Monday, July 24, 2006

PESANAN UNTUK ANAKANDA TERCINTA SEMPENA ULANGTAHUN KELAHIRAN KE 5

Di bawah adalah gambar-gambar sempena sambutan hari kelahiran Umar yang ke 5...
Bukan sambutanpun sebenarnya sekadar mengembirakan Umar dan meraikan bersama Abi dan ummi tercinta je... Tak de orang lainpun, dan setakat hari ni memang tak pernah buat sambutan rasmipun... Tak tahulah kot, kalau-kalau akan datang akan diadakan majlis kesyukuran...

Juga majlis keyukuran untuk abi dan ummi mengenang kisah-kisah lalu yang berlaku antara kami. Apapun kisah tersebut merupakan lipatan sejarah kami yang tak perlu dikongsikan dengan sesiapapun... pahit, kelat, masam, manis, tawar, hambar semua telah dihadam sepanjang melayari bahtera kehidupan bersama ummi selama 7 tahun...

Terima kasih ummi kerana masih setia untuk bersama abi... semoga kesetiaan ummi akan dibalas syurga oleh Allah di akhirat nanti... Terima kasih sayang.

Hehe apa plak abi merepek ni... Buat malu ajer...


Mekasih mi, kerana membuat kuih kek yang sedap dan gebu tu, lain kali buat lagi yer sayang... sodap.

Oklah tu aje cerita untuk hari ini, tak banyak cerita yang dapat abi sampaikan... tak de idea. Doakan kebahagiaan kami dan untuk Umar, dibawah abi titipkan beberapa pesanan untuk Umar melangkah melalui ranjau kehidupan :

1) Di manapun anda berada wahai anakku... sesungguhnya anda tetap bergelar " Hamba Allah "
2) Terimalah takdir Allah dengan Redha... Sesungguhnya setiap yang berlaku keatas kita mempunyai hikmatnya tersendiri, yang mungkin kita tidak pernah ambil tahu.
3) Ambillah apa yang baik sahaja dari abi, sesungguhnya abi bukanlah insan sempurna untuk menjadi contoh tauladan yang baik kepada anda... tetapi abi berazam untuk menjadi manusia terbaik untuk Umar dan ummi khususnya, Doakan abi.
4) Ingatlah bahawa " Syurga terletak dibawah telapak kaki ibu "
5) Kemaafan abi pohon andai abi tidak mampu menjadi bapa dan suami terbaik buat anda berdua...

Cukup dulu pesanan abi, dihari ulangtahun kelahiran anakanda yang tercinta, Insya Allah akan ada titipan lanjut di hari lahir anakanda yang ke 6 nanti... Amin.

" Sanah Hilwah Ya Ghamil, Sanah Hilwah Ya Ghamil, Sanah Hilwah Ya Umar Faruqi "

Sunday, July 16, 2006

CUTI-CUTI "JB "

Lama juga rasanya tak update blog abi... Virus malas begitu kuat menggigit diri abi... dan abi layan jelah virus ni... hehehe Hari inipun tak ada apa sangat abi nak cerita cuma nak kongsi gambar-gambar abi ikut program Hari keluarga Sekolah Ummi kat JB... bukan Johor Bharu tau... tapi Janda Baik... sahabat-sahabat boleh tengok gambar-gambar di bawah...


Gambar ni abi ambik semasa di perhentian pertama sebelum sampai ke Janda Baik... Kami singgah di Hutan Lipur Lentang lebih kurang 40 km dari Bandaraya Kuala Lumpur dan 20 km dari pekan Bentong. Tempat yang menarik dan air terjun yang masih belum tercemar... kepada sesiapa yang berminat bolehlah pergi berkelah pada hari cuti... memang best lebih-lebih lagi bersama keluarga... ia tidak jauh masuk kedalam dari Lebuhraya KL - Karak.... dan 1 km je kedalam dan boleh bawa kereta anda...


Dan ini pula gambar-gambar kami di Seri Pengantin Resort di janda Baik... Ermmm tempat ni memang best untuk bercuti... jauh dari kebingitan kota, macamlah abi dudk dalam kota besar hahaha... dan Umar suka sangat mandi air kolam tu... tapi agak penakut... hehehe orang lain semua berendam dia hanya letak-latak kaki jer... Kalau sahabat berminat sila layari : http://www.seripengantin.com ... kalau tak silap itu nama websitenya... dan kalau silap maaflah, boleh search sendiri di Yahoo... kepada mereka yang dah lama tak bercuti dan nak merasakan seolah-olah macam pengantin baru semula, bolehlah datang ke sini... memang ermmm dan rasa betul-betul macam pengantin semula... bagi pasangan pengantin barupun ok... bolehlah kesini untuk bulan madu anda... hehehe tak payahlah sampai bulan madu atas pelangi sinipun dah cukup...

Monday, July 03, 2006

HANYA KERANA SEORANG...

Erm... sejak akhir-akhir ni hebat betul berita tentang keganasan. Di sana sini keganasan. Tengok berita cerita keganasan, tengok akhbar cerita keganasan. Tak de benda lain lagi nak dijadikan berita, semuanya tentang ganas-ganas belaka... tapi yang tak bestnya yang jadi mangsa adalah saudara segama dengan abi juga... Umat Islam... dan yang di momokkan sebagai pengganaspun adalah saudara seagama degan abi juga... yang mana satu betul ni... Kita pengganas ke atau kita diganasi... entah ??? Sendiri fikirlah...

Apapun abi respect kat bangsa Yahudi laknatullah ni... hanya kerana seorang tentera mereka sahaja yang di tawan oleh tentera Palestine... habis mereka mengamuk hingga nak runtuh bumi palestine dibuatnya... erm.. hebat mereka!!!... kita apa yang kita buat... mungkin kita tak terasapun dengan penderitaan saudara segama kita di sana... kita lebih sibuk membicarakan tentang perkahwinan diva polular pujaan kita ... atau lebih tertarik dengan kisah putus tunangnya penyanyi pujaan kita... Ingatlah bahawa nabi bersabda yang bermaksud :

Tidak beriman seorang muslim itu, selagi dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.

Apa yang berlaku bagi abi, menunjukkan betapa kita Umat Islam sekarang terlalu lemah... hingga boleh diperkotak-katikkan oleh bangsa lain yang memang kerjanya ingin memusnahkan kita. Mereka memang tidak pernah redha dnegan kita. Takperlulah kita menunding jari kepada mereka Yahudi laknatullah ini, kerana sememang nya kerja mereka menyesatkan Umat ini hingga ke akhir hayat... Kelemahan kita, berpunca dari tidak bersatunya kita dalam segala urusan... berpecahnya dunia Islam dari negara Arabnya hinggalah ke Alam Melayunya sendiri... kita tidak pernah sependapat walau dalam sekecil perkara sekalipun...Fikirkan.

Justeru!!!! Apakah bantuan yang boleh kita berikan kepada meraka... Berilah apa-apa sumbanganpun... hatta secebis doa dari hati yang tulus suci kerana Allah. Berilah... mereka sangat memerlukan bantuan kita... Sebaiknya mulakanlah dengan solat hajat dirumah kita sendiri bersama ahli keluarga dan kalau kita orang berpengaruh buatlah di kawasan kampong, masjid dan di seluruh negara biar bergema dengan doa dan munajat kepada Alalh... kerana seseungguhnya kita tidak akan mampu untuk melawan mereka dengan senjata...

Amin.

Wednesday, June 28, 2006

TIGA HARI

Semalam, erm bukan semalampun dah dua tiga hari abi ternampak satu kata-kata hikmat yang buat abi banyak memikir... simple je kata-kata hikmat tu... tapi menarik... kat mana ye abipun lupa dan siapa yang bercakappun tidak dinyatakan, cuma apa katanya:

Setiap orang hanya punya 3 hari sahaja... Semalam hari ini dan hari esok... simple kan tapi punya pengertian yang amat mendalam.

Semalam hari yang telah berlalu dan setiap orang pasti akan menemui hari semalam... apapun yang belaku hari semalam baik ke.... jahat ke silap ke betul ke kita kena akur yang kita tdak dapat undur semula untuk memerbaikinya... ia hanya sekadar kenangan lalu. Apapun akurlah dengan apa yang berlaku semalam, andai kesilapan yang kita lakukan semalam cubalah perbaiki pada hari ini...

Hari ini...Hari ini merupakan realiti yang harus kita hadapi... hadapilah hari ini sebaik mungkin agar kita tidak akan sesal sebagaimana kita menghadapai hari semalam... dan setiap orang sedang melalui hari ini... Fikirkan, kesan apa yang kita lakukan hari ini samada baikkah atau burukkah untuk hari esok kita ???

Hari esok ??? yer ... hari esok belum tentu kita semua akan menghadapinya... mungkin ajal kita akan sampai petang ini atau malam ini... dan pastinya andai ini berlaku, hari esok untuk kita tidak ada lagi... walaupun Jin Shamsuddin pernah berkata Esok Masih Ada... tapi pernahkan kita terpikir mungkinkah Tiada Esok Bagimu... atau kita akan tetap setia Menanti Hari Esok... hehe

Teringat Abi akan pesan Saidina Ali Karamullah Wajhah :

Bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup selamanya dan beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati hari esok. Fikirkan ????

Dan tadi jam 9 abi makan kat kantin berboraklah dengan 2, 3 orang pakcik... seronok juga borak dengan mereka pasal ana-anak yang berjaya ke Universiti... Banyak duit kena guna... tapi takpelah abi kata Insya Allah semuanya akan berjalan dengan baik dan satu pelaburan yang bijak untuk anak-anak, tapi yang tak bestnya bila mereka komen tentang sikap pegawai kerajaan di hospital ( abipun pegawai kerajaan hehe )

Makluamlah sekarnag ni bila nak masuk Universiti kena buat Medical Check Up... erm apa katanya Allah, lambat betul dahlah tu kena datang 3, 4 hari esok ke esok, esok ke esok... hehe abi senyum jer... sebabnya abi pun mengalaminya... kebetulan hari selasa tu abipun nak buat medical check up, memang ramai betul pelajar... Abi sajalah kononnya nak masuk satu pertubuhan sukarela... tunggu punya tunggu abi ambik keputusan buat lain kali... Lemahnya abi... macamnana nak jadi ahli sukarela kalau menunggupun tak sanggup ???? Abi ambik keputusan buat lain kali, tunggu reda dulu bila semua pelajar dah masuk Universiti.

Balik cerita pakcik tadi... dia tak kisah sangatlah kena bayar RM40 kalau tak silap abi, bukan duit masalahnya... tapi leceh betul sampai 3, 4 hari baru siap... mesin x ray panas lah macam-macam alasan diberi... pegawai keluarlah... last-last dia ambik keputusan buat kat Klinik Swasta... RM70 sehari siap dan dalam masa 2 jam je... Tulah cerita pakcik tu... abi banyak senyum je tak tahu nak komen ... nak salahkan siapa ??? Entah!!! abi tak nak salahkan siapa.... tapi yang pasti ramai di antara kita yang pernah mengalaminya, bukan ???

Saturday, June 17, 2006

KAWAN, SAHABAT DAN MASA LALU...

Hari ni hari minggu, tadi abi gi hantar ayah abi mesyuarat koperasi, boring menunggu mesyuarat yang agak lama abi ambik kesempatan ke cyber untuk abi titipkan sesuatu, sebenarnya banyak benda yang abi nak sentuh... dan dalam kereta semasa menghantar ayah tadi abi buka Radio PAHANG FM, ni antara radio yang abi suka selepas IKIM. Banyak komen-komen dan perbualan tentang hari bapa antara deejay dengan pendengar... banyak juga yang menyentuh hati abi... apapun bukan ini yang ingin abi tuliskan... cuma abi mendoakan " moga abi tergolong di antara anak soleh yang sentiasa mentaati dan mendoakan ibu bapa... itu harapan abi sebagai anak... dan sebagai bapa abi sentiasa mendoakan agar aba menjadi bapa yang terbaik... untuk anak-anak abi.( harap moga abi ramai anak hehe)

Dan tadi sebelum menulis, sempatlah abi membaca dua tiga blog, abi tertarik tentang satu artikel di salah satu blog yang abi tandangi... tentang kawan... tentang sahabat... tentang sikap dan tentang pelbagai sehingga membawa kepada keputusan yang mungkin terbaik iaitu memutuskan sahabat... dan abi paham bila berkawan tak semua boleh di jadikan sahabat... dan abi juga paham manusia ini terlalu banyak ragamnya... dan mungkin kesilapan kawan tersebut terlalu besar, mungkin lebih besar dari Ombak Tsunami atau Letupan Merapi di Indonesia baru-baru ini... sehingga beliau memtuskan sebuah persahabatan.

