Monday, May 01, 2006

TENTANG AKHBAR

EPISOD I : GERUN

Kenapa pula abi ni, tetiba je menulis ada episod-episod pula. Macam cerita Star Wars je bunyinya. Entah, abipun tak dapat memberikan jawapan tetapi banyak perkara terlintas di kepala abi lebih-lebih lagi bila abi menatap akhbar-akhbar utama pada hujung minggu lepas. Lihat saja dibawah :



Biasalah abi ni, kalau hari minggu memang kaut habis akhbar utama, lagipun hari tu je biasanya abi baca akhbar. Oklah abi teruskan, sebenarnya bila menatap tajuk-tajuk akhbar di atas, abi gerun, betul abi gerun, cemas, marah, geram dan kadang kasihanpun ada… tapi tak tahu kepada siapa… hehe.

Takutpun ada, abi takut sebenarnya, bila membayangkan anak-anak abinanti. Mampukah anak-anak abi menghadapi suasana hidup di zamannya… dan yang penting tidak lari dari landasan Islam yang suci ini… Kalau zaman sekarang dah macam ni, akan datang mungkin lebih hebat lagi, jika masalah ini tidak dibendung. Ya, tugas abi mendidik, menjalankan amanah. Alhamdulillah, abi dah cuba sedaya upaya berikan yang terbaik untuk Umar… abi doakan Umar mampu menjaga dirinya…



Tak perlu rasanya abi ulas panjang lebar, melihat kepada tajuk-tajuk akhbar yang abi paparkan rasanya sahabat-sahabat semua sudahpun paham. Cuma satu yang abi nak juga cakap… tentang petikan " Pelajar Mati tergantung "...... Tertanya abi “ Bagaimana kanak-kanak 14 tahun boleh menggantung diri hanya kerana perselisihan faham dengan bapanya sahaja ”. Tak paham, abi betul-betul tak paham, dari mana kanak-kanak 14 ni mendapat ilham??? Abi buntu memikirkannya…

EPISOD II : JAWI


Apa ni jawi-jawi... Jangan ingat Jabatan Agama Wilayah dah lah... Atau ingat zaman bebudak dulu berjawi. Hehehe Takde kaitanpun

Alhamdulillah, syukur abi akhirnya akhbar jawi keluar semula walaupun hanya sebagai sisipan sahaja. Abi harap keluarnya kali ini biarlah keluar berterusan. Bukan seperti biskut sekejap ada sekejap takde. Apapun, untuk memastikan akhbar jawi ini berterusan adalah tanggungjawab kita bersama. Kalau selama ini mungkin kita lebih selesa dengan Akhbar Inggeris, atau Akhbar Berbahasa Melayu… sekarang perlulah kita berjinak-jinak dengan tulisan jawi… Siapa lagi yang akan membacanya kalau tidak kita…

Pastikan kita tidak ketinggalan membeli akhbar Utusan Malaysia pada setiap hari Isnin… sekiranya kita betul-betul sayangkan warisan bangsa kita yang satu ini… Tepuk dada Tanya selera…


Atau kita ingin membiarkan masyarakat seperti ini yang membaca Jawi.. dan menyelamatkannya... Tidak Malukah Kita...

EPISOD III : EKSPEDISI BERAKIT SUNGAI PAHANG


Kebetulan minggu lepas abi balik ke Pekan, dan hari sabtu tu ekspedisi berakit sampai ke Pekan Pahang… Ekspedisi berakit yang bermula di Jerantut dan berakhir di Pekan Pahang dapatlah abi tengok mereka dengan rakit-rakitnya.…

Insya Allah esok abi akan masukkan gambar-gambarnya esok. Dah banyak sangat gambar abi paparkan hari ni... esok pula yer... dan kebetulan juga abi bawa kamera masa tu…

P/s : Teringat kenagan berjawi masa budak-budak dulu...

Thursday, April 27, 2006

TENTANG UMAR

Hari ni abi nak citer tentang Umar je.... Anak abi yang seorang ni. Nilah satu-satu nya Anugerah Ilahi untuk abi dan ummi buat masa ni. Abi harap sangat-sangat anugerah Allah untuk abi lagi selepas Umar ni. Bukan abi je... Ummi lebih-lebih lagi... Umarpun macam tu selalu tanya... Naper Umar seorang je Abi... Kadang-kadang Abi tak tahu nak jawab bila selalu sangat pertanyaan tu keluar dari mulut si comel seorang ni...

Buat masa ni bagi abi dan ummi, Umarlah segala-galanya....... Umarlah kaca Umarlah permata... Harap-harap Umar akan jadi permata yang menyinar hidup abi dan ummi, bukan sehaja menyinarkan hidup abi di dunia ni, tetapi yang lebih penting akan mencerahkan kehidupan abi di Sana nanti.

Tentang Umar... Yer Insya Allah Umar akan masuk 5 tahun pada bulan Julai ni. Pada 24 hb Julai genaplah 5 tahun anak kelahiran Sandakan Sabah ni...

Umar sekarang dah pandai merungut tau... dulu takdelah pandai merungut... Nak tahu macamana Umar merungut... Kelakar bila dia merungut.

Bila abi mintak tolong sesuatu, contoh suruh pasang TV ke (maklumlah remote TV rosak sekarang)apa Umar kata, " Umar, Umar, Umar... Semua Umar. Umar penatlah "... Tulah, dah pandai menjawab, dulu ok je rajin. Abi pun cakaplah. " Nak mintak tolong siapa lagikan " Umar satu je anak abi, tak lama pastu mesti dia buat. Umar, Umar.

Yang paling seronok tentang Umar... Umar pandai memuji. Bila tengok Ummi ke, abi ke berpakaian lawa sikit, Umar akan cakap... "Cantiknya Ummi," Handsomelah Abi ni, " kadang tu dia tanya tentang diri dia... " Handsome tak Umar" hehe tulah Umar. Pandai ambik hati... moga ciri ni kekal sampai bila-bila.



Yang ni lagi best... Bila Abi tanya sayang Umar tak ??? Umar cakap apa... " Sayang sangat, banyak sangat... tak boleh bilang " abi main-mainkan dia sejuta ke ??? tak, tak boleh bilanglah abi... Sejuta tu tak banyak sebab boleh bilang... Hai dari manalah agaknya dia dapat jawapan macam tu.

Atau yang ini... Yang ini memang sejukkan hati abi dan ummi. Umar dah agak kenal huruf Iqrak dan dah boleh baca dengan lancar Iqrak 3. Mungkin bagi sesetengah orang apalah sangat Iqrak 3... maybe anak mereka 5 tahun dah habis baca Iqrak. Bagi abi,seronok sangat bila dia dah lancar Iqrak 3 ni dan Insya Allah malam ni dia boleh tukar Iqrak 4.

Tahu kenapa abi seronok sangat ??? Camne ceritanya, lebih kurang sebulan lepas, Umar malas betul baca Iqrak ni... Bila pegang je Iqrak... Umar penatlah abi, Umar letihlah abi, Umar ngantuk lah abi dan suatu hari tu... Abi betul-betul hilang sabar... Kenapa ??? Umar pegang Iqrak dan dia hempas kuat-kuat. Abi apa lagi... ambik rotan, dan terkenalah si anak kecil tu rotan... dan buat pertama kali abi hilang sabar dengan Umar... sedar tak sedar menitis airmata abi... kenapalah aku ni ??? Anak sekecil tu apalah yang dia tahu

Cuma abi cukup syukur selepas kejadian tu, esoknya Umar mintak maaf dengan abi... Seronok betul abi anak sekecil tu selalu mengamalkan mintak maaf. Umar ni kalau silap sikit mesti mintak maaf punya... tu yang bestnya. Apa Umar cakap... " Umar mintak maaf abi, Umar janji Umar tak akan buat lagi. Abi senyum, peluk dengan kasih sayang... dan cakap " Abi juga mintak maaf, abi salah sayang "... Umar balas ... " Abi janji tak rotan lagi tahu ". Abi angguk dan dalam hati terdetik... Insya Allah kali pertama dan terakhir.

Alhamdulillah, Umar betul-betul menunaikan janjinya... Sejak kes tu Umar rajin baca Iqrak... Sekejap-sekejap nak baca Iqrak. Zohor nak baca, Maghrib nak baca. kadang-kadang duduk saja pun ambik Iqrak, padahal sebelum ni sekali sehari je baca lepas maghrib.



Erm... tulah rasanya cerita tentang Umar buat masa ni... Insya Allah kalau ada yang menarik abi coretkan lagi. Petang ni Insya Allah abi, ummi dan Umar akan balik ke Pekan... dah lama tak jengok Aki dan Wan Umar kat Pekan.

Doakan perjalanan kami selamat. Aminn.

