Thursday, April 27, 2006

TENTANG UMAR

Hari ni abi nak citer tentang Umar je.... Anak abi yang seorang ni. Nilah satu-satu nya Anugerah Ilahi untuk abi dan ummi buat masa ni. Abi harap sangat-sangat anugerah Allah untuk abi lagi selepas Umar ni. Bukan abi je... Ummi lebih-lebih lagi... Umarpun macam tu selalu tanya... Naper Umar seorang je Abi... Kadang-kadang Abi tak tahu nak jawab bila selalu sangat pertanyaan tu keluar dari mulut si comel seorang ni...

Buat masa ni bagi abi dan ummi, Umarlah segala-galanya....... Umarlah kaca Umarlah permata... Harap-harap Umar akan jadi permata yang menyinar hidup abi dan ummi, bukan sehaja menyinarkan hidup abi di dunia ni, tetapi yang lebih penting akan mencerahkan kehidupan abi di Sana nanti.

Tentang Umar... Yer Insya Allah Umar akan masuk 5 tahun pada bulan Julai ni. Pada 24 hb Julai genaplah 5 tahun anak kelahiran Sandakan Sabah ni...

Umar sekarang dah pandai merungut tau... dulu takdelah pandai merungut... Nak tahu macamana Umar merungut... Kelakar bila dia merungut.

Bila abi mintak tolong sesuatu, contoh suruh pasang TV ke (maklumlah remote TV rosak sekarang)apa Umar kata, " Umar, Umar, Umar... Semua Umar. Umar penatlah "... Tulah, dah pandai menjawab, dulu ok je rajin. Abi pun cakaplah. " Nak mintak tolong siapa lagikan " Umar satu je anak abi, tak lama pastu mesti dia buat. Umar, Umar.

Yang paling seronok tentang Umar... Umar pandai memuji. Bila tengok Ummi ke, abi ke berpakaian lawa sikit, Umar akan cakap... "Cantiknya Ummi," Handsomelah Abi ni, " kadang tu dia tanya tentang diri dia... " Handsome tak Umar" hehe tulah Umar. Pandai ambik hati... moga ciri ni kekal sampai bila-bila.



Yang ni lagi best... Bila Abi tanya sayang Umar tak ??? Umar cakap apa... " Sayang sangat, banyak sangat... tak boleh bilang " abi main-mainkan dia sejuta ke ??? tak, tak boleh bilanglah abi... Sejuta tu tak banyak sebab boleh bilang... Hai dari manalah agaknya dia dapat jawapan macam tu.

Atau yang ini... Yang ini memang sejukkan hati abi dan ummi. Umar dah agak kenal huruf Iqrak dan dah boleh baca dengan lancar Iqrak 3. Mungkin bagi sesetengah orang apalah sangat Iqrak 3... maybe anak mereka 5 tahun dah habis baca Iqrak. Bagi abi,seronok sangat bila dia dah lancar Iqrak 3 ni dan Insya Allah malam ni dia boleh tukar Iqrak 4.

Tahu kenapa abi seronok sangat ??? Camne ceritanya, lebih kurang sebulan lepas, Umar malas betul baca Iqrak ni... Bila pegang je Iqrak... Umar penatlah abi, Umar letihlah abi, Umar ngantuk lah abi dan suatu hari tu... Abi betul-betul hilang sabar... Kenapa ??? Umar pegang Iqrak dan dia hempas kuat-kuat. Abi apa lagi... ambik rotan, dan terkenalah si anak kecil tu rotan... dan buat pertama kali abi hilang sabar dengan Umar... sedar tak sedar menitis airmata abi... kenapalah aku ni ??? Anak sekecil tu apalah yang dia tahu

Cuma abi cukup syukur selepas kejadian tu, esoknya Umar mintak maaf dengan abi... Seronok betul abi anak sekecil tu selalu mengamalkan mintak maaf. Umar ni kalau silap sikit mesti mintak maaf punya... tu yang bestnya. Apa Umar cakap... " Umar mintak maaf abi, Umar janji Umar tak akan buat lagi. Abi senyum, peluk dengan kasih sayang... dan cakap " Abi juga mintak maaf, abi salah sayang "... Umar balas ... " Abi janji tak rotan lagi tahu ". Abi angguk dan dalam hati terdetik... Insya Allah kali pertama dan terakhir.

Alhamdulillah, Umar betul-betul menunaikan janjinya... Sejak kes tu Umar rajin baca Iqrak... Sekejap-sekejap nak baca Iqrak. Zohor nak baca, Maghrib nak baca. kadang-kadang duduk saja pun ambik Iqrak, padahal sebelum ni sekali sehari je baca lepas maghrib.



Erm... tulah rasanya cerita tentang Umar buat masa ni... Insya Allah kalau ada yang menarik abi coretkan lagi. Petang ni Insya Allah abi, ummi dan Umar akan balik ke Pekan... dah lama tak jengok Aki dan Wan Umar kat Pekan.

Doakan perjalanan kami selamat. Aminn.

P/s : Satu pertanyaan kepada pakar-pakar komputer... Abi ada gambar Umar bernasyid dan baca Iqrak dalam bentuk video??? Boleh ke abi nak tayangkan kat sini. Kalau boleh tolong ajar yer...

8 comments:

Zareda Norman said...

Umar sebaya dengan anak zar, Nurul Zulaika. Besday pun dekat dekat, Zulaika sambut besday pada 3 ogos nanti..

Zulaika masih lagi Iqrak 2, aganya cuti sekolah ni boleh tukar iqrak 3. InsyaAllah.

Memang anak sorang ni, dia lah gunung, dia lah payung.. intan permata gunung meletup..

~comei~ said...

umar pandai bergaya ye?

semoga segala usaha abi umar dan ummi umar mendapat keberkatan dr-Nya.. aminn

zino said...

umar sebaya hazwan juga.. anak zino.. hazwan baru saje menyambut birthday yg ke lima tahun..budah seusia tu memang petah bercakap

video klip tu save dalam mana albun on line dulu, contohnya photobucket lepas tu boleh lah buat posting dalam blog.. selamat mencuba.

Anonymous said...

comelnye umar..suka la nama dia,

*seoga umar membesar menjadi anak yg soleh..*

Unknown said...

Umar minat ker jadi tentera? Jadi Pegawai tentera!

Anonymous said...

suka baca tentang umar.. :)

Ayu Mohamad said...

akhirnya, yg saya tunggu dah kunjung tiba..kisah Umar tp sy ketingglan ketapi. baru sempat baca :) TQ cikgu.. semoga Umar menjadi anak yg soleh aminnn

Kaklong Syikin said...

sejuk tgk umar suka pakai kopiah. Aiman saya tak suka...entah kenapa.Tp, Aiman tu suka pakai baju melayu.

Eloklah anak2 dah suka membaca iqra'.

sejuk perut ummi lahirkan anak soleh mcm umar :)

kaalu senang, minta ummi email kat saya widaad98@yahoo.com utk dptkan petua hamil. InsyaAllah.kita ikhtiar, n Allah yg beri.