Kenapa abi tertarik dengan atikel ini??? abi terkenang dengan nostalgia di Sandakan 2 tahun yang lalu... Abi punya sahabat yang agak rapat dan kami selalu bersama... tapi akhirnya persahabatan berkecai hanya kerana ego abi sebagai seorang sahabat... Abi kesal. Sungguh abi kesal... tapi apakan daya nasi telahpun menjadi bubur... biarlah abi luahkan moga sahabat lama abi tersebut membaca dan memafkan kesilapan abi...

Oklah abi cerita, abi kenal sahabat ni 6 bulan selepas abi posting ke Sabah... Beliau menyusul abi dan ditempatkan di sekolah yang sama. Kami sama-sama telah berkeluarga... Oleh kerana di sekolah tersebut tak ramai sangat guru dari semenanjung kami menjadi rapat. Bila free kami buat makan-makan bersama, kadang di rumah abi kadang di rumah dia.. kami adakan program usrah, muqaiyyam bersama pelajar setiap minggu... Alhamdulillah dengan pelbagai program yang kami jalankan bersama pelajar, hubungan kami makin rapat dan mungkin inilah yang dikatakan sebagai kemanisan ukhuwwah berada dalam Islam... hidup diperantauan juga tidak menjadi terlalu sepi.

Entah macam mana 6 bulan sebelum balik, berlaku sedikit perselisihan paham antara abi dengan dia... perselisihan di sebabkan soal kerja. Pelik, tak tahu kenapa hati abi terguris betul hari tu... mungkin masa tu syaitan telah merasuk abi... hati abi cukup keras... bertalu sms dan panggilan abi terima tapi abi tak jawab... bila di sekolah berselisih dan bercakap, abi layan tapi abi tak pandang mukanya... bila bersalampun, abi jabat tangannya cuma muka abi menghala ke arah lain. Layanpun sekadar menjaga hati agar orang lain tidak perasan ada sedikit kekeruhan antara kami... Begitulah sikap abi... Burukkan ??? Sehinggalah bila sampai penghujung tahun abi akan balik terus ke Semenanjung dan bertugas di Pahang... Ummi nak buat sedikit majlis dan kebetulan dalam bulan puasa jadi ummi buat majlis berbuka puasa dengan menjemput beberapa orang pelajar dan ummi bertanya " abi... Boleh tak ummi jemput dia sekeluarga... Abi jawab " hanya isteri dan anak-anaknya sahaja."

Ummi akur... dan petang tu dia datang menghantar isteri dan anaknya... Kemudian dia terus balik... abi masih tetap keras hati... ( Sungguh abi hairan kenapa abi terlalu keras hati... biasanya abi tidak begitu... ) Malam tu ummi berbisik dekat abi... " abi dah lah tu.. tak baik bersikap macam tu... pandai abi menjawab... " Ummi... abi tak pernah memarahinya, dan abi telah maafkan segala kesilapannya... cuma hati abi terlalu berat untuk menerimanya sebagai sahabat seperti dulu... cukup peristiwa itu sebagai pengajaran untuk abi dalam sebuah persahabatan ".

Sehinggalah detik abi meninggalkan Sandakan NOV 2004, hanya isteri dan anak-anaknya sahaja yang datang mengucapkan selamat tinggal di airport... dan abi terdengar bisikan antara isterinya dengan Ummi... " Kak, walauapapun yang berlaku antara meraka ( abi dan kawan ) kita tetap akan menjadi sahabat hingga ke akhir hayat... ) dan abi tahu ummi masih setia bersms dengan isterinya hingga ke hari ini...

31 Dis 2005, terdetik hati abi menghantar sms kepadanya, memohon maaf... dan ketika itu abi di Kelana Jaya menungggu penerbangan ke Mekah bagi menunaikan Haji... sms tidak berbalas... dan abi mengambil keputusan menghubunginya... abi memohon maaf di atas segala kesilapan abi... beliau memaafkan... tapi suaranya layu... nadanya tidak seperti seorang sahabat yang abi kenal... dan detik itu, abi dah dapat rasakan, abi telah kehilangan seseorang dalam hidup abi... kehilangan untuk selamanya... kehilangan sebuah kemanisan persahabatan... kehilangan sebuah ikatan ukhuwwah yang jitu... hanya kerana ego abi dan mungkin kerana rasukan syaitan... dan detik itu juga abi dapat rasakan Sang Syaitan ketawa kegembiraan meraikan kejayaan. Sehingga hari ini abi masih menyimpan warkah dari sahabat ini, warkah memohon kemaafan... abi sesal namun abi tak boleh berbuat apa-apa, segalanya sudahpun berlalu. Bila abi memandang cermin abi malu sendiri dengan diri abi...

Nasihat abi buat mereka yang mempunyai sahabat... jagalah hati mereka sebaiknya dan jadikanlah kisah abi satu pengajaran... Walaupun abi mengatakan maaf kepada dia... abi direct cakap kat dia abi dah maafkan segalanya... tetapi sebenarnya sikap abi, perilaku abi, cara abi, tindakan abi tidak menunjukkan sebuah kemaafan... apalah sangat dengan lafaz kemaafan andai disusuli dengan kehancuran persahabatan. Sebuah lafaz yang kosong hampa... dan sejak itu, abi berjanji dengan diri, sesungguhnya abi tidak akan lagi bersikap begitu, walau sebesar manapun kesilapan yang dilakukan oleh sahabat2 abi... abi sesal.

Dan ini lagu yang abi suka nyanyikan bersama beliau dan pelajar2 dalam majlis kami...



Ukhuwwah Fillah tidakkan musnah
Walaupun ombak walau badai mendesah
Tautan erat tidakkan punah
Dengan Ismullah kita berbaiah
Bertemu berpisah
hanya kerananya semata
Reda Allah cinta kami
Moga-moga kitakan di rahmati
Dengan niat yang suci
Bertemu kembali di negeri abadi...

... dan tadi semasa dalam kereta, abi mendengar berita jam 9 Radio Nasional... " Kerajaan tetap akan meneruskan sambutan perayaan untuk semua masyarakat" PM malaysia... dan dengan keputusan ini, bagi abi satu penghinaan kepada institusi mufti... apabila Mufti Perak meminta agar di kaji semula perayaan tersebut abi dah cukup bangga dan gembira. Secara peribadi, abi berpendapat sambutan perayaan sepeti itu tidak perlu diadakan... dan dengan sedikit ilmu yang ada abi tetap berpegang sambutan seperti itu BERKEMUNGKINAN membawa kepada SYIRIK... Abi keciwa dengan keputusan Pak Lah, betul-betul keciwa...

Lagipun rasanya, setiap perayaan yang disambut lebih kepada bergembira bukan mendekatkan diri dengan Allah. Perlu dingat, perayaan bagi kita Umat Islam bukan satu perkara main-main, perayaan merupakan satu ibadah yang diperintah Allah, yang mempunyai adab-adabnya... yang mempunyai peraturan-peraturannya sebagaimana ibadat-ibadat lain... Perayaan bukanlah disambut suka-suka. Abi rasa dah banyak sangat perayaan yang kita sambut secara bersama pesta airnya, sambutan kemerdekaannya, jom hebohnya semuanya berkonsepkan pesta, dan sepanjang pengamatan abi juga, setiap sambutan, tidaklah sangat disambut beriya-iya oleh kaum lain di Malaysia ni... apa-apa perayaan, yang lebih-lebihnya orang Melayu... semacam ada satu agenda untuk mengkhayalkan orang melayu dengan pesta-pesta dan perayaan yang pelbagai... Akhirnya lekalah orang Melayu... dan apabila keputusan peperikssan merosot orang melayu juga dipersalahkan... tapi siapalah abi, untuk menegur seorang Perdana Menteri... sedang pandangan seorang Mufti pun tidak diendah, inikan pula abi...

Abi respek dengan orang Malaysia... sebenarnya orang Malaysia masih lagi punya nilai agama yang kuat dan masih paham akan agama... buktinya : Undian SMS oleh buletin utama TV3 malam khamis lepas berbunyi " Patutkah perayaan agama di sambut secara bersama " :menyaksikan tidak sebanyak 76%. Alhamdulillah. Cuma abi tak tahu setakat mana relevannya undian SMS ini kepada sebuah kerajaan.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Selamatkanlah anak cucuku dari fitnah dunia yang tidak berkesudahan dan ampunkan lah dosa kami samada di sedari atau tidak... Amin.

Monday, June 12, 2006

ABI, UMAR DAN HARI BAPA...

Erm.. lama juga abi tak update blog maklum ajelah sibuk cuti sekolah jalan sana-sini... hehe macamlah jalan sakan. Padahal ornag lain lebih lagikan kan kan...

Oklah, sedar tak sedar rupanya kita dahpun masuk setengah tahun, dah bulan JUN pun... bila masuk bulan Jun ni apa yang abi nampak kat TV citer tentang sambutan hari bapa... walaupun abi tak pernah sambut hari bapa... dan tak tahupun bila tarikh tepatnya... hehe yang abi tahu jatuh pada bulan JUN, tapi kenapa plak abi beriya benar buat entry abi, umar dan hari bapa yer...

Oklah abi terus je ke apa yang nak abi sampaikan... semalam, kawan abi ziarah, kira antara kawan yang rapat dengan abi jugalah... beliaupun seorang juga anak tetapi perempuan 7 tahun dan abi lelaki 5 tahun. Budak 2 orang ni memang baik... kadang Umar lepak rumah Tikah kadang Tikah lepak rumah Umar... camtulah baiknya. Semalam tu, Tikah lepak rumah Umar bila ayahnya balik... mula eloklah meraka berdua main maklumlah bebudak. Pastu tetiba Tikah nak tengok VCD, abipun pasanglah VCD Muhammad Rasullah animasi tu memang menarik ceritanya... cerita tentang nabi kita... Abi pasanglah kat komputer maklumlah rumah abi ni takde VCD...

Sedang sedap Tikah menonton, tetiba Umar pergi tutup PC... Umar kata Umar tak nak tengok... Umar dah banyak kali tengok... Abipun tegur lah tak baik macam tu sian kak Tikah nak tengok... kak Tikah bukan selalu tengokpun... takpelah, sambil abi pergi pasang semula VCD tu. Umar diam dan meluru dekat meja tulis, dia diam membisu... abi kata jangan macam tu tak baik sian kat kak Tikah tu.. tak baik tahu dan Allah marah macam tu... Umarkan anak baik... gi tengok sama-sama dengan akak tu.

Umar meluru plak kat kerusi sofa tetiba dia ambik pedang mainan dia dan letak kat leher, mengacu2 pedang mainan tu kat leher Umar berkata " Abi suka Umar matikan... Biar abi takde Umarkan, makin laju lagi tangan dia mengacah-acah ke lehernya " abi diam je dan padangan mata abi berlopak.. naper plak kena ngan anak aku ni... tak pernah buat macam ni... Tak lama kemudian Umar bangun dan keluar dari rumah, Abi nampak dia jalan-jalan ke pintu pagar abi intai... rupanya dia terus menapak meluru ke hujung jalan ... abi terpaksa bertindak... abi ekori, bila dia nampak abi, makin laju Umar lari... abi yang dah makin boroi ni terpaksa lah kejar, kira letih jugalah mengejar anak seorang ni... sambil berlari sambil mengomel, " Umar tak nak balik, Umar tak nak Balik, Umar tak nak balik... Abi tak sayang Umar " Bila abi dapat je abi terus rangkul peluk dan cium sepuas hati... dan abi bertanya kenapa macam ni... dia diam je... dan cuba lari lagi, mujurlah abi cepat kunci pintu...