P/s : Satu pertanyaan kepada pakar-pakar komputer... Abi ada gambar Umar bernasyid dan baca Iqrak dalam bentuk video??? Boleh ke abi nak tayangkan kat sini. Kalau boleh tolong ajar yer...

Wednesday, April 26, 2006

SAMPAI BILALAH AGAKNYA



Kenapa sampai begini mereka menghina kita ???...

Selanjutnya : http://www.muslimconsumer.org/ppim/main.php

Tak ada apa-apa idea untuk menulis. Cuma abi paparkan gambar ini. Tak ada apa yang nak abi komen kerana rasanya dah terlalu banyak abi mengomen bab ini...

Sunday, April 23, 2006

POLIGAMI

Dah lama sebenarnya abi nak bercakap hal ni…. tapi tak berkesempatan. Ari ni abi banyak masa free. Abi cubalah menaip tentang ni. Semalam, waktu rehat abi minum-minum di kantin berhampiran sekolah abi. Abi tiga orang semeja …. Memang tempat yang biasa abi ngan kengkawan lepak-lepak. Sedang borak-borak tetiba terdengar beberapa orang yang keluar melalui meja berhampiran abi dan kengkawan bercakap soal poligami sambil ketawa berdekah-dekah. Kawan abi ni apa lagi menyampuklah…. ( tetapi meraka sudah tidak dengar) apa yang dikatakan oleh kawan abi. Abi namakan kawan abi lelaki A, lelaki B dan lelaki C :

Lelaki A : Akupun insyaallah akan kawin satu lagi cuma masa dan keadaan sahaja yang menetukan bila.

Lelaki B : Aku target sebelum umur 35 tahun ( kawan abi ni baru 30 tahun ). Kalau jumpa-jumpalah. Kalau talk maknanya takde lah tu.

Lelaki C : Hanya tersenyum dan tidak memberi sebarang komen. Lelaki C ni adalah abi sendiri.... kan abi bertiga je tadi.

Komen abi :

Setakat ini, abi memang tak pernah terfikirpun untuk berpoligami. Kalau fikirkan keseronokan memanglah abi hendak tetapi apabila fikirkan tanggungjawab yang perlu dipikul rasanya tak mungkin abi akan berpoligami. Mungkin, selagi bernama lelaki memang mereka akan terfikir kearah ini. Bukan lelakilah agaknya, kalau tak berfikir untuk menambah cawangan. Cuma kemampuan dan tanggungjawab sahaja yang menjadi penghalang utama.

Sesuatu yang kadangkala menjadi persoalan kepada abi, perempuan sendiripun ramai yang suka kepada lelaki yang telah berumahtangga. Buktinya abi selalu baca Mingguan Malaysia dalam ruangan di celah-celah kehidupan, ( DCCK ) kalau kita ikuti mingguan Malaysia minggu lepas, terdapat seorang perempuan yang dengan jujurnya mengatakan beliau memang menginginkan lelaki berusia….. Jadi siapa yang diharus dipersalahkan dalam hal ini ??? Tepuk sebelah tangan tak akan berbunyi.

Abi syorkan kepada semua agar selalulah baca ruangan DCCK sekurangnya dapat juga mendalami masalah masyarakat sekarang. Kehendak mereka… luahan hati mereka.

Kebetulan juga dalam waktu yang sama abi terjumpa satu artikel tentang poligami……. Abi buat kesimpulan beberapa keadaan yang membolehkan lelaki berpoligami. Iaitu :

8 Faktor dibolehkan poligami :


• Apabila seorang isteri mengidap penyakit serius seperti lumpuh, gila babi atau penyakit berjangkit

• Apabila isteri dibuktikan melalui pemeriksaan perubatan bahawa dia tidak subur dan tidak boleh hamil

• Jika isteri itu gila

• Jika isteri tua dan menjadi lemah serta tidak berupaya menjaga suami dan hartanya

• Apabila suami mendapati isterinya mempunyai sifat yang buruk dan dia tidak boleh berubah. Ini adalah sebagai pengajaran kepada isteri berkenaan.

• Apabila isteri keluar rumah dan menjadi tidak taat kepada suaminya

• Sewaktu peperangan ramai lelaki terkorban di medan jihad, poligami menjadi penyelesaian terbaik

• Sekiranya suami berasa dia snagat memerlukan isteri kedua untuk keperluan nalurinya yangf kuat dan isterinya tidak mampu melayan kehendaknya.

PROF ABDUL RAHMAN I DOI
SIDANG 32 / MARCH 2006


P/s : Semalam ummi ada cerita tentang rakan sekerja dia yang sedang kearah poligami….. nanti abi cerita.

Wednesday, April 19, 2006

KEWUJUDAN ALLAH VERSI II

Sedang abi melayari internet mencari maklumat berkaitan dengan kelas abi, abi terjumpa satu cerita. Cerita tentang kebesaran Allah. Kewujudan Allah. Abi tertarik dengan cerita ini. Satu kebetulan juga semalam abipun bercerita tentang kewujudan Allah yang abi petik dari perdebatan antara Imam Abu Hanifah dengan golongan athies. Hari ini juga cerita yang hampir sama. Jadi abipun paparkan sajelah di blog abi mana tahu dapat membantu menguatkan iman abi dan pembaca sekalian.

Kadangkala hidayah itu ada yang mendapatinya melalui pembacaan, melalui pertemuan dengan orang alim, ada juga yang memerlukan hujah secara akal logik. Justeru abi rasa cerita ini boleh kita jadikan renungan. Abi pastekan cerita ini yang berasal dari bahasa Indonesia. Mungkin dah adapun yang telah membacanya sebelum ini.

Apa Allah itu ada?

Ada seorang pemuda yang lama sekolah di negeri paman Sam kembali ke tanah air. Sesampainya dirumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang Guru agama, kiai atau siapapun yang bisa menjawab 3 pertanyaannya. Akhirnya Orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut.

Pemuda: Anda siapa? Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Kyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda: Anda yakin? sedang Profesor dan banyak orang pintar saja tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Kyai : Saya akan mencoba sejauh kemampuan saya

Pemuda: Saya punya 3 buah pertanyaan
1. Kalau memang Allah itu ada, tunjukan wujud Allah kepada saya.
2. Apakah yang dinamakan takdir.
3. Kalau syetan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syetan sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba Kyai tersebut menampar pipi si Pemuda dengan keras.

Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa anda marah kepada saya?
Kyai : Saya tidak marah…Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 buah pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda: Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
Kyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit.
Kyai : Jadi anda percaya bahwa sakit itu ada?

Pemuda: Ya.
Kyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu !

Pemuda: Saya tidak bisa.
Kyai : Itulah jawaban pertanyaan pertama: kita semua merasakan keberadaan Allah tanpa mampu melihat wujudnya.

Kyai : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda: Tidak.

Kyai : Apakah pernah terpikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?
Pemuda: Tidak.

Kyai : Itulah yang dinamakan Takdir.
Kyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?

Pemuda: kulit.
Kyai : Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda: kulit.
Kyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: sakit.
Kyai : Walaupun Syeitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, Jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan menjadi tempat menyakitkan untuk syeitan.


Maklumat lanjut boleh layari :

http://www.duriyat.or.id/artikel/allah.htm


Kadangkala kita tidak terasa betapa lemahnya kita sebagai makhluk Allah. Mungkin kerana kita lalai, kita terlalu seronok dengan keindahan dunia. Sebenarnya kita makhluk yang terlalu lemah.......

Kenapa abi cakap begitu... kerana memang begitu kita. Kita terlalu lemah. Buktinya hanya untuk melihat wajah kita sendiripun kita tidak mampu. Kita boleh melihat wajah orang lain tetapi kita tidak mampu melihat wajah sendiri. Kita memerlukan cermin untuk melihat wajah kita. Kalau cermin mengatakan kita cantik maka cantiklah kita. Kalau cermin kata kita hodoh, maka hodohlah kita.... tak gitu ???? Tak kira apa jenis cermin... samada dari kaca.... plastik atau cermin-cermin lain yang boleh menggambarkan wajah kita.....

Persoalannya tidak mungkinkah cermin itu membohongi kita ????

Tuesday, April 18, 2006

KEWUJUDAN ALLAH VERSI I

Semalam sedang abi belek-belek buku teks pendidikan Islam Tingkatan 2 abi terbaca satu kisah perdebatan golongan athies dengan Imam Abu Hanifah. Kisahnya agak menarik juga untuk kita renungkan. Maklumlah dengan keadaan zaman sekarang yang makin menjauhkan kita dengan tuhan dan wujudnya pelbagai fahaman……… bak kata majalah Mastika sekarang ni ada golongan yang menamakan kumpulan mereka Jangan Ikut Tuhan… ( JIT ) Elok juga kita jadikan kisah ini sebagai renungan bersama. Moga dapat menambahkan Iman kita kepada Allah.


