Wednesday, August 24, 2005

BEBERAPA CERITA

Erm dah lama juga rasanya Abi tak menulis. Bukan tak de idea…….. tapi dek kesibukan masa terpaksalah Abi stop sekejap hajat Abi nak menulis ni. Kebetulan plak, ni balik Pekan dan kebetulan juga adik ipar balik sekali dan bawa laptop, apa lagi Abi pun tak beri peluang terus pimjam nak menaip je. Laju je Abi menulis tapi tak tahu apa yang Abi tulis sebenarnya. Abi nak mula dari manapun tak tahu terlalu banyak hendak dibicarakan dalam kepala ni.

Tapi tak le elok juga rasanya Abi pecah-pecahkan kepada episode-episode tertentu…….. hehehe macam Star Wars plak ada episode………. Oklah Abi dah nak mula ni ………

EPISODE PERTAMA : FELCRA

Cerita tentang Felcra ni bukan apa…….. baru ni Felcra buat seminar untuk anak-anak staf dan pesertanya yang ambik PMR. Buat plak kat sekolah Abi kebetulan dahlah Abi ni jadi warden …….. kena plak jadi urusetia pendaftaran pelajar anjuran Felcra ni. Tak pelah abi tak kisah sangat…………. Lagipun pendaftaran sehari je semalam dahpun selesai dan Abi dah boleh bercuti………..

Apa yang Abi nak kongsikan ni tentang peserta Felcra ni………. Ialah kalau dulu Abi hanya mendengar je …… Abi tak pasti sangat kebenarannya tapi malam tadi semasa minum malam bersama pegawai Felcra Abi berbuallah ……… sedang rancak berbual seorang pegawai Felcra tu tetiba tunjuk pada seseorang dan bercakap dengan Abi ……antara lain “ Cikgu , cikgu tahu tak, tu pelajar yang bertudung putih dan berkacamata tu, ayah dia Pengurus Hotel Seri Malaysia Temerloh” …….. Abipun ye kan je tersengih je………. Maaflah Abipun tak kenal siapa Pengurus Hotel Seri Malaysia tu. Cuma dalam hati Abi tak sangka juga Pengurus Hotel Seri Malaysiapun boleh jadi peserta Felcra……….. yang Abi terkilan bukan apa ialah Abi dah biasa sangat dengar kadang tu cikgu pencen, kira orang pencen-pencen dan berpangkat jugalah yang dapat Felcra ni…… bahkan pernah Abi dengan wakil rakyat pencenpun ada yang dapat Felcra………. Tak tahulah benar atau tak tapi memang ada dengar ceritanya. Tapi tak pelah dah nasib dia orang………Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu kan ????

Abi terkedu ni pasal Abang Abi ada mohon peserta Felcra………. Tapi tak dapat. Abang Abi ni dah lah ada penyakit…….terlantar dan pernah jadi buruh Felcra………. Bila ayah Abi tanya penghulu kenapa tak dapat ……….. tahu apa jawapannya……….. sebab abang Abi tak berKAHWIN….. oh rupanya syarat berkahwin pahamlah Abi duduk keadaan………… agaknya orang-orang yang berduit tu lebih penting dari orang sakit yang tidak berkahwin ni agaknya………….. alkisahnya begitulah terdetik dalam hati Abi………. Kepada yang belum berkahwin tu cepat-cepatlah berkawan……… banyak keistimewaan orang yang berkahwin ni …….. antaranya DAPAT FELCRA.

Kadang Abi hairan juga dengan orang-orang yang berduit dan ada pencen ni ………. Lainlah kalau pencen tukang kebun ke……. Pencen tukang sapu ke……. Abi bukan nak kutuk kerja tu maaf yer………. Yang Abi maksudkan berapa sangatlah pencen mereka. Ni pencen yang hebat-hebat dengan kereta yang hebat hebat menjalar ke sana ke mari………. Kenapalah duk berebut juga dengan orang kampong yang tak ada apa-apa untuk dapat saham Felcra yang entah berapa sen sangat lah bagi mereka. Kesian kat penoreh getah… anak 4 orang yang kat kampong tu tak dapat Felcra…… rasanya mereka lebih perlukan. Abi harap dan berdoa semoga bila dah tua dan pencen nanti Abi di jauhkan dari merebut hak-hak ornag lain. Moga Abi mampu bersifat “Qanaah” dengan apa yang ada. Berpadalah dengan apa yang ada………. Takut juga Abi terambil hak orang lain.


