Monday, June 12, 2006

ABI, UMAR DAN HARI BAPA...

Erm.. lama juga abi tak update blog maklum ajelah sibuk cuti sekolah jalan sana-sini... hehe macamlah jalan sakan. Padahal ornag lain lebih lagikan kan kan...

Oklah, sedar tak sedar rupanya kita dahpun masuk setengah tahun, dah bulan JUN pun... bila masuk bulan Jun ni apa yang abi nampak kat TV citer tentang sambutan hari bapa... walaupun abi tak pernah sambut hari bapa... dan tak tahupun bila tarikh tepatnya... hehe yang abi tahu jatuh pada bulan JUN, tapi kenapa plak abi beriya benar buat entry abi, umar dan hari bapa yer...

Oklah abi terus je ke apa yang nak abi sampaikan... semalam, kawan abi ziarah, kira antara kawan yang rapat dengan abi jugalah... beliaupun seorang juga anak tetapi perempuan 7 tahun dan abi lelaki 5 tahun. Budak 2 orang ni memang baik... kadang Umar lepak rumah Tikah kadang Tikah lepak rumah Umar... camtulah baiknya. Semalam tu, Tikah lepak rumah Umar bila ayahnya balik... mula eloklah meraka berdua main maklumlah bebudak. Pastu tetiba Tikah nak tengok VCD, abipun pasanglah VCD Muhammad Rasullah animasi tu memang menarik ceritanya... cerita tentang nabi kita... Abi pasanglah kat komputer maklumlah rumah abi ni takde VCD...

Sedang sedap Tikah menonton, tetiba Umar pergi tutup PC... Umar kata Umar tak nak tengok... Umar dah banyak kali tengok... Abipun tegur lah tak baik macam tu sian kak Tikah nak tengok... kak Tikah bukan selalu tengokpun... takpelah, sambil abi pergi pasang semula VCD tu. Umar diam dan meluru dekat meja tulis, dia diam membisu... abi kata jangan macam tu tak baik sian kat kak Tikah tu.. tak baik tahu dan Allah marah macam tu... Umarkan anak baik... gi tengok sama-sama dengan akak tu.

Umar meluru plak kat kerusi sofa tetiba dia ambik pedang mainan dia dan letak kat leher, mengacu2 pedang mainan tu kat leher Umar berkata " Abi suka Umar matikan... Biar abi takde Umarkan, makin laju lagi tangan dia mengacah-acah ke lehernya " abi diam je dan padangan mata abi berlopak.. naper plak kena ngan anak aku ni... tak pernah buat macam ni... Tak lama kemudian Umar bangun dan keluar dari rumah, Abi nampak dia jalan-jalan ke pintu pagar abi intai... rupanya dia terus menapak meluru ke hujung jalan ... abi terpaksa bertindak... abi ekori, bila dia nampak abi, makin laju Umar lari... abi yang dah makin boroi ni terpaksa lah kejar, kira letih jugalah mengejar anak seorang ni... sambil berlari sambil mengomel, " Umar tak nak balik, Umar tak nak Balik, Umar tak nak balik... Abi tak sayang Umar " Bila abi dapat je abi terus rangkul peluk dan cium sepuas hati... dan abi bertanya kenapa macam ni... dia diam je... dan cuba lari lagi, mujurlah abi cepat kunci pintu...

Sejak peristiwa semalam tu sampai hari ni abi tak lena tidur dok memikir je... kenapa anak sekecil tu boleh bertindak macam tu... besar sangat ke salah abi... besar sangat ke dosa abi pada Umar... kenapa Umar buat macma tu kat abi... pelbagai persoalan dalam benak abi, abi sedih. Demi Allah abi sedih sangat... sampai hari ni abi terus terpikir... Mungkin juga ini satu peringatan pada abi atas dosa-dosa abi... tak kira lah dosa dengan sesiapapun... Mungkin Allah jadikan peristiwa ni sebagai peringatan kepada abi... agar banyakan muhasabah...

