Sunday, April 26, 2009

Inilah Pisangku...

Salam sahabt blog...

Hari ni abi ingin kongsikan kisah tanaman yang telah abi tanam di belakang rumah hehe... Macamlah bnayak sangat tanaman yang abi tanam Hakikatnya abi ni bukan suka sangatpun bercucuk tanam. Entah... macam tak menjadi je, tupun mujurlah anak kesayang abi ni. Umar memaksa abi bersamanya...

Alhamdulillah, hampir setahu abi umar dan ummi menanam beberapa anak pisang di keliling rumah ni... syukur hari ni dah menampakkan hasilnya. Girang sungguh rasa hati walau baru hanya sebatang yang berbuah. Takpa abi ambik gambar sebagai kenangan hasil titik yang tak peluh manapun wakakaka... Pisang lemak manis orang Pahang panggil... Tempat lain abi tak tahulah. Masa abi tinggal di Sandakan mereka panggil pisang budak2... Cam kelakar je bunyinya kan... ekekeke. Yalah, mentang2lah pisang tu kecil comel je... huhu.


Kesemua ada 13 tempat abi tanam pisang sekitar rumah ni huhu, tapi yang ni agak cepat membesar, yang lain-lain belum nampak apa2 lagi ekeke. Moga2 kesemuanya akan membuahkan hasil. Pelikkan tanam hari yang sama... tapi tumbesarannya tak sama. Ada yang dah besar panjang ada yang masih ketot. huhu. Apapun kita hanya berusaha... kesemuanya tertakluk pada Yang Esa... dia yang menjaga dan memeliharanya.


Ummi plak ada menyemai benih sawi... dan pucuk pegaga ni. Benih sawi tu macam dah tumbuh, tapi ummi kata macam bukan sawi je. Wakakakaka. Entahlah. Beli benih kat Pekan Sari Temerloh. huhu. Tengok jelah dah besar nanti apa yang tumbuh kan kan kan... Jangan tanam padi tumbuh lalang dah le wakakaka.


Oklah takat ni dulu cerita pasal pisang... Nanti2 ada yang menarik akan abi update. huhu.

Wednesday, April 22, 2009

Kisah Cinta...

Salam sahabat blog...

Hari ni abi teringin kongsikan satu cerita tentang anak kesayangan abi ni. Lagipun lama juga tidak menulis di sini. Terbiar semak samun huhu... Entah kenapa kisah cinta plak yang ingin dikongsikan. Kisah siapa??? Entah... Kisah abi??? Kisah Umar??? huhu... apa apa jelah. Takkanlah Umarkan baru darjah dua dah pandai bercinta wakakaka. Adois Umar Umar. Tulah macam tak percaya. Budak-budak...

Semalam... masa balik sekolah, dalam kereta tu abi tengok Umar macam ada yang nak disampaikan pada abi. hehe. Abipun apa lagi mengayatlah sikit.

Abi tengok Umar ni macam nak cerita kat abi sesuatu je... ala citerlah Umar. Abi memulakan perbulan. Umar sekadar senyum. Abi menambah manis senyum anak abi ni... mesti ada sesuatu yang nak diceritakan kan kan???

Ok... abi jangan marah tahu??? Nak marah apanya sayang??? OK... Umar sekarang tahun duakan abi... tahun dua ni Umar tak nak bercinta dah. Umar dah tahu bercinta tu berdosa... begitulah lebih kurang bunyinya.

Oh camtu... baguslah. Maksudnya tahun satu umar bercinta ke??? Abi meneka... ekekeke. Abi jangan marah tahu... Ok. Abi tak marah. Betul umar bercinta... ujar si manja abi. Sepanjang perjalanan gelak sorang abi... adois rupanya anak manja abi ni bercinta di tahun satu. Pening pening... Camnelah agak cinta budak budak kui kui kui.

Akhirnya abi tanyakan... Umar bercinta dengan siapa??? ... dengan senyuman umar menyatakan. Dengan Ain... wakakaka sekali lagi abi gelak. Camtulah lebih kurang sembang Umar dan abi.


Moga anak ini benar2 memahami erti cinta dan memahamai cinta yang benar dan hak satu masa nanti.

Amin.

Monday, March 23, 2009

NgApE BiO sEmok...

Salam sahabat blog...

Huhu lama benar rasanya tak usik blog kesayang abi ni. Dah nak masuk setahun kot. Konon nak cerita dalam ni aktiviti anakanda tercinta si Umar Faruqi... tapi apakan daya kesibukan sentiasa. Ahaks.

Baru arini ada masa... wa cam YB je bunyinya. Sibuk memanjang... YBpun sempat tulis blog kan kan kan... Kali ni abi nak beri tajuk ngape bio semok... nak cakap Pahang sikit. Boleh??? Apa??? Tak boleh??? Boleh belahlah...

