Monday, August 21, 2006

SELAMAT HARI LAHIR UNTUK UMMI...

Erm.. dah lama juga abi tak menulis... Alhamdulillah hari ni abi rasa nak menulis sikit... dan kebetulan hari ni juga hari jadi ummi... Hari jadi yang ke berapa yer ??? Ermm, abi rasa lebih elok "biarlah rahsia" kan mi. Kita ni bukan selebriti... macam Siti... Blogpun rasanya tak adapun yang ambik tahu. Hehe. sebelum abi panjangkan tulisan abi, abi nak hadiahkan buat ummi tersayang lagu ni... Lagu yang abi memang tengah minat sangat-sangat buat masa ni... Pesona Zulaikha... Moga ummi akan setabah Zulaikha dalam mengharungi hidup walaupun abi sendiri tidak setampan dan segagah Yusuf... hehe

PESONA ZULAIKHA ( Suhaimi Saad )

indah wajahnya gamit pesona
pedih jemari terluka tidak terasa
anggun tingkahnya runtun jiwamu
adakah malaikat menjelma manusia

saat kau turutkan perintah nafsumu
enggan dia tunduk pada godaanmu
dihasut amarah kau lontarkan fitnah
terpenjara Yusof pertahan imannya

begitu cinta si Zulaikha
tega mendamba kekasihnya
hingga tenggelam dalam amukan rindunya
namun tika datang cahaya
dari Cinta segala cinta
seluruh jiwa kini hanyalah Khaliqnya

berganti rayu pada yang Satu
basah bibirmu meratib asma' yang Esa
hati yang tulus rindu yang Qudus
inilah cinta yang sebenarnya cinta

dalam kehilangan kau temui iman
tidak dibiarkan engkau kehancuran
Yusofmu di sisi Tuhanmu di hati
hanya pengabdian bukti kesyukuran

oh Zulaikha, engkau alihkan cinta
dari cinta hamba ke Penciptanya
rindumu bukanlah pemusnah diri
tetapi penemu Cinta Hakiki
oh Zulaikha, kisahmu mempesona
kisah cinta yang akhirnya bertemu cintanya

Dan sentuh tentang Siti tu, elok jugalah kita sama-sama doakan agar Siti bahagia dengan pilihan hatinya... tak payahlah kita plak yang berlebih-lebih. Kebetulan plak sama tarikh perkahwinan Siti dengan hari lahir ummi... Tahniah mi.

Hari ni juga, ada peristiwa besar bagi Umat Islam... Rasanya kalau tarikh perkahwinan Siti semua orang tahu... tapi mungkin ada yang tak tahupun atau mungkin terlupa, hari ini juga adalah hari Nabi Besar kita Muhammad SAW diIsrak dan diMikrajkan oleh Allah Taala ke langit dalam masa satu malam. Mukjizat paling besar yang dialami oleh baginda. Kalau hari ini kita berduyun-duyun ke masjid untuk melihat upacara akad nikah Siti dan Datok K... alangkah eloknya hari ini, atau bila-bila saja bila diadakan program memperingati Israk Mikraj, kita juga berduyun-duyun untuk mendengar dan mengambil peringatan.

Kalau hari ini kita melangak didepan TV semata-mata untuk melihat upacara akad nikah Siti... Bagaimana kalau minggu-minggu berikutnya kita juga melangak depan TV mendengar dan mengambil pengajaran dari peristiwa Istrak dan Mikraj... Alangkah eloknya, andai TV3 membuat siaran langsung setiap program Israk dan Mikraj yang diadakan... Alangkah manisnya... tapi rasanya tak mungkin... Apalah sangat nilai sebuah program Israk Mikraj berbanding dengan uapacara akad nikah Siti yang berjuta-juta RM nilainya... tiada nilai ekonomi... tiada stesen TV yang berebut-rebut untuk menayangkan...

Apapun untuk akhirnya... Abi mendoakan agar Siti terus kekal bertudung litup setelah menjadi isteri, dan semoga menjadi isteri solehah yang membahagiakan suami dunia dan di akhirat... dan untuk ummi... terima kasih tidak terhingga abi ucapkan di atas kesabaran dan ketabahan ummi dalam melayani karenah abi... semoga Syurga menjadi milik ummi di sana nanti... tiada hadiah yang dapat abi berikan dan tidak ternilai rasannya kewujudan ummi di sisi abi... dengan nilaian dunia...

3 comments:

Kaklong Syikin said...

assalamualaikum.

hepi birthday ummi.

moga panjang umur, murah rezeki. moga sentiasa dpt keredhaan abi selaku suami. moga kasih sayang ummi pada abi sepanjang hayat dan dibawa hingga ke syurga. Amin.

teringat saya, bidadari tu cantik, tp kalau isteri solehah yg masuk syurga, lagi cantik drp bidadari2 yg ada....

moga siti terus kekal bertudung. amin.

zino said...

selamat hari lahir utk ummi.. semuga panjang umur murah rezeki dan di permudah segala urusan.. amin..

Anonymous said...

Assalamualaikum

Selamat hari lahir untuk ummi...
Semoga ummi dimurahkan rezeki dan di panjangkan usia dengan penuh keberkatan...

Semoga ummi juga sentiasa dilimpahkan rahmat oleh-Nya...
Selamat hari lahir...
Selamat hari lahir...
Selamat hari lahir ummi...

Wassalam