Mungkin juga abi dah banyak buat silap pada mak dan ayah di kampung... tanpa abi sedari abi dah buat dosa kot... atau mungkin juga abi silap pada sahabat2 abi.. abi tahu semua sahabat abi baik-baik belaka... cuma kadang-kadang abi yang tersilap pengertian, mungkin tak abi sedari abi dah menyakitkan hati sahabat abi... Maafkan abi umar, ibu dan ayah di kampong dan semua yang pernah kenal abi... Maafkan abi... Abi tahu Umar tidak bersalah, apalah yang Umar tahu di ketika usia sebegitu... abi yang bersalah tapi abi tak tahu kepada siapa abi bersalah... cuma abi bersyukur kepada Allah mungkin kejadian ini sebagai peringatan atas dosa-dosa abi kepada semua... Mujurlah Allah ingatkan kembali...

Umar ketahuilah abi sangat menyayangi mu... sayanggggg. Jangan kau ulangi lagi anakku... Dan sekali lagi untuk semua yang kenal abi... maafkan abi, mungkin abi ada berbuat dosa tanpa abi sedari... sehingga Allah datangkan peringatan melalui peristiwa ini, dan kebetulan di ketika smabutan hari bapa... Abi cukup tersentuh... Moga inilah kali pertama dan terakhir Umar bersikap seperti ini... Amin Ya Rabbul Alamin.

Maafkan Abi... dan buat sahabat yang pernah terluka dengan abi... ketahuilah abi tak pernah berniat melukakan hati sesiapa...

12 comments:

Kaklong Syikin said...

Abi, sebelum umar buat perangai tu, ada tak abi terberi Tikah extra attention? takut2 kalau betul, umar terasa hati, yelah,selama ni dia sorang jer kat rmh tu n diberi perhatian lebih..tiba2 ada tetamu, kanak2 pula wlwpun tua sikit drp dia, dpt perhatian yg umar rasa sepatutnya dia yg diutamakan bkn Tikah.

hmm...ini juga antara kerenah n cabaran kita bila anak2 membesar.


moga abi menjadi bapa contoh pada anak2 abi nanti, insyaAllah.

p.s. mana tahu kot2 umar dpt instinct yg dia nak dpt adik baby kot :), tu sensitif semacam agaknya.who knows?

Kaklong Syikin said...

ttg nak lanjutkan pelajaran tu..insyaAllah, ada rezeki tak kemana. cumanya skrg ni abi kena buat research drp sekarang bidang apa yg sesuai dengan jiwa abi dan modul programm yg ditawarkan tu sesuai tak dengan abi yg nak buat dlm full time or part time master ni.

kalau buat master ni,mmg jauh bezanya macam kita buat undergraduate dulu..banyak sangat kerjanya esp. assingment,kekadang tu satu subjek sampai 2 assingment kena buat. kena kuat semangatlah.

apa pun, good luck.

MOKCIK AZWA said...

A'kum Abi...Azwa pernah merasai pengalaman ini. Kenkadang Azwa bertanya pada diri..Ya Allah apalah dosa yang aku dah buat, tapi tak sedar. Dari itu membuatkan azwa sedar mungkin ada dosa2 kita yang tidak disedari telah menyakitkan orang lain...dengan itu cepat2 la kita berusaha memperbaiki diri dan memohon keampunan dari Nya.

