Ermmm dah lama sangat dah tak tengok laman abi ni... Hari ni ada kesempatan sikit untuk abi kongsikan cerita cuti abi ngan ummi dan umar serta mak yang ikut sekali jalan-jalan...
Cuti pertama Penang... Hehe bertolak Isnin pagi 18 Disember jam 8 pagi dalam keadaan cuaca agak gerimis. Jalan pelan-pelan sampai nun di Penang dah dekat jam 5 petang. Hebat dekat 10 jam berjalan... dan alhamdulillah cuaca di sini cukup cerah. Moga langit itu akan sentiasa cerah. Lenguih segala urat sendi. Jauh gak yer rupanya Penang ni... maklumlah abi sendiri tak pernah drive ke utara... Kali terkahir pergipun masa abang kawin ngan orang Bukit Mertajam sekitar 1993 dulu, dah lama sangatpun... segalanya dah berubah. Berhenti makan dan solat di Bagan Serai... makan kira best gaklah. Harga??? Erm... entah mahal kot, inilah makanan kami hari tu. Best???
Perjalanan diteruskan ke Balik Pulau rumah seorang sahabat... Tq sahabat kerana memberikan ruang untuk kami sekeluarga menumpang semalaman... Sesungguhnya layanan sahabat sekeluarga sesuatu yang amat istimewa, terlalu sukar uantuk kami gambarkan dengan perkataan. Terima kasih. Jasa kalian hanya Allah jua yang mampu membalasnya. Kami sekeluarga berbesar hati menjemput kalian ke teratak buruk kami di Temerloh Pahang Darul Makmur pada bila-bila masa... Semoga ikatan ini berpanjangan dan dikira sebagai ibadat oleh Allah di sisiNya nanti. Amin. Singgahlah...
Rupanya masih wujud rumah tradisional Melayu yang begitu kemas cantik dan teratur di Balik Pulau ni. Inilah rumah sahabat tempat kami menumpang semalaman. Lihatlah...
Esoknya sahabat tersebut balik semula ke Putrajaya dan kami meneruskan siri berlegar di sekitar George Town... Tempat pertama tentunya tempat yang tak asing lagi. Bukit Bendera. Tidak asing bagi kalian tapi sungguh asing bagi abi... Maklumlah buat pertama kali menjejaki Bukit Bendera yang agak tinggi dengan keretapi. Pada mulanya rasa juga gerun di hati... Camne lah kalau keretapi terhenti hehe. Takpun meluru ke bawah. Hanya kepada Allah jua tempat kembali. Ya ampun...
Lama juga di sini, hampir sejam juga menunggi turn untuk mendapatkan keretapi... dan perjalanan keretapi menuju ke puncak mengambil masa hampir setengah jam. Ingatkan satu perjalanan sahaja. Rupanya ada perhentian juga nun di atas untuk tukar ke tren baru... terasa macam katak bawah tempurung je abi. Hehe. Umar... erm suka sangatlah budak sorang ni jalan-jalan... macam-macam nak digapainya. Kat atas, biasa sahaja, lebih kurang ala-ala dekat Bukit A famosa Melaka kot... hehe. Ada tempat makan, ada jual-jual cenderahati dan lain-lain. Cuma bezanya di atas bukit ini ada penempatan dan di Bukit A Famosa tiada kot... hehe. Sempat jugalah pekena Laksa Penang... betul ke Laksa Penang macam tu ??? Lain macam je rasanya. Takpelah...
Di sini, di atas bukit ini sempat jugalah ummi capai dua tiga helai baju untuk Umar dan Abi... Alhamdulillah syukur. Dapat jugalah Abi T Shirt Penang. Cantik dan menarik. Itulah untungnya bersama ummi pasti tak akan lupa pada abi... pasti ada sesuatu yang istimewa untuk abi. Terima kasih mi... Turun dah dekat jam 2 petang... terus ke Geroge Town pusing-pusing. First, cari tempat solat. Alhamdulilah jumpalah masjid betul-betul berdepan dengan Komtar dan terus buat solat jamak takdim. Lega, selesai satu amanah dariNya. Pastu, terus ajelah pusing-pusing round bandar ni. Maklumlah pertama kali tanpa guide pakai hentam jelah jalan-jalan. Mak plak nak cari jeruk yang popular di Penang ni... dan alhamdulillah setelah puas memusing ketemu juga tempatnya di hadapan Mydin Penang... Apalagi berkilo jugalah diangkut emak. Ummi!!! erm... ummi tak berselera sebab tengok semuanya hasil buatan bukan orang seperti kita... dan memang ini sikap ummi cermat dalam bab pemakanan. Jadi ummi tengok ajelah... Abi hormat pada pandnagan ummi. Lagipun abi dan Umar tak berapa sangat jeruk2 ni. hehe.
Puas meronda akhirnya kami ambik keputusan teruskan perjalanan ke Utara... kemana??? Nun ke Perlis. Sambil ziarah sahabat lama di Politek Sultan Sirajuddin Arau. Masuk ikut jambatan dan keluar ni kami try pula ikut feri... dapatlah rasa dua-dua. Keduanya menyeronokkan tapi rasanya lebih seronok dengan feri... dapatlah tengok persekitaran. Umarpun seronok jalan-jalan dalam feri...
Oklah rasanya dah panjang cuti 1 : Penang. Ada kelapangan akan di sambung dengan cuti II : Perlis....dan cuti 3 Langkawi. Nanti-nantilah. Gambar... Jap lagi abi upload semula dengan gambar yer... Sedang dikorek-korek gambar ni entah kemana plak pergi nya... Sabar!!!
Sunday, December 24, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Assalamualaikum wbt
Selamat bercuti ke Penang. Keep on writing. http://www.zlaa.blogspot.com
Post a Comment