Sejak peristiwa semalam tu sampai hari ni abi tak lena tidur dok memikir je... kenapa anak sekecil tu boleh bertindak macam tu... besar sangat ke salah abi... besar sangat ke dosa abi pada Umar... kenapa Umar buat macma tu kat abi... pelbagai persoalan dalam benak abi, abi sedih. Demi Allah abi sedih sangat... sampai hari ni abi terus terpikir... Mungkin juga ini satu peringatan pada abi atas dosa-dosa abi... tak kira lah dosa dengan sesiapapun... Mungkin Allah jadikan peristiwa ni sebagai peringatan kepada abi... agar banyakan muhasabah...

Mungkin juga abi dah banyak buat silap pada mak dan ayah di kampung... tanpa abi sedari abi dah buat dosa kot... atau mungkin juga abi silap pada sahabat2 abi.. abi tahu semua sahabat abi baik-baik belaka... cuma kadang-kadang abi yang tersilap pengertian, mungkin tak abi sedari abi dah menyakitkan hati sahabat abi... Maafkan abi umar, ibu dan ayah di kampong dan semua yang pernah kenal abi... Maafkan abi... Abi tahu Umar tidak bersalah, apalah yang Umar tahu di ketika usia sebegitu... abi yang bersalah tapi abi tak tahu kepada siapa abi bersalah... cuma abi bersyukur kepada Allah mungkin kejadian ini sebagai peringatan atas dosa-dosa abi kepada semua... Mujurlah Allah ingatkan kembali...

Umar ketahuilah abi sangat menyayangi mu... sayanggggg. Jangan kau ulangi lagi anakku... Dan sekali lagi untuk semua yang kenal abi... maafkan abi, mungkin abi ada berbuat dosa tanpa abi sedari... sehingga Allah datangkan peringatan melalui peristiwa ini, dan kebetulan di ketika smabutan hari bapa... Abi cukup tersentuh... Moga inilah kali pertama dan terakhir Umar bersikap seperti ini... Amin Ya Rabbul Alamin.

Maafkan Abi... dan buat sahabat yang pernah terluka dengan abi... ketahuilah abi tak pernah berniat melukakan hati sesiapa...

Monday, June 05, 2006

DUA DUNIA KITA... BERBEZA

Dua dunia kita… berbeza??? Apa tu abi, bunyi macam lagu duet Siti ngan Too Phat je… ye memangpun. Kenapa, tak percaya abi sukakan lagu macam ni… macam abah juga, kalau abah dengan misyar hehe opps Mishanya, abi plak tak kurang hebatnya. Abi ni suka semua lagu2 yang sedap didengar telinga tak kira siapapun penyanyinya… Sungguh, abi memang sukakan semua lagu-lagu jangan fikir abi tak dengar plak lagu yer… lagipun kan muzik tu suara alam… kicauan burung di angkasa, deruan ombak memukul pantai semua tu berunsurkan muzik.

Cuma abi takdelah penyanyi yang abi suka sangat atau apa orang lain kata sebagai penyanyi pujaan, maaf abi takde. Setakat ni abi lebih kepada suka mendengar lagu dan suka kepada senikata2… lebih2 lagi senikata yang berunsur kemanusiaan. Tak kiralah apa cabangnya rap ke rock ker… ke matel ker… nasyid tu dah sememangnya, takpun layan sesekali lagu ahli pikir... samseng, samseng, samseng hehe kadang abi rasa lagu rock lebih baik senikatanya dari lagu tangkap lentok yang mengagongkan cinta sesama manusia secara melampau... mungkin juga zaman abi dah berlalu dengan lagu-lagi jiwang ni, hehe kira dah out of date... tua sangat dah ke abi ni yer???

Ala panjang lebar plak abi ni, nak cerita benda lain, benda lain plak timbul… abi nak cerita tentang 2 dunia sekarang ni…satu dunia nun jauh dari kita dunia sedara kita… sedara seagama dengan kita yang ditindas. Kita di sini senang lenang tapi meraka di sana menderita… kita di sini hidup dengan membazir… makanan tak sedap sikit kita buang merata-rata tempat… mereka di sana mengutip dari sisa-sia buangan orang. Sedih, abi betul2 sedih bila baca artikel kat sebelah ni… SURAT BUAT UMAT ISLAM DI MALAYSIA… surat terbuka ini ditulis oleh Dr. KHalil Perdana Menteri Palestin sendiri. Sekiranya sahabat berminat boleh lihat kembali dalam akhbar UTUSAN MALAYSIA - SISIPAN MEGA dalam RUANGAN AGAMA. HARI JUMAAT BERTARIKH 02 JUN 2006

Sahabat baca, sahabat hayati.. insya allah sekurang2 nya dapat memberikan keinsafan kepada kita betapa sesungguhnya kita mempunyai tanggungjawab besar terhadap sedara seagama dengan kita yang sekarang sedang dihimpit oleh penderitaan. Apa salah mereka ??? Salah mereka hanya kerana mereka memilih HAMAS sebagai kerajaan mereka. Dengan kemenangan HAMAS secara demokrasi telah mengejutkan dunia khususnya pihak barat sendiri kononnya HAMAS merupakan puak pengganas. Pelbagai sekatan dikenakan kepada HAMAS , sehinggakan bantuan dari Negara-negara eropah, bahkan dari Negara Umat Islam sendiri di sekat masuk ke sana…

Lihatlah betapa tidak senangnya negara barat, teruatama Amerika bila melihat kemenangan kepada pihak Islam itu sendiri… walaupun Hamas memenagi pilihanraya secara sah melalui sistem demokrasi yang ditaja oleh barat. Begitulah barat, walaupun demokrasi mereka tuntut, tetapi apabila demokrasi itu memilih parti Islam… meraka juga akhirnya menolak pemilihan yang dibuat secara demokrasi. Benarlah Firman Allah Taala yang bermaksud : “ Sesungguhnya orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan Redha kepada Umat Islam sehingga kita mengikut cara hidup mereka ” Mungkin satu kesilapan HAMAS, HAMAS tidak menggunakan pendekatan Islam Hadhari yang dilaksanakan di Malaysia…

Lihatlah bagaimana Islam yang diperkenalkan di Malaysia… begitu diterima oleh pihak Barat teruatama Amerika. Sesungguhnya Amerika dan barat sangat lunak dengan pendekatan Islam Hadhari yang dibawa oleh Malaysia. Perlu difikirkan bagaimana barat boleh menerima Islam Hadhari sedangkan jelas dalam firman Allah di atas barat tidak akan redha dengan kita selagi kita tidak mengikut cara hidup mereka ??? Abi, tidak mempersoalkan betul atau salahnya Islam hadhari… jangan silap paham. Cuma abi memperkatakan tentang sunnatullah berdasarkan ayat tadi… Sekali lagi abi tekankan “ sesungguhnya Yahudi dan Nasrani tidak akan redha selagi kita tidak mengikut cara hidup mereka”.

Bercerita tentang Islam Hadhari… teringat abi satu peristiwa di sekolah tahun lepas… seorang cikgu berlari-lari mengejar abi… abi, abi, abi nak tanya ni… abi cakap tanyalah kalau abi boleh jawab abi jawab kalau tak abi simpan dulu… abi ni bukan pakar hukum syarak. Ok cam ni bi, aku ada satu nak tanya… kalau kita mati nanti kita disoal mungkir nakir tentang agama kita kan … Abi jawab yerlah naper. Jadi ni nak tanya abi lah ni… “ Kita nak jawab agama kita apa… Islam ke Islam Hadhari… yelah sekarang ni kitakan selalu sangat sebut Islam hadhari, Islam Hadhari, hari-hari kita ulang, bimbang juga tersasul depan malaikat maut tersebut Islam Hadhari.. boleh ke ??? Abi senyum je sambil cakap, ko fikir sendirilah jawapannya Mat… haha abi malas nak layan soalan-soalan macam tu…

Oklah, dah panjang lebar plak cerita tentang dunia Palestin ni … abi nak cerita tentang dunia kita, dunia Malaysia yang abi cintai ni. Abi nak sentuh tentang sikap kita, sikap kita yang sangat berlembut dan bertoleransi dengan kenalan kita dari kalangan bukan Islam… sampaikan kadang-kadang abi rasa, ada keadaannya mereka dah mula naik kepala dengan kita. Semalam abi terima e.mail dari egroups… satu e.mail dari seorang wanita yang menceritakan… bagaimana beliau disoal oleh seorang lelaki Non Muslim yang sudah agak berumur disebelahnya dalam LRT untuk pulang dari kerja… apa kata lelaki tersebut “ tak panas ke awak pakai macam ni, kan sekarang ni cuaca panas”??? beliau bertudung labuh…

Abi tinggalkan cerita tersebut camtu sahaja, bukan itu abi nak sampaikan… hari ni ada benda lain abi nak sampaikan… kalau diPalestin betapa sedara kita dikepung dengan penderitaan oleh pihak barat khususnya dan meraka yang bukan segama dengan kita… tetapi dinegara kita sendiri betapa kita terlalu lunak dengan mereka. Apa isunya!!! Ermmm abi tak cakap saja, abi nak sentuh tentang Tabung Haji… betapa bagi abi tindakan Tabung Haji terlalu menghiris perasaan abi sebagai Muslim. Abi tak tahulah bagaimana pandangan sahabat tentang isu ini, sungguh abi merasa terhiris… apabila Tabung Haji membuat satu memorandum persefahaman dengan sebuah syarikat bukan Islam untuk membekalkan barangan keperluan jemaah haji semasa di tanah suci. Anda boleh lihat petikan akhbar di bawah. Tarikh 30 MAY 2006 SELASA… UTUSAN MALAYSIA.

Dah takde sangat ke syarikat bumiputra Islam di Malaysia ni… kalaupun tak dapat syarikat Melayu Muslim sekurangnya offerlah pada syarikat-syarikat bukan Melayu yang beragama Islam… Lemah sangat ke kita Umat Islam di Malaysia ni… sampaikan perkakas untuk menunaikan haji kita disediakan oleh syarikat bukan Islam. Dahlah tu, syarikat tu rasa-rasanya kepunyaan usahawan yang bergama kristian lagi… ( daripada nama beliau ) Tak mungkinkah wang kita yang dilaburkan ke syarikat tersebut digunakan oleh mereka untuk membesarkan lagi usaha-usaha kristianisasi di Malaysia… segalanya berkemungkinan. Abi yakin 100% pendeposit Tabung Haji ni semuanya Umat Islam… kalau di Bank Islam ke Bank Muamalat ke atau Bank Rakyat sekalipun mungkin terdapat 5 – 10 % pendeposit yang bukan beragama Islam… tapi abi rasa kalau di Tabung Haji semuanya datang dari Umat Islam.

Datang dari makcik-makcik nun di hujung kampong yang berusaha gigih mengumpul demi untuk menunaikan rukun Islam ke lima ni… Hargailah sedikit jerih perih mereka, susah payah mereka mencari wang dengan memberikan barangan terbaik dari Umat Islam sendiri… hargailah… Abi bangga dengan seorang bakal haji, menyuarakan ketidakpuasan beliau dalam forum utusan Malaysia di ruangan surat pembaca hari berikutnya 31 May 2006 dan meberikan kesanggupan untuk mendapatkan pembekal terbaik di kalangan Umat Islam sendiri. Syabas. Cuma abi agak terkilan, dalam isu ini hanya seorang pembaca sahaja yang menghanatar surat menyatakan pendirian… kemana hilangnya yang lain… kalau dalam isu kawin misyar kita boleh dapatkan pelbagai pandangan samada pro dan kontra hari demi hari… tetapi dalam hal ini kita membisu seribu bahasa. Apakah misyar lebih penting dari isu ini ???
Anda boleh lihat komen pembaca ini di sebelah.

