Sunday, April 23, 2006

POLIGAMI

Dah lama sebenarnya abi nak bercakap hal ni…. tapi tak berkesempatan. Ari ni abi banyak masa free. Abi cubalah menaip tentang ni. Semalam, waktu rehat abi minum-minum di kantin berhampiran sekolah abi. Abi tiga orang semeja …. Memang tempat yang biasa abi ngan kengkawan lepak-lepak. Sedang borak-borak tetiba terdengar beberapa orang yang keluar melalui meja berhampiran abi dan kengkawan bercakap soal poligami sambil ketawa berdekah-dekah. Kawan abi ni apa lagi menyampuklah…. ( tetapi meraka sudah tidak dengar) apa yang dikatakan oleh kawan abi. Abi namakan kawan abi lelaki A, lelaki B dan lelaki C :

Lelaki A : Akupun insyaallah akan kawin satu lagi cuma masa dan keadaan sahaja yang menetukan bila.

Lelaki B : Aku target sebelum umur 35 tahun ( kawan abi ni baru 30 tahun ). Kalau jumpa-jumpalah. Kalau talk maknanya takde lah tu.

Lelaki C : Hanya tersenyum dan tidak memberi sebarang komen. Lelaki C ni adalah abi sendiri.... kan abi bertiga je tadi.

Komen abi :

Setakat ini, abi memang tak pernah terfikirpun untuk berpoligami. Kalau fikirkan keseronokan memanglah abi hendak tetapi apabila fikirkan tanggungjawab yang perlu dipikul rasanya tak mungkin abi akan berpoligami. Mungkin, selagi bernama lelaki memang mereka akan terfikir kearah ini. Bukan lelakilah agaknya, kalau tak berfikir untuk menambah cawangan. Cuma kemampuan dan tanggungjawab sahaja yang menjadi penghalang utama.

Sesuatu yang kadangkala menjadi persoalan kepada abi, perempuan sendiripun ramai yang suka kepada lelaki yang telah berumahtangga. Buktinya abi selalu baca Mingguan Malaysia dalam ruangan di celah-celah kehidupan, ( DCCK ) kalau kita ikuti mingguan Malaysia minggu lepas, terdapat seorang perempuan yang dengan jujurnya mengatakan beliau memang menginginkan lelaki berusia….. Jadi siapa yang diharus dipersalahkan dalam hal ini ??? Tepuk sebelah tangan tak akan berbunyi.

Abi syorkan kepada semua agar selalulah baca ruangan DCCK sekurangnya dapat juga mendalami masalah masyarakat sekarang. Kehendak mereka… luahan hati mereka.

Kebetulan juga dalam waktu yang sama abi terjumpa satu artikel tentang poligami……. Abi buat kesimpulan beberapa keadaan yang membolehkan lelaki berpoligami. Iaitu :

8 Faktor dibolehkan poligami :


• Apabila seorang isteri mengidap penyakit serius seperti lumpuh, gila babi atau penyakit berjangkit

• Apabila isteri dibuktikan melalui pemeriksaan perubatan bahawa dia tidak subur dan tidak boleh hamil

• Jika isteri itu gila

• Jika isteri tua dan menjadi lemah serta tidak berupaya menjaga suami dan hartanya

• Apabila suami mendapati isterinya mempunyai sifat yang buruk dan dia tidak boleh berubah. Ini adalah sebagai pengajaran kepada isteri berkenaan.

• Apabila isteri keluar rumah dan menjadi tidak taat kepada suaminya

• Sewaktu peperangan ramai lelaki terkorban di medan jihad, poligami menjadi penyelesaian terbaik

• Sekiranya suami berasa dia snagat memerlukan isteri kedua untuk keperluan nalurinya yangf kuat dan isterinya tidak mampu melayan kehendaknya.

PROF ABDUL RAHMAN I DOI
SIDANG 32 / MARCH 2006


P/s : Semalam ummi ada cerita tentang rakan sekerja dia yang sedang kearah poligami….. nanti abi cerita.

7 comments:

Anonymous said...

Ishh, ntah ler. Poligami nampak mudah, tapi bg perempuan, tak mudah langsung

Anonymous said...

Am pun pernah cerita pasal poligami ini dalam blog Am suatu masa dahulu, byk sebab untuk poligami ini dan byk syaratnya juga tapi ramai yang berpoligami kerana nafsu, itu yang tak betulnya, berpoligami itu tak salah tapi bila disalahgunakannya menyebabkan ia dipandang serong oleh semua orang

zino said...

poligami.. org katalah.. hehe

bila tanya seorang lelaki normal? ada kah dia berminat utk berpoligami.. maka jawapan nya minat tapi adakah dia akan berusaha utk melaksanakan nya atau merealisasikan nya? maka dia kena fikir banyak perkara seperti yg di list kan tu hehe..

Ayu Mohamad said...

poligami = halal
cuma nak berpoligami memerlukan sesorang itu berfikir panjang..
mcm yg cikgu ckp laaa tanggungjawab itu berat.kalo ada wang ringgit yang banyak tapi takleh laksanakan tanggungjawab sbg suami... baik le tak yah..

Sayuti said...

saya nak jaga satu pon susah...

:p

ramai yang berpegang kepada ayat "kahwinlah kamu dua, tiga atau empat. jika tidak mampu berlaku adil, kahwinlah satu"

sayangnya, ramai yang berhenti sampai ke situ saja.

ramai yang lupa selang beberapa ayat kemudian, ada ayat "dan sesekali kamu tidak boleh berlaku adil, meskipon kamu sangat mengkehendaki,"

daripada konteks dua2 ayat tu, maksudnya sangat jelas kan?

kelakar juga sesetengah pihak. balik2 sebut payung emas...

p/s: maaf, lupa pulak surah dan ayat ke berapa.

Anonymous said...

pernah dgr komen dr seseorg 'lelaki dah kawen ni nmpk matang dlm uruskan keluarga dia.. beza ngan lelaki tak kawen lagi yg tak nmpk kematangannya..'

kenapa ek?? sbb org dah kawen ni dia tak pk diri dia je.. dia akan pk isteri dan anak2 dia.. tp org belum kawen dia pk psl diri dia je.

tak tau laa.. kebenaran tu mmg ada :) hehe..

Anonymous said...

Nim.... yer ke Nim... Nim dah kawin belum. Kalau belum, jangan berminat ngat org dah kawen dah hehehe gurau je Nim