Imam Abu Hanifah VS Athies


Imam Abu Hanifah dicabar oleh golongan athies berdebat tentang kewujudan Allah. Beliau sengaja datang lewat kemajlis tersebut. Golongan athies mengambil peluang ini untuk mencemuh Imam Abu Hanifah.

Sewaktu beliau muncul, beliau berkata : “ Saya datang dari seberang Sungai Dajlah tadi, saya menunggu lama dipengkalan tetapi tiada kapal yang dapat saya tumpangi sehingga saya bercadang untuk pulang ke rumah. Tiba-tiba saya ternampak sepohon kayu dipermukaan air Sungai Dajlah. Kayu itu terbelah menjadi kepingan-kepingan papan yang tersusun rapi dan menjadi sebuah kapal yang cantik. Saya menaiki kapal tersebut dan sampai ke sini ”.Golongan athies marah apabila mendengar kata-kata Imam Abu Hanifah.

Mereka berkata : “ Janganlah kamu mempermainkan kami ! Adakah logik kayu dan papan boleh tersusun sendiri sehingga menjadi kapal ?

Imam Abu Hanifah menjawab : “ Inilah jawapanku terhadap persoalan yang ingin kamu perdebatkan. Bagaimana kamu berkata dunia yang tersusun indah ini tiada penciptanya, adakah ini logik mengikut pandangan kamu? ”

Golongan athies terpegun mendengar kata-kata Imam Abu Hanifah. Mereka menyedari kesesatan mereka selama ini. Akhirnya mereka memeluk Islam di hadapan Imam Abu Hanifah.


P/S : Semoga kisah di atas dapat mengembalikan keyakinan kita kepada keesaan Allah SWT. Amin Ya Rabbal Alamin.

Monday, April 17, 2006

PANTUN

Letih betul badan abi hari ni……. Mungkin terlalu banyak kerja yang perlu dibuat. Abi masuk kelaspun rasa macam tak de apa sangat yang abi buat hari ni……… mungkin kerana kesibukan dengan pelbagai program sekolah pada minggu ni……. Dari sambutan Majlis Tilawah Al-Quran yang baru sahaja tamat rabu lepas…… dengan kelas tambahannya. Minggu ni plak abi terlibat dengan KOKURIA sebagai hakim Bahas Ala Parlimen.

Jadi hari ni abi masuk kelas abi cuma mengajar pantun je…….. Pantun lama dalam teks Bahasa Melayu Tingkatan 2 di petik dari Antologi Seuntai Kasih Untuk Di Rasa………. Sama- sama hayati pantun tersebut………..

PANTUN PERPISAHAN

Hari ini menugal jagung,
Hari esok menugal jelai,
Hari ini kita berkampung,
Hari esok kita bercerai.


Dari mana hendak kemana,
Tinggi rumput dari padi,
Hari mana bulan yang mana,
Dapat kita bertemu lagi.

Kelip-kelip kusangka api,
Kalau api mana puntungnya,
Hilang ghaib kusangka mati,
Kalau mati mana kuburnya

Batang selasih permainan budak,
Berdaun sehelai dimakan kuda,
Bercerai kasih bertalak tidak,
Seribu tahun kembali juga.

Orang Aceh sedang sembahyang,
Hari jumaat tengahari,
Pergilah kasih pergilah sayang,
Pandai-pandai menjaga diri.

Mana Manggung mana Periaman,
Mana batu kiliran taji,
Tinggal kampong tinggal halaman,
Tinggal tepian tempat mandi.


Bintang Barat terbit tinggi,
Bintang Timur terbit pagi,
Jika tidak melarat panjang,
Ada umur ketemu lagi.



Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa.
Dewan Bahasa dan Pustaka

P/s : Bila baca pantun ni teringat cerita Gurindam Jiwa ……. Nordin Ahmad berpantun dengan Latifah Omar

Thursday, April 13, 2006

APA LAGI YANG TINGGAL

Membaca akhbar utusan malaysia minggu lepas membuatkan abi cukup rasa gerun. Abipun dah tak ingat akhbar hari apa. Tapi Abi masih ingat tajuk utamanya Restoran mamak telah banyak bertukar tangan kepada bukan Islam. Begitulah bunyinya seingat Abi. Abi cukup rasa sedih. Sedih sangat walaupun abi bukanlah peminat kedai mamak ni, tapi Abi terkilan betapa lemahnya kita Umat Islam di Malaysia pada hari ini…….. tak tahulah apa lagi yang tinggal pada kita orang orang Islam di Malaysia hari ini. Kesemuanya tergadai ke tangan bukan Islam. Walaupun mamak bukanlah sebangsa dengan Abi……… tapi bagi Abi bangsa ni tak delah Abi banggakan sangat apa yang penting bagi Abi adalah Islam itu sendiri. Abi berbangga sebenarnya dengan kejayaan kedai-kedai orang Islam samada Mamak ke, China Muslim ke apa lagi kedai-kedai orang Melayu Islam itu sendiri.

Sudahlah kita hari-hari dihimpit dengan pelbagai penghinaan terhadap Umat Islam dari soal tudung hinggalah soal makanan halal. Bagaimanalah Malaysia nak jadi pengeluar makanan halal terbesar dunia kalaulah makanan kita sendiri masih disediakan oleh bukan Islam ??? Soal restoran dan kedai makan sendiri kita masih belum dapat selesaikan…….. Bila dah jatuh ke tangan bukan Islam……. Maknanya pengurusan boleh berbuat apa sahaja…. kerana pengurusan telah dipegang oleh bukan Islam. Apa mereka paham dengan makanan halal ni…. ???

Mungkin bagi sesetengah orang soal makanan ni soal kecik je ??? Soal remeh temeh. Bagi Abi persoalan ni terlalu besar. Soal halal dan haram nilah yang membentuk jiwa kita. Soal halal dan haram inilah yang membentuk sahsiah kita, soal halal dan haram ialah yang membentuk peribadi kita. Mungkin kita tidak pernah terpikirpun pelbagai masalah yang wujud hari ini ada kaitannya dengan pengambilan makan. Betapa kerasnya hati anak kita untuk dilentur agar menunaikan solat ??? Betapa payahnya anak kita untuk di suruh ke masjid ??? Betapa sukarnya untuk kita menyuruh mereka membelek ayat Al-Quran……. Mungkin kita tidak pernah terpikirpun apa yang kita beri makan hari-hari membentuk hati anak kita……. Mungkin kita merasakan ia sekadar makanan yang tidak memberi kesan apa-apa kepada mereka.

Sebenarnya, semakin banyak perutnya diisi dengan perkara yang syubhah……… yang tidak jelas semakin keraslah hati anak-anak kita menerima kebaikan…… semakin sukarlah anak-anak kita mendekati persoalan keimanan. Justeru, abi rasa kita sebagai ibubapa perlu memerhatikan apa yang dimakan oleh ahli keluarga kita. Bukan setakat kehalalan makanan itu sendiri tapi kita sendiri yang bekerja …….. pastikah kita melakukan dengan yang terbaik……. Tidak menyalahgunakan harta tempat kerja….. dan seterusnya menyebabkan hasil ( gaji ) yang kita dapat terjerumus dalam syubhah. Cubalah hari ini kita buat sebaik mungkin agar kita diberikan rezeki yang betul-betul milik kita dan seterusnya kita akan diredhai Allah. Insyaallah dengan cara ini dapat membentuk hati kita sekeluarga kearah keredhaan Allah.

Maaflah abi dah banyak melalut, berbalik soal restoran mamak ni, sebenarnya Abi sendiri dah lama sangatpun tak masuk restoran mamak ni. Mungkin dah hampir dua tiga tahun juga. Rasanya, kali terakhir masa Abi di Sandakan….. maklumlah di sana banyak sangat restoran mamak ni. Abi bukan apa dari dulu lagi terus terang Abi dah rasa kurang senang dengan restoran mamak, maaf kata, Abi agak ragu dengan status kehalalannya. Melihat kepada pekerjanya sahaja Abi rasakan sesuatu. Tak tahulah kenapa rasa hati Abi macam tu…….. sekarang ni bila abi terbaca akhbar utusan tu lagilah tertutup hati Abi……….. Moga Allah pelihara Abi, Ummi dan Umar dari perkara yang syubhah ini. Amin.

P/s : Insyaallah minggu depan abi kena jadi hakim kokuria ( bahas ala parlimen ) daerah di SMK Triang 3.

Wednesday, April 12, 2006

SALAM MAULIDURRASUL

Dah lama juga abi tak update blog abi ni. Bukan apa, kat tempat kerja abi ni ada problem sikit internet seminggu dua ni. Jadi abi tak dapatlah nak update. Hari ni tak ada apa abi nak tuliskan Cuma abi nak ucapkan SALAM MAULIDURRASUL kepada semua umat Islam walau dimana sahaja berada. Rasanya belum terlambat juga abi mengucapkannya. Moga kecintaan kita kepada nabi kita makin membara di hati.

