ibu... adil ke macam tu..