Ngape bio semak mengkalau wokme nengor Radio Pahang perentan lepas2 zohor lebih kurang pukol 3,00 gitu haa... awok mesti dengornya lagu ni, ialah time tu rancangan loghat daerah wei... Bunyi lebih kurang giniha weii ente...

Tanah sekangkang kera
Ngaper bio semok...

Nak nengor lagu tu... gi sini :respekss


Gitulah... nyemih orang Pahang tu benornya. Tanah sekangkang kerapun malas, sanggup di bionya semok, kadang koi rasa ada juga betoinya lagu tu... tanah belakang rumah koi ni ha. sekangkang kera... tanah taman. Besor mana sangatlah... keknya gitulah. Naik ulan bagai gaya.


Semalam masa koi jumpa Nizam ngan Meini... jumpa rodong nyembang bolehlah tahan, bagai gaya. Koi kabolah nak cepat ni koi nak ngetam rumput belakang rumoh... Nizam macam tak caya koi... Ombos sempat dia cakap... Abi nak ngetam rumput??? Ngan jeling2 lagi tu... adois.


Waba betul... Ingat koi ni apa??? Tak reti kerja kampong gitu... Boyok sangat. Ahaksss.



Geram punya pasai siap koi suruh ummi ambik gambo koi tgh mesin ni haaaaaaa. Kenapa ??? Tak percaya??? Hua hua hua...



Inilah aktiviti koi tiga beranak semenjak dua menjak ni. Cekononnya nak nanam sawi ni. Keknya tak tahulah... Doo jelah ya rodong.



Umar nampok minat dia kerja2 gini. Sokmo nolong ummi dia... abi je berat sikit huhu. Tupun sebab ummi sokmo ulang lagu atas tu nyemih abi hehe...


Tanah sekangkang kera
Ngaper bio semok...


Akhirnya turunlah juga abi... kerna si ummi dan umar. Matahari ku. Wakakakaka. Betul ke??? Entah.


Sekian. Sampai jumpa lagi...

Monday, October 27, 2008

Jalinan Silaturrahim...

Salam sahabat blog...

Gambar sahaja duluan hehe...


Saturday, August 23, 2008

Abi, UmMi DaN kAsUt BaRu...

Salam sahabat blog...


Minggu ni adalah minggu cuti persekolahan. Erm macam biasa rutin cuti persekolahan adalah balik kampong. Mula-mula balik kampong sebelah ummi. Hari jumaat petang tu juga kami terus balik maklumlah ada jemputan kawin anak saudara pada ummi. Anak pada abang sulung ummi. Nak tahu dimana kampong ummi??? Hehe dekat je Di Taman Seri Malulana Pekan Pahang Darul Makmur. Pernah dengar??? Kalau sahabat ke Pekan betul-betul sebelum jambatan Pekan. Di situlah letaknya taman perumahan tersebut. Alhamdulillah Abang Azy dahpun bermenantu... Abi dan ummi bila yek??? Masih terlalu jauh, umarpun baru je menjengah ke tahun satu persekolahan. Congak punya congak mungkin dalam 20 tahun lagi kot hehe. Itupun kalau sempat. Amin. Erm itu cerita pertama kami pada cuti kali ini.

Gubahan hantaran

Bilik pengantin

Pasangan pengantin di pelamin...

Tak lama di Pekan sekitar tiga hari sahaja. Terpaksa balik ke Bera, ada tuntutan kerja. Erm... Sempena JUJ daerah Bera abi dikehendaki menjadi imam untuk solat maghrib dan subuh bagi pelajar-pelajar-yang terlibat dalam program JUJ tersebut. Erm... baliklah kami isnin pagi. Terus sahaja lepak di rumah Bera sehingga hari khamis pagi... tak boleh kemana-mana disebabkan pagi khamis tersebut abi dan ummi terpaksa menjalani peperiksaan PTK. Penilaian tahap kecekapan. Nampaknya abi dan ummi masih tidak cekap-cekap. Masih lagi belum berjaya mencapai target yang dikehendaki untuk entah ke berapa kalinya. Abi tinggal satu kertas khusus dan ummi pula kertas umum. Terbalik. Mujur juga camtu, bolehlah bergilir tunggu umar.


... dan selepas siap baik PTK kamipun terus bersiap untuk pulang ke Temerloh pula. Kebetulan pula hari khamis tu adalah hari penting buat ummi. Hari lahir ummi. Sampai ke Temerloh entah camne jalan sana jalan sini ummi terpikir nak bagi hadiah kat abi. Abi on jelah bila dapat hadiah kan kan kan. Terbalik kot betul sepatutnya abi yang belikan hadiah buat ummi, ini ummi pula yang belikan hadiah untuk abi. Takpelah mi terima kasih banyak-banyak, dan hadiah itu memang yang abi impikan selama ini. Pandai ummi memilih. Terima kasih sekali lagi... Insya Allah di hari lahir abi nanti, abi akan belikan hadiah istimewa buat ummi. Dah lama sangat rasanya abi tak belikan apa-apa buat ummi. Maaf ye mi sayang... Nak tahu apa ummi belikan untuk abi. Hehe tengoklah...