EPISODE KEDUA : BOMOH

Ni satu lagi……….. Abi nak berceloteh tabiat orang Melayu kita………. Yelah tabiat terlalu percaya pada bomoh……… citernya macam ni. Jumaat petang selepas solat jumaat Abi terima satu sms dari abang Abi……….. bunyinya begini “ Tolong bawa abang berubat malam ni jam 9 malam, Abang tak dapat ” Abipun balaslah tanya semula………… “ kat mana …… mak dah tahu ke tempatnya” ………. 2 minit terus balas……. “ Kerdau. Dah tahu dan sebelum pergi singgah kat rumah ambik dulu peralatan berubat”…………. pelik juga bunyinya sms dari abang ke tiga Abi ni, Pelik sebabnya setahu Abi abang masih berubat dengan Pusat Perubatan Elektronik………. Dan belumpun habis tempoh berubat. Alhamdulillah adalah nampak perubahan walaupun tak mendadak dari terbaring 24 jam sekarang dah boleh duduk perlahan-lahan.

Jam 7 Abi bertolaklah dari rumah dan singgahlah kat rumah abang tu ambik peralatan berubat…… ingatkan apa ………. Rupanya seekor burung merpati…….. hidup lagi tu. Merpati putih ……….. Apa lagi si Umar…….. suka sangatlah dia bila tengok burung merpati….. jadi mainan dialah pula. Tersengih-sengihlah si Umar.

Sampai je kat rumah makpun tanya “ ada bawa burung merpati…………… Abi sengih-sengih kata ada dalam kereta tu”…………. Sambil tu Abipun tanyalah nak berubat kat mana plak mak …………….. panjanglah mak bercerita…………. Nilah ceritanya yang nak sangat Abi kongsikan………

Jam 9.30 malam Abi sampailah kat tempat berubat tu. Rupanya tempat berubat tu terbuka orang luar katanya anjuran PUSAT PERUBATAN TRADISIONAL MALAYSIA……… orangpun dah ramai berkerumun dengan pelbagai penyakit. Sampai je ayah Abi terus beritahu pihak penganjur datanglah anak buahnya 3- 4 orang mengangkat abang Abi……. Rupanya dah malam ke dua abang Abi di bawa berubat kat sini. Pihak penganjur hanya akan buat selama 3 malam sahaja………… Kononnya Pusat perubatan ni berpusat di Kuala Terengganu. Masa awal tu Abi ni rasa juga seronoknya………. Maklumlah ada juga jalankan mengurut percuma. Abipun pergilah urut je kaki kononnya urut dengan lemak burung unta bentuknya likat macam susu berwarna kuning mungkinlah kot betul lemak burung unta. Sambil mengurut sambil dengar penganjur berceloteh…….. dari satu topik ke satu topik lah mereka berceloteh………… sambil tu satu-satu barang dikeluarkan……… ceritalah plak kelebihan tiap barang tu…………… lepas tu mulalah mereka jual………… sampai dekat penutup majlis malam tu rasanya berbelas jenis barang juga yang dijual………… satu barang tu tak tentu dari RM2 .00 sehinggalah RM 10.00.

Abi dah mula rasa boring …….ialah dok tertunggu proses perubatan bermula……. katanya menunggu Tuan Haji Raja………. Tuan Haji Raja nilah yang mengubat. Tengok-tengok jam dah dekat jam 10.30 malam……… barulah muncul Tuan Haji Raja………. Orangnya segak….. rambut masih hitam lebat walaupun dah berumur 50 lebih……. Memakai jubah berwarna putih…………. Masa tu Abi dah terlelap dalam kereta hehehe…….. letih dok menunggu. Tengok pada rupa dan gaya Abi respek jugalah dengan Tuan Haji Raja ni………. Abipun bangunlah …….. rupanya Tuan Haji Rajapun berceloteh………… ada juga lagi barang yang di jual………. Yang ni buat Abi rasa sesal sikit caranya macam jual tangkal plak……… “ RM 2.00 simpanlah Insyaallah akan dapat kebaikan yang kita hendak ”…….. tulah antara butir yang Abi ingat dari mulut Tuan Haji Raja. Bendanya kecil je…….. dibungkus dengan kain………… tak tahu plak apa dalamnya………. Abi nampak ramai orang berkerumun…………….. yang pakai tudung labuhpun beli juga apa lagi yang berketayap. Sekali imbas Abi rasakan lebih kurang dengan orang jual ubat kat pasar malam je………

