Letih betul badan abi hari ni……. Mungkin terlalu banyak kerja yang perlu dibuat. Abi masuk kelaspun rasa macam tak de apa sangat yang abi buat hari ni……… mungkin kerana kesibukan dengan pelbagai program sekolah pada minggu ni……. Dari sambutan Majlis Tilawah Al-Quran yang baru sahaja tamat rabu lepas…… dengan kelas tambahannya. Minggu ni plak abi terlibat dengan KOKURIA sebagai hakim Bahas Ala Parlimen.
Jadi hari ni abi masuk kelas abi cuma mengajar pantun je…….. Pantun lama dalam teks Bahasa Melayu Tingkatan 2 di petik dari Antologi Seuntai Kasih Untuk Di Rasa………. Sama- sama hayati pantun tersebut………..
PANTUN PERPISAHAN
Hari ini menugal jagung,
Hari esok menugal jelai,
Hari ini kita berkampung,
Hari esok kita bercerai.
Dari mana hendak kemana,
Tinggi rumput dari padi,
Hari mana bulan yang mana,
Dapat kita bertemu lagi.
Kelip-kelip kusangka api,
Kalau api mana puntungnya,
Hilang ghaib kusangka mati,
Kalau mati mana kuburnya
Batang selasih permainan budak,
Berdaun sehelai dimakan kuda,
Bercerai kasih bertalak tidak,
Seribu tahun kembali juga.
Orang Aceh sedang sembahyang,
Hari jumaat tengahari,
Pergilah kasih pergilah sayang,
Pandai-pandai menjaga diri.
Mana Manggung mana Periaman,
Mana batu kiliran taji,
Tinggal kampong tinggal halaman,
Tinggal tepian tempat mandi.
Bintang Barat terbit tinggi,
Bintang Timur terbit pagi,
Jika tidak melarat panjang,
Ada umur ketemu lagi.
Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa.
Dewan Bahasa dan Pustaka
P/s : Bila baca pantun ni teringat cerita Gurindam Jiwa ……. Nordin Ahmad berpantun dengan Latifah Omar
Monday, April 17, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
nak pantun kat sini boleh..
anak cik dolah namanya zainal
basuh baju gunakan nila..
di alam maya kita berkenal..
di alam nyata entah kan bila
kena jawab tu hehe
hehehe apa salahnya Zino.... terpaksalah abi balas :
Anak cik dolah namanya zainal
Duduk Bertmain sarang tempua,
Di alam maya kita berkenal,
Tika dan waktu bertemu jua.
Tak tahulah sesuai ke tak balasan ABi...... Moga berpanjangan persahabatan. Salam perkenalan
ini sambungan nya..
bila menulis mengguna pena
pena di letak di atas para
abiumar berada entah dimana
masih boleh kita berbicara..
org kampog tau sure dia rasa pelik kan.. hehe
ok jawab yg ni pulak..
Ini jawapannya :
Ikan di laut asam di darat,
Di dalam kuali bertemu jua,
Tentukan masa tentukan tempat,
Suatu hari pasti bersua.
Hehehe entah kena ke tak tak tahulah...... Jemput ke Temerloh... mandi sungai Pahang. Sungai Pahang belum tercemar. Bawa keluarga best.
org temerloh rupanya..
makan kat restoren makan di kantin
badan panas mandi perigi..
sebut temerloh teringat patin.. hehe
sekali makan lain kali nak lagi..
ada tempat rekriasi ke kat temerloh tu?? boleh konvoi ramai2.. hehe
Ok cuba balasa entah kena entah tidak....
Makan kat restoren makan dikantin,
Jangan makan terlalu kerap,
Sebut Temerloh teringat patin,
Masak tempoyak sungguhlah sedap.
Datang jangan tak datang... Insya allah abi boleh masakkan... Zino orang mana yer ??? Abang ke pangkat adik ni hehehe
ramai yg kat sini adik2 bagi zino..tak tau le abi ni.. hehe
dulu selalu ke kuantan.. kalau balik singgah temerloh le lunch hehe..
di sungai temerloh bermain kayak
lama berdayung badan berpeluh..
bila di sebut masak tempoyak
semakin teruja nak ke temerloh hehe
entah tahun bila le sampainya tu hehe
Agaknya abi lagi berumur kot… abi kelahiran 1971…. Zino?
Lama berdayung badan berpeluh,
Badan berpeluh kenalah mandi hehehe
Semakin teruja nak ke Temerloh,
Tekan je minyak pasti jadi…
Suatu hari nanti akan bertemu juga Insya Allah.
Post a Comment