Kasut kanggaroo. RM180 hadiah dari ummi. Mekasih sayang...

Nilah hadiah pemberian dari ummi. Erm... bertahun rasanya abi menyebut untuk mendapatkan kasut kanggaro ni hehe. Alhamdulillah hajat tercapai. Mekasih mekasih mekasih. Umarpun berminat dengan kasut abi hehe. Siap dicubanya beberapa kali. Geramlah tu... huhu. Ok Umar raya ni abi belikan untuk Umar... Ok???

Semangat umar dengan kasut abi hehe.

Oklah... itu sahaja yang menarik sepanjang percutian sekolah kali ini. Erm pada sahabat yang bercuti selamat bercuti dan selamat kembali bertugas. Semoga kembali dengan semangat baru. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran ramadhan yang tak berapa hari lagi. Moga Ramadhan kali ini memberikan suntikan semangat dan daya juang yang semakin tinggi untuk beribadah kerana Allah. Amin.

Friday, August 15, 2008

KeMbAr YaNg CoMeL...

Salam sahabat blog...


Erm... hari ni abi menerima beberapa keping gambar kirimin dari anak saudara abi dari Keningau Sabah. Keluarga baru kami. Tahniah pada anak saudara Abi Lin dan Azhari... di atas hadiah dan anugerah dari Allah kembar Amsyar dan Amzar. Moga dilipatgandakan kurniaan rezeki dariNya.

Amsyar

Amzar

Amsyar dan amzar...

Ini juga bermakna dah semakin tualah umar dan abi hehe. Abi bergelar atok@aki. Aki Andak. dan umar bergelar Pak Long. Tuakan??? Untuk pengetahuan sahabat, Lin juga merupakan ahli yahoogroups respeks.

Comelnya dia sedang tidur lena...


Semoga semuanya selamat dan berjalan lancar di sana. Insya Allah akan bertemu pada cuti sekolah bulan Disember nanti, andai masih dipimjamkan usia olehNya. Hati-hati dan jagainlah anak itu dengan penuh kasih sayang. Abipun teringinkan anak kembar tapi apakan daya... Amin.

Sunday, August 03, 2008

HaRi KeLuArGa 2008...

Salam sahabat blog...


Minggu ni, abi umar dan ummi berkesempatan mengikuti program hari keluarga di anjuran sekolah abi. Di mana??? Oh... hanya ke Port Dickson je dan kami lepak di Bayu Beach Resort... Dua minggu lepas kami ke Melaka hari keluarga sekolah ummi. Lepak kat Seri Malaysia Ayer Keroh. Minggu ni plak hari keluarga sekolah abi, kira sakan jugalah berjalan dalam bulan ni. Rabak abi hehe. Erm lebih kurang 20 keluarga dari sekolah abi yang mengikuti program hari keluarga ni. Seronok sangatlah Umar bila dapat berendam di kolam hotel tersebut hehe. Sampai tak nak naik ke bilik. Adoisssss. Penat camni. Dok menunggu dia je. Hehe.


Banyak juga acara yang diadakan, namun satu yang kureng, hehe semua acara hanya diadakan dalam dewan je kerana cuaca tak mengizinkan untuk diadakan di luar. Takpelah semuanya adalah kerja Yang Maha Esa. Kita merancang dan dia yang menentukan. Banyak program berubah terpaksa beralih ke plan B. Huhu. Berikut beberapa keping gambar yang sempat ummi snap guna hp dia hehe. Maaflah kalau tak clear.

Acara rebut kerusi kanak-kanak.
Sian umar peserta pertama terkeluar. Hehe.


Acara rebut kerusi dewasa...

Gaya peserta akhir acara rebut kerusi. Abilah tu. hehe.

Acara tiup belon kanak-kanak 12 tahun ke bawah...

Tiup umar tiup!!! sian umar tak pecah-pecah.

Malam tu juga abi termasuk mereka yang bertuah bila no plat kereta abi mendapat cabutan. Dapatlah hamper... Puaslah Umar makan nanti.

Umar wakil abi ambik cabutan bertuah...

Sebelum balik sempat lagi umar berendam di pantai. Dalam hujan plak tu. Erm... terpaksalah abi hanya duk tengok je. Abi ni tak tahan hujan huhu, maaf ye umar. Tak dapat nak temankan...

Wah seronoknya dia berendam...

Cari apa tu sayang...

Dahlah sayang... lain kali plak yer!!!

Abi setia menanti di sini...

Sebelum bertolak balik ke Pahang sempat pusing ke Nilai 3. Ummi capai empat lima kuntum bunga dan frame gambo... Abi!!! Ermmmm hanya capai kain pasang untuk abi, ummi dan umar beraya nanti. Sedondong merah hati. Lawa ke??? Entah. Tengok jelah nanti bila raya tiba. Ok???