Tuesday, March 28, 2006

ADUHAI UMARKU SAYANG


Hari ni Abi tak de cerita menarik sangat nak dikongsi bersama. ( tak tahu ramai mana yang baca blog Abi………… ) yang pastinya nak cerita tentang Umar….. anak Abi yang seorang ni. Anak Abi yang baru 5 tahun umurnya……..

Abi ni baru pindah rumah dalam sebulan setengah gitu………. Yerlah dulu Abi jadi warden asrama sekarang ni dah berhenti jadi warden asrama terpaksalah keluar dari rumah warden. Bila pindah rumah baru ni……. Tahu jelah Abi sewa rumah yang kecik je 3 bilik rumah kos rendah……. Rumah warden tu agak besar…….

Ceritanya macam ni setiap kali Abi dan Umar lalu sebuah rumah besar nak kerumah baru Abi ni……. Umar selalu pandang…… rumah banglo tu. Sekali tu Abi tanyalah naper Umar asyik pandang rumah besar tu……… Lalu Umar jawab “ Umar suka rumah rumah tu. ” Rumah sekarang ni kecillah ABi………. Sempit mainan Umarpun tak muat nak letak mana…….” Abi ketawa je….. dia cakap lagi “jomlah duk rumah tu……. Abi cakap “tu rumah orang, Abi mana ada duit banyak…. nak duduk rumah macam tu………”

Umar cakap lagi…….. “Banyak sangat ke……….. sambail tangannya mendepa menunjukkan banyak……” Abi cakaplah “ yer……… kita manalah ada duit banyak tu…. “Dia senyap sekejap…… pastu cakap lagi “Abi ada duit untuk rumah ni je ke ??? Rumah ni tak banyak sangat ke duit………” Abi angguk jelah kepala. Umar macam tak puas hati lagi……….lalu berkata “Abi ambiklah duit di Bank” ( ni lah gara-gara selalu bawa dia cucuk duit kat bank …. Ingatnya semua duit di bank tu duit kita…….. Umar… Umar ) ABi cakap duit kat bank tu bukan semua duit Abi…….. Abi dah habis ambilpun……… Last-last apa dia cakap……….. “Abi mintaklah ngan Ayah Ahmad……… ( salah seorang sahabat Abi yang rapat. ) Abi cakap Abi malulah Umar…….. nanti Umarlah cakap bila jumpa…… Umar malu tak ??? Umar tersengih berkata “ Umar tak malupun……..nantu Umar cakap”

Tulah sikit cerita tentang budak 5 tahun kesayangan ABi ………si Umar, baru 5 tahun tapi amboi citarasanya bukan main tinggi………. Apapun Umar tetap menyinari hidup Abi dan Ummi sekeluarga sampai bila-bila………….. Semoga Umar akan jadi anak soleh yang akan mendokan ABi dan Ummi di akhirat nanti……… Amin.

Esok, Insya allah kalau free Abi nak ambik gambar banglo tu…….. kalau sempat Abi masukkan kesini. Rasanya rumah macam tu tak mungkin ABi akan dapat……….. Cuma tak tahulah rezeki Allah……… suatu masa nanti.

6 comments:

Anonymous said...

biasalah abi, anak Am yang umur 6 tahun pun lebih kurang juga, begitu petah bercakap sampai kadang kala Am sendiri tak terlayan, dia sedang berkembang dan melalui pertanyaan lah dia belajar tentang realiti kehidupan ini.

oh ya tentang photo tu, Am kurang pasti sikit kerana Am guna blogdrive bukan blogspot, tapi kalau tak silap ada tempat biodata yang kita boleh upload pic kita kan, cuba tanya abahmuizz, mungkin dia lebih tahu, sambil tu Am akan cuba tanya kawan2 lain.

Satu lagi apa kata abi letak satu tagboard di blog abi ini, mungkin lebih mudah rakan2 tinggalkan jejak

abiumar said...

Insyaallah....... tapi tak reti nak letak. Boleh tolong ajar atau letakkan....... hehehe susahkan AM plak.

Anonymous said...

assalamualaikum ABI...

wahh sonok baca kisah anak Abi... kan main lagi ye kanak2 bila bercakap.. hehe

aniwei, bak mai email add Abi, saya invite msjbox.. nnt bila abi dah receive invitation bole la letak link kat blog abi k ;)

abiumar said...

Thank anakomak.... maaflah Abi baru bertatih dunia internet ni.... email Abi najim_salim@yahoo.com

Send lah kat mail Abi.

Terima kasih

~comei~ said...

dia dah biasa rumah besar.. sbb tu bila kecik sket dia rasa tak muat brg mainan dia.. kena bwk dia g jln umah org yg kecik2 tp ramai.. :-)

abiumar said...

Mungkin juga nim sebab dia seorang tak pernah rasa sesak.... padahal rumah tu dah okpun.

Nanti bawa jalan-jalan rumah yang ramai anak beranak