Kalau diikutkan hati Abi …….. nak balik masa tu juga tapi dek kerana menghormati majlis dan mak serta ayah Abi tenangkan hati tunggu juga. Abi tunggulah sambil melelapkan mata dalam kereta. Tunggu punya tunggu sedar-sedar dah jam 12.30 malam ………. Sedarpun sebab Ummi mintak bukakan kereta sebab abang dahpun siap berubat………… Abipun tak tahu sangatlah camne kaedah perubatanya……… tapi dalam kete tu ummi plaklah berperanan menerangkan …………. Rupanya burung merpati tu di sembelih di atas dada Abang Abi dan seluruh darahnya di lumur di tubuh badan abang Abi………….. dan dari cerita ummi juga semua daging dan tulang dikehendaki buat sop dan di makan ………. Yang lain-lain bulu apa semua tu di tanam setempat dan mesti di balut dnegan kain kuning..

Alkisahnya begitulah perubatan yang berjalan…………….. rupanya belum habis……… malam besoknya Abang Abi kena pergi lagi…………. Tapi apa yang berlaku malam esoknya Abi tak tahu Abi serah pada abang Abi yang lain plak bawa……….

Apa Abi nak sampaikan bagi Abi semua tu tak lebih dari nak jual ubat je……………. Tentang perubatan abang tu setakat ni Abi tak nampak sangat perubahan ketara……….. percuma memanglah percuma perubatan tersebut…….. tapi jualan malam tu dahsyat rasanya banyak ribu juga mereka dapat…………….


EPISODE KETIGA : HAJI

Camne ye Abi nak mula citer Abi kali ni…………takut juga Abi nak bercerita tentang haji ni …….. bimbang tujuan Abi bercerita di salahertikan oleh orang, tapi takpelah yang penting Abi ikhlas bercerita………..

Hari minggu baru ni Abi ada ikuti Kursus Haji sajerlah nak mantapkan ilmu bab haji ni……… sekurangnya bila dah nak pergi nanti senang dah tahu sedikit sebanyak bab haji ni…… tak de le terkakai kapai………. Tak reti hehapa ……. Banyak jugalah maklumat Abi dapat…….. penceramahpun ok……… penyampaian menarik………. Tak sedarpun sampai waktu break……. Hehehe kursus hajipun ada iklan commercial break…….. break tu Abipun pergilah minum……… sambil-sambil minum tu Abi boraklah dengan seseorang kelihatannya agak muda juga mungkin kalau tuapun setahun dua dari Abi je………. Sambil tu tanyalah kerja memasing……… rupanya dia kerja kampong je……… penoreh getah… tapi alhamdulillah insyaallah tahun ni dia naik haji……. Yang buat Abi terkedunya bila dia cakap “ ramai orang kita ni sekarang dah tak ambik berat sangat soal haji ni…….. setengah tu kereta boleh sampai dua tiga buah…….. rumahpun ada yang dua tiga buah……… tapi bila bab haji tak juga mampu kononnya tak de duit ”……..

Dalam hati Abi terkena juga batang hidung aku ni, apa yang abang ni cakap tapi tak pelah….. benda betul…… yelah Abi baru berangan-berangan nak beli rumah sebiji lagi hehehe…….. konon hajat besar betul nak cari banglo lagi. Abi senyum je. Abi tak komen apa-apapun. Balik je rumah Abi citerlah kat ummi…… ummi senyum je tak komen apa-apa……..