Maaf, abi pinta kepada sahabat-sahabat yang mengirimkan sms kepada abi sempena maulidurrasul kali ini, kerana tahun ni abi tak balas satupun sms ucapan salam maulidurrasul. Bukan apa, abi rasa nak berjimat sikit bulan ni. ( kedekutnya abi ) Bulan lepas abi dah melebihi kredit limit yang telah ditetapkan…………. Tupun belum bayar lagi. Sikit hari lagi kena potonglah tu. hehehehe

Di sini abi tuliskan antara sms-sms yang abi terima sempena maulidurrasul……… moga dapat menjadi renungan kepada kita :

Dari sahabat Abi di Sibu :
Ajarlah generasimu mencintai nabinya, ahlikeluarga nabinya dan membaca Al-Quran. Selamat menyambut maulidurrasil daripada ust Mohd Isa Sibu Serawak.

Terima kasih ustaz atas ingatan.


Dari sahabat abi di Kuala Lipis Pahang Darul Makmur :
Selamat meraikan MAULID NABI. Sesungguhnya Rasulallah sendiri mengagungkan hari maulidnya, bersyukur ke atas nikmat maulidnya ke alam ini, menghormati maulidnya dengan berpuasa pada hari isnin ( hari baginda dilahirkan ) bergembira dengan maulid nabi dituntut Allah. Rasulallah SAW bersabda : “ Demi zat yang jiwaku berada dalam kekuasaannya, seseorang di antara kamu belum beriman sehinggalah aku lebih dicintai melebihi cintanya kepada ayahnya dan anaknya. Cintailah nabi kita 24 jam!!!

Terima kasih Mi diatas kiriman sms semoga dapat menambahkan keimanan abi terhadap Allah dan rasulnya.


Dari anak saudara abi di Keningau Sabah :
Sunnah perjuangan bukannya mudah, harga syurga bukannya murah,Akhlak nabi jadikan qudwah, tawakkal sabar sebagai hadiah, moga kelak memperoleh husnul khatimah. Selamat menyambut MAULIDURRASUL.

Terima kasih Lein sekeluarga atas ingatan kepada Pak Andak di sini.


Itulah di antara sebahagian sms yang abi terima sempena maulidurrasul kali ini. Tak dapatlah abi nak tuliskan semuanya……. Terlalu banyak. Semoga kita dapat mengambil pengajaran dari sms yang dikirimkan tersebut.

Terima kasih sahabat di atas ingatan kalian semua.

Monday, April 03, 2006

NAK TAK CIKGU ????

Jumaat lepas awal pagi lagi lagi Abi ada kelas. Biasa kalau takde kelas ke kantin lah dulu Abi ni jawabnya. Masuk-masuk je kelas, lepas siap baik pelajar baca doa tetiba datang seorang pelajar dekat Abi. Tahu dia tanya apa kat Abi……….. pastinya tak tahukan ??? hehehe. Dia tanya Abi, “ nak tak cikgu ”??? Kalau nak bagi je RM 25.00 sambungnya lagi. Abi kata apa bendanya nak tak ni ??? RM 25.00 ni ??? Abi tak paham. Dia suruh Abi teka………. Abi tak layan sangat. Abi cakap nanti last, lepas Abi mengajar kita sambung…………….

Abipun mengajarlah dulu…………. Dekat nak bunyi loceng datang lagi pelajar ni……… Nak ke tak cikgu ???? dia tanya lagi. Abi kata apa yang nak tak nak ni……… cakap ajelah terus terang. Last-last dia cakap kancil RM25.00 seekor. Oh! Barulah Abi teringat Abi pernah borak-borak pasal berburu dengan pelajar ni dua tiga hari lepas. Abi layan je dia cerita, dia selalu cakap pasal abang dia kerap pergi berburu. Kadang-kadang bawa balik kancil, kijang kira banyak jugalah binatang-binatang hutan. Abipun cakaplah kalau dapat kancil tolong bawa kat cikgu yer…………… nanti cikgu bayar.

Abi sangka pelajar ni memain je. Tetiba hari ni dia kata kat Abi ada kancil yang Abi cakap nak dulu. Dia janji petang, dia akan hantar kat rumah. Abi takdelah ambik serius sangat………….. sambil tersenyum Abi cakap bawak jelah kerumah. Tengah duk rehat-rehat jam 5.00 petang datanglah pelajar ni dengan basikalnya sambil bimbit beg plastik…… Rupanya memang dia serius bawa kancil. Belum siang lagipun kancil tu, masih berbulu lagi……… Abipun bayar jelah RM 25.00……….. tapi dia pulang semula RM5.00 katanya RM20.00 jelah sebab kecil je. Adalah lebih kurang sekilo. Waha-waha (nama pelajar ni Sauwaha) tak sangka awak ni ambik serius betul dengan cikgu yer.

Alhamdulillah, tak sangka dapat juga Abi makan daging kancil. Dah lama betul Abi tak makan daging kancil. Walaupun Abi hari-hari naik kereta kancil…….. Mungkin dah hampir berbelas tahun lamanya tak makan daging kancil ni. Umar dengan Ummipun bukan main seronok dapat rasa daging kancil. Umar siap usik-usik kancil tu………. Mujur dah mati, kalau tak jawabnya kena gigitlah Umar hehehe. Kalau tak silap Abi last sekali Abi makin daging kancil masa banjir besar tahun 1988 dulu. Masa tu Abi masih belasan tahun ……. Kebetulan kancil tu terlekat dicelah pagar rumah Abi……….. sedang berenang-renang nak selamatkan diri dari banjir, apa lagi ayah Abipun tangkap ajelah. Tulah last makin daging kancil ni……… rasanyapun Abi dah lupa.

Kalau daging payau (rusa ) Abi biasalah makan. Kebetulan masa Abi mengajar di Sandakan dulu……… sana mudah dapat daging payau. RM10.00 je sekilo. Dululah… sekarang ni Abi tak pastilah plak berapa dah harganya………. Sedangkan minyak dah naik, nikan plak daging payaukan ???? Mesti naik juga betul tak ???? Sebut Sandakan teringat tentang abah yang akan ke Sandakan ( masa Abi tulis ni mungkin abah dahpun di Sandakan kot ) bolehlah beli daging payau bawa balik untuk ummi ngan Muizz.

Udangpun murah kat sana. Abah angkutlah banyak-banyak. Cuma satu yang Abi agak terkilan masa kat Sandakan tu……… walaupun selalu sangat makan daging payau ni tapi Abi tak pernah terpikirpun nak tengok payau tu…………. macamana rupanya walaupun Abi tahulah rupa payau tu melalui gambar-gambar, melalui TV, tapi tak pernahpun tengok rupa bentuknya secara live. Entahkan ye entahkan tidak daging payau asli…… entah-entah kena buyuk (bahasa Sabahan tu) je hehehe. Lain dengan kancil ni memang Abi dapat dalam bentuk asli…… Anda tak percaya ???? Boleh tengok gambar di bawah ni……



Wednesday, March 29, 2006

LEMAHNYA KITA......

Semalam Abi janji nak letak gambar rumah yang Umar suka tu, tapi tak sempatlah. Abi tak sempat nak ambik gambar . Sibuk sangat…. … maaflah yer……… esok atau mungkin lusa Abi usahakan…………….

Ari ni Abi nak mengomel pasal satu e.mail yang Abi dapat semalam. Abi dapat dari groups gamatemas. Sebelum Abi mengomel ni Abi pastekan e.mail tersebut untuk tatapan kita semua. Semoga ada manfaatnya untuk kita renungi bersama.

Surat dari Fatimah :

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…………..

Surat Fatimah gemparkan kota Baghdad. Fatimah adalah seorang saudara perempuan seorang mujahid yang terkenal di daerah Abu Gharib, yang berasal dari sebuah keluarga yang terkenal kebaikan dan ketaqwaannya. Suatu hari pasukan AS menyerbu rumahnya dengan tujuan menangkap saudaranya. Namun karena mereka tidak dapat menemukannya, pasukan AS menangkap Fatimah dengan tujuan memaksa saudaranya menyerahkan diri.

Surat tulisan tangan Fatimah, baru-baru ini berhasil diselundupkan keluar dari penjara Abu Gharib, surat ini menggambarkan penderitaan para tawanan wanita akibat perbuatan terntara AS. Segera surat ini tersebar dan menghebohkan kota Baghdad, mengirimkan gelombang yang akan terus berlanjut ke seluruh Iraq. !

Mafkarat al-Islam berhasil mendapatkan salinan surat tersebut.

Bismillahirrahmanirrahiim.

*Say He is God the One; God the Source [of everything]; Not has He fathered, nor has He been fathered; nor is anything
comparable to Him.* [
Qur*an, Surat 112 *al-Ikhlas*]

Saya menulis surat Al-Ikhlas ini karena mempunyai arti yang mendalam bagi saya, dan menimbulkan getaran di hati orang-orang yang beriman.

