Erm hari ni Abi nak bercerita pasal kampung lagi…… Bukan apa teringat plak semasa membaca blog Abah dulu tu yang menyentuh tentang ibu dan bapa di kampung…….. Abi adalah cerita sikit nak menyampuk………..
Yalah baru-baru ni musim buah kat kampung. Kampung Abi ni Alhamdulillah jugalah dengan buah-buahan. Pelbagai jenis buah-buahan jugalah yang ada……….. bidara, rambutan, manggis, durian kira sebut jelah buah apapun Insya Allah ada di kampung Abi ni………… tak terkecuali jugalah dengan keluarga Abi tu…………. kira mewah jugalah dengan buah-buahan ni…………..
Apa yang Abi nak cerita ni bukanlah pasal buahan-buah sangat sebenarnya…………… Ok Abi cerita jelah yer………….. suatu petang tu hari minggu Abang Abi ni baliklah kampung dan panjat pokok bidara……….. Abi tabik dengan abang Abi yang sorang ni walaupun dah masuk 40 tapi bab memanjat pokok memang handal………… Abi sendiri ermmmm pokok taugeh bolehlah Abi panjat hehehehe. Pokok bidara ni besar…….. sebenarnya kalau orang kampung Abi dia panggil “ bedara” je…….. Buah dia plak bertangkai macam tu kalau jatuh kat bawah mestilah bercerai dari tangkai dia kan…………. Maka biasanyalah kat kampung Abi ni kalau nak panjat bedara ni ramai lah pengutipnya………. Kadang tu sampai satu kampung datang mengutip…………. Tahu jelah buah bedara ni kecik macam biji guli je…. Dah lah tu jatuh dalam semak samun tu kena merayap kutip satu –satu……… Abi ni dah lah sakit pinggang duk marayap kutip buah ni tapi Abi tak banayk sangat kutip buah yang relai…….. Abi kutip yang bertangkai je ……. Hehehe Abi mengelat.
Tengah sedap-sedap kutip buah bedara riuh rendah tu Abi terdengar perbualan makcik-makcik dengan mak Abi…….. kira ramai jugalah makcik-makcik tu ada yang Abi panggil Mak De, Mak The, Mik Tang……. Terpacullah dari mulut seorang makcik tu satu cerita………. Tak payahlah Abi sebutkan nama mak cik tu……….. cerita tulah yang buat Abi rasa terharu juga………. Mak cik tu cerita ada ada seorang tu dulu orang kampung sebelah tu ramailah anak-anaknya dan kebetulan banyak yang berjaya………. Ada yang duk KL……… kira serata jugalah anak dia kat Malaysia bumi bertuah ni…….. sekali tu mak cik ni teleponlah anak dia konon nak beritahulah musim buah kat kampung sekarang ni…………. Tahu apa anak dia kata …………. Ala kat KL ni ( maaflah Abi tak bermaksud semua orang KL macam tu ) berlambak buah mak……. Beli je pelbagai jenis ada………. Harganya pun murah sangat……… Tahu apa tindakan makcik tu ngan suami dia selepas anak dia cakap camtu…………. Habis di tebangnya semua pokok buah-buahan yang di tanam. Ermm tulah perasaan orang tua………….. hancur …….. luluh………remuk hingga sanggup melakukan sesuatu yang di luar jangkaan……….. dalam keadaan macam ni siapa yang rugi ????????
Mak cik tu sambung lagi……….. katanya untung kakak ………anak kakak selalu balik jenguk…….. Mak pun apa lagi tersengih lah dia hehehehe……… sambil dia menyambung anak-anak saya ni balik juga tapi tak de le sekerap anak kakak………
Yelah bukan apa anak mak sekarang ni semuanya duk dekat memanglah……….. Abang 2 orang duk di Temerloh juga…….. Abi tabik ngan abang Abi 2 orang ni……… Abi tahu memang dia sibuk bukan saja dengan kerjanya yang memang Abi akui sibuk……. Tambah lagi dengan aktiviti politiknya ( tak perlulah Abi beritahu parti apa ) yang memerlukan dia ke sana kemari 24 jam…….. kadang tu kesian juga tgk akak ipar yang selalu ditinggalkan dengan anak-anak yang 6 orang tu ………. sekarang ni plak dah nak masuk 7 ……… tapi abang Abi ni mesti ada ruang untuk mak dan ayah di kampung tu, dalam seminggu pasti paling kurang sekali dia menjenguk walaupun sekejap……… tu yang buat Abi tabik tu. Akak Sulung pula di Raub…….. dan Abi kini di Bera…… bukan jauh sangat pun Bera ke kampung tu dalam 45 km je……… kalau dulu memanglah Abi yang paling jauh ………. Balikpun setahun sekali jer………. Sekaang ni Abi dah tanam dalam diri walau bagaimana sibuk sekalipun Abi akan menjenguk mak di kampung 2 kali seminggu………. Alhamdulillah sejak balik nak masuk 8 bulan dah di semenanjung ni rasanya Abi dapat laksanakan hajat yang Abi tanam dalam diri ni……… Biasanya Abi ni akan balik samada hari selasa @ rabu @ khamis sekali dan sekali lagi….. samada sabtu @ ahad…….. tu lah rutin Abi……….. tak kiralah samada Abi seorang atau Abi dan keluarga………. Tapi kebiasaannya memang Abi akan balik bertiga lah Ummi dan Umar. Bagi Abi orang tua ni tak penting sangat wang ringgit ke apa ke…….. harta ke yang penting sekali anak-anak datang menjenguk………. Lagi kerap lagi bagus………. Tak penting sangat lama ke sekejap………. Dia dapat tengok muka anak cucu tu dah kira ok……… tu pendapat Abilah……….
Abi harap Abi tak delah jadi macam anak yang makcik cerita tadi tu……….. takut juga Abi kalau melukakan hati mak. Abi menyerulah kepada anak-anak yang jarang menjenguk ibu bapa tu kalau sibuk sangatpun janganlah lupa untuk bertanya ibu di kampung tu……… paling-paling telepon bertanya khabar……….. Yalah kalau kita yang tak memberikan kebahagiaan dan keceriaan kepada ibu di kampung kita nak harap siapa lagi…………… Lagipun umur kita ni tak tahu sampai panjang mana…………… entah kan sehari dua lagi di ambil Allah tak kiralah kita sendiri ke atau mak ayah di kampung sana………. Jangan plak ingat kita yang muda ni tak mungkin pergi dulu……… tgklah biji kelapa tu yang putik pun berlambak yang gugur……… kadang tu yang dah tua menghitam dipokok liat plak tu nak gugur di kaitpun payah sampai lenguh2 tangan kita mengait. Macam Abi…… umur Ayah dah 75 dan mak 73 …….. Alhamdulillah dua-dua sihat walafiat. Abi plak berapa yer ???? teka jelah……… belum tentu mak ayah pergi dulu entah-entah esok lusa Abi yang pergi……. Mana kita tahu kan ???? Jadi sebelum apa-apa yang tidak baik pulanglah menjenguk ibu bapa di kampung sana………. Takut nanti kita tak sempat nak berbakti pada ayah ibu di kampung………. menyesal dulu pendapatan menyesal kemudian tak berguna lagi………….. Jangan biarkan Nasi menjadi Bubur………..
P/S : Abi memang anak Emak……………….. hehehehe sayang Mak.
Sunday, August 14, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment