Sunday, August 03, 2008

HaRi KeLuArGa 2008...

Salam sahabat blog...


Minggu ni, abi umar dan ummi berkesempatan mengikuti program hari keluarga di anjuran sekolah abi. Di mana??? Oh... hanya ke Port Dickson je dan kami lepak di Bayu Beach Resort... Dua minggu lepas kami ke Melaka hari keluarga sekolah ummi. Lepak kat Seri Malaysia Ayer Keroh. Minggu ni plak hari keluarga sekolah abi, kira sakan jugalah berjalan dalam bulan ni. Rabak abi hehe. Erm lebih kurang 20 keluarga dari sekolah abi yang mengikuti program hari keluarga ni. Seronok sangatlah Umar bila dapat berendam di kolam hotel tersebut hehe. Sampai tak nak naik ke bilik. Adoisssss. Penat camni. Dok menunggu dia je. Hehe.


Banyak juga acara yang diadakan, namun satu yang kureng, hehe semua acara hanya diadakan dalam dewan je kerana cuaca tak mengizinkan untuk diadakan di luar. Takpelah semuanya adalah kerja Yang Maha Esa. Kita merancang dan dia yang menentukan. Banyak program berubah terpaksa beralih ke plan B. Huhu. Berikut beberapa keping gambar yang sempat ummi snap guna hp dia hehe. Maaflah kalau tak clear.

Acara rebut kerusi kanak-kanak.
Sian umar peserta pertama terkeluar. Hehe.


Acara rebut kerusi dewasa...

Gaya peserta akhir acara rebut kerusi. Abilah tu. hehe.

Acara tiup belon kanak-kanak 12 tahun ke bawah...

Tiup umar tiup!!! sian umar tak pecah-pecah.

Malam tu juga abi termasuk mereka yang bertuah bila no plat kereta abi mendapat cabutan. Dapatlah hamper... Puaslah Umar makan nanti.

Umar wakil abi ambik cabutan bertuah...

Sebelum balik sempat lagi umar berendam di pantai. Dalam hujan plak tu. Erm... terpaksalah abi hanya duk tengok je. Abi ni tak tahan hujan huhu, maaf ye umar. Tak dapat nak temankan...

Wah seronoknya dia berendam...

Cari apa tu sayang...

Dahlah sayang... lain kali plak yer!!!

Abi setia menanti di sini...

Sebelum bertolak balik ke Pahang sempat pusing ke Nilai 3. Ummi capai empat lima kuntum bunga dan frame gambo... Abi!!! Ermmmm hanya capai kain pasang untuk abi, ummi dan umar beraya nanti. Sedondong merah hati. Lawa ke??? Entah. Tengok jelah nanti bila raya tiba. Ok???

Thursday, July 24, 2008

Melangkah Ke Tujuh Tahun...

Salam sahabat blog...

Hari ini pada tarikh 24 Julai 2008 genaplah anak abi ni di usia 7 tahun. Syukur anak ni telah memasuki fasa kedua dalam kehidupan. Belajar mengenali dunia.

Wa yummy yummy...

Kalau tak silap abi dalam buku Pendidikan Anak-anak dalam Islam penulis membahagikan perkembangan anak-anak kepada 3 fasa penting. Iaitu :

1 - 7 Tahun... Fasa perlukan perhatian sepenuhnya.
7- 14 Tahun... Fasa perkembangan anak-anak. Kita perlu membantu untuk mereka memahami lebih lanjut tentang kehidupan.
14- 21 Tahun... Fasa ini, memerlukan seorang bapa bersikap seperti sahabat kepada anak-anak.
21 - ... Tahun Fasha Sandha opsssssssssssss hahaha. Apa lah mana ada Fasha Sandha hehe.

Itu secara ringkas kalau tak silap abilah. Untuk mendapatkan keterangan lanjut bolehlah mendapatkan buku tersebut, karangan Abdullah Nasih Ulwan. Terdapat dalam dua versi Arab dan Melayu.

Aksi Umar di hari lahir...

Belum apa-apa lagi dah menjilat jari... hehe

Eiii geramnya...

Ermmm dapat kek dah tak pandang orang dah hehe

Ummi juga sempatlah buat sikit kek... asasnya kami tak pernahpun buat sambutan-sambutan hari lahir ni hehe. Cuma bila umar menyebut-nyebut umminyapun buatkanlah kek... Wah tak sangka hebat kek ummi ngalahkan kek dari kedai. Best. Nak Tengok??? Nah... Tak sangka plak abi, pandai ummi buat krim tu. Erm sehingga menjilat jari, camni leh buka kedai kek plak nanti. Hehe. Mekasih mi.

Kek buatan Ummi. Ok tak???

Satu dua tiga potong...

Wah sedapnya... abipun tumpang sekaki. Yummy yummy.

Maaflah ya... kami makan bertiga je hehe. Nantilah ada masa abi mintak ummi buat untuk kengkawan. Ok tak???

Thursday, June 26, 2008

Pertanyaan Pelik Dari Umar...

Salam sahabat blog...


Hari ni juz nak share sikit pertanyaan pelik dari Umar pada abi... Entahlah Umar ni kadang-kadang pertanyaan dia pelik-pelik je... sesetengah tu tak mampu abi nak perjelaskan. Maklumlah budak sebesar tu memang banyak benda nak tahu. Cuma kadang kita tak berdaya nak melayannya kan kan kan...


Oklah go to ceritanya hehe. Macam biasa abi dan umar akan masjid untuk solat maghrib dan isyak, umar akan abi tarik untuk pergi bersama hehe. Maghrib dan isyak je abi??? Gitulah... Itu je kesempatan yang ada untuk abi berjemaah. Huhu. Boleh ke jawab camtu di hadapan Allah ya Abi. Fikirkanlah abi???



Oklah balik pada cerita, sebaik sahaja lepas solat dan doa biasalah abi dan umar meluru pulang, nak mengaji plak di rumah. Ceritanya semasa pulang umar pun tanya abi...

