Monday, June 05, 2006

DUA DUNIA KITA... BERBEZA

Dua dunia kita… berbeza??? Apa tu abi, bunyi macam lagu duet Siti ngan Too Phat je… ye memangpun. Kenapa, tak percaya abi sukakan lagu macam ni… macam abah juga, kalau abah dengan misyar hehe opps Mishanya, abi plak tak kurang hebatnya. Abi ni suka semua lagu2 yang sedap didengar telinga tak kira siapapun penyanyinya… Sungguh, abi memang sukakan semua lagu-lagu jangan fikir abi tak dengar plak lagu yer… lagipun kan muzik tu suara alam… kicauan burung di angkasa, deruan ombak memukul pantai semua tu berunsurkan muzik.

Cuma abi takdelah penyanyi yang abi suka sangat atau apa orang lain kata sebagai penyanyi pujaan, maaf abi takde. Setakat ni abi lebih kepada suka mendengar lagu dan suka kepada senikata2… lebih2 lagi senikata yang berunsur kemanusiaan. Tak kiralah apa cabangnya rap ke rock ker… ke matel ker… nasyid tu dah sememangnya, takpun layan sesekali lagu ahli pikir... samseng, samseng, samseng hehe kadang abi rasa lagu rock lebih baik senikatanya dari lagu tangkap lentok yang mengagongkan cinta sesama manusia secara melampau... mungkin juga zaman abi dah berlalu dengan lagu-lagi jiwang ni, hehe kira dah out of date... tua sangat dah ke abi ni yer???

Ala panjang lebar plak abi ni, nak cerita benda lain, benda lain plak timbul… abi nak cerita tentang 2 dunia sekarang ni…satu dunia nun jauh dari kita dunia sedara kita… sedara seagama dengan kita yang ditindas. Kita di sini senang lenang tapi meraka di sana menderita… kita di sini hidup dengan membazir… makanan tak sedap sikit kita buang merata-rata tempat… mereka di sana mengutip dari sisa-sia buangan orang. Sedih, abi betul2 sedih bila baca artikel kat sebelah ni… SURAT BUAT UMAT ISLAM DI MALAYSIA… surat terbuka ini ditulis oleh Dr. KHalil Perdana Menteri Palestin sendiri. Sekiranya sahabat berminat boleh lihat kembali dalam akhbar UTUSAN MALAYSIA - SISIPAN MEGA dalam RUANGAN AGAMA. HARI JUMAAT BERTARIKH 02 JUN 2006

Sahabat baca, sahabat hayati.. insya allah sekurang2 nya dapat memberikan keinsafan kepada kita betapa sesungguhnya kita mempunyai tanggungjawab besar terhadap sedara seagama dengan kita yang sekarang sedang dihimpit oleh penderitaan. Apa salah mereka ??? Salah mereka hanya kerana mereka memilih HAMAS sebagai kerajaan mereka. Dengan kemenangan HAMAS secara demokrasi telah mengejutkan dunia khususnya pihak barat sendiri kononnya HAMAS merupakan puak pengganas. Pelbagai sekatan dikenakan kepada HAMAS , sehinggakan bantuan dari Negara-negara eropah, bahkan dari Negara Umat Islam sendiri di sekat masuk ke sana…

Lihatlah betapa tidak senangnya negara barat, teruatama Amerika bila melihat kemenangan kepada pihak Islam itu sendiri… walaupun Hamas memenagi pilihanraya secara sah melalui sistem demokrasi yang ditaja oleh barat. Begitulah barat, walaupun demokrasi mereka tuntut, tetapi apabila demokrasi itu memilih parti Islam… meraka juga akhirnya menolak pemilihan yang dibuat secara demokrasi. Benarlah Firman Allah Taala yang bermaksud : “ Sesungguhnya orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan Redha kepada Umat Islam sehingga kita mengikut cara hidup mereka ” Mungkin satu kesilapan HAMAS, HAMAS tidak menggunakan pendekatan Islam Hadhari yang dilaksanakan di Malaysia…

Lihatlah bagaimana Islam yang diperkenalkan di Malaysia… begitu diterima oleh pihak Barat teruatama Amerika. Sesungguhnya Amerika dan barat sangat lunak dengan pendekatan Islam Hadhari yang dibawa oleh Malaysia. Perlu difikirkan bagaimana barat boleh menerima Islam Hadhari sedangkan jelas dalam firman Allah di atas barat tidak akan redha dengan kita selagi kita tidak mengikut cara hidup mereka ??? Abi, tidak mempersoalkan betul atau salahnya Islam hadhari… jangan silap paham. Cuma abi memperkatakan tentang sunnatullah berdasarkan ayat tadi… Sekali lagi abi tekankan “ sesungguhnya Yahudi dan Nasrani tidak akan redha selagi kita tidak mengikut cara hidup mereka”.

Bercerita tentang Islam Hadhari… teringat abi satu peristiwa di sekolah tahun lepas… seorang cikgu berlari-lari mengejar abi… abi, abi, abi nak tanya ni… abi cakap tanyalah kalau abi boleh jawab abi jawab kalau tak abi simpan dulu… abi ni bukan pakar hukum syarak. Ok cam ni bi, aku ada satu nak tanya… kalau kita mati nanti kita disoal mungkir nakir tentang agama kita kan … Abi jawab yerlah naper. Jadi ni nak tanya abi lah ni… “ Kita nak jawab agama kita apa… Islam ke Islam Hadhari… yelah sekarang ni kitakan selalu sangat sebut Islam hadhari, Islam Hadhari, hari-hari kita ulang, bimbang juga tersasul depan malaikat maut tersebut Islam Hadhari.. boleh ke ??? Abi senyum je sambil cakap, ko fikir sendirilah jawapannya Mat… haha abi malas nak layan soalan-soalan macam tu…

Oklah, dah panjang lebar plak cerita tentang dunia Palestin ni … abi nak cerita tentang dunia kita, dunia Malaysia yang abi cintai ni. Abi nak sentuh tentang sikap kita, sikap kita yang sangat berlembut dan bertoleransi dengan kenalan kita dari kalangan bukan Islam… sampaikan kadang-kadang abi rasa, ada keadaannya mereka dah mula naik kepala dengan kita. Semalam abi terima e.mail dari egroups… satu e.mail dari seorang wanita yang menceritakan… bagaimana beliau disoal oleh seorang lelaki Non Muslim yang sudah agak berumur disebelahnya dalam LRT untuk pulang dari kerja… apa kata lelaki tersebut “ tak panas ke awak pakai macam ni, kan sekarang ni cuaca panas”??? beliau bertudung labuh…

Abi tinggalkan cerita tersebut camtu sahaja, bukan itu abi nak sampaikan… hari ni ada benda lain abi nak sampaikan… kalau diPalestin betapa sedara kita dikepung dengan penderitaan oleh pihak barat khususnya dan meraka yang bukan segama dengan kita… tetapi dinegara kita sendiri betapa kita terlalu lunak dengan mereka. Apa isunya!!! Ermmm abi tak cakap saja, abi nak sentuh tentang Tabung Haji… betapa bagi abi tindakan Tabung Haji terlalu menghiris perasaan abi sebagai Muslim. Abi tak tahulah bagaimana pandangan sahabat tentang isu ini, sungguh abi merasa terhiris… apabila Tabung Haji membuat satu memorandum persefahaman dengan sebuah syarikat bukan Islam untuk membekalkan barangan keperluan jemaah haji semasa di tanah suci. Anda boleh lihat petikan akhbar di bawah. Tarikh 30 MAY 2006 SELASA… UTUSAN MALAYSIA.

Dah takde sangat ke syarikat bumiputra Islam di Malaysia ni… kalaupun tak dapat syarikat Melayu Muslim sekurangnya offerlah pada syarikat-syarikat bukan Melayu yang beragama Islam… Lemah sangat ke kita Umat Islam di Malaysia ni… sampaikan perkakas untuk menunaikan haji kita disediakan oleh syarikat bukan Islam. Dahlah tu, syarikat tu rasa-rasanya kepunyaan usahawan yang bergama kristian lagi… ( daripada nama beliau ) Tak mungkinkah wang kita yang dilaburkan ke syarikat tersebut digunakan oleh mereka untuk membesarkan lagi usaha-usaha kristianisasi di Malaysia… segalanya berkemungkinan. Abi yakin 100% pendeposit Tabung Haji ni semuanya Umat Islam… kalau di Bank Islam ke Bank Muamalat ke atau Bank Rakyat sekalipun mungkin terdapat 5 – 10 % pendeposit yang bukan beragama Islam… tapi abi rasa kalau di Tabung Haji semuanya datang dari Umat Islam.

Datang dari makcik-makcik nun di hujung kampong yang berusaha gigih mengumpul demi untuk menunaikan rukun Islam ke lima ni… Hargailah sedikit jerih perih mereka, susah payah mereka mencari wang dengan memberikan barangan terbaik dari Umat Islam sendiri… hargailah… Abi bangga dengan seorang bakal haji, menyuarakan ketidakpuasan beliau dalam forum utusan Malaysia di ruangan surat pembaca hari berikutnya 31 May 2006 dan meberikan kesanggupan untuk mendapatkan pembekal terbaik di kalangan Umat Islam sendiri. Syabas. Cuma abi agak terkilan, dalam isu ini hanya seorang pembaca sahaja yang menghanatar surat menyatakan pendirian… kemana hilangnya yang lain… kalau dalam isu kawin misyar kita boleh dapatkan pelbagai pandangan samada pro dan kontra hari demi hari… tetapi dalam hal ini kita membisu seribu bahasa. Apakah misyar lebih penting dari isu ini ???
Anda boleh lihat komen pembaca ini di sebelah.

