Tuesday, November 15, 2005

MALAM JUMAAT

Tetiba je ari ni Abi nak cakap pasal malam jumaat. Maklum ajelah malam tadi kan malam jumaat. Bila cakap pasal malam jumaat ni mesti masing-masing punya persepsi tersendirikan ??? Tapi jangan plak faham lain pasal malam jumaat ni. Abi terasa nak bercakap tentang malam jumaat ni bila malam tadi Abi pergi masjid baca Yasiin.

Entah kenapa malam tadi Abi terkenang malam jumaat masa Abi kecik-kecik dulu. Rasanya malam jumaat macam yang Abi lalui masa kanak-kanak dulu tak mungkin akan berulang lagi……………… hanya tinggal nostalgia. Kalau masa kecik-kecik dulu kat kampong Abi ni, kira macam malam rayalah………….. Semua memakai baju melayu. Makpun petang-petang lagi buat kuih…….. tak kiralah lepat pisang ke, jemput pisang ke, lepat ubi ke, peranan talam ke……. ( ni favourate Abi……… rasanya takde siapa boleh lawan kesedapan peranan talam mak Abi buat …. Sayang Mak) Semua orang biasanya akan membawa juadah memasing.

Petang-petang lagi mak ayah kerah anak-anak mandi awal dan ke masjid untuk membaca Yasiin………. Mandi plak masa tu mana ada lagi air paip………. Sungai Pahang tu lah yang jadi tempat berendam dan cuci badan………. Hampir semua orang ada perahu masa tu……….. semua orang ada jamban, ( tahu ke jamban ????? ) Abi rasa seingat Abi hari ni hanya tinggal sebutir jamban je kat kampong Abi sekarang ni. Insya Allah nanti Abi balik sabtu atau ahad ni Abi nak ambik gambar jamban yang ada satu-satunya kat kampong Abi tu…………. Buat kenangan. …………. Kepada kaki pancing kalau berminat nak memancing kat kampong Abi jemputlah datang…………… Sungai Pahang lagi tu.

Semuanya datang ke masjid dengan bawa pelita masing-masing……… maklum ajelah dalam tahun 70an dulu mana ada letrik lagi kat kampong. Ada juga yang bawa daun kelapa yang diikat buat macam lampulah……….. ( Abi pun dah tak ingat apa ke namanya ) sampai kemasjid plak hanya pakai lampu gaslin……….. ( Tak tahu betul tak ejaan tu ) tapi seronok……..seronok sangat bila berkumpul ramai-ramai ni. Bila baca Yasiin riuh sekampong…………. Kuatnya sampai bingit. Lebih-lebih lagi bila time tahlil……… Ya Allah rasa nak runtuh surau kampong………. Bergegar rasa surau tu Almaklum ajelah surau papan je……… tua plak tu……….

Habis je tahlil ni time paling seronok bagi budak-budak masa tu………. Time jamuan…… Macam-macam juadah ada………. Ada bubur kacang, ada lepat pisang, ada peranan talam……….. tak boleh nak ingat kan……….. sedapnya………. Agaknya sekarang ni entah-entah ada yang tak pandaipun buat peranan talam………. buat lepat ubi kot hehehe….. Habis je tahlil balik plak beramai-ramai masa tu terasa sangat seronoknya……… semua pasang pelita masing-masing………. Yang bestnya yang pasang daun kelapa tu……… wow habis cerah seluruh kawasan orang lain tak yah pasang pelita lah jawabnya.

Tapi bila Abi banding-bandingkan zaman ni………. Zaman Abi dah dewasa ni terasa betul bezanya………….. masjid kosong………. Walaupun besar dan binaan batu lagi……… budak-budak tak ada sangat…… boleh dikira dengan jari je. Mungkin budak-budak lebih selesa dengan rancangan TV yang pelbagai macam lagi……………. Yang ada ASTRO lagilah hebat rancangan tanpa henti……….. Bukan sahaja budak-budak mak dan bapak budakpun takde sangat. Sunyi surau…………….sepi.

Kalau dulu malam-malampun tak de apa sangat yang boleh dibuat di kampong-kampong. Apa yang Abi ingat bila balik dari masjid mak Abi akan menganyam tikar mengkuang……… sampailah larut malam. Barulah tidur. Kadang-kadang meraka menganyam beramai-ramai berkumpul Mak Jah datang, Mak De datang, Mak Andak datang bawa mengkuang masing-masing... Balik ni terasa nak buka semula tikar mengkuang Mak yang dah koyak rabak tu……………

Tak delah hiburan macam zaman sekarang. Tak delah TV ……… yang ada hanya radio tupun yang berada je…….. mampu beli radio. Abi rasa Abi tak mungkin lagi akan merasainya kembali…………… keindahan berjalan kaki ramai-ramai ke masjid……… keindahan mandi sungai beramai-ramai, keindahan bertahlil sampai bergegar masjid………. keindahan berebut juadah malam jumaat. Indahnya nostalgia masa lalu.

Mungkinkah ini harga sebuah kemodenan ?????? Inilah sedikit nostalgia Abi malam jumaat. Anda plak bagaimana dengan nostalgia semasa kecik…………..

4 comments:

~comei~ said...

peranan talam tu kuih apa?

abiumar said...

Maaf..... Nim tak reti nak explainlah....... tapi kalau datang boleh Abi hidangkan...... Jemput ke Pahang.

Terima kasih jenguk ABi.

~comei~ said...

abi carik gambo kuih tu ek.. kot la tau tp nama dia lain. hehe

abiumar said...

Insya Allah...... nanti bila buat. rasanya tahu kot. Yang ada santan atas dia tu.