Umar : Bi bi... tadikan kat masjid kenapa semua orang pandang Umar. Kenapa bi??? Umar ni macam orang bukan Islam ke???
Abi : Istighfar. Mana ada, umar perasan je tu, takde ada orang pandang Umarpun.


Umar : Betul bi... Semua pandang. Kenapa ya bi... Umar Islamkan???
Abi : Yalah mestilah umar orang Islam. Dahlah... lupakan je.


Umar : Oklah...
Abi : Diam. Tak nak memanjangkan dan hakikatnya tak tahu nak kata apa...


Pelik??? Pada abi pelik, pada anda bagaimana??? Ke situ plak pemikirannya bila orang memandang dia. Adoissssssssssss

Friday, May 23, 2008

Manjanya Dia... Hehe

Salam sahabat blog...


Erm hari ni just nak letak gambar umar bermanja-manjaan ngan abinya je hehe. Yalah sesekali melayan umar. Bukan selalu kadang tu abi duk ralit ngan laptop je hehe. Abi ni kerja kerja kerja. Cekonon kerjalah tu, duk mengadap laptop ni padahal duk layan tah apa apa huhu. Maaf ye Umar...


Entahlah budak sorang ni tingin sangat nak jadi superman hehe, jom Umar terbang ngan abi. Ok, ni lah aksi Umar terbang... Suka sangat dia kalau abi layan camtu. Macam bebudak. Opssssss Umar memang bebudakpun kan kan kan???

Time to landing...

Ala kalau tak abi yang layan umar siapa lagi kan??? Nak kawan ngan siapa lagi. Bukan ada adik mahupun abang. Kakak jauh sekali. Sorang diri... begitulah. Sabar ya umar.

Saturday, April 26, 2008

Sembang Umar dan Abi...

Salam sahabat blog...


Semalam semasa balik dari solat Maghrib di masjid dengan anak muda abi si umar... abi sembang-semanglah ngan dia dalam kete. Ala sembang biasa je...

Ok camnilah sembang abi...

Abi : Kenapa Umar sembahyang ya Umar??
Umar : Sembahyang apa abi...

Abi : Ala sembahyanglah hari-hari, tak kiralah sembahyang apapun. Maghrib Isyak semua tu...
Umar : ooooooooooooooo

Abi : Cakaplah...
Umar : Umar sembahyang sebab Umar nak tengok dan jumpa nabi nanti...

Abi : Lagi...
Umar : Sebab nak tengok muka Allah...

Abi dan Umar... Sama tapi tak serupa hehe

Abi : Lagi Umar...
Umar : Sebab Umar nak masuk syurga dan di sana semua benda Umar akan dapat nanti.

Abi : Apa tu sayang...
Umar : Maksudnya!!! bersungguh Umar cakap. Kalau Umar sembahyang Umar dapat masuk syurga dan bila masuk syurga semua benda Umar nak Umar akan dapat.

Abi: Opsssssssss paham paham sayang. Sambil menyambung... Bukan sebab abi suruh???
Umar : Sambil tersengih... ada gok sikit-sikit. Hehe.

Itulah sembang abi ngan Umar semasa di kereta pulang dari masjid. Terima kasih anakku atas jawapan itu. Semoga anakku akan jadi anak soleh yang mendoakan kedua ibubapanya. Amin.

Itulah Umar Faruqi anak berusia 7 tahun

Thursday, January 03, 2008

Bermula Sesi Baru Persekolahan...

Salam sahabat blog...

Pagi pertama persekolahan...

Alhamdulillah hari ini, Umar melangkah ke suatu lagi sesi baru dalam kehidupan si manja abi ni... Dunia baru bagi seorang budak berusia 7 tahun. Melangkah setapak lagi dalam dunia pendidikan, ke tahun satu. Selamat Pagi Cikgu hehe. Mungkin itu nostalgia lama kitakan??? Semoga di tahun satu ini bermulalah era baru untuk Umar. Doakan anak ini akan mampu mempelajari segala apa yang diberikan dengan tabah.


Melepak di Padang Sekolah...

Pagi tadi sempat abi hantar umar kejap ke sekolah dia, maklumlah sekolah dia hanya bersebelahan pagar sahaja dengan sekolah abi bertugas hehe. Abi di sekolah Menengah dia di Sekolah Rendah... Erm semangat benar anak teruna abi untuk ke sekolah. Dengan langkah yang penuh bergaya dengan beg barunya yang besar dan beroda tu langkahnya nampak sungguh yakin. Moga keyakinan itu akan terus melekat dihati anakanda. Amin.

Saturday, November 10, 2007

Berakhirnya Pra Sekolah...

Salam sahabat blog...

Rasminya berakhir sesi persekolahan Pra Sekolah...

Lamanya abi tinggalkan blog kesayangan abi ni. Hanya kerana kesibukan dengan yahoogroups dan juga blog ustazmuda sehinggakan sesawang buat anakanda tercinta ini terbiar begitu sahaja. Rasanya hampir setahun diselaputi sesawang dan lumut-lumut yang berkeliaran di sana sini. Dikelapangan masa ini abi cuba untuk menulis sekurangnya sebagai memori untuk anakanda tercinta Umar Faruqi bila dewasa nanti... kenangan terindah untuknya.

Kasih seorang guru... Terima kasih


Oklah hari ini, adalah hari terakhir umar berada di sesi persekolahan Pra Sekolah dan pilihan abi untuknya adalah PASTI. Pusat Asuhan Tunas Tunas Islam. Semoga ia bertunas dan seterusnya berakar dengan akar Islam yang kukuh dalam dirinya. Itulah doa abi untuk anakanda tercinta.


Pada guru-guru yang terlibat secara langsung dalam mengasuh dan mendidik anak abi, sekalung tahniah dan terima kasih pada anda. Sesungguhnya jasa dan pengorbanan kalian mengenalkan huruf dan angka juga doa-doa sebagai bekalan hanya Allah jua yang mampu membalasnya. Terima kasih tidak terhingga. Moga Allah memberkati jasa kalian. Amin.


Secara ringkasnya Umar telah belajar di dua buah PASTI... satunya Pasti Al Huda dan yang keduanya. Pasti Al - Mustaqim. Pasti Al-Huda terletak di Padang Luas Bera dan Pasti Al-Mustaqim pula terletak di Felda Purun... Perpindahan terpaksa dilakukan, erm ini kerana abi telah diarahkan berpindah huhu. Pasai apa abi diarahkan berpindah yer. Entah!!! Prestasi amat membanggakan kot hehe. Tapi takpe di sana tetap ada Pasti hehe. Pasti tetap di hati. Wa........


Majlis Penganugerahan Sijil... Tamatlah Pra Sekolah.


Insya Allah january 2008... Umar akan melangkah setapak lagi ke sesi baru Persekolahan Rendah, meneruskan sesi persekolahan di SK Felda Purun. Menjadi anak Felda. Di mana-manapun bukanlah satu masalah untuk umar mencari ilmukan??? Moga di sana nanti umar terus terdidik dengan akhlak yang mulia. Amin.

Thursday, December 28, 2006

CUTI II : PEGHELIH...

Ok sambungan jalan-jalan ke utara Penang... Ni di Pegeelih plak. nantilah citernya. Sibuk sikit ni. Tengok gambar jelah dulu yer...

Ok...Nilah gambar-gambar kami sekeluarga.

Sunday, December 24, 2006

CUTI I : PENANG

Ermmm dah lama sangat dah tak tengok laman abi ni... Hari ni ada kesempatan sikit untuk abi kongsikan cerita cuti abi ngan ummi dan umar serta mak yang ikut sekali jalan-jalan...

Cuti pertama Penang... Hehe bertolak Isnin pagi 18 Disember jam 8 pagi dalam keadaan cuaca agak gerimis. Jalan pelan-pelan sampai nun di Penang dah dekat jam 5 petang. Hebat dekat 10 jam berjalan... dan alhamdulillah cuaca di sini cukup cerah. Moga langit itu akan sentiasa cerah. Lenguih segala urat sendi. Jauh gak yer rupanya Penang ni... maklumlah abi sendiri tak pernah drive ke utara... Kali terkahir pergipun masa abang kawin ngan orang Bukit Mertajam sekitar 1993 dulu, dah lama sangatpun... segalanya dah berubah. Berhenti makan dan solat di Bagan Serai... makan kira best gaklah. Harga??? Erm... entah mahal kot, inilah makanan kami hari tu. Best???

Perjalanan diteruskan ke Balik Pulau rumah seorang sahabat... Tq sahabat kerana memberikan ruang untuk kami sekeluarga menumpang semalaman... Sesungguhnya layanan sahabat sekeluarga sesuatu yang amat istimewa, terlalu sukar uantuk kami gambarkan dengan perkataan. Terima kasih. Jasa kalian hanya Allah jua yang mampu membalasnya. Kami sekeluarga berbesar hati menjemput kalian ke teratak buruk kami di Temerloh Pahang Darul Makmur pada bila-bila masa... Semoga ikatan ini berpanjangan dan dikira sebagai ibadat oleh Allah di sisiNya nanti. Amin. Singgahlah...

Rupanya masih wujud rumah tradisional Melayu yang begitu kemas cantik dan teratur di Balik Pulau ni. Inilah rumah sahabat tempat kami menumpang semalaman. Lihatlah...

Esoknya sahabat tersebut balik semula ke Putrajaya dan kami meneruskan siri berlegar di sekitar George Town... Tempat pertama tentunya tempat yang tak asing lagi. Bukit Bendera. Tidak asing bagi kalian tapi sungguh asing bagi abi... Maklumlah buat pertama kali menjejaki Bukit Bendera yang agak tinggi dengan keretapi. Pada mulanya rasa juga gerun di hati... Camne lah kalau keretapi terhenti hehe. Takpun meluru ke bawah. Hanya kepada Allah jua tempat kembali. Ya ampun...

Lama juga di sini, hampir sejam juga menunggi turn untuk mendapatkan keretapi... dan perjalanan keretapi menuju ke puncak mengambil masa hampir setengah jam. Ingatkan satu perjalanan sahaja. Rupanya ada perhentian juga nun di atas untuk tukar ke tren baru... terasa macam katak bawah tempurung je abi. Hehe. Umar... erm suka sangatlah budak sorang ni jalan-jalan... macam-macam nak digapainya. Kat atas, biasa sahaja, lebih kurang ala-ala dekat Bukit A famosa Melaka kot... hehe. Ada tempat makan, ada jual-jual cenderahati dan lain-lain. Cuma bezanya di atas bukit ini ada penempatan dan di Bukit A Famosa tiada kot... hehe. Sempat jugalah pekena Laksa Penang... betul ke Laksa Penang macam tu ??? Lain macam je rasanya. Takpelah...

Di sini, di atas bukit ini sempat jugalah ummi capai dua tiga helai baju untuk Umar dan Abi... Alhamdulillah syukur. Dapat jugalah Abi T Shirt Penang. Cantik dan menarik. Itulah untungnya bersama ummi pasti tak akan lupa pada abi... pasti ada sesuatu yang istimewa untuk abi. Terima kasih mi... Turun dah dekat jam 2 petang... terus ke Geroge Town pusing-pusing. First, cari tempat solat. Alhamdulilah jumpalah masjid betul-betul berdepan dengan Komtar dan terus buat solat jamak takdim. Lega, selesai satu amanah dariNya. Pastu, terus ajelah pusing-pusing round bandar ni. Maklumlah pertama kali tanpa guide pakai hentam jelah jalan-jalan. Mak plak nak cari jeruk yang popular di Penang ni... dan alhamdulillah setelah puas memusing ketemu juga tempatnya di hadapan Mydin Penang... Apalagi berkilo jugalah diangkut emak. Ummi!!! erm... ummi tak berselera sebab tengok semuanya hasil buatan bukan orang seperti kita... dan memang ini sikap ummi cermat dalam bab pemakanan. Jadi ummi tengok ajelah... Abi hormat pada pandnagan ummi. Lagipun abi dan Umar tak berapa sangat jeruk2 ni. hehe.

