Monday, March 27, 2006

11.30 MALAM

Dua malam ni Abi dapat panggilan dah kira dekat larut malam. Jam 11.30 malam. Tahu siapa yang buat panggilan pada Abi……… jangan kata ABi bercinta dah lah. Pemanggil tu bekas pelajar Abi yang sekarang tingkatan 5 di MRSM Batu Rakit Kuala Terengganu. Abi tanya juga kenapa call lewat sangat. Dia kata baru habis PREP jam 11 malam tadi. Malam pertama dia cerita yang dia tak boleh belajarlah di sana. Suasananya tak merangsang dia untuk berjaya………. Itu kata dialah. Abipun nasihatlah sekadar termampu………… Cuba lah yang terbaik……….

Sebenarnya Abi yang hantar dia ke Kuala Terengganu sebab masa tu Abi kesian tengok dia semangat betul nak belajo di sana, nak masuk MRSM lah katakan. Abi ni hantarlah………. Abi dari Temerloh jam 4 petang……………. Tolak dan balik semula hari tu juga hampir jam 6 pagi baru sampai pula ke Temerloh. Letih betul badan tapi tak pe Abi nak tengok pelajar ABi berjaya. Berjaya jadi orang berguna……..berjaya dalam akademik dan berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat. Esoknya Abi ke sekolah juga seperti biasa mengajar……………. Matapun merah ngantuknya Allah sahaja yang tahu………..

Malam tadi dia telepon lagi………….. ngadu masalah yang sama……. Akhirnya apa dia cakap kat Abi……….. “ Cikgu, Hazril rasa Hazril nak pindah balik ke sekolah lamalah……..” mula tu tergamam juga dibuatnya. Abi pun tanya ni memang dah keputusan muktamad ke …………. Dia kata yer……… Abi Tanya lagi “ Dah beritahu ayah ……..” dia kata dah……… Cuma ayah suruh bercakap dengan cikgu…………. Ayah takde masalah. Katanya lagi……… “ kalau cikgu kasi hari esok juga Hazril ambik surat berhenti……..” ermmm Abi kata oklah kalau itu yang terbaik untuk Hazril teruskan……………. Jelas kedengaran nada suaranya gembira…………

Sampai saat ni ABi masih tertanya kenapa yer……. Hazril rasa begitu. Dah di sekolah yang ok nak balik semula ke sekolah biasa. Apapun tak kisahlah sekolah bukanlah menjamin kejayaan seseorang…………… Tengok si Amalina duk skeolah biasa je tapi dapat 18A1…… Abi doakan Hazrilpun akan berjaya dalam SPM tahun ni ……….. Cuma Abi terkilan satu je. Hazril buat keputrusan terlalu lama……… dah dekat sangat nak SPM…… dah hamper setahun dia di sana………. Kalau dari awal tahun 206 ni ni dia balik ke sini ok juga. Pindah dalam cuti sekolah. Bimbang juga dia tak dapat nak cover pelajaran dia bila beralih tempat. Dia pernah cakap kat Abi dia memang dari awal tak selesa di situ……. Tapi bimbang Abi marah…. Abi takdelah sekejam itu………….

Apapun Hazril selamat Maju Jaya. Dan semoga sukses dalam SPM. Harap Hazril telepon Abi bila balik kesini esok atau lusa.

6 comments:

Anonymous said...

semoga dia berjaya dlm pelajaran :).. ingat bdk pompuan td. hehe.. abi dah try ke letak gambo?

-comei-

abiumar said...

Belum lagi boleh tolong ajar tak ? Tak pandai. boleh tahu siapa ni ????

muslihah said...

Suatu yang menarik tentang apa yang abi kata dalam blog ini ialah sekolah tidak menjamin kejayaan.Saya akui kebenaran itu 100%. Kejayaan seseorang bukan diukur dari kejayaan akedemik semata2 kerana perjalanan hidup masih panjang.Apa yang penting ialah apa yang dipelajari sepanjang jalan kehidupan itu.Lebih banyak seseorang itu belajar dari kehidupan lebih berjaya dia akan jadi.

Waallahualam.

abiumar said...

Muslihah, terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Abi.

Salam perkenalan.........

Abah Mui'zz said...

Abi, anak sedara abah dulu macam itu juga. Masuk MRSM,lepas tu menangis2 telefon nak balik sekolah lama. Abah tak layan sgt sebab abah fikir untuk kebaikan dia. Ingatkan OK,tup tup kakak abah call bagitahu anak buah tadi dah balik sekolah lama. Dan masa abah balik kampung hari tu jumpalah dia. Walaupun dia tak cakap, tapi abah tahu dia menyesal buat keputusan tinggalkan MRSM.

Tentang sekolah tidak jamin kejayaan tu,tengoklah kejayaan mana yang kita hendak. Memang betul ia bukan 100& jaminan, tapi macam manapun ia penting. Memang boleh jadi tokey yang kaya raya tanpa sekolah, tapi kalau tokey yang kaya raya dan berpendidikan tinggi kan,lagi elok. Lagi tinggi belajar,lagi banyak ilmunya. Sebab abah yakin, org kita ni tak ramai yang boleh kutip ilmu ditepi jalan dan manfaatkannya.

~comei~ said...

comei ni anim laa :)