Dan alhamdulillah selang sehari selepas komen dari pembaca tersebut, Timbalan Pengerusi Koperasi Tabung Haji Berhad telah memberikan penerangan balas kepada pembaca tersebut… apapun bagi abi, secara peribadi, abi masih lagi tidak berpuas hati… abi sedih sebenarnya dalam keadaan semua orang menunding orang Melayu lemah… orang Melayu tak pandai niaga, orang Melayu tak reti jaga syarikat orang Melayu terlalu mengharapkan tongkat…dan macam-macam lagi… tetiba apa yang kita berikan keada usahwan berbangsa lain lebih dari tongkat… kalau orang Melayu kita berikan tongkat… mungkin kita telah memberikan kepada usahawan lain kerusi roda atau lebih lagi… inilah buktinya. Senang-senang je mereka mendapat untung dari penat lelah kita pendeposit yang 100% orang Islam. Fikirkan… Betapapun kita telah terlambat menyuarakan bantahan… MOU telah ditandatangani selama 5 tahun.
Sila sahabat hayati apa jawapan dari pihak Tabung Haji….

Bagi abi, Insya Allah abi akan membatalkan potongan yang abi dan ummi telah buat. Abi akan cuba mendapatkan tempat yang lebih baik… lebih biak caranya, lebih baik perlaksanaannya dan lebih besar juga pulangannya… hehe macamlah abi buat potongan puluh ribu… dan abi tahu tindakan abi ni sedikitpun tidak akan melemahkan Tabung Haji…apalah sangat dengan potongan Tabung Haji yang hanya beberapa sen sahaja dari abi dan umi… Apapun abi rasakan abi perlu bertindak… sahabat bagaimana ???

Maaf... dah puas abi upload gambar-gambar keratan akhbar tu tapi tetap tak keluar... blogspot bengong sikit hari ni kot... hehehe nanti abi try lagi.

Friday, June 02, 2006

MUTIARA KATA

Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah swt

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt

Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. . . . . . Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati si hamba itu..

-Ibnu Qayyum-

Wednesday, May 31, 2006

TEKA TEKI IMAM GHAZALI

Fikir-fikirkan... dan paling penting amalkan...

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya :

Soalan pertama
Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum kerabat

Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI ( Surah Ali-Imran:185) . Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.

Soalan kedua
Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?

Murid 1 : Negeri Cina
Murid 2 : Bulan
Murid 3 : Matahari
Murid 4 : Bintang-bintang

Iman Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU . Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Soalan ketiga
Iman Ghazali : Apa yang paling besar didunia ini ?

Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi

Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179) . Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

Soalan keempat
Imam Ghazali : Apa yang paling berat didunia ?

Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah

Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ) . Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah(pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Soalan kelima
Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Murid 4 : Daun-daun

Imam Ghazali : Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan
sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.

Soalan keenam
Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali didunia ini ?

Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang

Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Thursday, May 25, 2006

PERGI TAK KEMBALI

Erm... rasanya dah agak lama juga abi tak menulis... dan Insya Allah hari ni abi banyak sikit masa free dan abi cuba menulis apa yang terlintas di kepala abi. Moga-moga apa yang abi tuliskan ni dapat memberi kebaikan kepada semua sahabat. Amin.

Abi nak citer apa yang berlaku pada abi hujung minggu yang lepas... hehe dah nak masuk hujung mingu semula baru abi ada kesempatan nak citer tentang minggu lepas apalah abi ni...

Hujung minggu lepas, biasalah program tetap abi balik ke kampong, cumanya minggu ni ada sedikit berita sedih yang abi terima... hari sabtu pokde abi ( sepupu mak abi ) telah kembali ke rahmatullah. Pagi tu sempat jugalah abi menziarahi jenazah beliau. Sempat jugalah abi bacakan Yasin kepada arwah... keluarga2 pokde ajak abi sama-sama memandikan jenazah beliau, abi bukan keberatan walaupun abi tak pernah lagi memandikan jenazah... tapi hari tu abi betul-betul tak dapat... sebab abi ada temujanji ngan kawan di Temerloh, sebenarnya terkilan juga abi... tapi apa nak buat, Sekurangnya dapat memberi pengalaman kepada abi... Insya Allah lain kali abi tak akan cuba menolak...

Apa yang abi nak ceritalah, dari cakap-cakap sedara mara yang datang menzairahi pokde ni meninggal tanpa apa-apa penyakitpun... memang penyakit maut... sedang borak2 tetiba batuk2 dan meninggal dunia... Begitu senang beliau pergi... semoga beliau juga senang di sana nanti. Amin. Bila teringat cerita ni, abi teringat plak kat nenek ummi lelaki dan perempuanpun macam tu juga... meninggal tanpa apa2 penyakit sedang borak2 tetiba batuk... dah lah tu jarak antara keduanya pun hanya dalam beberapa bulan jer...

Itulah kebesaran Allah, Allah tak tunjuk dan tak jadikan mati ni punya sebab2 tertentu... ada orang sakit sampai bertahun2 tapi tak mati-mati juga... ada orang terlalu mudah menemui mati... sedang seronok tengok bola pun boleh mati... mati mengejut di jalanrayapun ada juga, kiranya ALlah jadikan pelbagai sebab untuk kita menemuinya dan paling seronok bila dengar orang mati ketika sedang sujud kepada ALlah... seronok dengar dan semoga abi dan semua sahabat menemuiNya dalam keadaan sujud kepadaNya...

Sebab itu kita perlu sentiasa beringat... inilah hikmatnya Allah tidak menentukan sebab tertentu kepada kematian, umur tertentu kepada kematian, bentuk tertentu kepada kematian... agar manusia sentiasa beringat sesungguhnya kematian boleh datang bila-bila masa sahaja. Tak kira tua atau muda ada yang hanya sempat bernafas di dunia ni dalam seminggu dua sahaja... ada yang sehingga belasan tahun, ada yang sampai beratus tahun namun ada juga yang Allah ambil semasa dalam kandungan lagi... semuanya sebagai peringatan kepada kita...

Kebetulan plak abi baru je baca satu buku dan terbaca satu hadis tentang kematian, elok abi kongsikan maksud hadis tersebut dengan sahabat semua... " Aku tidak melihat keyakinan yang lebih mirip dangan keraguan dari keyakinan manusia dengan mati ". Rasanya tak perlu abi hurai panjang lebar semua boleh paham maksud hadis ni... Bila cakap tentang mati tiada seorangpun yang tidak percaya akan kematian. Setiap kita pasti akur dengan kematian... setiap kita yakin sangat yang kita akan mati hatta orang komunis yang tidak percayakan tuhan sekalipun mempercayai akan kematian... Cuma bila melihat kepada persediaan kita untuk menemui kematian... seolah-olah kita lupa langsung yang kita akan mati... seolah-olah kita akan hidup menongkat langit selamanya...

Kita lupa yang kita sebenarnya hanya berhenti sekejap didunia ini dalam perjalanan ke destinasi yang tidak berpenghujung... tetapi kita leka di perjalanan... berapa lama sangatlah kita hidup didunia ni... paling2 60 tahun atau 70 tahun dan jarang sangat yang pergi hingga 100 tahun... tetapi kita di sana adalah selama-lamanya... tidak ada perbandingan matematik yang mampu membandingkan kehidupan dunia dengan akhirat... Nak kita bandingkan di dunia yang hanya 60 ke 70 tahun dengan satu tempoh yang tidak berkesudahan... Pasti kita tidak akan dapat satu nisbah... dan andainya kita bahagia di sana pasti kita akan bahagia selamanya... Ya ALlah seronoknya... tempatkanlah kami ... dan andaikan kita derita di sana sesungguhnya selama-lamanya kita akan menderita ... tidak dapat dibayangkan betapa deritanya... di dunia ini, kalau kita susahpun, mungkin dalam beberapa tahun sahaja... janganlah hendaknya kita terus dalam kesusahan bukan sahaja didunia tetapi di sanapun masih dalam penderitaan... Nauzubillah.

Panjang juga yer abi berceloteh bab-bab mati ni... mungkin ada sahabat yang jemu dah kot apa abi ni... tak seronok lah hehe bukan apa sebagai peringatan di hari jumaat yang mulia ni... Mungkin juga ada yang mengatakan apalah sangat ingat mati ni bukan boleh bawa kemajuanpun...

Bagi abi, sebenarnya ornag yang betul2 ingat matilah orang yang maju dan terkehadapan... dan insya Alalh kalau semua orang ingat akan mati negara kita akan jadi negara termaju di dunia ... kenapa abi cakap macam tu ??? Bila semua orang ingat mati, ingat dosa ... insya allah kita tak perlukan penjaga lain yang memerhatikan kita... kita tidak perlukan polis yang menjaga keamanan... kita akan jadi pekerja yang produktif kerana kita tahu setiap detik yang kita gunakan akan dikira oleh Allah diakhirat nanti...

Insya Allah kita takut untuk menerima atau memberi rasuah... kita takut untuk menggelapkan wang kerajaan atau tempat kerja kita... dan bila kita ingat kematian juga kita akan rasa seronok dengan kerja kita, dan kita merasakan itulah ibadah kita... Inilah sebenarnya kesempurnaan Islam itu sendiri... Kalaulah Islam itu hanya ibadat di tikar sejadah sahaja 24 jam... bermakna Islam itu bukanlah suatu yang sempurna... ibadat itu terlalu luas... cuma nawaitu kita sahaja yang menentukannya... Sesungguhnya amat indah hidup bersama Islam bagi mereka yang mengerti.... oklah rasa dah panjang sangat bab kematian ni... ni ada satu web yang menginsafkan boleh layari... klik : Kematian.

Apa lah abi ni, tadi kata nak cerita tentang hujung minggu... hehe tulah sebenarnya cerita hujung minggu abi... cerita lain takde apa yang menarik sangatpun nak dikongsikan... cuma abi rewang2 naik motor hujung kampung dengan ummi dan umar je... Lihat gambar dibawah ni...

Abi terhenti sekejap dekat sekolah lama abi... Sekolah Kebangsaan Sanggang... nilah sekolah abi yang mengenalkan abi dengan baca tulis... maklumlah dok kampong pedalaman masa tu, mana ada sekolah tadika macam zaman sekarang... masuk sekolah tulah abi kenal huruf dan angka... sekolah yang meninggalkan seribu satu nostalgia dalam hidup abi. Alhamdulillah. Terima kasih guru-guru yang sabar membimbing dan memahami karenah abi...

Oklah tu je cerita abi... panjang kot abi menulis kali ni... bukan apa dalam 2 minggu ni abi jarang dapat update... maklumlah cuti sekolah. Insya Allah cuti ni abi nak ke KL dan jalan-jalan ke Putrajaya dan mungkin juga jalan-jalan ke Melaka... dan semestinya dengan Umar dan Ummi tersayang... Kalau ada sahabat2 blog yang nak kenal abi bolehlah kita berjumpa... hehe. Jumpa di sana...

Ummi plak, biasalah tetap dengan rutinnya sebagai wanita melayu teakhir dalam hidup abi, jangan marah mi, sayang mi... dengan kerja-kerja rumah yang tentu tak berkesudahan hingga ke hujung nyawa... Namun, Insyaallah pastinya, ganjaran dari Allah di sana nanti amat besar, dan semoga ditempatkan di syurgaNya... dan sesuatu yang abi tabik kat ummi, dalam sibuk2 dengan kerja rumahnya tu... Mi tetap berjaya menyiapkan tempahan kopiah Kak Ruzaini dari Pekan... dan alhamdulillah dahpun sampai ke Pekan semalam. Katanya kopiahpun molek-molek dengan sikembarnya Akmal dan Akram. Terima kasih kak... kalau berminat boleh order lagi haha.
Inilah hasil tangan ummi...