Puas meronda akhirnya kami ambik keputusan teruskan perjalanan ke Utara... kemana??? Nun ke Perlis. Sambil ziarah sahabat lama di Politek Sultan Sirajuddin Arau. Masuk ikut jambatan dan keluar ni kami try pula ikut feri... dapatlah rasa dua-dua. Keduanya menyeronokkan tapi rasanya lebih seronok dengan feri... dapatlah tengok persekitaran. Umarpun seronok jalan-jalan dalam feri...

Oklah rasanya dah panjang cuti 1 : Penang. Ada kelapangan akan di sambung dengan cuti II : Perlis....dan cuti 3 Langkawi. Nanti-nantilah. Gambar... Jap lagi abi upload semula dengan gambar yer... Sedang dikorek-korek gambar ni entah kemana plak pergi nya... Sabar!!!

Monday, November 27, 2006

GAMBAR UMAR...

Assalamualaikum...

Lama tak update blog anakanda tercinta ni... dan kebetulan tadi baru belajo slideshow. Ni nak try ni. Boleh gak kongsikan gambar-gambar budak comel ni. hehe.


Antara aksi-aksi anakanda tercinta... Nanti kalau jadi jawabnya blog ni jadi tempat simpan gambar si comellah... Hehe

Sunday, October 22, 2006

SALAM AIDILFIRI1427H

SALAM AIDILFITRI 1427H

Ikhlas dari :
abi, ummi & umar...
Semoga Aidilfitri tahun ini benar-benar mengembalikan kita kepada Fitrah semula jadi.
Berayalah dalam rasa kehambaan kepadaNya.
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Sunday, September 24, 2006

SALAM RAMADHAN 1426

Assalamualaikum...

Buat sahabat-sahabat blog rasanya masih belum terlewat untuk mengucapkan salam ramadhan... dan kebetulan abi terima e.mail dengan gambar-gambar yang menarik. Elok abi kongsikan... Terima kasih pengirim e.mail.


Ramadhan Hampir Tiba

Tiada kata yang layak di ucapkan
Kecuali permohonan Maaf atas segala kesilapan yang telah terjadi...


Dan Doa Ku

Have a Nice Ramadhan
Maaf Zahir Batin

S elamat D atang Bulan R amadhan..........

Do'a Malaikat Jibril : "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

1) Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);

2) Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami istri;

3) Tidak berma'afan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. Maka Rasulullahpun mengatakan amiin sebanyak 3 kali.

Dapat kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jum'at.

Tanpa Disedari :

11 bulan banyak kata sudah diucapkan dan dilontarkan, tak semua menyejukkan,

11 bulan banyak perilaku yang sudah dibuat dan diciptakantak semua menyenangkan,

11 bulanbanyak keluhan, kebencian, kebohongan menjadi bagian dari diri,

saatnya istirahat dalam "perjalanan dunia"

saatnya membersihkan jiwa yang berjelaga,

saatnya menikmati indahnya kemurahanNya,

saatnya memahami makna pensucian diri.

selamat menunaikan Ibadah Puasa,

bersama kita leburkan kekhilafan,

Semoga dengan puasa mempertemukan kita dengan Keagungan Lailatul Qadar dan kita semua menjadi pilihanNya untuk dikabulkan do'a - do'a dan kembali menjadi fitrah

"Selamat Berpuasa kepada semua"...

P/s : Semoga Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan terbaik untuk kita. Amin Insyaallah kalau free esok nak berceloteh sikit tentang Umar dan puasanya...

Thursday, September 07, 2006

CUTI-CUTI LANJUT...

Hehe... kelako plak bunyinya. Macam butir-butir lanjut je. Apapun, apa yang abi nak ceritanya ialah percutian abi sekeluarga ke Serai De Lanjut Rompin pada 2 - 3 September baru-baru ni. Bukan percutian sangatpun sebenarnya... sekadar hari keluarga guru dan staf sekolah abi ke tempat peranginan ni. Kira ok, banyak program yang menarik dan bermanfaat... dapat merapatkan lagi ukhuwwah antara kami staf... dan dapat juga kenal keluarga memasing...

Oh!!! Ya tentu sahabat nak tahukan di mana tempat ni... Tak jauh sangat, masih dalam Pahang gak lagi... Bagi yang tinggal di Pahang rasanya semua tahu Rompin. Sebuah daerah yang terletak bersempadanan dengan Johor... Nama tempatnya Serai De lanjut... jarak, 20 km dari Pekan Kuala Rompin... dari KL maaf, abi tak pasti sangat jaraknya. Boleh buka peta. Hehe. Ok!!! Bawah ni ada sedikit gambar yang sempat abi ambik...

Banyak sebenarnya, tapi kamera ni swei sikit entah kemana plak menghilangnya... jadi nilah je yang ada...

Ni gambar Umar dan sepupunya Ashraf... Kebetulan Serai De Lanjut ni, tak jauh dengan rumah sepupunya, kamipun singgahlah. Lagipun belum pernah bermalam di rumah Mak Cu...
Terima kasih, Makcu kerana sudi melayan kami walaupun sampai dah tengah malam... dan dalam keadaan sarat plak tu. Moga baby yang lahir tu akan jadi baby yang baik, tabah dan solehah sebaik ummi dan ayahnya yang sabar melayan karenah Umar abi dan ummi.
Terima kasih daun keladi... ada umur Insya Allah jumpa lagi. Jemputlah plak datang ke Bera... Ke teratak buruk kami.

Gambar bawah kiri... chalet yang kami tinggal. Chalet 2 bilik. Untuk 2 keluarga. Alhamdulillah bilik amat selesa untuk kami sekeluarga... Dan ruang tamu serta 2 bilik air di luar... Kira ok dengan harga RM150.00 semalaman. 2 hari satu malam. Tempat yang cantik... dan yang berminat main kayakpun boleh... pantainyapun jernih.

Gambar di bawah ni plak gambar Umar sedang berenang dalam kolam... opps!!! Bukan berenang tapi berendam... Suka sangat si Umar tu sampaikan tak nak balik... Yes!!! Umar, Insya Allah lain kali kita akan pergi lagi...

Di bawah ni acara sukaneka untuk anak-anak dan emak-emak ayah-ayahnya sekali... Best.

Di bawah plak... Jejaka-jejaka handsome BANDAR KERAYONG... Tapi sayang cuma satu je yang masih belum berpunya... hehe
Maaf kak!!! Ampun kak... sekadar senda gurau je yer... Jangan ambik hati... Acara last penutup dan penyampaian hadiah... Tahniah kepada yang berjaya mengumpul banyak hadiah. Kepada yang tak berjaya Insya Allah tahun depan giliran anda...

Insya allah, umur panjang jumpa lagi di program hari keluarga tahun depan... 2007.



Oklah itu jer untuk hari ni...

Thursday, August 31, 2006

MERDEKA SANA SINI...

Lama juga abi tak update blog abi ni… Amboi sibuknya abi hehe. Hari ni tepat 31 ogos hari kemerderkaan negara kita.... sedar- tak sedar dah 49 tahun penjajah keluar dari Negara kita dengan rasminya… tapi benarkah kita telah benar-benar merdeka… atau masih melekatkah saki baki pemikiran penjajah dinegara kita??? di kepala kita??? di budaya kita??? Tak perlu abi cakap panjang lihat kiri, lihat kanan kita … abi pasti sahabat akan ada jawapannya.

Oklah tak nak cakap banyak cuma nak kongsikan suasana sambutan merdeka tempat abi….

Sambutan merdeka di sekolah :

TAK CUKUP KERUSI KAT DEWAN HEHE


SUASANA DALAM DEWAN BESAR


PERSEMBAHAN TARIAN YOYO DARI PELAJAR CINA...
AGAK MENARIK JUGA... YOYONYA BESAR WOW



Sambutan peringkat daerah BERA…

Abi mewakili sekolah, carilah yang mana satu abi…
BIG BOS MENGETUAI KONTIJEN SEKOLAH ABI... YES BOS... SEMANGAT.

CEK MEK MOLEK DARI KELATE PEMEGANG PANJI KEMERDEKAAN

JEJAKA-JEJAKA HANDSOME SMK BANDAR KERAYONG...

PENGANTIN-PENGANTIN YANG PEMALU... HEHE

SUASANA DI PADANG... MAAF AMBIK DARI JAUH...

Dan semalam abi terima satu sms dari seorang sahabat yang besar maknanya… “ Merdekalah dengan kehambaan ” Abipun tak tahu nak terangkan. Sahabat sendiri faham-fahamlah yer…

Monday, August 21, 2006

SELAMAT HARI LAHIR UNTUK UMMI...

Erm.. dah lama juga abi tak menulis... Alhamdulillah hari ni abi rasa nak menulis sikit... dan kebetulan hari ni juga hari jadi ummi... Hari jadi yang ke berapa yer ??? Ermm, abi rasa lebih elok "biarlah rahsia" kan mi. Kita ni bukan selebriti... macam Siti... Blogpun rasanya tak adapun yang ambik tahu. Hehe. sebelum abi panjangkan tulisan abi, abi nak hadiahkan buat ummi tersayang lagu ni... Lagu yang abi memang tengah minat sangat-sangat buat masa ni... Pesona Zulaikha... Moga ummi akan setabah Zulaikha dalam mengharungi hidup walaupun abi sendiri tidak setampan dan segagah Yusuf... hehe

PESONA ZULAIKHA ( Suhaimi Saad )

indah wajahnya gamit pesona
pedih jemari terluka tidak terasa
anggun tingkahnya runtun jiwamu
adakah malaikat menjelma manusia

saat kau turutkan perintah nafsumu
enggan dia tunduk pada godaanmu
dihasut amarah kau lontarkan fitnah
terpenjara Yusof pertahan imannya

begitu cinta si Zulaikha
tega mendamba kekasihnya
hingga tenggelam dalam amukan rindunya
namun tika datang cahaya
dari Cinta segala cinta
seluruh jiwa kini hanyalah Khaliqnya

berganti rayu pada yang Satu
basah bibirmu meratib asma' yang Esa
hati yang tulus rindu yang Qudus
inilah cinta yang sebenarnya cinta

dalam kehilangan kau temui iman
tidak dibiarkan engkau kehancuran
Yusofmu di sisi Tuhanmu di hati
hanya pengabdian bukti kesyukuran

oh Zulaikha, engkau alihkan cinta
dari cinta hamba ke Penciptanya
rindumu bukanlah pemusnah diri
tetapi penemu Cinta Hakiki
oh Zulaikha, kisahmu mempesona
kisah cinta yang akhirnya bertemu cintanya

Dan sentuh tentang Siti tu, elok jugalah kita sama-sama doakan agar Siti bahagia dengan pilihan hatinya... tak payahlah kita plak yang berlebih-lebih. Kebetulan plak sama tarikh perkahwinan Siti dengan hari lahir ummi... Tahniah mi.

Hari ni juga, ada peristiwa besar bagi Umat Islam... Rasanya kalau tarikh perkahwinan Siti semua orang tahu... tapi mungkin ada yang tak tahupun atau mungkin terlupa, hari ini juga adalah hari Nabi Besar kita Muhammad SAW diIsrak dan diMikrajkan oleh Allah Taala ke langit dalam masa satu malam. Mukjizat paling besar yang dialami oleh baginda. Kalau hari ini kita berduyun-duyun ke masjid untuk melihat upacara akad nikah Siti dan Datok K... alangkah eloknya hari ini, atau bila-bila saja bila diadakan program memperingati Israk Mikraj, kita juga berduyun-duyun untuk mendengar dan mengambil peringatan.

Kalau hari ini kita melangak didepan TV semata-mata untuk melihat upacara akad nikah Siti... Bagaimana kalau minggu-minggu berikutnya kita juga melangak depan TV mendengar dan mengambil pengajaran dari peristiwa Istrak dan Mikraj... Alangkah eloknya, andai TV3 membuat siaran langsung setiap program Israk dan Mikraj yang diadakan... Alangkah manisnya... tapi rasanya tak mungkin... Apalah sangat nilai sebuah program Israk Mikraj berbanding dengan uapacara akad nikah Siti yang berjuta-juta RM nilainya... tiada nilai ekonomi... tiada stesen TV yang berebut-rebut untuk menayangkan...

Apapun untuk akhirnya... Abi mendoakan agar Siti terus kekal bertudung litup setelah menjadi isteri, dan semoga menjadi isteri solehah yang membahagiakan suami dunia dan di akhirat... dan untuk ummi... terima kasih tidak terhingga abi ucapkan di atas kesabaran dan ketabahan ummi dalam melayani karenah abi... semoga Syurga menjadi milik ummi di sana nanti... tiada hadiah yang dapat abi berikan dan tidak ternilai rasannya kewujudan ummi di sisi abi... dengan nilaian dunia...

Sunday, August 13, 2006

AKHIRNYA SETAN MENJADI MALAIKAT... HEHE

Hari minggu ni banyak abi angkut akhbar… yang kanannya mahupun yang kirinya yang kerajaannya mahupun yang propembangkangnya… Sekurangnya abi dapat tahu perkembangan semasa, samada dari perspketif pembangkang ataupun kerajaan… Yang baik abi ambik yang buruk abi bakul sampahkan jer… hehe

Abi tertarik dengan komen Situ Jarum di Mingguan Malaysia ( ruangan abi mesti baca ni… ) seronok baca usik-usik Situ Jarum di pagi minggu ni… Minggu ni dia usik Si Faizal pemenang AF4, abipun tak tahu dan tak ambik tahu sangat siapa si Faizal ni… tapi abi tertarik bila Siti Jarum komen dan tertanya, kenapalah agaknya Kerajaan Negeri Terengganu ambik Si Faizal ni sebagai Duta Belia Kerajaan Kerajaan Negeri… tak ada ornag lain ke… dan Siti Jarum menambah : Jangan plak hairan nanti seandainya belia-belia Terengganu berebut nak jadi penyanyi… Jawab orang Ganu jawab… hehe. Abi, tabik Siti Jarum walaupun berada dalam dunia hiburan!!!.

Antara yang menarik juga dalam Mingguan Malaysia, kisah bagaimana Penyanyi Tersohor tanah air Jamal Abdillah menghabiskan masa dan wang ringgit berjuta-juta kerana dadah… Agak menarik bila Jamal mengatakan masalah dahah berpunca dari kelurga… bukan sangat masalah pengaruh kawan… Anda plak bagaimana. Mungkin anda ada jawapan tersendiri

Dan dari akhbar Harakah… banyak juga isu yang manariknya antaranya Gambar Gereja Casa de Fatima yang terletak di Brickfields… dimana gereja inilah yang telah berjaya membaptiskan Si Lina ni pada tahun 1998… Nama gereja tu Fatima lagi… hampeh betul. Abi tak nak ulas panjang sebab dah terlau ramai pengulas bab ni… Cuma abi tabik pada seornag rakyat Malaysia yang membuat laporan polis berkaitan gereja ini dan kebabtisan Si Lina… Anda nak tahu lanjut sila dapatkan Harakah… dan dalam akhbar Harakah tak kurang hebat cerita tentang artis… kali ni Aisyah penyanyi yang popular dengan lagu : Janji Manismu” satu ketika dulu… dijemput merasmikan “Nisa” penjenamaan semula… Moga “ Nisa ” akan terus berkembang dan berjaya memikat remaja kini…

Dan satu lagi Artis yang agak popular satu ketika dulu… “ Ali Setan ” siapa tak kenal kalau di sebut nama tersebut ??? Mungkin ramai yang lebih tahu gelaran tersebut daripada nama beliau sendiri. Itulah dia Azmil Datok Mustapha. Satu muka penuh harakah menemubual beliau… dari detik pertama penghijrahan beliau hinggalah apa yang dibuatnya masa kini… Abi rasa terpanggil untuk menyalin semula, moga apa yang diperkatakan oleh beliau akan mengingatkan diri kita insan yang mudah alpa dengan hukum Allah… Abi taknak komen, sahabat boleh baca apa yang tertulis satu persatu… andai ada kebaikan jadikan sebagai tauladan dan yang tak elok jadikan sempadan dalam meneruskan hidup di bumi Allah yang tercinta ini…

AKHIRNYA “ ALI SETAN ” TEMUI HIDAYAH :

Harakah : Bila mula berubah dan berhenti berlakon
Azmil : Saya berhenti berlakon tahun 1998, tapi baru0baru ini saya berlakon filem Puteri Gunung Ledang, kerana ditawarkam oleh Tiara, lagipun watak yang diberikan sebagai seorang pendakwah. Itupun saya berat nak terima. Saya bagi 10 syarat yang remeh supaya saya tidak berkata tidak. Nak dijadikan cerita mereka terima syarat saya, jadi saya tiada pilihan. Sedangkan saya rasa orang lain tidak akan setuju syarat-syarat saya itu. Saya buat kajian tentang watak itu. Memang dia pendakwah serta banyak mengIslamkan orang di Nusantara.