Sampai hari ni sebenarnya Abi dok terpikir terngiang-ngiang ada juga betulnya kata-kata abang tu…….. ialah pergi haji tak lepas-lepas tapi kalau bab-bab lain semua ada cukup lengkap rumah tak cukup satu……. Kete tak cukup satu…………… Abi ni tak cakap orang lain…… Abi sendiri padahal bukanlah perlu sangat dua buah kereta…. Abi duk dalam kuarters sekolah sejengkal je……. Satu kereta je dah cukup……… rumahpun dah ada satu….. tapi kalau bincang ngan ummi angannya besar nak cari satu lagi……… banglo lagi …… tulah hebatnya nafsu dan cita-cita Abi………. Agaknya memang dah gitu kejadian manusia tak pernah puas dengan apa yang ada…… dapat satu nak dua……. Dapat dua nak tiga……… tulah nafsu tak pernah cukup. Mujurlah belum ada nafsu nak kawin dua hehehe jangan marah ummi. Gurau je.
Satu lagilah Abi rasa haji ni memang betul-betul pilhan Allah………. Maksud Abi orang yang terpilih je yang dijemput mengadap ke rumahnya…… kenapa Abi cakap macam ni……. Abi dulu masa belajo di Timur Tengah……… kira tak jauh dah dari Mekah tu….. tak juga sampai2 ke sana. Padahal duit dah cukup semua persiapan dah buat segalanya ada……… tapi last-last minit Abi tak dapat pergi………. Alasannya tak dapat Visa…….. frust betul Abi……… tapi Abi pasrah mungkin ada hikmah Allah tak terima Abi sebagai tetamunya………… Abi redho……

Kali ni plak mudahnya Abi dapat panggilan haji………… ( Cuma tak pastilah Abi dapat pergi tak…… mana tahu umur Abi tak panjang sampai saat terbang Abi dipanggilnya dulu ) Abi tak de pun cita-cita mulanya nak pergi haji……… tak de langsung dalam kepala……. Bulan 4 lepas ummi cakap cam ne kalau kita buat rayuan pergi haji…….. Abi pun ok je senyum dan terus buat surat …… selang 2 bulan Abi dapat surat tawaran standby…….. selang 2 minggu plak Abi dapat surat terpilih……. Ya Allah Alhamdulillah Abi bersyukur dalam hati Abi berkata mudahnya urusan……. Segalanya diluar perancangan…….. sampai hari ni Abi masih rasa tak percaya betul ke ni……. Betul ke ni ………. Kursus hajipun dah 2 bulan baru Abi ikut……… ketinggalan 2 bulan. Kadang Abi tertanya juga…… kenapa kali ini Allah pilih aku…………. Allah nak uji aku ke ???? Allah sayangkan aku ke???? Maklumlah dengan dosa Abi yang melimpah ruah ni gerun juga rasa hati. Apapun yang Abi hadapi andai Allah betul-betul nak uji Abi kali ni…….. Abi mohon tabahkanlah hati Abi menerima ujianmu Ya Allah. Berilah kekuatan pada Abi dan Ummi dalam menghadapi segala rintangan dan ujianmu di sana nanti……… semoga Abi dan ummi termasuk hambanya yang bersyukur…………

Kesimpulannya ginilah yang Abi boleh katakan selain dari duit harta semua tu …………….. penyebab paling utama adalah kita dipanggil oleh Allah……….. Apapun sebab kita dipanggil kita pasrahlah……….. Abi redho samada Abi diuji atau apa sekalipun Abi redho menerimanya di sana nanti……. Mungkin juga entah-entah Allah nak ambik Abi terus di sana nanti hehehehe………. Kalau betulpun Abi pasrah……… Abi sendiri pun dah rasa macam tua sangat………. Badan ni dah macam-macam sakit……….. takpelah semuanya Abi redho dia yang menjadikan kepada dia kita akan kembali. Kepada kengkawan yang mengenali Abi dan membaca cerita Abi ni……… Maafkan segala salah silap Abi dan doakan kebaikan untuk Abi dalam melayari kehidupan ini………. Amin.


EPISODE KEEMPAT : STRESS GURU

Rasanya dah panjang lebar sangat Abi menulis kali ni……….. mesti kalau ada yang membacanya dah boring nak baca……… entah apa apa……… mengarut je Abi ni. Walaupun mungkin banyak mengarut Abi harap juga agar apa yang Abi tulis ni dapat memberi sedikit pengajaran kepada semua………

Cerita tentang stress ni ……….. Abi rasalah dari sudut pandangan Abi sebagai warga pendidik sendiri………. Memang ada kebenarannya……… lebih-lebih lagi yang jadi guru disiplin……… dan yang paling hebat lagi warden asrama………. Abi sendiri warden asrama. Tahulah…………. Abi sendiripun pernah kena marah dengan mak ayah pelajar………. Bertengkar tu dah jadi perkara biasa plak. Hehehehe……. Kalau tak sabar silap haribulan boleh masuk Tampoi………. Anak-anak sekarang ni plak bukannya boleh ditegur……… tegur aje mak bapak datang…………. Ada yang report polis lagi……… Abi ingat lagi masa Abi kecik kecik dulu bila Abi bergaduh ke apa ke belakang Abi dulu kena rotan barulah lepas tu Ayah Abi tanya apa cerita sebenarnya…………. Dah puas belakang Abi kena.