Dan kepada meraka yang bergelar pendidik... selamat bercuti walaupun dalam kamus hidup sebenarnya tugas mendidik ummah tidak ada kesudahannya selagi nyawa dikandung badan... selagi mana kita masih bernyawa kita harus mendidik...dan gunakanlah cuti selama 2 minggu ni sebaik mungkin...

Wassalam.

Tuesday, May 23, 2006

NANTI...

Tak de apa abi nak cerita sangat hari ni Walaupun ada idea tapi tak kesempatan nak menulis hahaha ), lagipun sibuk sikit jaga peksa... banyak cikgu keluar kenalah relief... tu yang letih sikit tu... Apapun abi pastekan jelah satu e.mail yang abi dapat...

Banyak manfaatnya kalau kita dapat amalkan.... ok hayati bersama... terima kasih si pengirim e.mail...

Tadi Ustaz Wan sebut dalam khutbah, umat Islam hari ini kurang berjaya sebab ada sikap nanti dulu. Procrastinate. Nantilah. Esoklah. Jap g. Sibuklah. Atau dalam bahasa standard, suka bertangguh.

Umat terdahulu sungguh berjaya, antara faktornya mereka tidak suka bertangguh kerja. Cuba lihat 3 contoh ini:

1. Bila ayat terakhir pengharaman arak diturunkan, para Sahabat yang masih menyimpan arak terus membuang arak tanpa bertangguh lagi. Mereka tak kata, takpelah habiskanlah semua arak yang ada dulu. Esoklah kita buang. Tapi sejurus selepas arak diharamkan Allah, terus mereka buang.

2. Bila ayat pertukaran kiblat dari Baitul Maqdis ke Masjidil Haram, Nabi saw sedang solat Asar. Apabila wahyu diturunkan ketika itu, Nabi saw terus memalingkan dirinya menghadap Kaabah. Nabi saw dan para Sahabat lainnya tidak tunggu solat Maghrib baru nak menghadap Masjidil Haram.

3. Selepas peperangan Khaybar, para Sahabat berjamu daging keldai. Ketika itu daging keldai masih dihalalkan. Lalu Nabi saw dijemput makan sekali. Dalam perjalanan ke tempat jamuan, Nabi saw mendapat wahyu sesungguhnya daging keldai adalah haram. Lalu, kesemua daging keldai terus dibuang. Licin. Tidak ada yang mengeluh. Semua diterima sebulat hati walaupun sudah penat menyediakannya.

Hari ini? Tak perlu sebutlah isu-isu yang selalu dimainkan orientalis seperti poligami, faraid, aurat, jihad, hak wanita dan sebagainya yang sengaja dibuat untuk mengelirukan umat Islam, cukuplah kita lihat isu solat fardhu, perkara yang paling asas dalam Islam.

Berapa ramai selepas mendengar laungan azan, terus menunaikan solat? Atau kita selalu kata, awal lagi. Baru 1.30 (waktu zuhur).

Sebab itulah kita kurang berjaya dan tidak dapat menghayati Islam sepenuhnya. Benda asas pun kita boleh kata nanti dulu, inikan pula hukum-hukum lain.

Terima kasih Ustaz Wan. Sungguh terkesan khutbah tadi.

Monday, May 22, 2006

KONTANG IDEA...

Hari ni abi kontang idea… bukan kering lagi, kontang terus… hehe. Sebenarnya ada idea tapi malas nak memikir sangat idea berat-berat tu… ceh waa… macamlah blog abi ni memberikan idea yang hebat-hebat hahaha…

Jadi, hari ni abi nak kongsikan beberapa sms yang abi terima dari sahabat dan bekas student abi tentang hari guru… Maaf kepada pengirim, abi tak balas sms yang dikirimkan dan abi tak kirim smspun kat sesiapa… maaf yer… minyak naik ni, kena berkira sikit haha … kedekutnya abi…

Justeru, abi hanya ucapkan Selamat Hari Guru di sini jer… dan Ingatlah kerja kita merupakan Ibadah… tu jer… Cuma satu lagi kena ingat bila dikaitkan dengan ibadah, dia ada hukum tertentu… macam solat, macamana nak dapatkan ibadat, kena ikut peraturan, kalau tak mungkin kita terbatal… mula-mula lagi kena betul, kena ada wudhuk dan mesti tahu cara-cara menunaikan solat.

Begitu jugalah dengan apapun kerja kita, bila buat kerana Allah dia ada hukum tertentu… yang membawa kepada sah dan batalnya… Justeru, check kerja kita sah atau batal, ibadat atau tidak!!!… kalau tak rugi dok pejabat 8 – 5 petang tapi tak dapat apa hanya gaji je hujung bulan, tupun tengah bulan dah nak kering semula, tu abilah… haha


Satu persoalan!!!

Sambil bekerja sambil main intenet ni boleh jadi ibadat ke kerja kita yer ??? ( bukan apa… abi rasa 90% dari kita menggunakan harta pejabat termasuklah abi…) kena tanya Abang Duan ni hehe… takpun kot abah boleh jawab.


Panjang plak abi melalut tadi kata nak letak sms yang abi terima ni panjang plak leteran macam mak nenek jer… Ok sebelum tu abi ucapkan ribuan terima kasih kepada yang masih mengingati abi… terima kasih atas ingatan dan sms yang dikirim… sekali lagi abi mohon maaf kerana tidak membalasnya…


SMS 1 :
00.03 00.02 00.01 00.00 … ### Selamat hari Guru ### Buat **********, semoga sentiasa di rahmati Allah. DRPD Pelajarmu Shafiqah

Terima kasih Shafiqah… teruskan usaha dalam SPM 2006

SMS 2 :
Whos’ greater a mother or a teacher ? Ans : A teacher !Bcoz a mother can put only one child to sleep! but, a teacher puts the whole class to sleep…..! Happy teachers days…

Terima kasih Lein nun jauh di Keningau Sabah bah…

SMS 3:
*** “I’m sending a beautiful bird to wish u “ happy teacher’s day!” Dirimu ibarat pelita menerangi hidup orang lain!”, Sygnya orang sekarang guna letrik dah.

Terima kasih Fauzi nun jauh di Kuala Terengganu. Kawan lama.

SMS 4 :
### Doaku untukmu ### ketengangan jiwa, keceriaan minda & kesihatan fizikal semoga beroleh kebahagiaan hidup. Selamat hari Guru.

Terima kasih Nabila… bekas pelajar abi juga ni… Moga cemerlang dalam SPM 2006

SMS 5 :
@@@ HAPPY TEACHER’S DAY @@@ Hope u are the best teacher in the world @@@

Terima kasih rakan seperjuangan Cikgu Sarji. Amin… semoga kerja kita dianggap sebagai ibadah…

SMS 6 :
@@@May the love of Allah shine in your life, as you become alight for others, Happy Teachers day.

Terima kasih sahabat, Yus … belajo betul betul kat UUM tu… hehe bila agaknya nak makan nasi minyak…

SMS 7 :
Selamat Hari Guru Sayang… Moga semangat semakin kuat untuk mendidik ummah.


Erm.. yang ni ucapan paling istimewa bagi abi, dari ummi tersayang… Mekasih mi… moga ummipun akan lebih tabah mendidik anak bangsa tanpa rasa jemu.

Oklah rasanya dah banyak tu… cukuplah dulu nak tulis semuapun rasanya benda yang ditulis hamper sama je… kepada yang abi tertinggal jangan terasa hati plak… hehe terima kasih semua.

Thursday, May 18, 2006

PROTAZ...

Apa benda ni plak ni abi??? Bunyi macam nama planet je… hehe tak pun resipi baru abi ke… takdelah. Hari ahad lepas, masa abi beli akhbar MM dan BM, ( biasalah abi ni seminggu sekali je beli akhbar ) ex-student abi nipun turun sama, belek-belek akhbar dan majalah yang ada kat kedai tu dan akhirnya dia ambik majalah i… abi bukan tak tahu majalah ni… tahu dan pernah baca dulu-dulu tapi takdelah peminat setia… tapi bila ex- student abi ni, beli abipun tumpang semangkuk baca… seronok juga isinya banyak perbincangan ilmiah… minat plak nak baca selalu… Nantilah abi fikirkan mungkin abi akan langgan kot… hehe

Satu artikel yang abi nak kongsikan dengan sahabat blog abi, ( perasan macamlah abi ni ada peminat blog abi hehe ) pasal PROTAZ. Masa tengok tajuk tu, abi tak paham sangat apa ke bendanya PROTAZ, tapi bila abi baca lebih lanjut tahulah abi, kata singkatan dari PROFESIONAL dan USTAZ maka jadilah PROTAZ Agaknya apalah gelaran kalau PROFESIONAL dan USTAZAH … Mungkin PROTAZAH kot...tak pula dibincangkan dalam majalah tu bab ni…

Isu yang diutarakan, sekarang ni ramai golongan professional yang terlibat secara langsung dalam bidang dakwah… tak kiralah siapa mereka engineer ke doktor ke peguam ke… itulah asas kepada topik perbincangan. Di sertakan juga beberapa perbincangan dengan beberapa orang golongan Profesional yang terlibat secara langsung dalam dunia dakwah ni… antaranya pengasas Al-Ahkam, seorang pilot Hafiz Firdaus dan seorang Doktor iaitu Dr Danial.. . serta beberapa orang lagi yang abipun tak ingat sangat nak sebutkan namanya satu persatu.

Bagi abi, ikhlas abi cakap abi rasa seronok sangat dengan perkembangan yang berlaku ni, Islam ni bukan hak elit golongan agama semata-mata. Tetapi hak kita semua dan menjadi kewajipan kepada kita menyampaikannya walau sepatah ayat sekalipun… Bukan juga Islam ni hanya duduk di mimbar masjid… biarlah Islam ini berada dimana-manapun, mungkin dibawa terbang ke udara oleh seorang pilot atau berada di klinik dan hospital ditangan seorang doktor dan mungkin juga di kamar-kamar mahkamah oleh seorang peguam… kalau boleh di padang bolapun kita bawa Islam dan di dunia pentas hiburanpun kita bawa Islam dan inilah yang dikatakan kesyumulan Islam… Cuma yang membawa Islam tu kenalah jaga Islam tu dengan baik agak tidak tercemar.

Abi seronok sebenarnya bila baca tentang Hafiz Firdaus ni… banyak buku-buku karangan beliau. Beliau juga menguasai bahasa arab dengan baik. Moga akan lebih ramai lagi lahir ilmuan-ilmuan yang hebat seperti ini. Abi, abi sendiri sampai saat ini masih belum mampu melahirkan sebuah bukupun… melainkan sekadar merepek diblog-blog aje. hehe

Kalau kita tengok pada zaman sahabat dulu, mereka bukan sahaja seorang Ustaz… tetapi mereka juga seorang PROTAZ… dah lama dahpun PROTAZ ni bukan zaman sekaran ni jer… Lihat kepada Imam Ibnu Sina beliau bukan sahaja seorang Ulamak dalam bidang agama tetapi merupakan tokoh perubatan yang sangat terkenal, begitu juga denan Al-Khawarizmi yang memerperkenalkan Al-Gebra… juga seorang agamawan yang ulung…. Hatta Rasulallah SAW sendiripun merupakan seorang PROTAZ yang terunggul. Cuma mungkin istilah sahaja berbeza, istilah PROTAZ belum wujud pada masa tersebut… Rasulallah SAW seorang strategis perang yang hebat, seorang Imam di masjid ahli politik bahkan motivator yang cemerlang…

Mungkin kerana sistem pendidikan kita kini, yang memisahkan antara ilmu agama dan ilmu-ilmu yang lain menyebabkan kita jadi begini… Kalau seseorang yang berada dibidang agama… mereka hanya tahu agama sahaja… begitu juga bidang-bidang lain. Mungkin juga ini adalah agenda penjajah yang lama bertapak di Tanah Melayu dan hampir semua negara Islam yang dijajah.
Sepatutnya tidak ada pemisahan seperti ini, barulah akan lahir seorang intelektual Muslim yang hebat dalam segenap segi… abi rasa sahabat blog abi yang seorang ni ABAH boleh abi anggap sebagai PROTAZ kot … maaf abah jangan marah ye bah… Amin Ya Rabbal Alamin

Monday, May 15, 2006

TUJUH SEBELAS...