Harakah : Apa pendorong kepada perubahan ?
Azmil : Semuanya kerana Alalh ia jadi sekelip mata. Saya suka buat perbandingan macam main bola sepak. Main bola sepak ni 90 minit. Tapi dalam seminit ketika masa tambahan itu, macam-macam boleh jadi. Keputusan boleh berubah daripada 0-0 kepada 1-0. Saya juga macam tu dalam sekelip mata berubah. Saya bermula dengan memuji Allah.

Saya puji dengan ikhlas walaupun masa itu saya jahil, saya masih ingat tahun 1979, kebetulan masa itu saya amsih jahil. Perkara pertama yang saya lakukan apabila sampai rumah, buka TV. Waktu itu saya baru balik dari pub, jadi apabila buka TV ada siaran terjemahan Al-Quran dan doa tutup siaran.

Masa tu saya perhati terjemahan tersebut dan saya rasa Allah hebat. Saya terus memuji Allah. tapi cakap Inggerislah ( ketawa ) Wow! Allah is great! macam-macamlah keluar dari mulut saya. Akhirnya! ia menjadi amalan saya. Setiap malam saya mesti tengok. Kalau keluar malampun saya bergegas balik.

Harakah : Apa reaksi kawan-kawan ?
Azmil : Terkejut! tapi waktu itu saya masih belum berubah sepenuhnya. Jadi kawan-kawan selalu peril saya, macam-macam mereka kata… kepala senget, nak tengok Quran ( ketawa ). Lepas tu, saya jumpa seorang ustaz dan diajar cara untuk bertaubat, saya buat taubat nasuha. Saya dalami agama, belajar sembahyang.

Saya memang tak tahu langsung sembahyang ni. Baca Quran merangkak-rangkak. Baca Fatihahpun buka buku lagi, itupun tulisan rumi. Tapi saya Istiqamah. lama-lama ia makin meningkat. Saya ingat lagi dulu saya baca Surah Yasin ambil masa dua jam. Lepas solat subuh saya mula baca. Apabila habis sedar-sedar dah pukul 8.30 pagi, gara-gara baca merangkak. Umur dekat 30 tahun baru saya hafal Fatihah. Alhamdulillah sekarang dah ok.

Harakah : Masih membaca ?
Azmil : Ya, saya penuhi masa dengan membaca Al-Quran. Saya dah tinggalkan dunia seronok-seronok ni. Saya dah banyak buang masa waktu muda dulu.

Harakah : Berubah secara “drastik” atau “slowly” ?
Azmil : Dulu saya belajar di negara orang kafir. Hidup mengikut budaya kafir. Apabila saya mendekati Allah baru saya tahu apa yang saya buat selama ini salah. Sebab itu saya tinggal terus, bukan “slowly”, saya tak boleh “slowly”, kalau “slowly” saya tak tahu saya terlambat atau tidak. Kita tak tahu bila kita mati. Apabila dah timbul kesedaran, buang terus zaman lampau kita, jangan ada rasa cinta pada kehidupan lama yang sesat ( Abi : Peringatan untuk diri abi yang lemah. )

Harakah : Hubungan dengan rakan-rakan hiburan ?
Azmil : Saya berhenti terus, tak keluar langsung. Putus hubungan dengan mereka. Kawan baikpun saya tak jumpa atau hubungi. Kalau jumpa setahun sekali waktu rayapun dah cukup baik. Kadang-kadang tak jumpapun sebab bagi saya, kalau saya masih etrus bersama dengan mereka tak mustahil saya akan kembali semula.

Harakah : Dah berani keluar berjumpa orang ?
Azmil : Sekarang dah berani. Dulu langsung tak keluar sebab takut terpengaruh. Pengaruh syaitan ni kuat. Pengaruh jahat selalu menang berbanding pengaruh baik. ( betul tu … abi tambah )

Harakah : Perkembangan terkini
Azmil : Sejak setahun lalu, saya banyak menerima jemputan berceramah, dan lebih kerap dua tiga bulan ni. Saya tidak mebuat sebarang pekerjaan lain kerana sudah tidak sempat.

Harakah : Selain berceramah ?
Azmil : Saya merancang ke Syria menuntut ilmu. Sebelum itu saya buat solat Hajat memilih destinasi. Saya diilhamkan ke Syriadan Yaman. Jadi, saya pilih Yaman. Kebetulan saya jumpa ustaz yang menasihatkan saya Istikharah. Selepas Istikharah dapat petunjuk ke Syria. Empat kali Istikharah masih diilhamkan Syria. Jadi, saya buat keputusan ke Syria. Dua tahun lepas saya berpeluang ke Syria, dapat rasa satu ikatan istimewa berada di sana. Bila balik, saya ditawarkan membuat rumah anak yatim. Tapi akhirnya saya tarik diri kerana cara saya dan rakan kongsi berbeza, kerana dia berasal dari England dan tak izinkan saya berceramah.

Harakah : Pernah bisnes sebelum ini ?
Azmil : Macam-macam. Rugi juta-juta. Pertama, mungkin Allah tak izinkan. Saya juga muhasabah diri. Yang saya ingat saya pernah kata … kalau ada duit , saya buat segalanya, aya jual barang keperluan agama, seperti tasbih, sejadah, buku-buku agama, kaligrafi Arab. Tapi saya tak sebuat “kalau Allah izinkan…” Agaknya sebab itulah bisnes tak berjaya. Adalah hikmahnya. Setakat ini saya nampak rezeki pada ceramah.

Harakah : Perasaan setelah meninggalkan dunia hiburan dan berkecimpung dalam dakwah.
Azmil : Ketenangan yang tak dapat diceritakan. Tak boleh nak nilai. Tak boleh nak dibandingkan dengan duit yang dulunya saya pegang juta-juta. Duit boleh habis, tapi ketenangan saya tak mahu jual biarpun orang bayar berjuta-juta. Apabila berceramah , ilmu saya bertambah. Saya membaca, tanya ustaz-ustaz, jadi saya lebih mengenal Allah sejak bercermahah ni.

