Semalam Abi sempat juga jenguk kat blog Abah, Abi tertarik dengan komen Abah berkaitan masalah sosial yang terlalu hebat melanda sekarang. Kebetulan juga masa kat Pekan ni tak banyak kerja yang boleh dibuat Abipun tak de kerja lain beleklah majalah-majalah yang ada kat rumah ni. Rumah mak mertua ni memang minat beli majalah-majalah antaranya Mastika, Bicara, Variasi…. Banyak lagilah malas Abi nak tulis semua tu.
Apa yang Abi nak sampaikan hampir semua majalah tu mendedahkan tentang masalah sosial masa kini ……….. seperti apa yang Abah katakan dari Zina, Liwat, Rogol, Homosex, Lesbian…… hinggalah ke penagihan dadah…….. dan yang paling Abi cukup kagum semuanya melibatkan remaja Melayu………. Kita memang juara lah bab ni.
Rasanya tak perlu Abi komen panjang lebar, dah cukup dengan apa yang Abah komen di blognya…….. pembaca boleh melayari blog Abah. Cuma di sini Abi ingin memetik beberapa teks pengakuan seorang pelajar IPT yang Abi petik dari Mastika keluaran JUN 2005……… Kenapa Abi memilih IPT??????? Sedangkan gejala macam ni bukan sahaja di IPT bahkan di merata tempat hatta di kampung-kampung sampailah ke tanah rancangan FELDA.……. Tak de niat Abi ingin merendah dan memalukan pelajar IPT……….. Tak lain dan tak bukan Abi nak menggambarkan betapa mereka yang terpelajar sendiri boleh terjebak dengan gejala seperti ini……. Apa lagi yang nak kita harapkan ………………….
Oklah dah panjang juga melalut…….. Abi petik teruslah :
Mastika JUN 2005 Halaman 108 - 109
“ Nabila berasa terpanggil membuat pendedahan ini bagi membuktikan gejala maksiat di kalangan penuntut pengajian tingi ( IPT ) seperti yang di dedahkan dalam mastika April dan Mei, memang perlu di tangani segera.
Malah dia yang masih dalam pantang tidak ragu-ragu memberitahu apa yang di paparkan dalam mastika hanyalah secebis daripada kerosakan sosial yang berlaku dalam dunia kampus. Walaupun tidak melibatkan semua penuntut, tapi ia perlu dipandang berat.
Sambil meluahkan rasa mual dan benci terhadap segala yang pernah berlaku pada dirinya, Nabila ( bukan nama sebenar ) bercerita: “ Saya penuntut tahun akhir universiti tempatan. Lepas habis pantang ni saya sambung balik belajar. Saya tahu gejala sosial dan maksiat pun hebat di IPT. Yang dah terlanjur lahirkan anak macam saya bukan lima enam orang bilangannya. Saya pernah dengar satu cerita ada yang lebih kejam sanggup gugur anak.
Cerita tentang mahasiswa jual anak adalah benar, tak perlu di sorok lagi. Saya percaya yang hidup bersekedudukanpun ada. Cuma ia didedahkan atau tidak itu saja,” cerita Nabila.
Sambungnya lagi……… macamana Mastika dedahkan macam itulah gelagat kami. Cari tempat-tempat sunyi nak lepaskan rindu,” cerita Nabila lagi. Sambungnya lagi,“ Tapi Bang ! Saya bernasib baik berbanding kawan-kawan saya. Sebaik mengandung dua tiga bulan, saya cepat-cepat beritahu keluarga. Mak dan ayah cari jalan, apa yang perlu dibuat. Bila kandungannya dah tujuh bulan, perutpun dah besar mak dan ayah sembunyikan saya di tempat rahsia ni sampai saya bersalin.”
“ Jadi tak ada siapa tahu apa yang dah saya bua tkecuali ibu angkat saya dan keluarga di kampung. Di sini, ada seorang lagi kawan saya yang baru melahirkan anak luar nikah, dua hari selepas saya bersalin. Terlanjur macam saya,” beritahu Nabila.
Nabila masih lemah, tenaganya masih belum kuat, tetapi kerana Mastika dia gagahkan dirinya untuk berjumpa dan bercerita. Airmatanya mengalir setiap kali teringatkan kekasihnya Remy dan Adam anaknya.
Selepas bercukur rambut, bayi tersayang itu diserahkan ayahnya kepada seorang rakan yang Nabila tidak tahu nama dan alamatnya. Pasangan itu tidak mempunyai zuriat, namun Nabila sempat menyusukan Adam.
“ Saya tetap sayangkan Remy……… Dialah lelaki pertama saya jatuh cinta tapi apa nak buat, mak dan ayah tak setuju.” Beritahu Nabila sebak.
Apalah daya Nabila, dia hanya seorang perempuan yang lemah – Sahidan Jaafar.