Hari ahad lepas abi ada perjumpaan dengan beberapa orang sahabat lama abi, nak katakan perjumpaan alumni tu boleh jugalah tapi taklah secara rasmi dan tak melibatkan ramai bekas pelajarpun dan tak de juga agenda khusus kecuali sekadar makan-makan sambil borak-borak kosong je… Boleh ke panggil perjumpaan alumni yer ??? Hehe.

Oleh kerana abi ni bekas pelajar sekolah agama, tak dapat tidak ramai diantara sahabat lama abi ni bekerja dalam bidang agama di premis kerajaan… Ada beberapa cerita yang abi nak kongsikan dengan sahabat blog, dan bagi abi cerita tersebut perlu difikir dan direnungkan sedalamnya…

Cerita pertama :
Kawan abi seorang ni mengeluh betapa pelajarnya sekarang ni runtuh betul dispilin dan pegangan agama mereka. Pernah kawan abi ni buat satu kaji selidik berkaitan dengan minum arak disekolahnya. Hampir 95% perlajar Islam disekolah tersebut mengaku pernah meneguk arak… itu disekolah beliau yang letaknya di kawasan felda yang hampir 100% penduduk sekitarnya beragama Islam.

Sekolah abi??? Maaf !!! abi belum pernah buat kaji selidik secara khusus, tetapi semasa abi mengajar di Sabah dulu pernah abi buat kaji selidik tak rasmi dalam kelas… tentang solat… Hanya 2 orang sahaja yang kedua ibubapanya tidak pernah tinggal solat lima waktu… pelajar lain ada yang ibubapanya solat 4 waktu sehari, 3 waktu sehari dan ada juga yang hanya solat jumaat…. Itu apa yang abi dapat. Pelajar!!! Hanya 2 orang pelajar yang ibubapanya solat sahaja yang menunaikan solat 5 waktu, yang lain ada yang solat dan ada yang tidak…

Abi tak nak panjangkan dan komen panjang-panjang abi rasa elok teruskan kepada cerita kedua…

Cerita kedua :
Masih cerita yang sama dan ada kaitan… dan mungkin bagi sahabat blog semua, ini adalah cerita biasa dan tak ada apa yang nak dikisahkan. Kawan abi seorang Ajk masjid dan kakitangan kerajaan… Ajk masjid tempat beliau risau dengan sebuah kedai yang baru dibuka… kedai biasa kita dengar kedai tujuh sebelas ( seven eleven ). Apa kena plak dengan kedai ni… besar sangat ke salahnya… bagi sahabat yang berada di KL memanglah biasa dengan kedai ni… lagipun senang berurusan dengan kedai ni. Buka 24 jam kan ??? Kenapa kawan abi ni marah sangat yer…

Memang kedai ni sekarang tengah ligat membuka francais diserata ceruk di negara kita ni…

Abi pun terperasan dekat Temerloh dah dua tiga tempat. Sebelum ni abi tak perasanpun. Panjang plak abi melalut… balik pada kawan tu tadi, dia bengang sebab kedai tujuh sebelas ni buka kat kawasan 99% Melayu dan menjual kondom dan arak terpampang kat kaunter utama. Itu kata dialah, abi sendiripun tak pernah masuk lagi betul ke benda tu dijual terpampang, Cuma abi jenguk-jenguk dari luar tujuh sebelas kat Temerloh tu pekerjanya perempuan Islam… Abi tahulah sebab dia memakai tudung. Pernah Ajk masjid jumpa dengan pihak pengurusan kedai tersebut, pihak kedai mohon agar Ajk masjid membuat satu memorandum kepada pihak pengurusan. Pihak masjid akur, dan buat satu memorandum kepada pengurusan tujuh sebelas namun tak ada kesanpun. Masih juga menjual produk tersebut.

Kemudian pihak masjid bawa kepada Majlid Perbandaran… Alamdulillah Majlis Perbandaran membuat beberapa tindakan… dan tindakan akhir Majlis Perbandaran ialah merampas barangan tersebut, tetapi apa yang menyedihkan selang sehari kemudian Majlis Perbandaran mendapat panggilan dari wakil rakyat kawasan tersebut… ( untuk makluman wakil rakyat bukan Islam – maaf abi tak boleh nyatakan kawasan mana … bimbang juga abi kang tak pasai-pasai kena ISA… hehe ) marah-marah dan sumpah seranah sambil bertanya “ tindakan diambil dari akta mana??? Peraturan no berapa ??? Main rampas-rampas mudah-mudah… tolong pulangkan kembali kalau tidak Majlis Perbandaran akan di saman..” begitulah bunyi panggilan dari wakil rakyat terbut… Abi sampaikan ni apa yang di perkatakan oleh kawan abi tadi… Terpaksalah Majlis Perbndaran dengan maruahnya yang tercalar mengembalikan semula…

Abi bila dengar cerita kawan ni rasa sedih… marah… geram dan macam-macam lagi… tapi hanya itulah sahaja yang abi boleh buat. Betul!!! Abi tak tahu macamana nak bantu… Abipun tak paham kenapa pihak pengurusan tak boleh bertolak ansur padahal perniagaan mereka di kawasan Islam. Abi masih boleh menerima dengan berat hati, kalau mereka hanya menjual kondom tapi ini ditambah dengan arak di kawasan 99% Umat Islam ni… apa hal… Abi rasa kita di Malaysia ni Umat Islam terlalu bertoleransi dengan orang lain… pernah juga seorang saudara abi yang bekerja di KL ditanya dengan gaya main-main oleh seorang bukan Islam di dalam LRT … Awak tak panas ke pakai macam ni ( tudung labuh ) hari panas-panas ni ???... Geram betul dia … sengaja mempersoalakan pegangan orang lain. Tapi itulah kita Umat Islam di Malaysia hanya mampu mengeluh… mengeluh dan mengeluh…

Dekat akhir perbualan abi, kawan tu menambah mungkin mereka Ajk masjid dan penduduk sekitar akan mengadakan demonstrasi di hadapan kedai tersebut suatu masa nanti sekiranya tiada jalan secara damai dilakukan… abi tak nak komen sangat pasal demonstrasi ni, walaupun kadang abi taklah setuju sangat… tapi abi rasa dalam keadaan tertentu kita perlu menunjukkan sikap kita agar didengari oleh orang luar… Bagi abi, semua ni kembali kepada sikap kita juga… Kenapa kedai orang bukan Islam boleh hidup di kawasan Islam… ini kerana sikap kita juga. Kita lebih agungkan apa yang datang dari luar… cuba kalau kita sendiri hanya membeli di kalangan kita dan dapatkan yang perlu aja dari bukan Islam rasanya kedai tu boleh tutup. Mungkin ada kalangan sahabat blog yang menganggap abi terlalu kritikal… atau ekstrem dalam masalah ni… Bagi abi satu je, abi perlu jelas dalam masalah yang melibatkan maruah umat Islam, tu je sikap abi.

Bila abi cek-cek, abi dapat maklumat kedai tujuh sebelas ni merupakan kedai rangkaian antarabangsa dibawah Yahudi Laknatullah… Jadi abi tak hairanlah, memang benarlah Firman ALLAH :



Jelas!!! Memang jelas dalam ayat ni orang Yahudi dan Kristian, mereka tidak akan redha dengan kita Umat Islam sehinggalah kita mengikuti segala jejak langkah meraka… Dah memang kerja mereka Yahudi dan Kristian ni… Cuma kita je yang masih belum paham-paham dan mengerti… Mereka memang bekerja siang malam untuk menjauhkan kita dari Islam yang suci ini… Cuma kita masih dalam Lena Yang Maha Panjang…

Abi pun ada cerita abi tentang pelajar abi sebenarnya… dan abipun cerita juga kat kawan-kawan abi tu dalam sembang kami… Cuma cerita hanya tinggal cerita… abi akui abi tak leh menunding jari kepada sesiapapun… semuanya kelemahan abi, abi masih lemah dalam perjuangan menegakkan kalimah mu Ya Allah. Ampunkan abi… dengan pelajar sendiripun kadang abi masih belum mampu. Mesti sahabat blog nak tahukan cerita abi… tapi nanti dululah dah panjang sangat abi melalut ni… mesti ada kalangan sahabat blog yang dah boringkan ??? Abi paham tu, oklah. Cuma renung-renungkan lah cerita di atas… kita selalu menjaga sensitiviti mereka tapi mereka….

Sunday, May 14, 2006

RINDU SEORANG UMAR...

Minggu ni dan sepanjang minggu lepas sebenarnya abi menrima dua orang tetamu. Dua orang tetamu tu bekas student abi, masa abi ngajar di Sandakan dulu orang Sabah bah… Sabahan.. . Bekas student abi ni sedang bercuti semester… mereka call nak datang lepak rumah abi seminggu… sempena cuti semester ni.

Malam tadi mereka dah balik semula ke UUM. Abi hantar ke setesen bas Temerloh jam. 10.30 malam. Apa yang abi nak cerita, tetntang Umar, dalam perjalanan ke stesen bas tetiba Umar bisik kat telinga abi. Mesti sahabat semua nak tahukan, apa yang Umar bisikkan…

“ Abi, nanti Umar rindulah kat abang ni…, abang tu nak balik rumah mak dia ke… Umar suka kawan ngan abang”, camtulah bunyi bisikan Umar. Abi terharu… tak sangka budak lima tahun ni pandai rindu-rindu plak. Mungkin sebab dia keseorangan dirumah kot. Seronok sangat Umar, ada teman seminggu kat rumah. Macam-macam dia belajo. Umar! Umar! kadang abi kesian juga tengok Umar keseorangan, macam-macam benda dia buat nak hiburkan hati sendiri.

Dalam perjalanan pulang plak, sekali lagi Umar berbisik “ Abi, Umar rindulah kat abang, dan abi nampak airmata menitis di kelopak mata dia… Sekali lagi abi rasa terharu dan sedih sangat. Sian Umar, duk rumah takde kawan. Kawan abi dan ummi jer… Moga tahun depan ada rezeki untuk Umar bermanja dengan adik… Maafkan abi Umar… Amin Ya Rabbil Alamin.

Buat ex student abi ni, terima kasih atas layanan baik terhadap anak abi Umar, dan datanglah lagi berkunjung ke teratak buruk abi. Rumah abi terbuka untuk anda berdua.... Kalau tak balik raya nantipun jemput datang beraya di Pahang. Jangan serik plak datang ke Pahang dah lah.

P/s : Kebetulan tadi abi terjumpa web kuliah agama secara online ... Bagus sangat. Elok untuk abi kongsikan dengan sahabat semua. Nak dengar klik ni : Kuliah

Wednesday, May 10, 2006

LELAKI ITU...

Apa ni sajak-sajak plak hari ni… jiwangnya abi… siapa lelaki tu ??? Hebat sangat ke lelaki tu… istimewa sangat ke dia ??? . Entah!!! entah kenapa, tetiba je hati abi nak bersajak… mungkin ada yang terbuku kot nak diluahkan… hehehe sebenarnya bukan tetibapun (tiru ayat abah ) dah lamapun abi buat sajak ni… Cuma hari ni, kuat betul semangat nak letakkan kat blog ni dan terasa juga nak hantar kat Mingguan Malaysia…

Bak kata abang Ridhuan… untung sabut jadik berus...hehe. Terima kasih abang Ridhuan atas dorongan dan semangat yang diberikan pada abi….

Sahabat mesti nak tahu siapa lelaki tu kan ??? Hehe Insya Allah bila sahabat baca sampai habis tahulah siapa lelaki yang tak malu itu… eeiii malunya…

Selamat bercuti Hujung Minggu untuk semua… Cuti tiga hari lagi tu… Best.