Satu keslah Abi nak citer………. berlaku atas Abi sendiri……… tapi Abi akui memang Abipun bersalah juga……… citernya begini……… Abi menampar 4 orang pelajar perempuan…………. Kesalahan apa ????? Ermmmm mungkin setengah orang kesalahan ni terlalu kecil dan bagi sesetengah orang kesalahan ni besar………… terserahlah pada persepsi memasing. Oklah Abi berterus terang………… kesalahannya memainkan lagu di surau pada jam 11 malam……………. Ala surau tu memang biasa pasang lagu-lagu waktu petang ke sebelum maghrib ke……….. masa gotong royong ke…………… biasalah lagu nasyid…….. tapi paling biasa dimainkan Ayat Suci Al-Quranlah bila dekat-dekat nak masuk waktu solat. Tiba tu satu hari……… jam 11 malam ……… kira baru je habis minum malam Abi terdengar suara yang sangat kuat dari speaker surau…………. Dengar muzik berdentum dentam………. Tahu lagu apa……………. Abipun tak tahu tajuk lagi……. Tapi bila Abi dengar je Abi naik kat surau di dapati ada 4 orang pelajar perempuan sedang berdiri sambil feeling-feeling dengar lagu tu…….. sambil ikut irama………. Nak kata menari tu entahlah…… Apa lagi tahap kesabaran Abi memang tak leh kawal bila rumah Allah di buat cam tu di tengah-tengah malam……. Naiklah tangan Abi………….. pang pang pang kesemua keempat-empat pelajar Abi tampar………….. Tulah sejarah hidup Abi menampar pelajar…………………. Malangnya pelajar perempuan……………….. lepas tu abi pergi kat radio tu Abi ambik tape…………. Tengok tahulah Abu rupanya album dari Indonesia “Peterpan”

Kalau ikutkan, ………… Abi ni bukanlah terlalu ekstreme orangnya………. Abi ok je banyak Abi nampak pelajar-pelajar lain bawa tape radio Abi tak de lah tampar………. Abi tegur je……. Paling-palingpun Abi rampas je………. Itupun kalau yang mendengar masa “PREP” Abi rampas kalau masa free-free tu Abi buat tak tahu je………. Tapi yang ni bagi Abi dah terlalu melampau…………… Abi sedih sangat sebab mereka lakukannya di surau…….

Nak jadikan cerita ………….. kes Abi ni jadilah kes……………… mak bapak datang mengadu………… rasanya tak perlulah Abi perpanjangkan…………………. Cuma Abi terkilan dengan beberapa persoalan dari salah seorang ibu pelajar tersebut antaranya yang berbunyi……… ???? Dimana lagi anak saya nak dengar kaset ???? Dahlah semua alat perakam tak leh bawa???? Saya nak semula tape tu ………….. tape tu saya yang punya saya berikan anak saya pimjam…………….. dan paling malang pipi Abi hampir sahaja di tampar oleh salah seorang penjaga………. Kalaulah ia tidak di kawal oleh cikgu lain.

Tulah antara kata-kata yang tak boleh Abi nak lupakan…………. Betul-betul jadi sejarah dalam hidup Abi………… hampir 5 tahun jadi pendidik baru sajer balik ke negeri sendiri……. Ini yang Abi terima………… masa tu juga Abi rasa nak balik mengajar di Sabah semula…………………. Seronok walaupun kadang berkawan dengan orang tak seagama dengan kita tapi masih menghormati kita…………….

Itulah seadanya cerita Abi kali ini……………… kepada yang membaca terima kasih Abi ucapkan………….. yang baik jadikanlah pengajaran.

Wassalam.

Abiumar
PEKAN 24082005

No comments: