Tuesday, August 16, 2005

Sibuk lagi menyibuk.............

Minggu ni Abi cukup sibuk…………… yer sibuk tapi dengan apa yer………. Kadang tu terasa sibuk sendiri je tanpa buat apa-apapun………… Abi bukan apa sekadar nak cerita je……… minggu ni………….. maksud Abi pagi minggu bari ni Abi banyak betul beli akhbar sampai dekat 5 naskah dari tabloid biasa sampailah akhbar pembangkang semua Abi kaut………. Untung besarlah jawabnya taukeh kedai hari tu…….hehehe Biasanya Abi ni hanya membeli 2 naskah je kalau hari minggu………….. Mesti tak miss punya Mingguan Malaysia dan Berita Minggu………… Tahu apa akhbar Abi beli minggu ni……. Mingguan Malaysia….. Berita Minggu……… Metro ………… Siasah dan Harakah………….. yang bestnya sampai hari ni baru satu akhbar habis baca……….. Mingguan Malaysia……….. tulah nak katakan sibuk ke tak sibuknya ……… dari 5 naskah baru satu terbaca………….. satu lagi Metro baru habis baca muka depan je……

Apa yang Abi nak ceritanya ialah……… muka depan Metro tu buat gerun juga hati Abi………… Abi rasa eloklah juga Abi kongsikan dengan pembaca-pembaca blog Abi ni….. tu pun kalau ada yang sudi baca blog Abi ni…..……….. Sebelum Abi komen apa-apa elok kiranya kita baca dulu apa yang terpapar di Metro ni……… Metro Ahad 14 Ogos 2005……………

HASIL KAJIAN TIGA UNIVERSITI : TREND SERAH TUBUH :

Oleh : FUAD HADINATA YAACOB dan ASMIZAN MOHD SAMIRAN
Metahd@metro.com.my

Kuala Lumpur : Menyerahkn tubuh kepada kekasih atau melakukan hubungan seks luar nikah menjadi trend di kalangan remaja negara ini, malah ada yang melakukannya seawal usia 12 tahun. Fakta itu berdasarkan hasil kajian sekumpulan penyelidik tempatan sepanjang 12 bulan bermula 2003 hingga tahun lalu membabitkan 18, 805 responden yang berusia antara 12 dan 60 tahun, dengan majoritinya berbangsa Melayu.

Ketua Penyelidik, Prof Madya Dr Lekhraj Rmpal dari Universiti Putra Malaysia ( UPM ) berkata hasil kajian juga mendapati golongan berusia di antara 18 – 20 tahun paling aktif melakukn hubungan sex. Bagaimanapun secara purata rakyat negara ini melakukan hubungan sex buat kali pertama pada usia 23 tahun. Katanya yang juga pensyarah di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM.

Beliau berkata, daripada 18. 805 responden 73 % , (13, 691) sudah berkahwin dan daripada jumlah itu 10 % ( 1361 ) pernah melakukan hubungan sex sebelum berkahwin. Katanya jumlah responden yang belum berkahwin pula ialah 5, 114 dengan 448 daripada mereka pernah melakukan hubungan sex. Ini bermakna 1809 ( 9.6 % ) daripada keseluruhan responden pernah melakukan hubungan sex sebelum berkahwin katanya.

Dr. Rampal berkata 38 daripda 448 responden belum berkahwin tetapi sudah melakukan hubungan sex mengaku kali pertama melakukannya pda usia 12 dan 15 tahun manakala 155 lagi berbuat demikian pada usia 16 dan 18 tahun.
Mengulas perkembangan itu Dekan Fakulti Pengajian Islam Univesiti Kebangsaan Malaysia ( UKM ) Prof Datuk Dr Muhammed Yusoff Hussain, berkata ia satu isyarat membimbangkan kepada masyarakat dan perlu di beri perhatian serius terutama oleh ibu bapa. “ perkara ini tidak boleh di serahkan kepada kerajaan semata-mata sebaliknya ibubapa dan seluruh masyarakat perlu beri perhatian serius. Malah kalau perlu hari ini kita perlu jaga tepi kain orang. Katanya………..

Beliau turut mencadangkan supaya undang-undang berkaitan moral diperhalusi supaya betul-betul berkesan bagi memastikan remaja di negara ini tidak sewenang-wenangnya melanggar peraturan agama.

Pakar sakit tuan, Dr Ismail Thamby pula berkata beliau percaya hasil kajian itu relevan kerana berdasarkan pengalamannya kanak-kanak seawal usia 12 tahun dan remaja semakin berani mencuba melakukan hubungan sex. “ di laman web saya banyak soalan dikemukan menunjukkan mereka yang bertanya masih terlalu muda dan bersikap kebudak-budakan. Antaranya bolehkah seseorang mengandung jika melakukan sex di luar tabie ( liwat ) katanya.

Sementara itu Dr Rampal berkata kajian fasa pertama dilakukan itu dibahagikan kepada 2 topik utama iaitu mengkaji pemahaman masyarakat, penyakit dan risiko perlakuan yang boleh membawa kepada jangkitan HIV termasuk sejarah atau kehidupan sexual seseorang.