Anonymous said...

setuju dengan pendapat syikin tu, mungkin umar rasa diri dipinggirkan, budak2 ni memang cepat sensitif terutama yang baru sorang tu, anak Am pun lebih kurang sama sahaja, bila lebih perhatian sikit pada sepupu dia mulalah dia merajuk dan main sorang2 terpaksalah Am pujuk dan buat dia senyum semula.

fieyda said...

anak sedara acuk pernah bungkus baju dlm kain batik then lari dari umah masa tu umur dia 4 tahun...lagi real tuh!!!!hehehehe biasa la budak kalau hati rasa org tak sayangkan dia...pelbagai la peel dia wak.....

zino said...

abiumar
perangai budak2 memang macam tu.. dalam satu2 situasi dia mau menunjuk dia boleh menguasai keadaan.. dia boleh buat keputusan..
dan bila di larang dia rasa tidak di hargai dan sebagainya.. pada usia ni dia belum boleh menilai yg mana baik dan yg mana sebaliknya.. pada dia apa yg dia buat itu lah yg terbaik dan minta semua org bersetuju dengan keputusan dia..

itu dari pengalaman zino dengan anak anak.. cuma kita perlu menyakinkan dia apa yg di buat nya tidak sesuai.. semuga abiumar berjaya mengatasi nya..

abiumar said...

mekasih atas nasihat semua... dan untuk Syikin tak tahulah semangat memang ada tapi keangan kurnag mengizinkan buat masa ni harap awal tahun depan boleh buat...

Kalau buatpun part time je... Doakan abi menjadi bapa yang baik...

Ayu Mohamad said...

Abi, dulu saya penah juga buat mcm tuh semata2 sbb terasa hati dgn makcik2 dan arwah nenek.kekonon mcm dorang tak pedulilkan saya dan adik (yg ditinggalkan di kg oleh mak dan abah masa cuti sekolah).. kelako plak bila tingat.sedangkan masa tu baru sekolah tadika and umo br 5thn hehehehehe pakcik saya yg kejar.masa tu dah sampai jln besar..

Kaklong Syikin said...

abi..kalau bab kewangan, abi blh surf kat internet website2 ipta tu, depa biasanya ada nyatakan kos pengajian program yg diambil tu..tp utk pendaftaran biasanya mmg kena guna duit banyak, lg satu boleh buat pinjamankan..kecuali MARA, depa mmg takkan sponsor guru atau pensyarah. itu polisi mereka. cuma tak tau sekarang polisi tu dah diubah atau tidak.

Anonymous said...

Abiumar, slmat hari bapa, semoga menjadi BAPA yg baik serta SUAMI yg setia...hehe

dimana ada kemahuan disitu ada jalan bukan jalan2 yg bersimpangan, thus capailah apa yg dicita2kan sementara masih muda...

abiumar said...

Assalamualaikum...

Mekasih kepada semua yang memberi semngat dan dorongan...
Terima kasih juga kepada Abang Duan banyak beri motivasi...

Mekasih semua.

Anonymous said...

Mencari Mardlatillah

Jarang orang merumuskan tujuan hidupnya. Merumuskan apa yang dicari dalam
hidupnya, apakah hidupnya untuk makan atau makan untuk hidup. Banyak
orang sekedar menjalani hidupnya, mengikuti arus kehidupan, terkadang
berani melawan arus, dan menyesuaikan diri, tetapi apa yang dicari dalam
melawan arus, menyesuaikan diri dengan arus atau dalam pasrah total kepada
arus, tidak pernah dirumuskan secara serius. Ada orang yang sepanjang
hidupnya bekerja keras mengumpulkan uang, tetapi untuk apa uang itu dan
mau ditasrufkan kemana baru dipikirkan setelah uang terkumpul, bukan
dirumuskan ketika memutuskan untuk mengumpulkannya. Ada yang ketika
mengeluarkan uang tidak sempat merumuskan tujuannya, sehingga hartanya
terhambur-hambur tanpa arti. Ini adalah model orang yang hidup tidak punya
konsep hidup. Makna tentang tujuan hidup sampai kapan pun masih tetap
penting untuk direnungkan. Bagaimanapun seorang Muslim mesti sadar bahwa
hidup di dunia ini bersifat sementara tidak kekal bahkan terlampau
singkat. Kita cuma diberikan kesempatan yang sangat sebentar, bagaikan
seorang musafir yang berhenti di sebuah oase, setelah istirahat sebentar
dia mempersiapkan perbekalan lalu melanjutkan perjalanan menuju tujuan
akhir.

Rumusan tujuan hidup yang didasari pada nilai ajaran agama menempati
posisi sentral, yakni orang yang hormat dan tunduk kepada nilai-nilai
agama yang diyakininya, melalui pemahaman yang benar dan matang terhadap
ajaran agama, Menurut ajaran Islam, tujuan hidup manusia ialah untuk
menggapai ridha Allah, ibtigha mardhatillah. Allah berfirman dalam surat
al Baqarah ayat 207 yang artinya : an diantara manusia ada orang yang mengorbankan
dirinya karena mencari keridhaan Allah; dan Allah Maha Penyantun kepada
hamba-hamba-Nya?br>
Ridha artinya senang. Jadi segala pertimbangan tentang tujuan hidup
seorang Muslim, terpulang kepada apakah yang kita lakukan dan apa yang
kita gapai itu sesuatu yang disukai atau diridhai Allah SWT atau tidak.
Jika kita berusaha memperoleh ridha-Nya, maka apapun yang diberikan Allah
kepada kita, kita akan menerimanya dengan ridha (senang) pula, ridha dan
diridhai (radhiyatan mardhiyah)

Kita bisa mengetahui sesuatu itu diridhai atau tidak oleh Allah. Tolok
ukur pertama adalah syariat atau aturan yang ditetapkan agama, sesuatu
yang diharamkan atau dilarang oleh Allah pasti tidak diridhai dan bila
kita melakukannya atu melanggarnya kita akan mendapat dosa; dan sesuatu
yang halal atau diperintahkan agama pasti diridhai yang apabila kita
mengerjakannya kita akan mendapat pahala. Selanjutnya nilai-nilai akhlak
akan menjadi tolok ukur tentang kesempurnaan, misalnya memberi kepada
orang yang meminta karena kebutuhan adalah sesuatu yang diridhai-Nya;
tidak memberi tidak berdosa tetapi kurang disukai.

Indikator ridha Allah juga dapat dilihat dari dimensi horizontal, Nabi
bersabda : ahwa ridha Allah ada bersama ridha kedua orang tua, dan murka
Allah ada bersama murka kedua orang tua? Semangat untuk mencari ridha
Allah sudah barang tentu hanya dimiliki orang-orang yang beriman,
sedangkan bagi mereka yang tidak mengenal Tuhan, tidak mengenal agama,
maka boleh jadi pandangan hidupnya dan prilakunya sesat, tetapi mungkin
juga pandangan hidupnya mendekati pandangan hidup orang yang minus
beragama, karena toh setiap manusia memiliki akal yang bisa berfikir logis
dan hati yang di dalamnya ada nilai kebaikan.

Metode untuk mengetahui ridla Allah SWT juga diajarkan oleh Nabi Muhammad
Saw dengan cara bertanya kepada hati sendiri, istafti qalbaka. Orang bisa
berdusta, berbohong dan mengelabui orang lain, tetapi ia tidak dapat
melakukannya kepada hati sendiri. Hanya saja hati orang berbeda-beda. Hati
yang gelap, hati yang kosong, dan hati yang mati, sulit dan bahkan tidak
bisa ditanya. Hati juga kadang-kadang tidak konsisten, oleh karena
pertanyaan paling tepat kepada hati nurani, Nurani berasal arti kata nur,
cahaya. Orang yang nuraninya hidup maka ia selalu menyambung dengan ridha
Tuhan. Problem hati nurani adalah cahaya nurani sering tertutup oleh
keserakahan, egoisme, dan kemaksiatan.

Menurut ajaran Islam, tugas hidup manusia, sepanjang hidupnya hanya satu
tugas, yaitu menyembah Allah, Sang Pencipta, atau dalam bahasa harian
disebut ibadah. Allah berfirman dalam kitab suci al Qur'an yang berbunyi yang artinya "tidaklah Aku menciptakan
Jin dan Manusia kecuali untuk menyembah kepada-Ku". Menjalankan ibadah
bukanlah tujuan hidup, tetapi merupakan tugas yang harus dikerjakan oleh
mahluk Allah sepanjang hidupnya. Ibadah mengandung arti untuk menyadari
dirinya kecil tak berarti, meyakini kekuasaan Allah Yang Maha Besar, Sang
Pencipta, dan disiplin dalam kepatuhan kepada-Nya. Oleh karena itu orang
yang menjalankan ibadah mestilah bersikap rendah hati, tidak sombong,
menghilangkan egoisme dan Istiqomah untuk terus berupaya agar selalu dalam
ridla dan bimbingan-Nya. Itulah etos ibadah. Ibadah ada yang bersifat
mahdhah/murni, yakni ibadah yang hanya memiliki satu dimensi, yaitu
dimensi vertikal, patuh tunduk kepada Allah Yang Maha Kuasa, seperti
shalat dan puasa.
Ibadah juga terbagi menjadi dua klasifikasi; ibadah khusus dan ibadah
umum. Ibadah khusus adalah ritual yang bersifat baku yang ketentuannya
langsung dari wahyu atau dari Nabi Muhammad SAW, sedangkan ibadah umum
adalah semua perbuatan yang baik, dikerjakan dengan niat baik dan
dilakukan dengan cara yang baik pula.

Ibadah khusus seperti shalat lima waktu sehari semalam adalah tugas,
taklif dari Allah SWT yang secara khusus diperuntukkan kepada orang-orang
mukmin yang telah baligh. Puasa, Zakat (zakat fitrah, zakat mal) bagi yang
telah memenuhi syaratnya, dan ibadah haji bagi yang mampu, memotong hewan
kurban bagi yang mampu semuanya adalah taklif.

Dan ibadah ghairu mahdhah, seperti berbisnis, karena inti dari berbisnis
adalah membantu mendekatkan orang lain dari kebutuhannya. Menuntut ilmu
adalah ibadah yang sangat besar nilainya asal dilakukan dengan niat baik
dan cara yang baik pula. Dengan demikian kita dapat melakukan tugas ibadah
dalam semua aspek kehidupan kita, sesuai dengan bakat, minat, dan profesi
kita. Perbedaan pandangan hidup akan menghasilkan perbedaan nilai dan
persepsi. Orang yang tidak mengenal ibadah, mungkin sangat sibuk dan lelah
mengerjakan tugas sehari-hari, tetapi nilainya nol secara vertikal,
sementara orang yang mengenal ibadah, mungkin sama kesibukannya, tetapi
cara pandangnya berbeda dan berbeda pula dalam mensikapi kesibukan, maka
secara psikologis/kejiwaan ia tidak merasa lelah karena merasa sedang
beribadah.

Manusia memiliki dua peran utama di dunia ini; pertama sebagai hamba
Allah, dan peran kedua sebagai khalifah (Wakil) Allah di muka bumi.
Sebagai hamba Allah manusia adalah kecil dan tidak memiliki kekuasaan,
oleh karena itu tugasnya hanya menyembah kepada-Nya dan berpasrah diri
kepada-Nya.

Namun, sebagai khalifah, manusia diberi fungsi, peran yang sangat besar,
karena Allah Yang Maha Besar maka manusia sebagai wakil Allah di muka bumi
memiliki tanggungjawab dan otoritas yang sangat besar. Sebagai khalifah
manusia diberi tugas untuk mengelola alam semesta ini untuk kesejahteraan
manusia Oleh karenanya manusia dituntut beramal shaleh, menghindari dosa,
menyuruh berbuat baik, melarang berbuat mungkar, jujur dan menghiasi diri
dengan sikap yang dianjurkan oleh agama.