Saudaraku mujahidin di jalan Allah* Apa yang dapat kukatakan padamu?

Saya katakan, rahim-rahim kami telah terisi dengan janin akibat perkosaan yang dilakukan keturunan kera dan babi itu. Mereka telah menodai tubuh kami, meludahi muka kami, dan merobek-robek Al-Quran untuk digantungkan ke leher-leher kami. Allahu Akbar.

Tidakkah kau mengerti tentang kejadian yang menimpa kami? Betulkah kau tidak tahu ini terjadi pada kami? Kami saudaramu, dan Allah akan meminta tanggungjawabmu tentang kejadian ini kelak.

Demi Allah, tidak semalam pun kami lewatkan di penjara ini kecuali mereka mendatangi salah satu dari kami untuk melampiaskan nafsu setannya. Padahal kami selalu menjaga kehormatan kami karena takut kepada Allah. Takutlah pada Allah! Bunuhlah kami bersama mereka!

Hancurkan mereka bersama kami!

Jangan biarkan kami di sini agar mereka bias bersenang-senang memperkosa kami, sesungguhnya ini adalah sebuah perbuatan dosa besar di sisi Allah. Takutlah pada Allah akan urusan kami. Biarkan (jangan serang) tank dan pesawat mereka. Datanglah pada kami di penjara Abu Ghurayb.

Saya saudaramu karena Allah. Mereka memperkosa saya lebih dari sembilan kali dalam satu hari. Bisakah kau bayangkan? Bayangkan salah satu saudaramu diperkosa. Bersama saya ada 13 gadis, semuanya belum menikah. Semuanya telah diperkosa didepan mata kami semua.

Mereka melarang kami untuk sholat. Mereka mengambil pakaian kami, dan membiarkan kami telanjang. Saat surat ini saya tulis, seorang diantara kami telah bunuh diri setelah diperkosa beramai-ramai.

Seorang tentara memukulnya di dada dan paha setelah memperkosanya, lalu enyiksanya. Gadis itu kemudian bunuh diri dengan memukulkan kepalanya ke tembok penjara, karena dia sudah tidak sanggup menerima ini. Meskipun bunuh diri dilarang oleh Islam, saya memaklumi perbuatannya*

Saya berharap, semoga Allah mengampuninya, sesungguhnya Dia Maha Pengampun.

Saudaraku, saya katakan padamu lagi, takutlah pada Allah. Hancurkan kami bersama para tentara itu, agar kami bias beristirahat dalam damai.

Tolonglah kami, tolonglah kami, tolonglah kami*

Waa Mu*tasimah!.

Surat ini telah berakhir, namun penderitaan penulisnya dan para muslimah belum berakhir.

Hatta mataa haadza s-sukuut !!

Ini yang sudah kesekian kalinya terjadi………..

Entah berapa lagi akan segera menyusul Kelmarin, hari ini dan besok Begitu seterusnya…

Ya Rabb nasyku ilaika da'fa quwwatina
Wa qillata hiilatina
Allahumma n-shurna nashran adziima
Allahuma 'alaika bil haaula l-kuffar
Allahuma 'alaika biman adzaa l-muslimin.

Catatan:

Sebarkan agar semuanya bisa mengetahui keadaan ini.

Wajazaakallahu khairan.


Sedih sangat Abi rasa bila Abi baca e.mail ini. Terasa betapa lemahnya iman Abi……… betapa lemahnya keadaan kita Umat Islam sekarang ni………. Yang tak habis-habis jadi mainan musuh Islam. Kita sekarang diserang bertubi-tubi di segenap penjuru……… bukan sahaja di luar negara yang menyaksikan perang bersenjata, ditindas……… dihina dipermainkan……… tapi Abi rasa kita di Malaysia sendiripun tak kurang hebat dihimpit dengan perang ….. walaupun bukan bersenjata tetapi diserang dengan perang psikologi …………. dari soal pemakaian, pemakanan dan macam-macam lagi……… yang tak habis-habis diperkatakan.bahkan sampai ke tahap Nabi kita sendiri dihina kita masih berdiam diri. ………… kita masih boleh tersenyum sambil menonton TV…. Bergembira dengan drama-drama mengkhayalkan dari Latin, Filipina, Thailand yang masuk ke negara kita……….. itulah kita.

Begitu juga dengan kes tuntutan untuk menubuhkan Suruhanjaya Antara Agama dengan pelbagai tuntutannya yang Abi rasa sekadar nak masuk campur urusan Agama Islam sahaja. Begitu juga dengan memorandum dari 14 menteri bukan Islam…….. semuanya begitu menghimpitkan……….. adalah elok rasanya Abi sertakan dibawah antara tuntutan Suruhanjaya Antara Agama yang bukan sahaja disokong oleh bukan Islam tapi sesetengah orang Islam sendiri seperti Majlis Peguam dan Sister in Islam……….

1) Seseorang anak yang dilahirkan ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
2) Orang bukan Islam yang memeluk agama Islam hendaklah diberi kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka ( murtad ) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang
3) Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan mahkamah syariah tetapi hendaklah dikendalikan oleh mahkamah sivil
4) Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam jika ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar Islam ( murtad ) jika ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.
5) Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang bukan Islam.
6) Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertamamasyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Jom ………. kita renung dalam-dalam tuntutan di atas……… semuanya nak masuk campur dalam urusan Agama Islam sahaja, tak lebih dari tu.

Agaknya inilah zaman yang disebutkan dalam mafhum sebuah hadis nabi :

“ Akan datang satu zaman dimana umat Islam seumpama buih dilautan ………. Sahabat bertanya ” adakah kerana sikitnya Umat Islam pada masa itu……….. nabi bersabda “ tidak bahkan Umat Islam ramai tetapi terlalu lemah ”

( Abi ingat-ingat lupa hadis ini……….. kalau ada yang ingat tolong betulkan )

Mungkinkah inilah zaman yang nabi maksudkan ???????

Tuesday, March 28, 2006

ADUHAI UMARKU SAYANG


Hari ni Abi tak de cerita menarik sangat nak dikongsi bersama. ( tak tahu ramai mana yang baca blog Abi………… ) yang pastinya nak cerita tentang Umar….. anak Abi yang seorang ni. Anak Abi yang baru 5 tahun umurnya……..

Abi ni baru pindah rumah dalam sebulan setengah gitu………. Yerlah dulu Abi jadi warden asrama sekarang ni dah berhenti jadi warden asrama terpaksalah keluar dari rumah warden. Bila pindah rumah baru ni……. Tahu jelah Abi sewa rumah yang kecik je 3 bilik rumah kos rendah……. Rumah warden tu agak besar…….

Ceritanya macam ni setiap kali Abi dan Umar lalu sebuah rumah besar nak kerumah baru Abi ni……. Umar selalu pandang…… rumah banglo tu. Sekali tu Abi tanyalah naper Umar asyik pandang rumah besar tu……… Lalu Umar jawab “ Umar suka rumah rumah tu. ” Rumah sekarang ni kecillah ABi………. Sempit mainan Umarpun tak muat nak letak mana…….” Abi ketawa je….. dia cakap lagi “jomlah duk rumah tu……. Abi cakap “tu rumah orang, Abi mana ada duit banyak…. nak duduk rumah macam tu………”

Umar cakap lagi…….. “Banyak sangat ke……….. sambail tangannya mendepa menunjukkan banyak……” Abi cakaplah “ yer……… kita manalah ada duit banyak tu…. “Dia senyap sekejap…… pastu cakap lagi “Abi ada duit untuk rumah ni je ke ??? Rumah ni tak banyak sangat ke duit………” Abi angguk jelah kepala. Umar macam tak puas hati lagi……….lalu berkata “Abi ambiklah duit di Bank” ( ni lah gara-gara selalu bawa dia cucuk duit kat bank …. Ingatnya semua duit di bank tu duit kita…….. Umar… Umar ) ABi cakap duit kat bank tu bukan semua duit Abi…….. Abi dah habis ambilpun……… Last-last apa dia cakap……….. “Abi mintaklah ngan Ayah Ahmad……… ( salah seorang sahabat Abi yang rapat. ) Abi cakap Abi malulah Umar…….. nanti Umarlah cakap bila jumpa…… Umar malu tak ??? Umar tersengih berkata “ Umar tak malupun……..nantu Umar cakap”

Tulah sikit cerita tentang budak 5 tahun kesayangan ABi ………si Umar, baru 5 tahun tapi amboi citarasanya bukan main tinggi………. Apapun Umar tetap menyinari hidup Abi dan Ummi sekeluarga sampai bila-bila………….. Semoga Umar akan jadi anak soleh yang akan mendokan ABi dan Ummi di akhirat nanti……… Amin.

