Semalam sedang abi belek-belek buku teks pendidikan Islam Tingkatan 2 abi terbaca satu kisah perdebatan golongan athies dengan Imam Abu Hanifah. Kisahnya agak menarik juga untuk kita renungkan. Maklumlah dengan keadaan zaman sekarang yang makin menjauhkan kita dengan tuhan dan wujudnya pelbagai fahaman……… bak kata majalah Mastika sekarang ni ada golongan yang menamakan kumpulan mereka Jangan Ikut Tuhan… ( JIT ) Elok juga kita jadikan kisah ini sebagai renungan bersama. Moga dapat menambahkan Iman kita kepada Allah.
Imam Abu Hanifah VS Athies
Imam Abu Hanifah dicabar oleh golongan athies berdebat tentang kewujudan Allah. Beliau sengaja datang lewat kemajlis tersebut. Golongan athies mengambil peluang ini untuk mencemuh Imam Abu Hanifah.
Sewaktu beliau muncul, beliau berkata : “ Saya datang dari seberang Sungai Dajlah tadi, saya menunggu lama dipengkalan tetapi tiada kapal yang dapat saya tumpangi sehingga saya bercadang untuk pulang ke rumah. Tiba-tiba saya ternampak sepohon kayu dipermukaan air Sungai Dajlah. Kayu itu terbelah menjadi kepingan-kepingan papan yang tersusun rapi dan menjadi sebuah kapal yang cantik. Saya menaiki kapal tersebut dan sampai ke sini ”.Golongan athies marah apabila mendengar kata-kata Imam Abu Hanifah.
Mereka berkata : “ Janganlah kamu mempermainkan kami ! Adakah logik kayu dan papan boleh tersusun sendiri sehingga menjadi kapal ?
Imam Abu Hanifah menjawab : “ Inilah jawapanku terhadap persoalan yang ingin kamu perdebatkan. Bagaimana kamu berkata dunia yang tersusun indah ini tiada penciptanya, adakah ini logik mengikut pandangan kamu? ”
Golongan athies terpegun mendengar kata-kata Imam Abu Hanifah. Mereka menyedari kesesatan mereka selama ini. Akhirnya mereka memeluk Islam di hadapan Imam Abu Hanifah.
P/S : Semoga kisah di atas dapat mengembalikan keyakinan kita kepada keesaan Allah SWT. Amin Ya Rabbal Alamin.
Tuesday, April 18, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Anak2 muda sekarang kene banyak di dedahkan dengan cerita-cerita teladan sebegini...
Tapi malangnya kini anak2 kita banyak di dedahkan dengan unsur2 keganasan & kejahilan kaum yang bukan islam di media media...
Terima kasih abi kerana mau berkongsi...
Assalamualaikum......
Tq kak Lady kerana sudi bertandang. Sekurangnya memberikan semanagt untuk abi menulis. Maklumlah abi baru je belajo menulis. Kalau salah tolong tunjukkan. Hehehe
Post a Comment