LELAKI ITU…

Lelaki itu…
Bertenggek di atas akar jati
Di tebing sebatang sungai
Lesu pandangannnya
Lemah jiwanya

Lelaki itu…
Tajam renungannya
Di dadanya penuh pengharapan
Menganyam maghfirah
Menggulit rahmah
Moga tergapai sebuah mardhiyah

Lelaki itu…
Menoleh ke belakang
Melihat masa silamnya yang kelam
Bagaikan sebatang sungai yang dikotori

Mungkinkah,
Hatinya kembali jernih
Jernih dalam penyaksian
Jernih dalam syahadah
Jernih dalam kaffarah

Arghh
Lelaki itu menjerit
Akan kulempar masa silamku
Akan ku Lontar masa gelapku
Akan ku campak masa kelamku
Biar dibawa arus biar hilang dari pandangan

Dan lelaki itu menapak
Tanpa menoleh ke belakang lagi… bibirnya mengomel
“ Lelaki itu aku…”

Tuesday, May 09, 2006

HATI SEORANG IBU...

Sedar tak sedar kita dahpun masuk bulan Mei… rasanya baru je lagi berlalunya awal tahun 2006. ... dah nak masuk setengah tahun. Dua minggu lagi insya allah akan cuti antara semester persekolahan. Abi perasaan, dalam bulan Mei ni banyak cuti dan banyak sempena… walaupun sempena tesebut tidak diberikan cuti. Dalam bulan Mei ni juga kita akan menyambut Hari Ibu… walaupun pada hakikatnya abi sendiripun tak pernah menyambut hari Ibu… kerana bagi abi, ibu adalah segalanya. Tidak ada hari tertentu untuk ibu… setiap hari kalau boleh nak je menempel dekat ibu… hehehe jangan marah ummi… Rasanya ummi paham abi ngan ibukan ??? Maafkan abi mi… Mungkin inilah kelemahan abi.

Bersempena dengan hari ibu ni,, abi nak ucapkan kepada semua yang bergelar ibu, berusahalah menjadi IBU YANG TERBAIK… agar syurga itu terus kekal berada di bawah telapak kaki setiap ibu… kepada ummi terima kasih kerana menjadi seorang ibu yang mithali buat anak kita, Umar tersayang… Insyaallah segala pengorbanan ummi akan dibalas syurga oleh Allah SWT. Maafkan abi sekali lagi, kerana tidak bijak menyusun kata yang indah untuk menggambarkan perasan abi, betapa berterima kasihnya abi terhadap ummi. Maafkan abi sayang…

Bersempena hari ibu ini juga, abi nak paparkan satu kisah, ya abi tahu, kisah ni memang dah biasa sangat dengan kita apabila kita memperkatakan tentang ketaatan kepada ibubapa… tentang penderhakaan kepada ibubapa… tentang kemuliaan kepada ibubapa. Pasti cerita ini akan mucul. Abi harap cerita ini bukan sekadar cerita, biarlah dia menusuk di hati kita… dan andainya sebelum ini kita pernah beruat silap kepada mereka… pulanglah memohon kemaafan kepada mereka….. Bumi mana tak ditimpa hujan…

Ok, sama-sama kita hayati ceritanya….

Diriwayatkan daripada Abban daripda Anas bin Malik ra. Katanya : “ Semasa hidup Rasulallah saw ada seorang pemuda yang bernama Al-Qamah. Dia sangat tekun beribadah, suka bersedekah. Tiba-tiba dia ditimpa sakit yang sangat berat dan tenat, lalu isterinya pergi menyampaikan berita kepada Rasulallah saw bahawa suaminya berada dalam keadaan nazak. Kemudian Rasulallah saw memerintahkan sahabatnya iaitu Bilal, Ali, Salman, dan Umar dengan katanya : “ Pergilah kamu kepada Al-Qamah dan lihatlah keadaannya.” Lalu keempat-empat sahabat baginda itupun pergi kerumah Al-Qamah Apabila sampai sahaja kepadanya, mereka meminta supaya Al-Qamah melafazkan kata Lailahaillallah. Ternyata lidah Al-Qamah tidak terdaya mengucapkannya.

Dengan itu mereka percaya bahawa, keadaan Al-Qamah benar-benar diambang bahaya. Lalu mereka tugaskan Saidina Bilal untuk menyampaikan berita itu kepada Rasulallah saw, baginda lalu bertanya: Adakah ibu dan bapanya masih hidup ? Kemudian baginda diberitahu bahawa bapanya sudah lama meninggal dunia, yang ada hanyalah ibunya yang sudah tua. Lantas baginda bersabda : “ Hai Bilal, pergilah kamu kepada ibu Al-Qamah serta sampaikan salamku kepadanya, kemudian katakan kepadanya: “ Puan dipersilakan datang menemui Rasulallah saw kalau tidak puan akan didatangi oleh Rasulallah SAW!!!”

Setelah ibu Al-Qamah mendengar permintaan Rasulallah saw tadi dia berkata: “ Akulah yang sepatutnya datang kepadanya. Kemudian ia mengambil tongkatnya dan berjalan sehingga sampai kepada Rasulallah saw. Apabila salamnya dijawab oleh Rasulallah saw ia terus duduk dihadapan baginda. Lantas baginda bersabda : “ Berkata benarlah kepadaku, seandainya kamu membohongi daku, sudah tentu wahyu akan datang daripada Allah SWT. Bagaimanakah keadaan anakmu Al-Qamah ?” Ibu Al-Qamah menjawab, Ya Rasulallah saw! Dia seorang yang suka bersedekah hingga tidak terhitung banyaknya. Baginda bertanya : Bagaimana hubungan antaramu dengan dia ? Dia menjawab, Ya Rasulallah! Sebenarnya aku marah kepadanya, baginda bertanya lagi, kenapa demikian ? Jawabnya, kerana dia terlalu mengutamakan isterinya dalam beberapa perkara dan menderhakaiku.”

Daripada keterangan itu lantas baginda bersabda : “ Kemurkaan ibunya itulah yang menyebabkan lidah Al-Qamah terkunci daripada mengucapkan dua kalimah syahadah. Kemudain baginda bersabda kepada saidina Bilal , pergilah hai Bilal kumpulkan kayu api sebanyak mungkin supaya dapat kubakar Al-Qamah dengan api itu.”

Apabila ibu Al-Qamah mendengan kata-kata Rasulallah Saw itu terus dia berkata : Ya Rasulallah, anakku dan buah hatiku hendak kau bakar depan mataku? Bagaimana hatiku sanggup menanggungnya ? Lalu Rasulallah saw bersabda kepadanya : “ Hai ibu Al-Qamah, sesungguhnya azab Allah itu lebih berat dan kekal pula, sekiranya kamu suka kepada Allah mengampuninya, kamu redakanlah kepadanya. Demi yang diriku dalam tangannya, sama sekali tidak berguna solat dan sedekahnya selama kamu masih memarahinya.”

Setelah mendengar itu, ibu Al-Qamah mengangkat kedua-dua belah tangannya kemudian berkata : “ Ya Rasulallah! Aku bersaksi kepada Allah dan engkau Ya Rasulallah dan sesiapa yang ada bersamaku, sesungguhnya aku redakan Al-Qamah. Apabila selesai sahaja ibu Al-Qamah membuat pengakuan itu, kemudian Rasulallah saw bersabda : “ pergilah hai Bilal kepada Al-Qamah dan lihat adakah dia sudah mengucapkan Lailahaillallah. Mudah-mudahan ibunya memperkatakan apa yang ada dalam hatinya, bukan kerana malu kepada Rasulallah.”

Lalu pergilah Bilal kepada Al-Qamah. Apabila sampai sahaja dipintu,terdengar Al-Qamah mengucap Lailahaillallah. Lalu Bilalpun masuk dan berucap kepada hadirin dengan katanya : “ Wahai tuan-tuan! Sesungguhnya kemarahan ibu Al-Qamah itulah yang menyekat lidahnya daripada mengucapkan syahadah itu. Apabila dia reda, terlepaslah lidahnya itu.

Akhirnya Al-Qamahpun meninggal pada hari itu juga. Selepas itu Rasulallah Saw datang, dan disuruhnya orang memandi dan mengapankannya dan baginda sendiri menyembahyangkannya. Semasa baginda bersama-sama rombongan yang menghantar jenazahnya ke tanah perkuburan, baginda bersabda: “ Hai sidang Muhajirin dan Ansar!!! Kerana mengutamakan isteri daripada ibunya sendiri, ia dilaknat oleh Allah SWT, tidak diterima segala amalam fardhui dan sunatnya.”

Sumber :
Siri Kuliyyah
Tafsir Surah Luqman Mendidik Anak Cemerlang
Abdul Rashid Ahmad
Halaman : 212
Terbitan : Utusan Publications & Distributors SDN BHD.



P/S : Elok juga dapatkan buku ini... pendidikan anak-anak melalui surah Luqman.

Monday, May 08, 2006

SESEJUK AIRMATA ABI, SEJUK LAGI PERUT IBU INI…

Hati abi tetiba terharu, macam-macam perasaan timbul bila abi baca artikel tentang kanak-kank umur 5 tahun dah boleh hafaz Al-Quran. Terpikir abi… bagaimana asuhannya... lalu beranganlah abi yang kanak-kanak itu adalah Umar anak abi hehe… Amin. Entah, kalau boleh pasti setiap ibubapa nakkan anaknya di tahap terbaikkan… semua nak anak yang berjaya… yang pintar… yang cerdas…

Sebenarnya abi memang dari dulu mengharapkan ada dikalangan ahli keluarga abi ni seorang hafiz… Siapa taknak kan ??? Hafiz ni boleh memberi syafaat di akhirat nanti, di hari tiada yang lain boleh membantu selain nabi… Ingat!!! Hafiz boleh memberi syafaat kepada 10 orang bersamanya… Tapi tak tahulah Umar mampu atau tidak… Abi tak nak paksa… lagipun buat masa ni abi takde anak yang lain, kalau Umar tak mampu nak buat macamana… sedang abi sendiri pun tak mampu menjadi seorang hafiz… Cuma abi nak cuba asuh Umar kea rah itu…

Bukannya senang, baca je artikal kat bawah ni bagaimana keluarganya mendidik anak mereka… mungkin abi tak sanggup dan tak sampai lagi ke tahap itu kot… Rumah mereka, yer rumah mereka… bukan seperti rumah lain… tak de TV. Pelik ke tak de TV... takdelah pelik pun cuma bunyinya mungkin agak janggal pada zaman sekarang ni. Rumah abi erm.. kalau boleh semuanya nak bertemankan TV, makan nak depan TV, tidorpun kalau dapat nak lena depan TV… minum-minumpun mesti depan TV, lepas satu cerita ke satu cerita dari Indon, beralih ke Thailand kemudian Philipine, Korea... dan akhirnya sampai juga ke Mexico... walaupun kaki belum pernah jejak ke sana. Itulah betapa hebatnya pengaruh TV walaupun bukanlah fokus sangat kat TV tu tapi dah jadi satu tabiat mesti dengar suara TV, kata orang halwa telinga… Betullah kata ornag bijak pandai… nak kan anak yang hebat kita juga mesti hebat… kita bersama-sama mereka dalam setiap ketika…

Oklah tak perlu abi berceloteh panjang… Moga artikel ni dapat memberikan motivasi untuk kita dalam membina keluarga yang soleh….


NURAMIRAH : Hanya Perlu Dua Tahun Menjadi Hafizah


Kemampuannya menghafaz 30 juzuk Al-Quran pada usia tujuh tahun amat membanggakan dan kejayaannya muncul naib johan pertandingan tahfiz peringkat negeri Perak pasa sambutan Maulidurrasul 11 April lalu memberi kepuasan kepada kedua ibubapanya yang berjaya mengasah bakat luarbiasanya.

Nuramirah Azhari, 10, yang mula mengenal Al-Quran pada usia 5 tahun berjaya menamatkan hafalannya dua tahun kemudian selepas dilatih sehelai muka surat setiap hari oleh ibunya Nurzahidah Hashim, 37. Dia belajar antara tujuh hingga lapan jam sehari.