Esok, Insya allah kalau free Abi nak ambik gambar banglo tu…….. kalau sempat Abi masukkan kesini. Rasanya rumah macam tu tak mungkin ABi akan dapat……….. Cuma tak tahulah rezeki Allah……… suatu masa nanti.

Monday, March 27, 2006

11.30 MALAM

Dua malam ni Abi dapat panggilan dah kira dekat larut malam. Jam 11.30 malam. Tahu siapa yang buat panggilan pada Abi……… jangan kata ABi bercinta dah lah. Pemanggil tu bekas pelajar Abi yang sekarang tingkatan 5 di MRSM Batu Rakit Kuala Terengganu. Abi tanya juga kenapa call lewat sangat. Dia kata baru habis PREP jam 11 malam tadi. Malam pertama dia cerita yang dia tak boleh belajarlah di sana. Suasananya tak merangsang dia untuk berjaya………. Itu kata dialah. Abipun nasihatlah sekadar termampu………… Cuba lah yang terbaik……….

Sebenarnya Abi yang hantar dia ke Kuala Terengganu sebab masa tu Abi kesian tengok dia semangat betul nak belajo di sana, nak masuk MRSM lah katakan. Abi ni hantarlah………. Abi dari Temerloh jam 4 petang……………. Tolak dan balik semula hari tu juga hampir jam 6 pagi baru sampai pula ke Temerloh. Letih betul badan tapi tak pe Abi nak tengok pelajar ABi berjaya. Berjaya jadi orang berguna……..berjaya dalam akademik dan berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat. Esoknya Abi ke sekolah juga seperti biasa mengajar……………. Matapun merah ngantuknya Allah sahaja yang tahu………..

Malam tadi dia telepon lagi………….. ngadu masalah yang sama……. Akhirnya apa dia cakap kat Abi……….. “ Cikgu, Hazril rasa Hazril nak pindah balik ke sekolah lamalah……..” mula tu tergamam juga dibuatnya. Abi pun tanya ni memang dah keputusan muktamad ke …………. Dia kata yer……… Abi Tanya lagi “ Dah beritahu ayah ……..” dia kata dah……… Cuma ayah suruh bercakap dengan cikgu…………. Ayah takde masalah. Katanya lagi……… “ kalau cikgu kasi hari esok juga Hazril ambik surat berhenti……..” ermmm Abi kata oklah kalau itu yang terbaik untuk Hazril teruskan……………. Jelas kedengaran nada suaranya gembira…………

Sampai saat ni ABi masih tertanya kenapa yer……. Hazril rasa begitu. Dah di sekolah yang ok nak balik semula ke sekolah biasa. Apapun tak kisahlah sekolah bukanlah menjamin kejayaan seseorang…………… Tengok si Amalina duk skeolah biasa je tapi dapat 18A1…… Abi doakan Hazrilpun akan berjaya dalam SPM tahun ni ……….. Cuma Abi terkilan satu je. Hazril buat keputrusan terlalu lama……… dah dekat sangat nak SPM…… dah hamper setahun dia di sana………. Kalau dari awal tahun 206 ni ni dia balik ke sini ok juga. Pindah dalam cuti sekolah. Bimbang juga dia tak dapat nak cover pelajaran dia bila beralih tempat. Dia pernah cakap kat Abi dia memang dari awal tak selesa di situ……. Tapi bimbang Abi marah…. Abi takdelah sekejam itu………….

Apapun Hazril selamat Maju Jaya. Dan semoga sukses dalam SPM. Harap Hazril telepon Abi bila balik kesini esok atau lusa.

Sunday, March 26, 2006

SMS HALAL - HARAM

Hari ni Abi nak cerita pasal sms yang kerap ABi dapat. Kawan-kawan selalu sms beritahu makanan tu halallah makanan tu tak leh ambillah .... kira macam-macam lagilah cerita pasal halal-haram ni.

Abi bukan apa ...... bukan tak percaya, memang Abi yakin sangatpun. Cerita tentang halal haram makanan ni dah lama sangat tersebar di kalangan kita Umat Islam ni. Rasanya dah jadi macam duri dalam daging bagi kita Umat Islam di Malaysia ni. Cuma bagi ABi satu je........ kita sekarnag ni terlalu bergantung kepada usahawan makanan yang dibuat oleh NON MUSLIM...... kita pahamlah kalau dah makanan kita sendiri disediakan oleh mereka macamana kesucian sesuatu barangan tu akan kita yakini. Bukan Abi bermaksud mereka tidak prihatin tentang halal dan haram. Tapi apalah sangat kefahaman mereka terhadap pengertian Halal yang sebenar. Halal bukan sekadar binatang yang disembelih……. Halal merangkumi semua perkara. Penyediaan tempat……. Alat menyembelih……. Dan segala yang berkaitan mestilah halal serba serbi.

Bagi ABi sekarang ni dah banyak juga usahawan Muslim yang menyediakan produk makanan halal Eloklah juga kita bertukar sedikit demi sedikit selain kita dapat barangan yang suci sekurangnya kita dapat membantu ushawan Muslim kita……… Abi sebenarnya dah lama sangat cuba elak mengambil produk khususnya makanan buatan Non Muslim. Banyak sekarang kicapnya, sosnya, tomatonya………. Kedai kekpun dah ada kedai kek Muslim. Alhamdulillah. Buatan ornag kita. Jom kita Bantu mereka.

Kalau kita tak Bantu siapa lagi nak Bantu kan ???? Dan Alhamdulillah ABi memang dari kecil tak suka minuman dalam botol dan dalam kotak…………. Sekurangnya terselamat juga ABi……. Jangan plak kata Abi kata makanan tu semua tak Halal……….

Bila cerita tentang Halal dan Haram ni Abi teringat suatu cerita…………. Tentang kopi……. Ye lah dulu mak selalu beli kopi buatan Cina yang dijual Pekan Sari. Yang jual timbang tu. Memang baik sangat dengan Cina tu……… satu hari, Cina tu sendiri cakap terus terang…… “ Haji sebenarnya kopi buatan orang Cina di jual di Pekan Sari ni mengandungi bahan berasaskan **** ”Mungkin agaknya dek terlalu biasa dengan Cina tu akhirnya dia berterus terang. Sampai sekarang ni keluarga kami dah tak makan kopi……….. Mak serik betul. Wallahu Aklam.

Wednesday, March 22, 2006

HANGATKAN SEMULA

Dah lama benar abi tak usik blog abi ni. Dah hampir 8 bulan diam tak diam. Insyaallah Abi nak hangatkan smeula Blog ni........ moga ada juga manfaat kepada diri Abi dan pembaca tupun kalau ada yang sudi bertandang.

Doakan ABi berjaya.

Monday, February 20, 2006

KELAPA NAN SEBATANG





Petang semalam Abi balik kampung. Tetiba terpandang pokok kelapa belakang rumah mak Abi.... Abipun snap jelah. Tak tahu kenapa suka sangat tengok buah kelapa tu. Seronok plak. Mungkin sebab kecik-kecik dulu ABi suka sangat makan isinya..... isi kelapa muda memang best... Tu jelah cerita hujung minggu Abi......... sempat juga pergi dua tempat kenduri kawin. Meriah.

Friday, January 20, 2006

KISAH ORANG KECIL

SECEBIS KISAH KEHIDUPAN…………………

Tengah dok belek-belek tabloid harakah (maaf kalau ada yang fobia dengan akhbar ni…. ) yang kawan kasi minggu lepas Abi tertarik dengan satu artikel. Abi bukanlah peminat politikpun sekadar sesekali layan pandagan kedua. Rasanya elok juga kalau artikel ini dikongsikan bersama mungkin ada kebaikan untuk kita sama renungkan. Lagipun Abi baru nak perangatkan blog Abi yang dah lama sangat sejuk ni…….. elok juga Abi mulakan dengan artikel di bawah :

RINTIHAN ORANG KECIL YANG JARANG DIPEDULIKAN
Oleh Abdul SHukur Harun

Zamri Amin 37, kerani biasa syarikat insuran di tengah-tengah Kuala Lumpur. Setiap hari, Toyota lamanya berusia tujuh tahun membawanya dari rumah di Puchong ke tempat kerja. Bukan mudah untuk sampai ke pejabatnya, terpaksa menempuh jalanraya yang sesak. Pilih jalan manapun, kesesakan tidak dapat dielak. Kesesakan sinonim dengan KL, apatah lagi bila banjir melanda kesesakan berganda.