Mastika JUN 2005 Halaman 108 - 109
Komen Abi :
- Abi rasa tak sepatutnya anak tersebut dipisahkan langsung dari ibunya. Nabila perlu tahu di mana anaknya, siapa penjaganya…….. ini kerana anak tersebut adalah darah dagingnya yang sah………… manalah tahu satu ketika nanti bila Nabila berkahwin dan mempunyai anak yang sah bersama suaminya…………….. dan kedua anaknya bertemu dan bercinta dan ingin berkahwin……………… pada masa tu siapa yang dipersalahkan ??????? Sesungguhnya perkahwinan itu sekiranya terjadi adalah perkahwinan yang tak sah………….. walaupun Adam adalah anak luar nikah tetapi meraka adalah adik beradik kandng dari ibu yang sama……….. Adam sendiri perlu tahu siapa ibunya…………….. sesungguhnya Adam adalah anak yang suci yang tidak bersalah…………
- Berbalik pada kes Nabila ni………. Abi nak juga berpesan pada mak bapak sekarang…………. Janganlah terlalu memilih pasangan anak kita. Kita tak tahu apa anak kita buat di luar sana………… di belakang kita, kita tak nampak…….. relakah kita melihat anak kita bersekedudukan berzina dari mereka berkahwin secara sah dan menjadi manusia yang bertanggungjawab ????? Relakah kita ???? Rasanya zaman sekarang bukan lagi zaman kita menentukan pilihan hati anak kita… bersikap terbukalah ……. Terimalah seadanya siapa pilihan mereka……… Cukuplah apa yang berlaku kepada Mak Dara dengan menantunya Kasim sebagai pengajaran ????? Ala Kasimmmmm cukuplah……… jangan kita ulangi kesilapan itu……. Pastinya sesal tak sudah. Satu pesanan buat buah hati Abi Umar “ nanti nak bila ko dah besar dah ada yang berkenan jangan dilengahkan………. Insya Allah Abi akan terima seadanya………. Jadilah manusia bertanggunjawab…….. Abi tak rela anak Abi tersungkur di pintu syurga…………… anakku….
- Bagi Abi masalah-masalah begini berlaku terlalu banyak faktor yang mendorong remaja bahkan orang dewasa ke arah itu…….. kita tengok sahajalah majalah-majalah di pasaran sekarang……… Kalau tak percaya pergi ruangkan masa ke kedai-kedi buku di kaki lima………. Cuba perhatikan betul-betul……… Abi boleh rumuskan hampir 95% majalah yang ada semuanya menghidangkan kepuasan nafsu syahwat. Sebagai lelaki Abi maklum sangat kalau benda dah terhidang apa lagi ngap sajalah hehehe…. Dari gambar artis separuh bogel sampailah hampir-hampir berbogel ditayangkan…………. Kadang tu yang tinggal hanya puting sahaja yang ditutup………. ( maaflah Abi terkasar ). Kalau tak percaya tak payah susah payah tengok ajalah Mingguan Malaysia hari minggu……….. sisipan pancaindera. Gambar muka depan amboi……….. terdedah sana sini……. Habis segala lurah………. Gi check balik Pancaindera minggu lepas……. Kadang Abi hairan juga dengan Kementerian Dalam Negeri kalau bab-bab ajaran sesat ke……… politik ke laju je ditutup premis mereka………. Akhbar-akhbar macam ni tak sesat ke ???? Tak menyimpang ke dari ajaran Islam bergambar separuh bogel?????? Tak menyalahi adab Islam ke berpelukan lelaki perempuan bukan mahram ???? Bila Abi bercakap macam ni mungkin ada yang cop Abi ni terlalu kolot, jumud, ekstreme macam-macam lagilah. Tapi ikhlas Abi katakan kalau kita benar nak cegah maksiat kita perlu bermula dengan membuat tapisan ketat ke atas majalah yang berlambak di pasaran hari ini yang hampir semuanya menghidangkan nafsu syahwat. Bukan majalah akhbar saja malah media elektronikpun perlu pemantauan ketat…………. Terus terang Abi katakana Abi takut, gerun dengan suasana sekarang………. Betapa Abi risaunya dengan Umar nanti…….. Abi didik dengan baik dengan sempurna di rumah…….tetapi mampukah Umar melawan arus sekeliling yang dipenuhi dengan material kebendaan …… nafsu dan syahwat yang melampau……… Abi berserah pada Allah. Moga Abi Ummi dan Umar diberi kekuatan olehNya……
Wednesday, August 24, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
napa mak ayah nabila tak nak terima remy ye?
assalamualaikkum..fendi pun rasa2 nak beri sdikit rasa yg trsirat..remy tu laki..dia buat,,abistu org tanak dia plak bertggungjwap...samada dia lari atau tak..kat sini takde crita...cuma kluarga nabila tanak dia bertggungjwap???emmm camna tu!!! kluarga dia takut benda berulang??,,,emmm??/ nasihat camnilah,,,kluarga dia bw nabila jumpa remy..pastu..cerita bebaik,,dorg dah ada anak...kalau remy baik..dia tahu...dia buat dia tggung la..takkan nak lari kot..ckap kat dia..lari dunia lepas beb...akhrat jua kita nak pi..dunia remy dah ambil,,dah bdak tu nak lihat dunia,,dia dah setuju kat allah dia nak juga hidup,,emm remy ingat tu..emmm pastu masaalah akn selesai...org nak kata,,tu dosa depa la nak mengata..yg pntg kita buat kita tggung,,kalau tanak bela takpe keluarga angkat tu jaga la....nasihat lagi...kawinkanlah mereka tu pakcik makcik,,nak berulng lagi kan dah sah,,takyah takut dah,,yg jhat bkan remy saja,,,dosa akhirat yg kita kena fikir,,,dunia ???ehmmm ape aku melalut ni...kawinkanlah..jgn benci remy,,tunjukkan anak tu kat dia..bkan paksa,,terpaksakanlah dia menerima gak....sbb dia akn menerima gak kot ..zurizt dia gak,,,emm last sekali pesan kat dia..sebelum seorg bayi lahir kedunia ter masuk kita..sblum roh masuk ke jasad kita penah bersumpah nak lihat dunia,,dan kita nak buat kebajikan dan beramal didunia ni..tu janji kiota termasuk adam bayi mereka berdua tu..ok sekian chow..terima ekhhhhh makcik sian depa...nikahkan jela..terima remy sebaik menntu pakcik..itu pilihan anak pakcik gak..tlong sampaikan pesanan ni kat parent nabila ekhh
Post a Comment