Tanpa menunjukkan sebarang rasa jemu, Nuramirah empat beradik bersama abangnya Muhammad Adam 12, Nurnabilah 8, dan Muhammad Amin 5, berlatih menghafaz Al-Quran empat kali sehari iaitu waktu pagi, tengah hari, petang dan malam untuk mengasah daya ingatan mereka. Lebih membanggakan Nuramirah sudah mempunyai 10 orang anak murid berusia antara 6 hingga 12 tahun sejak setahun lalu dan dia berazam memastikan anak-anak muridnya itu berjaya menghafaz 30 juzuk Al-Quran dalam temph 2 tahun dengan berlatih sehelai muka surat setiap hari.

Ketika ditemui di kediamannya di Kapung Tengku Husin, Gugusan Manjol, Ipoh, Perak, Nuramira menyatakan rasa gembira kerana tarikh lahirnya mengikut kalendar Islam adalah sama dengan tarikh lahir Rasulallah SAW. “ Mungkin ini kelebihannya ( sama tarikh lahir dengan Rasulallah ), tetapi yang penting kalau hendak jadi seorang Huffaz atau Hafizah yang baik kita mesti bersungguh-sungguh ”, katanya yang bercita-cita untuk menjadi seorang doktor atau pensyarah universiti.

Ibunya, Nurzahidah dan bapanya, Azhari Abu Hassan, 39, seorang pelukis pelan mengajar Nuramirah dan anak-anaknya menghafaz Al-Quran setiap hari sebaik sahaja mereka berusia 5 tahun sementara anak bongsunya, Muhammad Aslam, yang baru berusia 2 tahun diberi pendedahan awal melihat abang dan kakaknya mengaji.


JADUAL


Menurut Nurzahidah, beliau dan suami menyediakan jadual waktu khas untuk dipraktikkan oleh anak-anaknya. Bermula pukul 5 pagi mereka disuruh bangun membersihkan diri untuk bersolat tahajjud, subuh dan membaca Al-Quran sebelum berehat selama sejam setengah bermula pukul 7 pagi.

Selepas dikejutkan semula pada pukul 8.30 pagi untuk membersihkan diri dan bersarapan mereka akan berlatih semula menghafaz Al-Quran pada pukul 9.45 pagi hingga satu tengahari sebelum berhenti rehat untuk bersembahyang zohor dan makan tengahari.

Pada pukul 2 petang hingga 2.30 petang anak-anak diajar ilmu dakwah, akhlak, matematik, sains dan bahasa Inggeris. Mereka akan direhatkan selama sejam untuk tidur pada pukul 3 hingga 4 petang sebelum dikejutkan untuk sembahyang asar dan kembali menghafaz Al-Quran sehingga pukul 6.15 petang.

Nurzahidah memberitahu, anak-anaknya akan berehat semula selama 45 minit untuk bermain dan pada sebelah malam seawal pukul 7 mereka sudah dihidangkan makan malam sebelum kembali menghafaz sehingga pukul 9.45 malam bersama anak-anak muridnya seramai lebih 30 orang. “ Pada pukul 10.30 malam hingga 11.30 malam mereka akan disuruh berlatih sekali lagi menghafaz dan pada waktu malam juga saya akan turut mengumpulkan anak-anak untuk bermuzakarah bagi memberi ruang kepada mereka meluahkan masalah masing-masing kerana pendekatan kami berdamping sambil mendidik.

“ Inilah amalan harian kami dan pada hari-hari tertentu saya akan pastikan anak-anak dibawa menziarahi sanak saudara atau sahabat handai serta membawa mereka beriadah seperti pergi ke taman permainan atau berenang. Kami tidak mahu mengongkong kehidupan zaman kanak-kanak mereka,” jelasnya.

Walaupun memilih untuk tidak menghantar anak-anaknya mengikuti pendidikan formal, Nurzahidah dan Azhari mengajar mereka membaca, menulis dan mengira di rumah dan tetap bertegas untuk mengekalkan cara didikan sedemikian dengan mendaftarkan mereka mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Menengah Agama kelak.

ILMU AKHIRAT

Dengan alasan tersendiri, mereka mahu kesemua anaknya dibekalkan dengan ilmu akhirat kerana yakin dengan cara tersendiri anak-anak akan menjadi manusia berguna dan kukuh pegangan agama berbanding anak-anak yang di hantar ke sekolah biasa.

“ Anak yang dihantar ke sekolah tidak akan berada dirumah untuk tempoh yang panjang, pagi ke sekolah, petang mereka mengikuti aktiviti kokurikulum, pergi mengaji dan malam mengikuti kelas tuisyen, justeru berapa jam yang ada untuk kita bersama-sama mereka ”, soalnya.

Mengenai petua yang diamalkan Nurzahidah memberitahu, semasa mengandung beliau akan membaca Yasin, membaca Al-Quran dan banyak berdoa ketika solat. Beliau juga akan memastikan hanya mendapat pemeriksaan dan rawatan dari doktor wanita sahaja ketika mengandung sehingga melahirkan anak.

Dari segi pemakanan pula, beliau tidak menyediakan masakan tertentu sebaliknya percaya air tangan setiap ibu merupakan pengikat kasih yang paling mustajab untuk melembutkan hati anak-anak mereka kerana kerana bermula daripada menumis sehingga menghidangkan makanan beliau akan berselawat dan membaca doa tertentu.

“ Saya dan suami akan duduk bersama anak-anak untuk bersarapan, makan tengahari, petang dan malam bersama-sama kerana pada kesempatan itu kita boleh bermuzakarah dan menjelaskan kepada mereka tentang sesuatu perkara seperti hubungan erat sesama keluarga, sanak-saudara dan sahabat ”, katanya.

Sementara itu, Azhari memberitahu, untuk membolehkan anak-anak memberikan tumpuan kepada menghafaz Al-Quran, rumahnya tidak mempunyai televisyen, sebaliknya mereka hanya menyediakan sebuah radio untuk membolehkan keluarga mengikuti perkembangan semasa.

“ Alhamdulillah anak-anak tidak pernah bersungut kerana sejak kecil lagi mereka sudah diajar supaya menjadi seorang Hafiz, malah saya bimbang dengan adanya televisyen tumpuan mereka pada Al-Quran sedikit terganggu. Saya juga tidak akan memewahkan anak-anak dengan wang ringgit kerana tidak mahu mereka lalai sebaliknya membelikan barangan yang perlu sahaja”, katanya.



Menurut Azhari, ibubapa yang berhasrat mendidik anak sebagai Hafiz perlu mengikis tanggapan bahawa mereka juga perlu menjadi Hafiz kerana beliau dan isteri bukannya Hafiz tetapi bersyukur kerana dapat mendidik anak-anaksebagai Hafiz dan mempunyai lebih 30 orang anak murid.

Utusan Malaysia ( MEGA )
03 / 05 / 2006


Sejuk perut ibu mengandung… Bagi abi, abi tetap mengharap akan mendapat seorang anak yang Hafiz dalam keluarga satu hari nanti… Amin Ya Rabbil Alamin.

Thursday, May 04, 2006

TENTANG KOPIAH


Semalam sedang duduk minum-minum ngan umi dan Umar tetiba je timbul pasal blog. Ummi kata ok juga blog abi sekarang ni yer bi… ala bolehlah mi… Umar plak duk main-main kopiah dia yang berlambak tu… terpandang Umar main kopiah tu terlintas plak di hati abi… “ Mi, camne kalau kita cuba komersialkan kopiah yang ummi kait ni, nak tak ” ???

“ Ala seganlah bi, bukannya cantikpun… buat malu ummi jer bi ”. … Ala kita cuba dulu mana tahu ada yang berminat. Bolehlah yer mi… lagipun, dulu ada member-member pejabat mi yang berminat, siap order dua tiga biji lagi untuk anak-anak mereka… ermmm umi tersenyum …. “ ummi ni manalah ada masa sangat bi, tapi kalau nak mencuba apa salahnya kan ??? kot-kotlah ada yang berminat,”… hehe kata ummi.

Oklah ummi dah bagi green light tu apa lagi, abi paparkanlah gambar-gambar kopiah seperti yang sahabat lihat kat atas tu… sebenarnya banyak lagi kopiah yang ummi dah kait tapi yang lain tu entah kemana dah… yang ni je dapat abi paparkan… rasanya kopiah abipun dua tiga biji lagi entah kemana… bukan hilang tapi tak jumpa, biasalah tukan ???

Kopiah-kopiah tu banyak jenis, ada yang satu warna, ada yang gabung dua warna, ada yang “ polos ” dan ada yang bercorak… sahabat boleh pilih nak yang macamana. Sekiranya sahabat-sahabat mempunyai patern tertentu, boleh juga e.maikan kepada ummi patern yang dikehendaki tu… pilihan terserah pada sahabat semua…

Harga ??? Bila tanya ummi nak letak harga macamana, ummipun tak tahu… ummi kata cuba mintak pendapat sahabat-sahabta blog dulu, kalau-kalau ada yang pernah beli… ok, kalau ada yang biasa beli tu bolehlah berikan pandangan anda !!!

Kepada sahabat yang berminat bolehlah menghubungi ummi secara langsung di : rhyaby732002@yahoo.com… moga ummi sukses dengan kerjaya baru hehe… Sebenarnya ada satu lagi barang rekaan ummi, tapi mi kata yang ni biar dululah, lagipun apa kata sahabat blog pula nanti… kang jadi blog bisnes plakkan???

Sedang cakap-cakap pasal kopiah ngan ummi, Umar terus je capai pen dan lukis gambar orang pakai kopiah… dan inilah hasilnya… Cantikkan !!!...

Wednesday, May 03, 2006

TIPAH TAK TERTIPU LAGI...

Kenapa abi buat tajuk kat atas yer… tentu sahabat-sahabat nak tahukan!!! Biasalah zaman sekarang ni semua orang nak dapatkan duit dengan mudah. Tak kira cara halal ke, haram ke harus ke sunat ke… main belasah jer… Asal dapat duit…

Oklah abi teruskan je… Ceritanya begini 2 minggu lepas abi ngan Ummi dan Umar merayaulah kat Bandar Temerloh… tetiba terjumpa seseorang… maka berlakulah dialog macam ni lebih kurang…

Lelaki : Hei!!! Lama betul tak nampak awok. Dok mana sekarang sihat ker ???

Abi : Terpinga-pinga sambil tersengih-sengih … lalu bercakap…Maaf yer abi tak ingat betul siapa ni yer…

Lelaki : Ala cucu Tok Bomoh Patah Duraian Landak… ( Kalau orang Pahang biasanya tahu bomoh Patah Durian landak tu ). Dulukan pernah pergi berurut sanakan ???

Abi : Masih terpinga-pinga…. Kebetulan abi memang pernah patah kaki… tapi abi takdelah pergi berurut kat sana.

Lelaki : Ala kalau nak tahu Tok Bomoh patah tu baru saja meninggal… 2 malam lepas. Koi ni datang beli barang nak buat tahlil sikit. Jemput kerumah yer, mesti datang jangan lupa, tapi tak cukup duit lah… RM 10.00 je lagi nak beli beras…

Abi : Adois, Abi dah mula rasa lain … kepala dok pikir mesti penipu ni nak kenakan aku… tetiba je terpancut dari mulut abi… cis penipu..

Lelaki : Bila dengar abi cakap macam tu terus je dia jalan kearah lain. ( Mungkin mencari mangsa lain )

Tulah cerita abi… Bila abi sampai ke kampong petang tu kebetulan abang abi ada balik juga… Abipun cerita kes tu. Abang abi kata apa… “ akupun kena juga habis duit aku RM10.00 ”, orang tu kalau bercakap memang real macam kenal betul kita… tambah abang abi.

Yang bestnya abang Abi 2 kali kena… tapi kali kedua tu dia dalam kereta… nampak je orang tu datang dia terus tutup pintu kereta.

Oklah kepada orang yang datang ke Temerloh hati-hati… bimbang terkena… orangnya gelap-gelap berbadan tinggi gempal dan telor cakap memang Temerloh habis.