Dan alhamdulillah selang sehari selepas komen dari pembaca tersebut, Timbalan Pengerusi Koperasi Tabung Haji Berhad telah memberikan penerangan balas kepada pembaca tersebut… apapun bagi abi, secara peribadi, abi masih lagi tidak berpuas hati… abi sedih sebenarnya dalam keadaan semua orang menunding orang Melayu lemah… orang Melayu tak pandai niaga, orang Melayu tak reti jaga syarikat orang Melayu terlalu mengharapkan tongkat…dan macam-macam lagi… tetiba apa yang kita berikan keada usahwan berbangsa lain lebih dari tongkat… kalau orang Melayu kita berikan tongkat… mungkin kita telah memberikan kepada usahawan lain kerusi roda atau lebih lagi… inilah buktinya. Senang-senang je mereka mendapat untung dari penat lelah kita pendeposit yang 100% orang Islam. Fikirkan… Betapapun kita telah terlambat menyuarakan bantahan… MOU telah ditandatangani selama 5 tahun.
Sila sahabat hayati apa jawapan dari pihak Tabung Haji….

Bagi abi, Insya Allah abi akan membatalkan potongan yang abi dan ummi telah buat. Abi akan cuba mendapatkan tempat yang lebih baik… lebih biak caranya, lebih baik perlaksanaannya dan lebih besar juga pulangannya… hehe macamlah abi buat potongan puluh ribu… dan abi tahu tindakan abi ni sedikitpun tidak akan melemahkan Tabung Haji…apalah sangat dengan potongan Tabung Haji yang hanya beberapa sen sahaja dari abi dan umi… Apapun abi rasakan abi perlu bertindak… sahabat bagaimana ???

Maaf... dah puas abi upload gambar-gambar keratan akhbar tu tapi tetap tak keluar... blogspot bengong sikit hari ni kot... hehehe nanti abi try lagi.

9 comments:

Anonymous said...

...nanti asyik dgr lagu CT ke misha ke jadik lalai...sesekali kene dgr bunyi alunan gempa bumi ke muntahan lahar guning berapi ke...tak gitu abiumar?

Shami said...

Kunjungan balas, maaf lewat, sibuk sikit...Yahudi dan Nasrani memang gitu , tak pernah hilang dendam deper dengan orang islam...

Shami said...

tak tau ler kenaper orang melayu kiter ni selalu kelabu mata bila memangkah masa ngundi...itu pasal ler negara kita tak pernah berubah..dalam bab yang satu tu...agaknya kepala otak dah berkarat kut..dek bebagai...umpan yang diberi....takan nak tunggu timbul gunung berapi atau gempa bumi...atau apa jua bala bencana...baru nak insaf...masing2...
oleh itu marilah kita didik anak2 kita supaya cukup bekal ilmu agamanya supaya generasi kita berubah insyaallah...mudah..mudahan...

Ayu Mohamad said...

ya Allah ya Tuhanku..Kau berilah petunjuk dan hidayahMu ke atas kami...

Kaklong Syikin said...

hmm..pdnpt peribadi saya, patutnya TH tu lebih peka, wlwpun mungkin syarikat non muslim tu bid tender yg betul2 mengikut budget TH, tp dia kena fikirkan itu syarikat non MUSlim,dan TH menguruskan keperluan org ISlam di tanah suci, ia nampk simple, tp apa salahnya bagilah pd syarikat muslim yg jd pembekal sbb ini utk urusan haji. entahlah..kuasa dah ada kat tgn mrk pun masih tak mo guna betul2..

betul, yahudi n nasrani tidak akan berhenti selagi kita tak ikut jejak langkah mereka..maybe msia tak kena teruk sbb kita ada kilang carlsberg yg besar, kita masih blh tolerate ngan segala penghinaan umat islam kat seluruh dunia...kalau kat negara lain, silap2 haribulan TESCO yg dikatakan kepunyaan yahudi tu dah dibom,atau kedutaan asing spt amerika, england, dah teruk kena bom...hmm entahlah.

kalau org tanya saya, kenapa pakai labuh dan tak panas ke? saya dngn bangga kata tidak, sebab saya pakai dengan rela hati lillahi ta'ala. dan kedua,saya dah biasa .

dlm kubur nanti, kalau amalan kita lengkap terutama rukun 5 (kecuali haji bg yg berkemampuan)..kita blh jwb segala soalan mungkar n nakir wlwpun kita tak pandai ebrbahasa arab kat dunia ni, dan persoalan nak jawab islam or islam hadhari..saya rasa mmg dah jelas bahawa jawapannya hanya kata Islam saja kan..wallahu'alam

aNIe said...

Sebenarnya kita sebagai umat islam mestilah sentiasa peka pada segala onar angkaran Yahudi & Nasrani yang sentiasa berniat memusnahkan Islam....

Anonymous said...

Abi..saya belajar di UIA Gombak, dlm bidang Master sejak 2002 yg lalu, baru jer submit comb binding tesis.ada rezeki dpt convo tahun ni.

ok..good luck pada abi juga utk buat master or phd nanti.

Kaklong Syikin said...

oh ya, dlm bidang perbandingan undang2.

hehe..tapi saya tak terer pun.

abiumar said...

abi ni tak tahu nak ambik bidang apa.... hehe doakan abi... Insya Allah UKM atau UM je tahun depan...

Mekasih