Katanya, kaum Melayu menjadi responden paling ramai dengan 10, 699 orang, Cina 3,875 dan India 2104, Bumiputra Sabah 1302, Bumiputra Sarawak 692 dan lain-lain 233. Beliau berkata pasukan penyelidik membabitkan 12 pensyarah dari Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, pegawai kementerian kesihatan, 22 graduan pelbagai Universiti dan kira-kira 400 jururawat dari seluruh Negara.

Responden di pilih secara rawak daripada Jabatan Statistik Malaysia. “ Selain sesi soal jawab di jalankan secara bersemuka, responden diberi soalan bertulis mengenai sesuatu topik, terutama soalan sensitif. Katanya.

Dr rampal berkata hasil kajian itu akan dibincangkan lebih lanjut sebelum tindakan susulan di ambil dan selepas 3 tahun penyelidik akan bertemu responden semula untuk melihat samada wujud perubahan.

Kepada yang membaca kajian yang Abi salin ni Abi ucapkan ribuan terima kasih……….. gerun juga Abi bila mengenangkan keadaan masyarakat kita pada masa kini. Walaupun asas kepada kajian yang dijalankn ini tidak berkait dengan agama……… tapi oleh kerana responden yang paling ramai adalah dikalangan Melayu yang sudah tentulah Abi rasakan beragama Islam…….. jadi Abi rasa kita patut mengambil satu tindakan dan memikirkan sama tindakan yang perlu kita lakukan dari sekarang. Bak kata Dekan Fakulti Pengajian Islam …….. bersikap tidak menjaga tepi kain orang tidak lagi relevan di amalkan pada masa kini khususnya dalam kes ini.………… itupun kalau kita ingin melihat generasi kita akan datang terus hidup dalam keadaan berakhlak dan kembali ke jalan yang di redhai Allah.
Kadangkala risau juga hati Abi untuk membesarkan anak Abi yang seorang ni si Umar ni…………. Buat masa ni Alhamdulillahlah masih lagi di depan mata bolehlah dipantau selalu…………. Yelah msih kecil pun baru 4 tahun .. hehehe Untuk masa akan datang tu yang merisaukan Abi. Abi rasa nak salahkan remaja 100 % juga kita tidak boleh ….. kadang tu kalau kita lihat sekeliling kita tgk keadaan orang dewasapun pelnagai ragam. Kitapun sekarang ni rsanya terlalu terbuka………….. kalau dulu tu Abi ingat lagi masa Abi kecik-kecik dulu……. Abi tgk Hindustan pun malu-malu dengan mak dan ayah Abi…………… kalau msuk je dengan menari-nari melampau tu abi lari terus…… tapi sekarang ni anak remaja kita tak segan-segan lagi. Kita dah semakin terbuka kadang tu rasa terlampau terbuka plak……… hari ni kita dah mula terima remaja- remaja yang bersentuhan, bersalaman, berpelukan bahkan kadang kita jug boleh terima remaja yang bercium pipi ….. berlaga pipi bukan remaja saja tpi orang dewasa kadang tu melibatkan suami dan isteri orang……………. ………. Kononnya atas dasar persahabatan………. Jaiuhnya kita dari dasar agama yang kita anuti………..

Buktinya kita tengoklah sendiri rancangan-rancangan TV macam AF………. Malaysian Idol………Mentorlah dan macam-macam lagi…. Abi perasan juga ramai penonton-penonton tu yang memakai tudung lagi………. . Entahlah agaknya kita dah terlampau terbuka…….. bukan setakat yang menonton live tapi kita yng dekat rumah ni pun terlopong terseyum je tanpa rasa bersalah dan malu melihat gelagat mereka…………. Kita boleh tersenyum dan tersengih2 meliht gelagat anak muda yang jauh tersasar ni………….. Kadang Abipun sama ralit menonton hehehehe.

Kita juga seolah dah terima sikap dan pergaulan seperti ini………… kita juga dah terima tanpa rasa jengkel melihat anak-anak muda kita berpakaian menunjukan pusat………. Tu tak campur lagi yang rambutnya mengalahkan Mat Salleh………. Patutkah kita membiarkan sajer dengan hanya memandang dengan sinis…………….. kalau Abi nak sentuh rasanya terlalu banyak………………. Abipun bukanlah sempurna sangat……. Tapi Abi betul-betul rasa takut ……. Takut membayangkan bagaiman Umar membesar nanti di zamannya…….. Abi doakan semoga Umar selamat dan tetap di jalan Allah…...

Andai dibiarkan masalah ini berlarutan……………. Mungkin di tahun 2020 nanti anak muda kita yang baru berusia 8 – 10 tahun sudahpun pandai melakukan perbuatan tidak bermoral ini………… memandangkan pada masa kini kanak-kanak 12 tahun telahpun melakukannya……….. tidak mustahillah di tahun 2020 nanti……………


Sekian……………..

Bera 9.30 PM

1 comment:

abiumar said...

Terima kasih jJundullah. Terima kasih baca blog Abi.......

Jundullah di mana yer.....