Jika hujan, kebimbangan utama ialah jalan rendah yang dilalui banjir, bimbang pokok besar tumbuh samada di tengah jalan atau tempat dia meletakkan keretanya. Beberapa rakannya rugi besar selepas kereta ranap ditimpa pokok. Ini kebimbangan biasa orang seperti Zamri, golongan berpendapatan sederhana rendah. Isterinya surirumah sepenuh masa, menjaga tiga anaknya. Mendiami flat dua bilik yang dibelinya dengan bayaran bulanan RM250

Rungutan Zamri, apabila ada saja kesempatan berbual dengan rakan sepejabat atau di rumah dengan isteri, ialah mengenai jalanraya yang sentiasa sesak dan harga barang harian yang terus naik sejak harga minyak naik 20 sen beberapawaktu lalu, tetapi kerungsingan itu kiranya masih belum memuncak sehingga kerajaan mengumumkan kenaikan 30 sen herga minyak. Pada suatu pagi minggu, dia ke pasar bersama isterinya dan tercetuslah keluhan berat kerana harga sayur, ikan, ayam, daging, tauhu, kelapa dan barang-barang lain terus naik.

“ Apa boleh buat,” kata seorang peniaga ikan dipasar itu kepadanya, “ kita ambil ikan dari orang mahal kita jual mahal jugalah. Kalau tidak macamana nak meniaga.” Belum sempat dia berhujah, peniaga sayur sebelah menambah, “ kalau dapat kami nak jual murah, tapi kami dapat mahal dari pemborong. Kami bawa ke sini dengan lori dari pasar borong. Minyak naik; jadi kena naiklah.” Zamri berusaha menolak hujah peniaga ini, tetapi ternyata sukar.

“ Kalau minyak naik, diesel naik, apa barangpun naik. Encik fikirlah kerana semua guna lori, van,” kata peniaga itu. Bagaimanakah orang seperti Zamri dan isterinya hendak berhujah atau mematikan hujah peniaga ini seperti yang disaran seorang menteri, kononnya kalau peniaga itu hendak naikkan harga, tanya dia dulu, berhujah dengan dia dulu.
Akhirnya orang seperti Zamri terpaksa juga membeli. Selalunya RM40 memadai untuk membeli keperluan harian beberapa hari. Sejak harga minyak naik ternyata tidak cukup. Belum lagi makanan dan susu serta pakaian tiga anaknya, yang seorang sudahpun memasuki darjah satu sekolah yang tak jauh dari rumahnya, tetapi terpaksa juga dihantar dengan kereta dan diambil oleh kawan isterinya bila pulang.

Orang seperti Zamri yang mempunyai tiga anak dan seorang isteri, berpendapatan RM1500 sebulan, tidak termasuk overtime, sudah merasakan demikian peritnya kehidupan dengan kenaikan harga barang, betapa pula mereka yang berpendapatan lebih rendah. Kini Zamri merancang naik bas saja ke pejabat kerana belanja minyak kereta yang bertambah mengambil peruntukan harian yang lain. Ini sangat merungsingkannya sementara harga barangan harian terus naik.

Beberapa hari dicubanya bas. Dia terpaksa keluar rumah jam 7.00 pagi, sebaik sahaja selepas solat subuh di surau berdekatan, dia bergegas mandi dan berpakaian, isterinya menghantar anaknya ke sekolah. Jadual baru ini cuba dilakukannya dengan harapan dapat berjimat, tetapi kesulitan baru pula timbul dan ini sangat berat dihadapinya. Iaitu apabila dia berhadapan masalah menunggu bas hampir satu jam baru bas tiba membawanya ke KL, melalui jalan sesak. Akhirnya tiba di pejabat sering lewat.

Dia teringat, sudah cukup lama kerajaan bercadang memperbaiki system pengangkutan awam. Malangnya hingga kini tiada perubahan. Monorel, LRT ada fikir Zamri tetapi stesen LRT jauh dari rumahnya. Kalau menggunakan LRT atau Monorel, ketika tiba di KL jauh pula berjalan kaki menuju pejabat.

Zamri sudah cukup lemas dengan masalah ini dan lebih melemaskan lagi dengan tekanan harga barang. Dia mendapat khabar semua bas, termasuk bas ekspres sedang berunding meminta kebenaran kerajaan menaikan tambang kerana harga diesel pun naik. Dia terfikir sendiri bagaimana kehidupan saudara maranya di Baling dan Padang Terap. Begitu juga keluarga sebelah isterinya di Pahang dan Terengganu yang bekerja sebagai nelayan dan petani mengambil upah memungut kelapa kering. Keadaan jauh lebih parah.

Kalau orang sepertinya yang berpendapatan tetap, walaupun kecil di KL sudah sedemikian sukar menyesuaikan dengan tekanan harga barang, apalagi orang kampung. Antara saranan berjimat yang dianjurkan, kawal perbelanjaan kad kredit. Bayangkan siapa orang kampung yang ada kad kredit dan suka bersiar-siar dengan kereta. Orang kampung yang kebanyakkannya miskin hanya berbelanja dengan wang kertas malah duit syiling. Tidak pernah melihatpun kad kredit.

Akhirnya Zamri, mengambil keputusan untuk bersedia menghadapi keperitan ini. Dia tahu tiada siapa tempat orang sepertinya mengadu. Golongan menengah dan kaya di Damansara, Subang Jaya, Petaling Jaya, Country Height, Glenmarie, Country Home fikirnya, tidak akan merasa tercabar dengan kenaikan harga minyak dan harga barang ini. apatah lagi pak menteri dan tokoh korporat yang hidup dengan penih kemewahan.

p/s : Abipun belum pernah guna kad kredit. Nak gunapun tak pandai kot. Hehehe.

Tuesday, December 20, 2005

JAWAPAN PENGHARAMAN BABI SECARA SAINTIFIK

Hari ni Abi takde apa nak dikongsikan dengan semua….. Cuma Abi tertarik dengan satu e.mail yang Abi terima semalam dari groups gamatemas. Rasanya elok untuk Abi kongsikan dengan pembaca….. ( tupun kalau ada yang baca blog Abi ni hehe )

Ok Abi pastekan tanpa mengubah satu ayatpun………. Mujur juga ada terjemahan kalau tak melopong Abi baca yang Inggeris tu. Maklum ajelah Abi ni bekas sekolah atap je…..

From: Hayati

Di sini sy ingin berkongsi sesuatu yg informatif dengan korang sumer. As Muslim, kita diharamkan memakan khinzir dan apa jua yg berkaitan ngan menatang tuh. Nak tau kenapa?

Bob: Tell me why is it that a Muslim is very particular about the words Halaal and Haraam; what do they mean?

(Terangkan kepada saya kenapa orang Islam ni sangat mementingkan dan begitu teliti dengan istilah 'Halal dan juga Haram'; apa sebenarnya maksud perkataan-pekataan tersebut)

Yunus: That which is permissible is termed Halaal and that which is not permissible is termed Haraam and it is the Quran which draws the distinction between the two.

(Halal bermaksud perkara yang dibenarkan dalam Islam manakala haram pula bermaksud perkara yang tidak dibenarkan dalam Islam dan al Quranlah yang telah menggariskan perbezaan diantara keduanya.)

Bob: Can you give me an example?

(Boleh awak beri saya contoh?)

Yunus: Yes, Islam has prohibited blood of any type. You will agree that achemical analysis of blood shows that it contains an abundance of uric acid, a chemical substance which can be injurious to human health.

(Ya. Islam telah melarang memakan apa jua jenis darah kecuali darah ikan dan belalang kalau tak silap saya. Kamu tentu akan setuju bahawa satu analisis kimia terhadap darah menunjukkan ia mengandungi banyak asid urik,iaitu satu bahan kimia yang merbahaya pada kesihatan manusia.)

Bob: You're right about the toxic nature of uric acid, in the human being it is excreted as a waste product and in fact we are told that 98% of the body's uric acid is extracted from the blood by the kidneys and removed through urination.

(Kamu benar berkaitan dengan toksid semulajadi yang terkandung dalam asid urik ini. Di dalam badan manusia, ia digolongkan sebagai bahan kumuh/buangan, malahan kami diberitahu bahawa 98% dari asid urik ini diekstrak/ditapis daripada darah oleh buah pinggang dan dibuang melalui sistem perkumuhan)

Yunus: Now I think that you'll appreciate the special prescribed method ofanimal slaughter in Islam.

( Sekarang saya rasa kamu akan dapat merasai betapa beruntungnya satu cara istimewa dalam Islam berkenaan penyembelihan binatang )

Bob: What do you mean?

(Apa maksud kamu)

Yunus: You see, the wielder of the knife, whilst taking the name of the 'Almighty', makes an incision through the jugular
veins, leaving all other veins and organs intact.

(Maksudnya, ketajaman pisau, menyembelih dengan menggunakan nama Allah yang Maha Besar, menyembelih pada urat leher, ini semua akan menyebabkan organ-organ penting lain pada haiwan tidak rosak)

Bob: I see, this causes the death of the animal by total loss of blood from the body, rather than an injury to any vital organ.