Alhamdulillah, sambutanpun bagus. Maklumlah “setan” datang ceramah. Kalau ulama ceramah, tak ramai datang. Tarikan “setan” memang kuat ( ketawa )

Harakah : Topik ceramah ?
Azmil : Saya lebih suka mengingatkan diri dan Umat Islam lain supaya membangunkan semula Islam. Islam tiada sempadan, anya orang kafir meletakkan sempadan dan jajahan, dan kemudiannya kita ikut. Orang kafir dah kuasai minda kita, kehidupan kita, hingga orang Islam hari ini melakukan perkara yang menjauhkan diri daripada Allah. Tetapi semuanya dalam keadaan tidak sedar kerana sudah biasa ikut hukum orang kafir hingga tak rasa bersalah ikut langgar perintah Allah. Hukum Allah kena ikut setiap masa, bukan dalam solat sahaja. Kadang tu dalam solat je ikut Allah, lepas solat ikut balik cara kafir.

Harakah : Banyak menerima jemputan selain PAS ?
Azmil : Daripada RTM, buat rakaman dengan Pahang FM. Juga untuk Jabatan Agama Islam. Saya tidak menghadkan kerana saya buat kerana Allah, jadi tiada kompromi tentang itu.

Harakah : Ada tentangan sejak berdakwah ?
Azmil : Apabila saya bercakap agak lantang, ada orang yang labelkan saya ekstrem. Pernah mikrofon masjid ditutup apabila saya bercakap lantang. Ini orang-orang yang taat pada perlembagaan negara berbanding perlembagaan Allah. Saya pegang kukuh, taat pada pemerintah selagi dia tidak melanggar hukum Allah. Kalau dah langgar tak perlu lagi kita taat padanya.

Harakah : Bagaimana melihat Umat Islam hari ini ?
Azmil : Saya sedih sebenarnya melihat orang Islam bergaduh, atau berselisih pandnagan sesame Islam. Soal kecik pasal wajib baca Qunut, ada yang kata sunat, tangan perlu letak diperut, wajar letak di dada, Benda-benda macam tu kita sesama Islam pertikai… tetapi dalam masa sama biarkan saja orang kafir buat sesuka hati, sedangkanlah mereka ( kafir ) yang perlu kita musuhi. Kita ni terllau banyak kelemahan. Dari segi kehidupan. Begitu juga bahasa. Dulu kita guna Bahasa Arab sebagai bahasa sandaran seperti ilmu, khabar. akhlak, warta, isnin, selasa, sekarang dah jadi integrasi, dominasi, automobil, uncle… semua ni dari Bahasa Inggeris. Kita jadi makin jauh dengan Allah. Ada orang baca Quran, bertajwid, berlagu, tapi tak tahu makna. Apa semuanya tu ? Kita tak boleh ambil Islam ni secebis sana, secebis sini, kena ambil semuanya.

Harakah : Soal keluarga. Menjadi bapatunggal kisah disebaliknya ?
Azmil : Saya berkahwin dua kali. Pertama, bercerai kerana tak boleh terima saya sebagai hak masyarakat. Jadi artis, kita hak orang ramai. Bertahan 5 tahun sahaja. Ada anak perempuan seorang, dah umur 21 tahun. Saya jarang jumpa anak saya tu, sebab mak dia tak bagi jumpa. Tak apalah, saya redha. Kuasa Allah dia masuk UITM, dekatlah untuk saya jmpa.

Harakah : Dia tak duduk sekali ?
Azmil : Ada sekali nak duduk dengan saya. Saya tak kisah, tapi saya bagi syarat. Suruh pakai tudung, sembahyang. Sehari lepas tu, dia balik semula kerumah mak dia. Tak tahan agaknya ( ketawa ). Ada kawan-kawan kata saya keras. Saya terpaksa, kalau tak keras, boleh merosakkan semua yang saya dah mulakan. Saya tak sanggup nak ambil risiko. Orang sekarang lebih sayang harta daripada keluarga. Tak berani nak tegur anak. Sayang tak bertempat.

Isteri kedua, dia suka saya berlakon. Dia boleh tumpang glamour. Dapat macam-macam keistimewaan. Saya jumpa diapun di kelab malam. Apabila saya berubah, dia tak mahu ikut. Dia dah biasa dunia hiburan. Lepas pantang anak keempat, kami bercerai. Anak-anak semua bawah jagaan saya. Dulu saya bagi anak-anak kerumah mak mereka, tapi anak-anak beritahu ada “uncle” kat rumah. Saya kata tak boleh. Kalau nak juga, kawin. Alhamdulillah dia dah kawin. Tapi masalahnya, bila balik dari rumah mak mereka anak saya dah tak pakai tudung. Tanya pasal sembahyang adalah buat sekali. Saya fakir tak boleh jadi. Sekarang dah tak pergi lagi. Saya izinkan mereka jumpa di “ club house ”. Mujur waktu bercerai duu saya letak syarat supaya jaga syarak kalau nak terus berhubung dengan anak-anak. Jadi saya ada hak untuk menyekat.

Harakah : Perancangan masa depan ?
Azmil : Pertama, Belajar bahasa Arab di Syria. Cadang lepas raya, itupun bergantung kepada kewangan. Mungkin setahun di sana, dan saya akan bawa anak-anak ke sana, Kenapa ? Sebab saya nak bantu mereka mendapat pendidikan yang lebih baik dan lebih awal dari saya ( Abi : sesetangah kita tak pernah terfikir tentang pendidikan agama anak-anak, bahkan meremehkan pendidikan agama dan institusi agama hanya kerana kelemahan dan kesilapan individu – nauzubillah ) Saya nak mudahkan mereka. Tak mahu jadi macam saya.

Harakah : Akhir sekali, mungkin mahu menamatkan zaman duda ?
Azmil : Saya rasa perlu kerana dah tak cukup masa nak tumpu pada keluarga berbanding dulu. Kasihan anak-anak selalu ditinggalkan. Tapi calon tak ada lagi. ( ketawa )