(Jadi kematian pada haiwan adalah melalui cara hilangnya darah secara keseluruhan daripada tubuh haiwan tersebut dan bukannya dengan mencederakan pada organ-organ penting yang lain)

Yunus: Yes, were the organs, example the heart, the liver, or the brain crippled or damaged, the animal could die immediately and its blood would congeal in its veins and would eventually permeate the flesh. This implies that the animal flesh would be permeated and contaminated with uric acid and therefore very poisonous; only today did our dieticians realize such a thing.

(Ya, sebagai contoh, sekiranya organ jantung, hati, atau otak retak atau rosak, binatang itu akan mati dengan cepat dan darahnya akan menjadi kental dalam salur darah dan ini secara perlahan lahan akan menyebabkan ia meresap ke dalam daging. Ini akan menyebabkan daging diresapi dan tercemar dengan asid urik menyebabkan ia menjadi amat beracun dan baru sekarang pakar-pakar diet menyedari akan hal ini.)

Bob: Again, while on the topic of food; Why do Muslims condemn the eating of pork or ham or any foods related to pigs or swine.

(Bercakap mengenai makanan ni,kenapa orang Islam menolak untuk memakan daging khinzir atau sebarang makanan yang berkaitan dengannya)

Yunus: Actually, apart from the Quran prohibiting the consumption of pork,bacon(pig flesh); in fact the Bible too in Leviticus chapter 11,verse 8, regarding swine it says, "of their flesh (of the swine, another name for pig) shall you not eat, and of their carcass you shall not touch;they are unclean to you. Further, did you know that a pig cannot be slaughtered at the neck for it does not have a neck; that is according to its natural anatomy.A Muslim reasons that if the pig was to be slaughtered and fit for human consumption the Creator would have provided it with a neck. Nonetheless, all that aside, I am sure you are well informed about the harmful effects of the consumption of pork, in any form, be it pork chops,ham, bacon.

(Sebenarnya , ada bahagian daripada Al-Quran melarang penggunaan daging khinzir ini. Malah dalam Bible sendiri dalam Leviticus, chapter 11,verse 8, berkaitan dengan daging khinzir ini, kata Bible " Pada daging khinzir itu, janganlah kamu makan, dan bangkainya jangan lah kamui sentuh , ia adalah tidak bersih untukkamu. Tahukah juga kamu bahawa seekor khinzir tidak boleh disembelih pada lehernya kerana ia sendiri sebenarnya tidak mempunyai leher jika kita tengok dari anatomi semulajadinya. Bagi orang Muslim sekiranya khinzir itu boleh disembelih dan sesuai untuk keperluan manusia, maka Tuhan tentunya akan menjadikan khinzir itu mempunyai leher. Apapun, tanpa melihat pada semua itu, saya yakin bahawa kamu tentu tahu betapa daging khinzir ini, walau dalam apa jua bentuk pun akan memberikan kesan yang merbahaya.)

Bob: The medical science finds that there is a risk for various diseases the pig is found to be a host for many parasites and potential diseases.

(Sains perubatan mendapati bahawa khinzir ini mrerupakan hos/perumah bagi pelbagai jenis parasit dan berisiko terhadap pelbagai jenis penyakit)

Yunus: Yes, even apart from that, as we talked about uric acid content in the blood, it is important to note that the pig's biochemistry excretes only 2% of its total uric acid content, the remaining 98% remains as an integral part of the body.

(Ya, malah selain daripada itu sebagaimana kita berbincang mengenai kandungan asid urik dalam darah tadi, didapati khinzir hanya membuang 2% daripada kandungan asid uriknya sebagai bahan kumuhan dan baki 98% lagi akan kekal sebagai sebahagian dari tubuhnya.)

Tuesday, November 15, 2005

MALAM JUMAAT

Tetiba je ari ni Abi nak cakap pasal malam jumaat. Maklum ajelah malam tadi kan malam jumaat. Bila cakap pasal malam jumaat ni mesti masing-masing punya persepsi tersendirikan ??? Tapi jangan plak faham lain pasal malam jumaat ni. Abi terasa nak bercakap tentang malam jumaat ni bila malam tadi Abi pergi masjid baca Yasiin.

Entah kenapa malam tadi Abi terkenang malam jumaat masa Abi kecik-kecik dulu. Rasanya malam jumaat macam yang Abi lalui masa kanak-kanak dulu tak mungkin akan berulang lagi……………… hanya tinggal nostalgia. Kalau masa kecik-kecik dulu kat kampong Abi ni, kira macam malam rayalah………….. Semua memakai baju melayu. Makpun petang-petang lagi buat kuih…….. tak kiralah lepat pisang ke, jemput pisang ke, lepat ubi ke, peranan talam ke……. ( ni favourate Abi……… rasanya takde siapa boleh lawan kesedapan peranan talam mak Abi buat …. Sayang Mak) Semua orang biasanya akan membawa juadah memasing.

Petang-petang lagi mak ayah kerah anak-anak mandi awal dan ke masjid untuk membaca Yasiin………. Mandi plak masa tu mana ada lagi air paip………. Sungai Pahang tu lah yang jadi tempat berendam dan cuci badan………. Hampir semua orang ada perahu masa tu……….. semua orang ada jamban, ( tahu ke jamban ????? ) Abi rasa seingat Abi hari ni hanya tinggal sebutir jamban je kat kampong Abi sekarang ni. Insya Allah nanti Abi balik sabtu atau ahad ni Abi nak ambik gambar jamban yang ada satu-satunya kat kampong Abi tu…………. Buat kenangan. …………. Kepada kaki pancing kalau berminat nak memancing kat kampong Abi jemputlah datang…………… Sungai Pahang lagi tu.

Semuanya datang ke masjid dengan bawa pelita masing-masing……… maklum ajelah dalam tahun 70an dulu mana ada letrik lagi kat kampong. Ada juga yang bawa daun kelapa yang diikat buat macam lampulah……….. ( Abi pun dah tak ingat apa ke namanya ) sampai kemasjid plak hanya pakai lampu gaslin……….. ( Tak tahu betul tak ejaan tu ) tapi seronok……..seronok sangat bila berkumpul ramai-ramai ni. Bila baca Yasiin riuh sekampong…………. Kuatnya sampai bingit. Lebih-lebih lagi bila time tahlil……… Ya Allah rasa nak runtuh surau kampong………. Bergegar rasa surau tu Almaklum ajelah surau papan je……… tua plak tu……….

Habis je tahlil ni time paling seronok bagi budak-budak masa tu………. Time jamuan…… Macam-macam juadah ada………. Ada bubur kacang, ada lepat pisang, ada peranan talam……….. tak boleh nak ingat kan……….. sedapnya………. Agaknya sekarang ni entah-entah ada yang tak pandaipun buat peranan talam………. buat lepat ubi kot hehehe….. Habis je tahlil balik plak beramai-ramai masa tu terasa sangat seronoknya……… semua pasang pelita masing-masing………. Yang bestnya yang pasang daun kelapa tu……… wow habis cerah seluruh kawasan orang lain tak yah pasang pelita lah jawabnya.

Tapi bila Abi banding-bandingkan zaman ni………. Zaman Abi dah dewasa ni terasa betul bezanya………….. masjid kosong………. Walaupun besar dan binaan batu lagi……… budak-budak tak ada sangat…… boleh dikira dengan jari je. Mungkin budak-budak lebih selesa dengan rancangan TV yang pelbagai macam lagi……………. Yang ada ASTRO lagilah hebat rancangan tanpa henti……….. Bukan sahaja budak-budak mak dan bapak budakpun takde sangat. Sunyi surau…………….sepi.

Kalau dulu malam-malampun tak de apa sangat yang boleh dibuat di kampong-kampong. Apa yang Abi ingat bila balik dari masjid mak Abi akan menganyam tikar mengkuang……… sampailah larut malam. Barulah tidur. Kadang-kadang meraka menganyam beramai-ramai berkumpul Mak Jah datang, Mak De datang, Mak Andak datang bawa mengkuang masing-masing... Balik ni terasa nak buka semula tikar mengkuang Mak yang dah koyak rabak tu……………

Tak delah hiburan macam zaman sekarang. Tak delah TV ……… yang ada hanya radio tupun yang berada je…….. mampu beli radio. Abi rasa Abi tak mungkin lagi akan merasainya kembali…………… keindahan berjalan kaki ramai-ramai ke masjid……… keindahan mandi sungai beramai-ramai, keindahan bertahlil sampai bergegar masjid………. keindahan berebut juadah malam jumaat. Indahnya nostalgia masa lalu.

Mungkinkah ini harga sebuah kemodenan ?????? Inilah sedikit nostalgia Abi malam jumaat. Anda plak bagaimana dengan nostalgia semasa kecik…………..

Monday, October 10, 2005

GAMBAR ABI



Sesiapa nak kenal Abi tu bolehlah tengok gambar di atas hehehe. Abi semasa kecil.